sidang dun – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Thu, 10 Apr 2025 00:28:59 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.0.2 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png sidang dun – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Jangan politikkan ucapan dasar TYT – Speaker DUN https://sabahmedia.com/2025/04/09/jangan-politikkan-ucapan-dasar-tyt-speaker-dun/ https://sabahmedia.com/2025/04/09/jangan-politikkan-ucapan-dasar-tyt-speaker-dun/#respond Wed, 09 Apr 2025 09:23:15 +0000 https://sabahmedia.com/?p=71672
Read Time:2 Minute, 24 Second

Kota Kinabalu: Semua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) diingatkan agar tidak mempolitikkan Ucapan Dasar Yang di-Pertua Negeri Sabah, Tun Musa Aman dalam Istiadat Pembukaan Penggal Kelima Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah ke-16 esok.

Speaker DUN Sabah Datuk Seri Kadzim M. Yahya berkata, peringatan tersebut ditujukan kepada semua pihak sama ada ‘backbenchers’ ataupun pembangkang agar tidak membangkitkan isu-isu yang tidak berkaitan dengan intipati ucapan tersebut.

“Untuk sidang pada kali ini lebih-lebih lagi kita baru di pertengahan Syawal, kita harap tenang dalam perbahasan dan bangkitkan benda-benda yang bernas dan hanya isu yang disentuh oleh Tuan Yang Terutama (TYT) Tun.

“Dari segi teknikal, seseorang ADUN hanya boleh membahaskan apa yang dibangkitkan oleh TYT Tun dalam ucapan dasar dan isu-isu yang dibangkitkan, di luar daripada itu untuk apa dibangkit kalau tidak disentuh oleh beliau.

“Jadi, saya mengharapkan semua ADUN tidak perlu bangkitkan perkara-perkara yang di luar dan tidak sesuai dan jangan gunakan ucapan dasar TYT untuk platform politik persediaan pilihan raya, ini kepada kedua-dua pihak sama ada backbenchers ataupun pihak pembangkang, jangan dipolitikkan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui di pejabatnya di sini hari ini.

Kadzim turut menyangkal dakwaan sesetengah pihak yang mengatakan sidang pada kali ini akan berlangsung panas dan ia adalah sidang yang terakhir.

“Sama ada yang terakhir atau tidak, saya pun tidak tahu bila sidang terakhir sebab saya jangka masa Bajet tu yang terakhir rupanya ada perasmian DUN lagi.

“Tapi dari segi panas tu, bagi saya ia bukanlah panas tapi semangat dan pada akhirnya tidak ada perkara-perkara yang melebihi batas,” katanya.

Mengenai raptai selama dua hari bermula Isnin lalu, beliau berpuas hati dengan kerjasama semua pihak dan berharap majlis istiadat serta Mesyuarat Pertama Penggal Kelima DUN Sabah ke-16 pada minggu depan akan berjalan dengan lancar.

“Raptai dua hari berjalan lancar, hari pertama kita mengambil ‘floor of the programme’ dan semalam kita buat secara ‘actual time’ dan cuaca pun memihak kepada kita, semua berjalan lancar.

“Tidak ada pembaharuan sama seperti tahun-tahun sebelumnya, cuma istiadat pada tahun ini adalah kali pertama untuk TYT Tun Musa jadi kita perlu memastikan tiada perkara-perkara penting yang tercicir.

“Esok, pengisian ada dua. Pertama, perasmian pembukaan dan kedua acara ini diikuti dengan jamuan Aidilfitri kebetulan kita berada di pertengahan Syawal.

“Untuk perasmian DUN akan dihadiri 500 orang sebab dewan kita tidak dapat menampung. Selepas ucapan dasar, kita akan beredar lebih kurang 1,500 orang ke jamuan Aidilfitri yang juga dihadiri oleh konsul-konsul dan wakil negara asing kita jemput setiap tahun,” katanya.

Menurutnya lagi, Mesyuarat Pertama Penggal Kelima DUN Sabah ke-16 akan berlangsung selama empat hari pada minggu depan bermula dengan perbahasan, diikuti dengan penggulungan ke atas ucapan dasar Tun Musa sebelum pembentangan empat Rang Undang-Undang (RUU).

Menurutnya, tiga daripada RUU terbabit merupakan pindaan berkaitan undang-undang tanah, hutan dan perumahan manakala, RUU baharu mengenai baja pula akan dibentang pada hari terakhir sidang DUN.

]]>
https://sabahmedia.com/2025/04/09/jangan-politikkan-ucapan-dasar-tyt-speaker-dun/feed/ 0 71672
DUN Sabah Bersidang Tiga Hari Bermula 24 Ogos https://sabahmedia.com/2021/08/03/dun-sabah-bersidang-tiga-hari-bermula-24-ogos/ https://sabahmedia.com/2021/08/03/dun-sabah-bersidang-tiga-hari-bermula-24-ogos/#respond Tue, 03 Aug 2021 15:03:46 +0000 https://sabahmedia.com/?p=4034
Read Time:58 Second

KOTA KINABALU, 3 Ogos : Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah ke-16 akan bersidang selama tiga hari bermula 24 Ogos ini.

Speaker DUN Sabah Datuk Kadzim M Yahya berkata Yang Dipertua Negeri Sabah Tun Juhar Mahiruddin dijadual menyempurnakan istiadat pembukaan persidangan itu yang akan berlangsung pada 10 pagi, 24 Ogos, tanpa acara perbarisan.

Kadzim berkata persidangan DUN Sabah ke-16 pada 25 dan 26 Ogos pula akan dimulai dengan sesi soal jawab pada 10 pagi, diikuti sesi perbahasan ucapan dasar Tun Juhar oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dan sesi penggulungan sehingga selesai.

“Tuan Yang Terutama (Tun Juhar) sudah memperkenankan untuk memanggil mesyuarat sidang DUN pada 24 hingga 26 Ogos ini. Sidang DUN ini akan diadakan secara fizikal dan melibatkan kehadiran semua ADUN,” katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.

Kadzim berkata sidang DUN itu akan dijalankan mengikut prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan termasuk penjarakan sosial, selain setiap tempat duduk ADUN di dalam Dewan dilengkapi penghadang lut sinar bagi mengekang penularan COVID-19.

Seperti sebelum ini, Kadzim berkata istiadat pembukaan dan persidangan DUN Sabah boleh diikuti secara langsung menerusi saluran YouTube kerajaan negeri. – BERNAMA

]]>
https://sabahmedia.com/2021/08/03/dun-sabah-bersidang-tiga-hari-bermula-24-ogos/feed/ 0 4034