sicc – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Wed, 01 Apr 2026 09:13:19 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.0.2 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png sicc – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 SICC perkukuh peranan pacu ekonomi Sabah, teroka pasaran serantau https://sabahmedia.com/2026/04/01/sicc-perkukuh-peranan-pacu-ekonomi-sabah-teroka-pasaran-serantau/ https://sabahmedia.com/2026/04/01/sicc-perkukuh-peranan-pacu-ekonomi-sabah-teroka-pasaran-serantau/#respond Wed, 01 Apr 2026 08:37:47 +0000 https://sabahmedia.com/?p=94101
Read Time:1 Minute, 38 Second

Oleh Erdie Ab Wahid

KOTA KINABALU: Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC) terus mengukuhkan peranannya sebagai pemacu ekonomi negeri dengan membuka akses lebih luas kepada pasaran serantau.

Ketua Pegawai Eksekutif SICC, Datuk Dr Rosmawati Lasuki berkata, sepanjang tahun lalu SICC mencatatkan prestasi memberangsangkan dengan penganjuran sebanyak 2,737 acara termasuk 989 acara antarabangsa.

Beliau berkata, pencapaian itu mencerminkan daya tarikan Sabah sebagai destinasi acara perniagaan yang semakin kompetitif di peringkat global.

“Namun, lebih penting daripada angka tersebut adalah maknanya, iaitu kerjasama yang lebih kukuh, hubungan serantau yang semakin erat serta keyakinan yang semakin meningkat terhadap potensi Sabah,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam ucapan sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri SICC 2026 di sini pada Rabu.

Rosmawati berkata, fokus SICC kekal jelas iaitu membina platform yang menghubungkan manusia, idea dan peluang, selain memposisikan Sabah bukan sekadar destinasi, tetapi sebagai rakan strategik dalam pertumbuhan serantau.

Dalam pada itu, beliau berkata penganjuran sambutan seperti Aidilfitri memberi ruang kepada pihak berkepentingan untuk berinteraksi dalam suasana lebih santai dan bermakna.

“Ia bukan sahaja mengeratkan hubungan, malah membolehkan kita menghargai antara satu sama lain serta meraikan semangat kebersamaan yang menjadi asas kepada kejayaan bersama,” katanya.

Mengulas perancangan akan datang, Rosmawati berkata SICC sekali lagi akan menganjurkan BigSabah Sale 2026 yang dijadual berlangsung dari 30 Oktober hingga 1 November depan.

Katanya, acara itu kini berkembang daripada sekadar pameran pengguna kepada platform strategik perdagangan dan interaksi serantau.

“Edisi tahun ini dijangka menampilkan lebih 650 reruai melibatkan pelbagai perniagaan, perusahaan kecil dan sederhana (PKS) serta jenama merangkumi sektor makanan gourmet, fesyen dan gaya hidup, kelengkapan rumah serta produk warisan tempatan,” katanya.

Tambah beliau, BigSabah Sale juga berperanan sebagai pintu masuk ke koridor pertumbuhan BIMP-EAGA yang mempunyai pasaran kira-kira 80 juta penduduk.

“Ia membuka peluang besar kepada perdagangan rentas sempadan, kemasukan pasaran serta pengembangan perniagaan di peringkat serantau,” katanya.

Beliau menegaskan, peranan SICC kini semakin berkembang bukan sahaja sebagai lokasi acara, tetapi sebagai platform yang memacu perdagangan, merangsang aktiviti ekonomi dan menghubungkan jaringan serantau.- SABAH MEDIA

]]>
https://sabahmedia.com/2026/04/01/sicc-perkukuh-peranan-pacu-ekonomi-sabah-teroka-pasaran-serantau/feed/ 0 94101
SICC anjur majlis berbuka puasa bersama pelajar tahfiz https://sabahmedia.com/2025/03/08/sicc-anjur-majlis-berbuka-puasa-bersama-pelajar-tahfiz/ https://sabahmedia.com/2025/03/08/sicc-anjur-majlis-berbuka-puasa-bersama-pelajar-tahfiz/#respond Sat, 08 Mar 2025 01:35:50 +0000 https://sabahmedia.com/?p=69970
Read Time:2 Minute, 16 Second

Oleh J. EVACHEL JOHN

KOTA KINABALU: Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC) menganjurkan majlis berbuka puasa khas bagi meraikan pelajar dari sekolah tahfiz tempatan, sekali gus mengukuhkan nilai perpaduan dan kemurahan hati dalam komuniti.

Majlis ini dianjurkan dengan kerjasama Pengarah Great Sights Sdn Bhd, Datuk John Lim, sebagai sebahagian daripada komitmen SICC untuk memberi kembali kepada masyarakat.

Antara institusi tahfiz yang mengambil bahagian ialah Sekolah Menengah Integrasi Teras Islam Al Hafidz, Madrasah Darul Hadis DarSa Sabah, Akademi Tahfiz An Nuur, Maahad Tahfiz Al-Quran Ibnu Al-Jazari, dan Maahad Tahfiz Sulaimaniyyah.

Ketua Pegawai Eksekutif SICC, Datuk Dr Rosmawati Lasuki, dalam ucapan aluannya menyatakan penghargaan atas kehadiran para pelajar serta pihak yang menjayakan majlis ini.

“Ramadan adalah masa untuk bersatu dan berjiwa pemurah, satu kesempatan untuk kita merenung nikmat yang diberikan serta berkongsi kebaikan bukan sahaja meraikan keindahan Ramadan tetapi juga kepentingan bersatu sebagai sebuah komuniti,” katanya.

Rosmawati turut menyampaikan penghargaan kepada Datuk John Lim atas sokongan beliau dalam menjayakan program ini meskipun tidak dapat menghadiri majlis berkenaan.

“Sumbangan mereka memberi peluang indah untuk kita berkongsi dan meraikan Ramadan bersama. Kami amat menghargai kemurahan hati mereka dan berharap program sebegini dapat diteruskan pada masa akan datang,” katanya lagi.

Majlis berbuka puasa ini merupakan sebahagian daripada inisiatif tanggungjawab sosial korporat (CSR) SICC yang menekankan nilai kebersamaan, penghargaan budaya serta kepentingan menyokong komuniti setempat.

SICC terus komited untuk bukan sahaja menjadi pusat acara bertaraf dunia tetapi juga platform untuk memperkukuh hubungan sosial dan memupuk nilai murni dalam masyarakat, terutamanya sepanjang bulan yang penuh keberkatan ini.

Bufet Berbuka Puasa di SICC, lebih 800 hidangan tersedia untuk tetamu sepanjang bulan Ramadan ini.

Tahun ini, Bufet Makan Malam Ramadan di SICC membawa para tetamu menikmati kulinari yang diilhamkan daripada warisan diraja Malaysia.

Antaranya ialah Ayam Masak Cincaluk Tengku Azizah, dimasak dengan pes udang yang diperam serta rempah aromatik, diinspirasikan daripada resipi istimewa Kebawah Duli Yang Maha Mulia Raja Permaisuri Agong. Satu lagi tarikan utama ialah Harissa Daging Istana Johor, hidangan daging lembu yang dimasak perlahan bersama rempah Timur Tengah, satu juadah istimewa yang sering dinikmati dalam kalangan keluarga diraja Johor.

Para tetamu boleh menikmati Puding DiRaja, pencuci mulut mewah dari keluarga diraja Pahang yang diperbuat daripada pisang karamel, kastard berkrim, dan sedikit krim segar. Peminat durian pula boleh mencuba Serawa Durian, pencuci mulut berkrim yang menggabungkan Raja Buah dengan santan dan gula Melaka, dihidangkan panas untuk nikmat rasa yang lebih memuaskan.

Selain sajian diraja ini, bufet ini juga menampilkan pelbagai hidangan tradisional tempatan dan antarabangsa yang dipilih dengan teliti oleh pasukan kulinari terkemuka SICC.

Selain menyajikan makanan yang enak, Bufet Ramadan di SICC direka untuk menyatukan masyarakat, meraikan tradisi bersama dan menekankan kepentingan perpaduan.

Melalui acara seperti ini, SICC berharap dapat terus memperkukuh hubungan komuniti sambil mempromosikan kekayaan warisan kulinari Sabah.

]]>
https://sabahmedia.com/2025/03/08/sicc-anjur-majlis-berbuka-puasa-bersama-pelajar-tahfiz/feed/ 0 69970
SICC Ramadan Buffet 2025: Gabungan Hidangan Diraja, Antarabangsa & Tempatan https://sabahmedia.com/2025/01/12/sicc-ramadan-buffet-2025-gabungan-hidangan-diraja-antarabangsa-tempatan/ https://sabahmedia.com/2025/01/12/sicc-ramadan-buffet-2025-gabungan-hidangan-diraja-antarabangsa-tempatan/#respond Sun, 12 Jan 2025 12:11:04 +0000 https://sabahmedia.com/?p=66842
Read Time:2 Minute, 13 Second

Oleh NORMIMIE DIUN

KOTA KINABALU: Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC) kembali dengan Ramadan Buffet yang lebih istimewa untuk tahun 2025, menampilkan lebih 850 hidangan berasaskan masakan tempatan, antarabangsa, dan menu diraja.

Ketua Pegawai Eksekutif SICC, Datuk Rosmahwati Lasuki berkata, buffet kali ini dirancang sebagai penghormatan kepada pelanggan setia sepanjang empat tahun lalu sambil menarik perhatian pelancong antarabangsa.

“Syukur Alhamdulillah, tahun ini kami akan menyediakan sesuatu yang sangat istimewa, khususnya untuk rakyat Sabah dan pelancong dari luar negara.

“Fokus utama kami adalah memperkenalkan masakan antarabangsa dan diraja seperti hidangan istana dari Pahang dan Perlis, serta resepi tradisional yang diwarisi turun-temurun. Ramadan Buffet ini adalah platform untuk menyatukan komuniti dalam suasana penuh kemeriahan,” katanya ketika ditemui pemberita selepas ‘food review’ Ramadan Buffet di SICC pada Jumaat.

Selepas kejayaan mencatat rekod Asian Book of Records tahun lalu dengan menyediakan 850 jenis hidangan, SICC komited untuk mengekalkan jumlah ini dengan menambah variasi baharu.

Menurut Rosmahwati, Ramadan Buffet akan bermula pada 1 Mac 2024, selepas SICC menjadi tuan rumah persidangan antarabangsa.

“Kami akan memastikan semua pelanggan, termasuk pelancong antarabangsa, dapat menikmati pengalaman menarik berbuka puasa yang berbeza,” tambah beliau.

Sementara itu, Pengarah Operasi F&B, Chef Muhammad Firdaus Muhammad Izhar yanh juga penerima Gourmet World Chef Master Award, mengetuai penyediaan menu Ramadan Buffet SICC, menekankan bahawa tahun ini banyak hidangan autentik akan diperkenalkan, termasuk menu diraja seperti Harissa Daging, Soto Betawi asli dengan keropok belinjo, dan makanan tradisional Filipina seperti Sinigang dan Adobo.

“Ramadan kali ini kami ketengahkan banyak hidangan unik dari seluruh negeri di Malaysia, termasuk Sabah, Sarawak, dan Semenanjung, serta masakan antarabangsa. Misalnya, kami menyediakan Grünsauce, salad kentang terkenal dari Jerman, yang saya pelajari secara langsung daripada suri rumah di Frankfurt,” katanya.

Beliau berkata, ramuan tempatan seperti tuhau digunakan untuk memberikan sentuhan khas Sabah kepada beberapa hidangan tradisional Semenanjung.

“Gabungan rasa tempatan dan antarabangsa adalah keistimewaan Ramadan Buffet tahun ini,” tambahnya.

Dalam pada itu Rosmahwati menjelaskan Ramadan Buffet di SICC bukan sekadar pengalaman gastronomi, tetapi juga tempat untuk merapatkan hubungan komuniti.

“Banyak pelanggan datang sebagai individu, tetapi kami menggabungkan mereka di meja kumpulan. Ini membolehkan mereka berkenalan dan mewujudkan suasana harmoni. Keunikan ini menjadikan SICC lokasi pilihan bagi penduduk Sabah dan pelawat dari Semenanjung.

“Kami mahu memastikan buffet ini mampu dinikmati oleh semua lapisan masyarakat, tanpa menjejaskan kualiti dan keunikan pengalaman berbuka puasa di sini,” kata Rosmahwati.

Selaras dengan komitmen terhadap kelestarian, SICC akan meneruskan inisiatif ‘zero waste’ seperti tahun-tahun sebelumnya.

Justeru Rosmahwati berkata, makanan yang tidak habis akan disumbangkan kepada golongan yang memerlukan, termasuk anak-anak yatim, dan sebahagian daripadanya akan dihidangkan semasa sesi sahur.

“SICC menawarkan harga promosi RM110 sehingga akhir Januari 2025. Mulai Februari, harga akan meningkat kepada RM138,” tambah beliau.

]]>
https://sabahmedia.com/2025/01/12/sicc-ramadan-buffet-2025-gabungan-hidangan-diraja-antarabangsa-tempatan/feed/ 0 66842
SET anjur Karnival Pendidikan di SICC, 3 hari bermula 2 hingga 4 Ogos ini https://sabahmedia.com/2024/07/30/set-anjur-karnival-pendidikan-di-sicc-3-hari-bermula-2-hingga-4-ogos-ini/ https://sabahmedia.com/2024/07/30/set-anjur-karnival-pendidikan-di-sicc-3-hari-bermula-2-hingga-4-ogos-ini/#respond Tue, 30 Jul 2024 09:12:12 +0000 https://sabahmedia.com/?p=58314
Read Time:2 Minute, 18 Second

KOTA KINABALU: Sabah Education Tech 2024 (SET) akan menganjurkan Karnival Pendidikan Aspirasi, Komunikasi dan Digital Belia Sabah di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC) Kota Kinabalu bermula 2 Ogos hingga 4 Ogos ini.

Karnival selama tiga hari sempena Bulan Kemerdekaan 2024 itu bakal dirasmikan acara penutupannya oleh Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Sabah, Datuk Mohd Arifin Mohd Arif.

Pengerusi Pelaksana Program
SET, Munirah Ruslan berkata, Karnival Pendidikan yang julung kali dianjurkan di Sabah itu bertujuan memberi pendedahan kepada para pengunjung dalam aspek bidang pendidikan dan kerjaya, serta pilihan mengikut keutamaan dan kesesuaian individu.

“Hal ini kerana permulaan fasa baharu mereka memerlukan bimbingan, perkongsian pengalaman dan penerokaan maklumat yang lebih mendalam mengenai hala tuju pendidikan masing-masing khususnya selepas tamat Sijil Pelajaran Malaysia dan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia.

“Pengisian karnival berkenaan juga membuka peluang kepada pengunjung meluaskan pengetahuan mengenai institusi pendidikan yang boleh diteroka selain memberi motivasi atau pemangkin semangat kepada pelajar- pelajar untuk melanjutkan pelajaran mereka ke peringkat yang lebih tinggi lagi.

“Mereka akan lebih mudah memilih bidang dan kursus yang ditawarkan bersesuaian dengan kebolehan dan kemahiran yang ada pada mereka,” katanya pada sidang media di sini, hari ini.

Selain itu, Munirah berkata, penganjuran karnival ini dapat memberi pendedahan kepada masyarakat agar peka mengenai inisiatif strategik negara untuk menggalakkan dan menarik syarikat, bakat dan pelaburan di samping menggalakkan syarikat-syarikat di Malaysia serta rakyat memainkan peranan utama dalam revolusi digital dan ekonomi digital global.

“Melalui pengalaman seperti ini mampu mempertingkatkan motivasi dan semangat pelajar dan belia. Selain usaha bagi meringankan beban ibu bapa dalam kalangan B40 yang tidak berkemampuan. Secara tidak langsung dapat memberi galakan secara fizikal dan mental kepada pelajar sekolah dan belia,” katanya.

Menurut Munirah, pengunjung juga bakal didedahkan dengan pelbagai peluang menyertai Program Latihan Kemahiran dan Kerjaya (PLKK) atau Vocational Education and Training (TVET) yang dilaksanakan oleh beberapa kementerian serta agensi yang berkaitan sedang giat memberi fokus kepada pembangunan modal insan dan membantu belia serta graduan untuk meningkatkan kemahiran dan kebolehan pasaran mengikut keperluan industri.

“Semua ini penting bagi memanfaatkan perkembangan dan kemajuan dalam Industri Kecil dan Sederhana (IKS) khususnya di bawah inisiatif MCMC yang membantu usahawan ke arah pendigitalan yang berinovatif dan berdaya saing, terutamanya masyarakat di luar bandar,” ujarnya.

Agensi di bawah Kementerian Komunikasi dan Digital, iaitu Malaysia Digital Economy Corporation (MDEC) yang menerajui transformasi ekonomi digital kini memperkasakan program tingkatkan kemahiran digital bersama rakan kongsinya dibawah Direktori Latihan Kemahiran Digital.

Kumpulan sasaran Karnival Pendidikan ini adalah pelajar Tingkatan Lima, Tingkat Enam Atas (Calon SPM/STPM), IPTA/IPS, IKS dan orang awam. Sasaran pengunjung dalam tempoh tiga hari lebih kurang 10,000 orang bermula jam 8 pagi dan masuk adalah percuma.

Lebih 100 pempamer yang akan menyertai program itu.

Turut diadakan Pelancaran Program Jelajah Saya Digital (JSD) Sabah 2024 oleh Malaysia Digital Economy Corporation (Mdec) Sdn Bhd.

]]>
https://sabahmedia.com/2024/07/30/set-anjur-karnival-pendidikan-di-sicc-3-hari-bermula-2-hingga-4-ogos-ini/feed/ 0 58314
SICC agih daging korban kepada keluarga memerlukan https://sabahmedia.com/2023/06/29/sicc-agih-daging-korban-kepada-keluarga-memerlukan/ https://sabahmedia.com/2023/06/29/sicc-agih-daging-korban-kepada-keluarga-memerlukan/#respond Thu, 29 Jun 2023 11:18:08 +0000 https://sabahmedia.com/?p=37387
Read Time:39 Second

KOTA KINABALU: Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC) telah berjaya mengagihkan daging Korban kepada 327 saudara Islam serta golongan kurang berkemampuan daripada kumpulan B40 di Kota Kinabalu melalui Masjid Negeri Sabah dan Masjid Bandaraya Kota Kinabalu.

Hari Raya Haji, juga dikenali sebagai Aidiladha, yang jatuh pada 29 Jun tahun ini, disambut umat Islam dengan solat hajat dan ibadah korban yang melibatkan penyembelihan ternakan dan pengagihan daging kepada mereka yang memerlukan.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif D’Heritage Sdn Bhd (Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah), Datuk Rosmawati Lasuki, inisiatif SICC menunjukkan usaha untuk mendekati golongan kurang berkemampuan.

“Melalui program Korban, kami berharap dapat menggalakkan amal kebajikan kepada mereka yang memerlukan. Ia adalah peringatan bahawa kegembiraan memberi tidak terhad kepada mana-mana majlis tertentu tetapi boleh dikongsi dengan orang lain sepanjang tahun,” katanya.

]]>
https://sabahmedia.com/2023/06/29/sicc-agih-daging-korban-kepada-keluarga-memerlukan/feed/ 0 37387
Kongsi rezeki Ramadan, SICC santuni 50 pelajar tahfiz https://sabahmedia.com/2023/03/31/kongsi-rezeki-ramadan-sicc-santuni-50-pelajar-tahfiz/ https://sabahmedia.com/2023/03/31/kongsi-rezeki-ramadan-sicc-santuni-50-pelajar-tahfiz/#respond Fri, 31 Mar 2023 00:33:11 +0000 https://sabahmedia.com/?p=31822
Read Time:1 Minute, 47 Second

Oleh NORMIMIE DIUN

KOTA KINABALU: Seramai 50 pelajar dari Pusat Pengajian Tahfiz Al-Quran As-Syatibiyah, Masjid USIA Kota Kinabalu dan Ma’had Tahfiz Miftahul Ulum Tanjung Aru diraikan dalam satu Program Berbuka Puasa anjuran Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC) di sini, malam tadi.

Ketua Pegawai Eksekutif SICC, Datuk Rosmawati Lasuki berkata, program itu juga adalah bersempena Majlis Malam Apresiasi dan Kesyukuran atas pencapaian SICC selama tiga tahun dan baru setahun beroperasi sepenuhnya.

“Program ini diadakan bagi meraihkan warga kerja SICC yang telah menerima dua Anugerah Pencapaian Inspirasi The BrandLaureate Sustainable Business & Brands 2022-2023 untuk Perkhidmatan – Pusat Konvensyen Pelbagai Fungsi serta The BrandLaureate Brand Leadership Award 2023, majlis penyampaian anugerah itu berlangsung di Kuala Lumpur baru-baru ini.

“Jadi kita menghargai kerja keras yang disumbangkan oleh semua warga kerja SICC,” katanya ketika ditemui pemberita semasa Majlis Berbuka Puasa di SICC malam tadi.

Rosmawati berkata, pada majlis itu, SICC juga turut menyantuni seramai 650 orang terdiri semua pelanggan setia yang selalu mengadakan acara di SICC dan juga rakan kongsi strategik serta pegamal media.

“Hari ini juga kita ada buat program tanggungjawab sosial korporat (CSR) menjemput seramai 50 anak-anak tahfiz dari Kota Kinabalu dan Tanjung Aru.

“Sebagai anak syarikat Yayasan Sabah, Kami di SICC selalu mementingkan rakyat dan kami mahu setiap peringkat dapat merasai dan menikmati sendiri bagaimana menjamu 700 jenis juadah yang kami sediakan, jadi dengan adanya SICC semua lapisan rakyat boleh merasa, InsyaAllah.

“Kali ini kami menampilkan pelbagai jenis menu dari dalam dan luar negara, tidak ketinggalan menu Diraja, itulah kami mahu semua peringkat dapat menikmatinya dan semuanya ada di SICC,” katanya.

Beliau turut memberitahu bermula malam ini (31 Mac) program berbuka puasa SICC dan tempahan sudahpun penuh untuk hari ini iaitu seramai 1500 pelanggan akan datang untuk menjamu 700 juadah berbuka yang disajikan.

“Musim ini kita ada Ramadan Buffet dari jam 5 petang hingga 9.30 malam, dari 9 malam hingga 10.30 Moreh serta Sahur jam 10.30 malam hingga jam 2 pagi.

“Manakala 7 hingga 19 April ini akan diadakan Borneo Mega Fest, mempamerkan produk-produk selain Sabah, ada dari Brunei, Labuan dan Sarawak akan hadir pada program itu,” katanya.

]]>
https://sabahmedia.com/2023/03/31/kongsi-rezeki-ramadan-sicc-santuni-50-pelajar-tahfiz/feed/ 0 31822
SICC sediakan Menu Rahmah juadah berbuka puasa bulan Ramadan ini https://sabahmedia.com/2023/02/14/sicc-sediakan-menu-rahmah-juadah-berbuka-puasa-bulan-ramadan-ini/ https://sabahmedia.com/2023/02/14/sicc-sediakan-menu-rahmah-juadah-berbuka-puasa-bulan-ramadan-ini/#respond Mon, 13 Feb 2023 23:27:12 +0000 https://sabahmedia.com/?p=29517
Read Time:2 Minute, 1 Second

Oleh NORMIMIE DIUN

KOTA KINABALU: Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC) menyahut cabaran Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) untuk mewujudkan Menu Rahmah, sebagai langkah membantu golongan kurang berkemampuan.

Ketua Pegawai Eksekutif SICC Datuk Rosmawati Lasuki.

Ketua Pegawai Eksekutif SICC Datuk Rosmawati Lasuki berkata, Menu Rahmah akan diperkenalkan pada bulan Ramadan ini bermula pada 31 Mac hingga 21 April dari jam 5.00 petang hingga 12 tengah malam.

“SICC akan menawarkan Menu Rahmah juadah berbuka puasa dengan hidangan asas seperti nasi, sayur, lauk dan bubur pada harga RM5.00, RM10.00, dan RM12.00,”katanya pada sidang media semasa melancarkan majlis “A Taste of ASIAN” Ramadan Dinner Buffet di SICC pada Isnin. (13 Feb)

Rosmawati berkata, SICC memulakan Menu Rahmah sepanjang bulan Ramadan ini dan menyediakan hidangan makanan pilihan mampu milik yang boleh dinikmati oleh semua orang.

“Walaupun menu itu murah, namun kami akan menyediakan semua hidangan makanan kami daripada bahan-bahan yang segar dengan harga yang mampu milik khususnya untuk golongan yang kurang berkemampuan untuk makan di bufet Ramadan kami,” katanya.

Sementara itu, Rosmawati berkata, selain memperkenalkan Menu Rahmah, pihak SICC turut menawarkan 700 jenis juadah istimewa Berbuka Puasa bagi menyemarakkan lagi bulan Ramadan ini.

“A Taste of ASIAN” Ramadan Dinner Buffet turut disediakan bermula dari 31 Mac hingga 21 April ini.

“Terdapat 700 jenis hidangan termasuk masakan tradisional Melayu Diraja, makanan Asia dan pencuci mulut yang menarik di bawah bimbingan Chef Muhammad Hussain, chef de cuisine Melayu yang telah bersama SICC selama dua setengah tahun yang lalu dan disokong dengan pengalaman lebih 20 tahun, akan menyajikan hidangan bufet yang menawarkan pelbagai hidangan tempatan dan masakan Asia yang lazat,” katanya.

Menurut Rosmawati, SICC juga menawarkan “Sungkai Takeaway” untuk makan malam Ramadan yang lazat disediakan dalam kotak dengan tiga pilihan untuk dipilih; menu DiRaja berharga RM228.00, menu Muhibbah dan menu Mubarak masing-masing berharga RM178.00. Ketiga-tiga kotak makanan tersebut boleh dinikmati empat hingga lima orang.

Katanya, Early Bird Vaucher juga tersedia untuk pembelian dari 1 Februari hingga 18 Mac 2023 pada harga RM118 seorang.

“Dapatkan tawaran sekarang dan hubungi kami untuk maklumat lanjut di talian 088-206008 atau 019 6250905 antara 8.00 pagi hingga 6.00 petang setiap hari. Tempahan awal sangat disyorkan untuk memastikan susunan tempat duduk dan ruang yang mencukupi untuk tetamu,” jelasnya.

Dalam pada itu, beliau turut memaklumkan bahawa makanan disediakan pihak SICC telah disahkan halal oleh pihak Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).

]]>
https://sabahmedia.com/2023/02/14/sicc-sediakan-menu-rahmah-juadah-berbuka-puasa-bulan-ramadan-ini/feed/ 0 29517
STB & SICC Sedia Jalin Kerjasama Promosi Pusat Konvensyen https://sabahmedia.com/2021/11/10/stb-sicc-sedia-jalin-kerjasama-promosi-pusat-konvensyen/ https://sabahmedia.com/2021/11/10/stb-sicc-sedia-jalin-kerjasama-promosi-pusat-konvensyen/#respond Wed, 10 Nov 2021 06:19:11 +0000 https://sabahmedia.com/?p=8312
Read Time:1 Minute, 14 Second

KOTA KINABALU: Lembaga Pelancongan Sabah (STB) sedia bekerjasama untuk memasarkan Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC) dengan lebih efektif di peringkat tempatan dan antarabangsa.

Pengerusi STB Datuk Joniston Bangkuai berkata, ia termasuklah membantu mempromosikan SICC sebagai sebuah lokasi persidangan pada ekspo pelancongan dunia akan datang di Dubai bulan depan.

“Kita harus mula merancang secara strategik. Malah, kita ada rancangan untuk mengadakan persidangan pelancongan luar bandar antarabangsa.

“Memandangkan Sabah adalah perintis untuk pelancongan berasaskan komuniti luar bandar, kita boleh memanfaatkannya dan mengadakan persidangan di sini,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas menerima kunjungan perwakilan SICC yang diketuai Ketua Pegawai Eksekutif Datuk Rosmawati Lasuki disini semalam.

Kunjungan itu adalah bagi membincangkan bagaimana kerjasama dapat dihasilkan menerusi perancangan strategik bagi menarik aktiviti persidangan dan ekspo ke Sabah.

Joniston yang juga Pembantu Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah berkata, inisiatif kerjasama antara dua pihak perlu kerana STB dan SICC saling melengkapi.

“Justeru, kita boleh mula memikirkan acara-acara yang boleh kita anjurkan agar dapat membawa lebih banyak persidangan dan expo ke negeri ini dan seterusnya mempromosikan pusat konvensyen SICC. Inisiatif ini harus bermula dari kita,” katanya.

Katanya, SICC mempunyai kelebihan dalam mempromosikan lokasinya sebagai tempat persidangan dan expo selain perhimpunan sosial seperti majlis perkahwinan.

“Ini kerana rekabentuk bangunannya yang unik serta lokasinya yang strategik menghadap laut dan berhampiran dengan pusat bandar,” katanya.

Dalam pada itu, pertemuan itu turut membincangan keperluan bagi menubuhkan Biro Konvensyen Negeri dengan matlamat untuk memasarkan Sabah sebagai destinasi untuk mesyuarat, persidangan dan acara perniagaan, antara lain.

]]>
https://sabahmedia.com/2021/11/10/stb-sicc-sedia-jalin-kerjasama-promosi-pusat-konvensyen/feed/ 0 8312
SICC Selamat Untuk Dikunjungi, Pematuhan SOP Terus Diperketatkan https://sabahmedia.com/2021/08/06/sicc-selamat-untuk-dikunjungi-pematuhan-sop-terus-diperketatkan/ https://sabahmedia.com/2021/08/06/sicc-selamat-untuk-dikunjungi-pematuhan-sop-terus-diperketatkan/#respond Fri, 06 Aug 2021 14:34:02 +0000 https://sabahmedia.com/?p=4177
Read Time:43 Second

KOTA KINABALU : Orang awam tidak perlu risau untuk mengunjungi Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC) termasuk bagi mendapatkan vaksin COVID-19.

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah Datuk Seri Masidi Manjun berkata, semua ruangan yang terdapat di SICC adalah sentiasa disanitasi.

“Selain itu, pematuhan prosedur standard operasi (SOP) kendiri adalah sangat ketat di kalangan orang awam dan juga petugas SICC sendiri.

“Pada hari ini terdapat khabar angin dan tular kononnya beberapa pengunjung datang ke SICC pada 31 Julai dan 1 Ogos lalu telah dijangkiti COVID-19 dan diminta untuk membuat ujian calitan, ingin saya maklumkan bahawa kenyataan itu adalah tidak benar,” katanya dalam kenyataan disini malam ini.

Katanya, pihaknya menegaskan arahan yang tular itu bukanlah bersumber daripada pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) melainkan daripada golongan yang tidak bertanggungjawab.

Terdahulu, SICC merupakan Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Integrasi Mega yang dilaksanakan sejak 10 Julai lalu.

]]>
https://sabahmedia.com/2021/08/06/sicc-selamat-untuk-dikunjungi-pematuhan-sop-terus-diperketatkan/feed/ 0 4177
PICK : Vaksinasi Tanpa Janji Temu Secara Berjadual Dilaksana Di PPV Integrasi Mega SICC https://sabahmedia.com/2021/08/04/pick-vaksinasi-tanpa-janji-temu-secara-berjadual-dilaksana-di-ppv-integrasi-mega-sicc/ https://sabahmedia.com/2021/08/04/pick-vaksinasi-tanpa-janji-temu-secara-berjadual-dilaksana-di-ppv-integrasi-mega-sicc/#comments Wed, 04 Aug 2021 08:42:06 +0000 https://sabahmedia.com/?p=4053
Read Time:1 Minute, 30 Second

KOTA KINABALU: Individu yang masih belum mendapat tarikh janji temu suntikan vaksin COVID-19 menerusi aplikasi MySejahtera boleh hadir mendaftar di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Integrasi Mega Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC).

Ketua PPV SICC yang juga Pakar Perubatan Kesihatan Awam Jabatan Kesihatan Negeri Sabah (JKNS) Dr Pathmen Arumugam berkata, PPV itu menawarkan vaksinasi tanpa temujanji secara berjadual sejak 2 Ogos lalu.

“Pelaksanaan vaksinasi tanap temujanji ini adalah bagi membolehkan penerima vaksin mendapat tarikh vaksinasi secepat mungkin dan ia dibuka kepada mereka yang berusia 18 tahun ke atas.

“Mereka boleh datang secara ‘walk-in’ ke PPV ini dan memberi nama kepada petugas, selepas itu mereka akan pulang ke rumah dan kami akan mendapatkan janji temu mereka dalam sehari atau dua hari selepas itu,” katanya.

Dr Pathmen berkata, sehingga Isnin lalu, sejumlah 370 orang telah mendaftar bagi mendapatkan tarikh janji temu di PPV berkenaan.

Katanya, sebahagian dari individu yang sudah mendaftar telah mendapat tarikh vaksinasi manakala selebihnya akan diberi tarikh secepat mungkin.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif SICC Datuk Rosmawati Nasuki berkata, pihaknya sedia memberi kerjasama penuh kepada JKNS dengan menyediakan fasiliti dan petugas bagi memastikan orang ramai yang hadir mematuhi prosedur standard operasi (SOP).

“Kita bekerjasama dengan pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan JKNS dimana kita dapat bantuan daripada pihak penguatkuasa bagi membantu mengawal mereka yang datang.

“Selain itu kita juga ada membuat pengumuman setiap 20 minit untuk mengingatkan SOP dan syukur semua dipatuhi,” katanya.

Rosmawati berkata, operasi vaksinasi tanpa janji temu berjadual ini juga membolehkan pihak SICC menyediakan tempat letak kereta yang boleh menampung keperluan mengikut jadual penerima vaksin.

PPV Integrasi Mega itu beroperasi sejak 10 Julai lalu yang dikhaskan kepada Program Imunisasi Industri COVID-19 Kerjasama Awam-Swasta (PIKAS).

PPV ini juga mula dibuka kepada orang ramai pada 28 Julai dengan menyasarkan 10,000 penerima setiap hari.

]]>
https://sabahmedia.com/2021/08/04/pick-vaksinasi-tanpa-janji-temu-secara-berjadual-dilaksana-di-ppv-integrasi-mega-sicc/feed/ 1 4053