sicc – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Tue, 02 Apr 2024 03:20:18 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.1 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png sicc – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 MUTIARA GRS santuni anak-anak yatim di SICC https://sabahmedia.com/2024/04/02/mutiara-grs-santuni-anak-anak-yatim-di-sicc/ https://sabahmedia.com/2024/04/02/mutiara-grs-santuni-anak-anak-yatim-di-sicc/#respond Tue, 02 Apr 2024 03:20:16 +0000 https://sabahmedia.com/?p=52037
Read Time:40 Second

KOTA KINABALU: Isteri Ketua Menteri, Datin Seri Juliah Salag yang juga Yang Dipertua Pertubuhan Muafakat Titipan Amal Isteri Wakil Rakyat, Gabungan Rakyat Sabah (GRS) menyampaikan sumbangan kepada anak-anak yatim sempena Program Cahaya Kasih Mutiara dan Majlis Buka Puasa bersama anak-anak yatim di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC), di sini, pada Isnin.

Juliah menyampaikan sumbangan kepada anak-anak yatim pada majlis itu.

Majlis ini sebahagian daripada program MUTIARA GRS melalui pelbagai program amal dan ilmu, khususnya untuk menyantuni golongan yang memerlukan bantuan.

Program ini adalah aktiviti tahunan yang dianjurkan Biro Agama MUTIARA GRS dengan
kerjasama agensi seperti Majlis Ugama Islam Sabah (MUIS); Jabatan Hal Ehwal Agama
Islam Negeri Sabah (JHEAINS); Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM);
Perbadanan Baitulmal Negeri Sabah; Pejabat Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri
Sabah dan Badan Amal dan Kebajikan Islam (BALKIS), Jabatan Ketua Menteri.

]]>
https://sabahmedia.com/2024/04/02/mutiara-grs-santuni-anak-anak-yatim-di-sicc/feed/ 0 52037
Ratu Rock Negara Ella bakal gegarkan SICC 20 Jan 2024 https://sabahmedia.com/2023/12/04/ratu-rock-negara-ella-bakal-gegarkan-sicc-20-jan-2024/ https://sabahmedia.com/2023/12/04/ratu-rock-negara-ella-bakal-gegarkan-sicc-20-jan-2024/#respond Mon, 04 Dec 2023 04:10:09 +0000 https://sabahmedia.com/?p=46018
Read Time:1 Minute, 39 Second

KOTA KINABALU: Ratu Rock Negara Ella bakal membuat persembahan keempatnya pada 20 Januari 2024, di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC), Kota Kinabalu pada jam 8.30 malam.

Konsert ‘Jilid Akhir: Ella Puteri Kota’ Kota Kinabalu susulan kejayaan konsert ketiganya di Pulau Pinang pada 28 Oktober 2023 lalu dengan kehadiran hampir 14,000 orang penonton.

Ella semasa sidang media di Kota Kinabalu semalam.

“Alhamdulillah, sokongan padu daripada peminat membuatkan saya bersemangat untuk meneruskan siri jelajah ini, dan bagi memuaskan hati semua pihak, kami akan ke Kota Kinabalu, Sabah pula, dan tidak sabar rasanya untuk menghiburkan ‘urang’ Sabah di sana.

“Semoga peminat saya semua akan terhibur dan bahagia menyaksikan konsert saya nanti, pastinya sebuah pengalaman indah dan menjadi kenangan manis yang bakal dirindukan,” katanya pada sidang media di sini pada Ahad.

Selain giat mempromosikan konsertnya, Ella juga aktif dalam bidang perniagaan produk
RockQueen seperti abaya dan buku biografi yang bertajuk ‘Rockers Juga Manusia’.

Masih mengekalkan tema ‘Glam Rock’, konsert yang dijangkakan berlangsung sekitar 2 jam lebih bakal disajikan dengan kira-kira 25 ke 30 buah lagu bergantung dengan permintaan peminatnya, dan pastinya ada artis jemputan yang masih dirahsiakan nama mereka sebagai kejutan.

Ella kini sedang menjalankan sesi latihan muzik beberapa kali seminggu bersama pengarah muzik, Dato’ Acis serta aktiviti rutin kecergasannya demi membina stamina menuju hari konsert tersebut.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) & Pengasas Hitman Solutions selaku penganjur konsert tersebut, Rohit Rampal, setelah kejayaan konsert di Axiata Arena, Bukit Jalil yang berjaya memecahkan rekod The
Malaysia Book of Records dengan penjualan tiket ‘sold-out’ dalam masa 24 jam membuktikan bahawa Ella sememangnya ratu rock negara yang tiada tandingan.

“Demi menyahut permintaan peminat Ella yang tidak berpeluang menonton konsert tempoh hari, pihak Hitman Solutions sedaya-upaya memberikan kepuasan sepenuhnya kepada penggemar rock di Sabah pula, dan nantikan pengumuman kami yang seterusnya,” kata Rohit.

Tiket-tiket sudah pun mula dijual pada 9 November 2023 jam 12:00 tengahari lalu di www.hitmanlive.com dan jualan tiket fizikal di semua cawangan D’bundle Mania.

]]>
https://sabahmedia.com/2023/12/04/ratu-rock-negara-ella-bakal-gegarkan-sicc-20-jan-2024/feed/ 0 46018
SICC sambut ulang tahun ke-4 dengan BIGSABAH Sale 2023 https://sabahmedia.com/2023/11/06/sicc-sambut-ulang-tahun-ke-4-dengan-bigsabah-sale-2023/ https://sabahmedia.com/2023/11/06/sicc-sambut-ulang-tahun-ke-4-dengan-bigsabah-sale-2023/#respond Mon, 06 Nov 2023 13:29:26 +0000 https://sabahmedia.com/?p=44795
Read Time:1 Minute, 42 Second

KOTA KINABALU: Sempena sambutan ulang tahun keempatnya, Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC) akan menganjurkan BIGSABAH Sale, acara mewah tiga hari yang menjanjikan kegembiraan pembeli, memperkasakan perniagaan tempatan dan memupuk kerjasama dalam komuniti perniagaan.

BIGSABAH Sale, yang dijadualkan pada 15 hingga 17 Disember 2023, bermula dari jam 10 pagi hingga 9 malam kecuali 17 Disember, 10 pagi hingga 6 petang, bukanlah acara beli-belah biasa tetapi ia merupakan landskap perniagaan yang bertenaga dan dinamik di Sabah yang menekankan kepentingan menyokong perniagaan tempatan selain menggalakkan kerjasama dan membina perkongsian.

Ketua Pegawai Eksekutif SICC Datuk Rosmawati Lasuki berkata, BIGSABAH Sale akan mempamerkan rangkaian luas produk dan jenama berkualiti, disamping menawarkan pengunjung pengalaman membeli-belah yang unik.

“Antara produk yang ditawarkan termasuklah barangan daripada fesyen, elektronik, hiasan rumah kepada kraf artisan, hasil tempatan, dan banyak lagi pilihan.

“Terdapat lebih 250 gerai, BIGSABAH Sale bakal menjadi pusat beli-belah dan rangkaian. Kami menjangkakan pengguna bukan sahaja dalam Bandaraya Kota Kinabalu, tetapi dari seluruh Sabah, Labuan, Sarawak dan Brunei.

“Kami turut menjangkakan lebih 5,000 pengunjung sehari hadir ke acara itu. Selain itu, kami juga bekerjasama dengan pemain pelancongan dan ejen pelancongan untuk membawa masuk pelancong pada hujung minggu itu, supaya mereka juga boleh merasai perayaan tempatan dan produk kami,” katanya pada sidang media BIGSABAH Sale di sini, hari ini.

Menurut Rosmawati, BIGSABAH Sale juga merupakan hab bagi pemilik perniagaan untuk berhubung, membina rangkaian dan kerjasama.

Katanya, usahawan, pemilik perniagaan dan profesional industri akan berpeluang untuk berhubung, berkongsi idea dan menjalin perkongsian berharga.

“Ia adalah platform di mana individu boleh belajar daripada satu sama lain, bertukar pandangan dan meneroka peluang untuk pertumbuhan. Di luar aspek perniagaan, acara itu bertujuan untuk mengukuhkan semangat kemasyarakatan di Sabah.

“Dengan memupuk hubungan dalam komuniti perniagaan tempatan, kami menyumbang kepada ekosistem yang lebih saling berkaitan dan menyokong untuk memastikan kemampanan dan kejayaan jangka panjang perniagaan tempatan.

“Kami (SICC) berbangga kerana telah mencapai ulang tahun keempat kami, dan BIGSABAH Sale adalah perayaan kejayaan ini.

“Ia juga mencerminkan komitmen SICC untuk berkhidmat kepada masyarakat dan menggalakkan pertumbuhan perniagaan tempatan di Sabah,” katanya.

]]>
https://sabahmedia.com/2023/11/06/sicc-sambut-ulang-tahun-ke-4-dengan-bigsabah-sale-2023/feed/ 0 44795