Siling stesen minyak runtuh – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Mon, 14 Oct 2024 13:03:52 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.1 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png Siling stesen minyak runtuh – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Siling stesen minyak runtuh hempap enam kenderaan https://sabahmedia.com/2024/10/14/siling-stesen-minyak-runtuh-hempap-enam-kenderaan/ https://sabahmedia.com/2024/10/14/siling-stesen-minyak-runtuh-hempap-enam-kenderaan/#respond Mon, 14 Oct 2024 12:57:57 +0000 https://sabahmedia.com/?p=62225
Read Time:40 Second

KINABATANGAN: Siling Stesen Minyak Petronas Batu 8, Bukit Garam dekat sini runtuh lalu menghempap enam buah kenderaan dalam kejadian yang berlaku petang tadi.

Menurut Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah, seramai tujuh anggota bomba dari Balai Bomba Kinabatangan bergegas ke lokasi kejadian kira-kira 6 kilometer selepas menerima panggilan kecemasan pada jam 4.47 petang tadi.

“Setiba di lokasi kejadian mendapati berlaku runtuhan pada siling stesen minyak Petronas berkenaan lalu menghempap enam buah kenderaan jenis Perodua Alza, Perodua Myvi, Toyota Vigo, Proton Exora, Proton X70 dan Isuzu D-Max. Bagaimanapun tiada mangsa terlibat dilaporkan.

“Seterusnya pasukan bomba bertindak mengalihkan runtuhan siling ke tempat selamat.

“Pemeriksaan dijalankan memastikan tiada bahaya lain wujud dilokasi dan operasi ditamatkan sepenuhnya pada jam 6.59 petang,” katanya dalam kenyataan hari ini.

]]>
https://sabahmedia.com/2024/10/14/siling-stesen-minyak-runtuh-hempap-enam-kenderaan/feed/ 0 62225