Silat – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Sun, 29 Dec 2024 11:17:57 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.0.4 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png Silat – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Kejohanan silat cungkil bakat anak muda https://sabahmedia.com/2024/12/29/kejohanan-silat-cungkil-bakat-anak-muda/ https://sabahmedia.com/2024/12/29/kejohanan-silat-cungkil-bakat-anak-muda/#respond Sun, 29 Dec 2024 11:17:56 +0000 https://sabahmedia.com/?p=66131
Read Time:1 Minute, 18 Second

Putatan : Penganjuran kejohanan pencak silat merupakan satu program yang cukup signifikan kepada pembangunan sukan silat olahraga.

Timbalan Ketua Menteri Datuk Ir Shahelmey Yahya berkata, ianya diadakan bukan sahaja untuk mencari juara tetapi juga bagi mencungkil bakat anak-anak muda dalam sukan silat olahraga.

Katanya, seni silat bukan sahaja digunakan sebagai satu seni untuk mempertahankan diri tetapi juga dijadikan sebagai satu aktiviti untuk meningkatkan jati diri terutamanya bagi anak muda.

“Saya berharap anak muda akan diberi pendedahan lebih lagi berkaitan sukan silat dan akan diperluaskan lagi agar warisan kita dapat terus terpelihara dalam era yang deras dengan arus pemodenan.

“Tujuan utama kejohanan ini diadakan adalah sebagai satu persiapan berterusan bagi daerah Putatan untuk mencungkil bakat-bakat muda, bakat-bakat baru dalam kejohanan silat olahraga selaras dengan sasaran kita Sabah sebagai tuan rumah Sukan Malaysia (SUKMA) pada tahun 2032 nanti,” katanya.

Beliau berkata demikian pada majlis penutupan kejohanan pencak silat Piala Pendekar Putatan 2024 di Dewan PPR Sri Keramat di sini hari ini.

Shahelmey yang juga Ahli Parlimen Putatan turut memuji penglibatan aktif komuniti Putatan dalam aktiviti silat, namun mengakui kekangan prasarana menjadi cabaran utama penganjuran acara sukan di daerah itu.

Dalam pada itu, Persatuan Seni Warisan Jati Diri (SEWARJAD) Sabah mempamerkan aksi cemerlang apabila memenangi empat pingat emas, dua perak dan satu gangsa dalam kejohanan itu.

Pasukan Elite Fighter dari Papar turut menunjukkan prestasi membanggakan dengan meraih Naib Johan menerusi kutipan empat pingat emas, satu perak dan empat gangsa.

Lebih 400 peserta dari daerah Putatan serta sekitar Sabah telah menyertai kejohanan berkenaan dan turut disertai sebuah pasukan dari Brunei Darussalam. – SABAH MEDIA

]]>
https://sabahmedia.com/2024/12/29/kejohanan-silat-cungkil-bakat-anak-muda/feed/ 0 66131
1,000 pesilat dapat pengiktirafan ABR menerusi persembahan pencak silat teramai https://sabahmedia.com/2024/10/05/1000-pesilat-dapat-pengiktirafan-abr-menerusi-persembahan-pencak-silat-teramai/ https://sabahmedia.com/2024/10/05/1000-pesilat-dapat-pengiktirafan-abr-menerusi-persembahan-pencak-silat-teramai/#respond Fri, 04 Oct 2024 17:18:03 +0000 https://sabahmedia.com/?p=61696
Read Time:1 Minute, 16 Second

Kota Kinabalu: Gabungan 22 persatuan silat yang melibatkan 1,000 orang pesilat mendapat pengiktirafan ‘Asia Book Of Record’ (ABR).

Penyerahan sijil pengiktirafan tersebut disempurnakan Yang di-Pertua Negeri Sabah, Tun Juhar Mahiruddin pada Majlis Penyerahan Sijil ABR Anugerah Persembahan Pencak Silat Teramai di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC).

Pembantu Menteri Pembangunan Luar Bandar, Datuk Seri Dr Ruddy Awah berkata, pengiktirafan tersebut melibatkan 22 Persatuan Silat dari seluruh Sabah dengan penyertaan seramai 1,000 orang yang diadakan di daerah Pitas, Februari lalu.

“Program malam ini adalah kesinambungan daripada program Februari lalu di mana kita telah mencipta satu rekod Asia iaitu persembahan pencak silat teramai menghimpunkan seramai 1,000 peserta yang dihoskan oleh Pejabat Daerah Pitas.

“Antara persatuan yang terlibat adalah Persatuan Seni Silat Pencak Lima dari Kota Belud, Persatuan Silat Mahkamah Anak Negeri daerah Pitas, Kelab Silat Olahraga Pekalongan Membakut dan Persatuan Silat PDRM Kontinjen Sabah,” katanya ketika ditemui  dalam majlis itu di sini.

Ruddy  yang juga Penasihat Hari Mencipta ABR berharap agar lagi banyak penciptaan rekod baru ke persada dunia.

“Malam ini adalah kemuncaknya, kegemilangan pencak silat yang telah pun diiktiraf oleh ABR iaitu malam penyampaian sijil pengiktirafan Rekod peringkat Asia.

“Selepas ini, kita akan terus cuba mengangkat nama negeri juga negara melalui penciptaan rekod baru di persada dunia,” katanya.

Turut hadir dalam majlis penyerahan tersebut, Speaker Dewan Undangan Negeri, Datuk Seri Kadzim M. Yahya, Menteri Belia Dan Sukan, Datuk Ellron Angin dan Setiausaha Kementerian Belia dan Sukan Sabah Datuk Mansur Asun.

]]>
https://sabahmedia.com/2024/10/05/1000-pesilat-dapat-pengiktirafan-abr-menerusi-persembahan-pencak-silat-teramai/feed/ 0 61696
Pembukaan gelanggang PSSCHG Kampung Pelakat sediakan kemudahan tempat latihan pesilat di Sipitang https://sabahmedia.com/2024/09/08/pembukaan-gelanggang-psschg-kampung-pelakat-sediakan-kemudahan-tempat-latihan-pesilat-di-sipitang/ https://sabahmedia.com/2024/09/08/pembukaan-gelanggang-psschg-kampung-pelakat-sediakan-kemudahan-tempat-latihan-pesilat-di-sipitang/#respond Sun, 08 Sep 2024 10:11:33 +0000 https://sabahmedia.com/?p=60355
Read Time:51 Second

Sipitang: Pembukaan Gelanggang Persatuan Seni Silat Cekam Harimau Ghaib (PSSCHG) Cabang Kampung Pelakat di sini tepat pada masanya dalam menyediakan kemudahan latihan kepada peminat sukan silat di daerah ini.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sindumin Datuk Dr Yusof Yacob berharap dengan adanya kemudahan ini dapat mengasah bakat pesilat-pesilat muda untuk dapat bersaing di peringkat lebih tinggi.

Katanya, acara silat merupakan salah satu acara sukan yang termasuk dalam beberapa kejohanan antarabangsa dan dunia.

“Saya menyokong usaha pembukaan gelanggang ini sebagai satu aktiviti yang ada matlamat tersendiri,” katanya ketika merasmikan Gelanggang PSSCHG Cabang Kampung Pelakat, semalam.

Hadir sama, YDP PSSCHG Labuan Mohammad Khairul Abd Ghani, Pengerusi PSSCHG Labuan Aziz Jaafar dan Pengerusi Gelanggang PSSCHG Kampung Pelakat Tamin@Roy Yacob.

Dr Yusof yang juga Pengerusi Qhazanah Sabah Berhad berkata, penting bagi pemimpin atau ketua badan-badan persatuan harus mengambil peranan maaing-masing membawa ahli khususnya golongan muda dalam aktiviti yang sihat.

Katanya, ini memerlukan pemimpin setiap persatuan harus fokus dalam memastikan persatuan mereka aktif dan melaksanakan aktiviti yang bermanfaat kepada ahlinya.

]]>
https://sabahmedia.com/2024/09/08/pembukaan-gelanggang-psschg-kampung-pelakat-sediakan-kemudahan-tempat-latihan-pesilat-di-sipitang/feed/ 0 60355