Silam tarik diri – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Mon, 17 Nov 2025 03:52:37 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.1 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png Silam tarik diri – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 PRU Sabah : Abdul Halim Sidek umum tarik diri daripada bertanding di DUN Silam https://sabahmedia.com/2025/11/17/pru-sabah-abdul-halim-sidek-umum-tarik-diri-daripada-bertanding-di-dun-silam/ https://sabahmedia.com/2025/11/17/pru-sabah-abdul-halim-sidek-umum-tarik-diri-daripada-bertanding-di-dun-silam/#respond Mon, 17 Nov 2025 03:52:30 +0000 https://sabahmedia.com/?p=86102
Read Time:1 Minute, 19 Second

Oleh Sitti Nor Azizah Talata

LAHAD DATU: Calon Pakatan Harapan (PH) bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Silam, Abdul Halim Sidek Gulam Hassan, hari ini mengumumkan penarikannya daripada bertanding pada Pilihan Raya Umum Dewan Undangan Sabah (PRU DU Sabah) Ke-17).

Dalam kenyataan rasmi yang dikeluarkan, Abdul Halim berkata keputusan itu dibuat dengan penuh rasa tanggungjawab selepas pertimbangan mendalam serta perbincangan teliti bersama kepimpinan tertinggi Pakatan Harapan.

Beliau menegaskan bahawa keputusan tersebut adalah keputusan peribadi tanpa sebarang tekanan daripada mana-mana pihak luar.

“Keputusan ini dibuat berdasarkan pertimbangan yang matang demi menjaga hubungan baik dan keharmonian bersama rakan kerjasama parti yang lain.

“Saya percaya bahawa perpaduan dan kerjasama antara PH dan parti-parti lain adalah lebih penting untuk masa depan politik negeri kita,” katanya.

Walaupun tidak bertanding dalam PRU kali ini, Abdul Halim tetap komited terhadap usaha membela kebajikan rakyat di Silam dan Lahad Datu. 

Menurutnya, perjuangan untuk rakyat tidak berakhir hanya kerana tidak berada di medan pilihan raya.

“Saya akan terus menyumbang dalam apa jua kapasiti yang mungkin untuk membangunkan kawasan ini dan memastikan suara rakyat terus didengari,” jelasnya.

Beliau turut menyatakan keyakinan terhadap kerajaan Madani untuk terus menumpukan perhatian kepada pembangunan Sabah bersama wakil-wakil rakyat yang bakal dipilih.

Dalam kenyataan itu, Abdul Halim merakamkan penghargaan kepada kepimpinan PH, jentera parti, ahli-ahli yang telah bekerja keras, serta rakyat Silam dan Lahad Datu atas kepercayaan yang diberikan selama ini.

Beliau berharap agar PRU Sabah akan melahirkan pemimpin yang benar-benar prihatin dan komited terhadap kesejahteraan rakyat.

Penarikan diri Abdul Halim sebagai calon PH bagi DUN Silam berkuat kuasa serta-merta. – SABAH MEDIA

]]>
https://sabahmedia.com/2025/11/17/pru-sabah-abdul-halim-sidek-umum-tarik-diri-daripada-bertanding-di-dun-silam/feed/ 0 86102