simposium – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Tue, 11 Aug 2026 04:22:18 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.1 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png simposium – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Simposium kehakiman dan perundangan perkukuh kedudukan perundangan syariah https://sabahmedia.com/2026/08/11/simposium-kehakiman-dan-perundangan-perkukuh-kedudukan-perundangan-syariah/ https://sabahmedia.com/2026/08/11/simposium-kehakiman-dan-perundangan-perkukuh-kedudukan-perundangan-syariah/#respond Tue, 11 Aug 2026 04:22:11 +0000 https://sabahmedia.com/?p=101359
Read Time:1 Minute, 40 Second

KOTA KINABALU: Simposium Kehakiman dan Perundangan menjadi wadah menghimpunkan pengamal serta pakar perundangan bagi berkongsi pandangan dan pengalaman, selain meneroka pendekatan terbaik dalam memperkukuh kedudukan perundangan Syariah di Malaysia.

Ketua Pengarah Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM), Datuk Mohd Amran Mat Zain berkata, simposium itu akan menghimpunkan pelbagai pihak termasuk hakim, pendakwa, peguam, ahli akademik serta pemegang taruh berkaitan.

Katanya, penglibatan pelbagai pihak penting bagi membolehkan pandangan dan pengalaman daripada pelbagai perspektif digabungkan, khususnya berkaitan pelaksanaan serta perkembangan perundangan Syariah di negara ini.

Datuk Mohd Amran Mat Zain

“Penganjuran simposium ini merupakan cetusan idea Yang di-Pertua Negeri Sabah, Tun Musa Aman bagi membuka ruang kepada pelbagai pihak untuk duduk bersama, berbincang dan mencari pendekatan yang dapat mempertingkatkan kedudukan perundangan Syariah.

“Kami amat berbesar hati kerana Tun Musa sendiri telah memberikan banyak idea dan kaedah yang harus kita terokai untuk mencapai hasrat meletakkan perundangan itu di tempat yang sewajarnya dan selayaknya,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui media selepas mengadakan kunjungan hormat terhadap Tun Musa di Istana Seri Kinabalu, di sini.

Menurut Mohd Amran, kunjungan itu turut bertujuan menjemput Tun Musa untuk menyampaikan perutusan dan seterusnya menyempurnakan perasmian Simposium Kehakiman dan Perundangan yang dijadualkan berlangsung pada 12 Ogos.

Dalam pada itu, beliau berkata Sabah turut menunjukkan komitmen dalam memperkukuh kedudukan perundangan Syariah menerusi kelulusan beberapa enakmen berkaitan.

Katanya, Enakmen Pengangkatan Anak Orang Islam telah diluluskan dan berkuat kuasa pada Disember 2024, manakala Enakmen Pewarisan Orang Islam pula diluluskan Dewan Undangan Negeri Sabah pada tahun ini.

“Ini adalah rentetan yang menunjukkan komitmen yang tinggi dan turut membuka ruang kepada kita untuk terus menerokai bidang-bidang yang boleh meletakkan perundangan Syariah itu atas landasan yang betul dan dihormati,” katanya.

Mohd Amran berkata, lebih 600 peserta dijangka menyertai simposium berkenaan, dengan jumlah itu dijangka terus bertambah menerusi penglibatan pelajar institusi pengajian tinggi, khususnya mereka yang mengikuti bidang perundangan.

Katanya, penyertaan daripada pelbagai lapisan masyarakat termasuk golongan generasi muda amat penting bagi memberi pendedahan dan memperluas kefahaman mengenai kedudukan serta perkembangan perundangan Syariah dalam kerangka Perlembagaan Persekutuan.

]]>
https://sabahmedia.com/2026/08/11/simposium-kehakiman-dan-perundangan-perkukuh-kedudukan-perundangan-syariah/feed/ 0 101359
500 belia sertai simposium ketahanan digital https://sabahmedia.com/2026/05/23/500-belia-sertai-simposium-ketahanan-digital/ https://sabahmedia.com/2026/05/23/500-belia-sertai-simposium-ketahanan-digital/#respond Sat, 23 May 2026 03:36:06 +0000 https://sabahmedia.com/?p=97169
Read Time:1 Minute, 53 Second

KOTA KINABALU :  Seramai kira-kira 500 belia daripada pelbagai institusi pengajian tinggi di Sabah menyertai Simposium Peringkat Kebangsaan “Membina Ketahanan Digital Belia” yang berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC), di sini baru-baru ini.

Program anjuran Program Hubungan Antarabangsa, Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan Universiti Malaysia Sabah (UMS) dengan kerjasama Pusat Serantau Asia Tenggara Bagi Mencegah Keganasan (SEARCCT) itu bertujuan meningkatkan kesedaran serta daya tahan golongan muda terhadap ancaman keselamatan dalam era digital.

Ketua Pengarah SEARCCT, Datin Nur Ashikin Mohd Taib berkata, perkembangan teknologi dan media sosial masa kini membawa pelbagai manfaat, namun turut membuka ruang kepada penyebaran maklumat salah, ucapan kebencian dan pengaruh ideologi ekstrem.

Katanya, golongan belia perlu memainkan peranan penting sebagai benteng utama dalam memastikan keselamatan digital negara terus terpelihara.

“Dalam dunia hari ini, kehidupan generasi muda amat berkait rapat dengan teknologi dan media digital yang telah menjadi sebahagian daripada rutin harian.

“Namun, di sebalik manfaat tersebut, terdapat ancaman seperti manipulasi maklumat, pengaruh ekstremisme dan kandungan berbahaya yang boleh menjejaskan keselamatan masyarakat,” katanya ketika merasmikan simposium tersebut.

Beliau berkata, setiap tindakan pengguna di ruang digital termasuk perkongsian maklumat dan kandungan yang dipercayai akan memberi kesan kepada ekosistem digital negara.

“Justeru, kita perlu membina ‘mental firewall’ dalam kalangan belia iaitu keupayaan menilai maklumat secara kritikal, menapis kandungan berbahaya dan menolak pengaruh negatif sebelum ia mempengaruhi pemikiran serta tindakan,” katanya.

Simposium itu menghimpunkan penyertaan mahasiswa daripada Universiti Malaysia Sabah (UMS), Universiti Teknologi MARA (UiTM) Cawangan Sabah, University College Sabah Foundation (UCSF), Politeknik Kota Kinabalu serta Institut Pendidikan Guru (IPG) Kampus Gaya.

Program turut menampilkan syarahan utama bertajuk “Peranan Belia dalam Memperkukuh Ketahanan Digital dan Keselamatan Negara” yang disampaikan oleh Datuk Mohd Azhar Hamin.

Selain itu, dua sesi panel khas diadakan bagi membincangkan isu ancaman digital dan fahaman pelampau keganasan melibatkan tokoh akademik, pengamal media serta pendakwah bebas.

Sesi Panel I bertajuk “Memahami Ancaman Digital dan Kerentanan Belia” menampilkan Prof Dr Asmady Idris, Asrul Daniel Ahmed dan Mediha Mahmood sebagai ahli panel.

Manakala Sesi Panel II bertajuk “Forum Khas Fahaman Pelampau Keganasan” membincangkan kepentingan kesedaran masyarakat terhadap ancaman ekstremisme dan langkah pencegahan awal.

Turut hadir Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa) UMS, Profesor Datuk Dr Rossita Shapawi; Pensyarah Kanan UiTM, Dr Fatihah Anas Muhiddin serta Penyelaras Program Simposium, Dr Hafizah Nur Adeen Nor Ahmad.

]]>
https://sabahmedia.com/2026/05/23/500-belia-sertai-simposium-ketahanan-digital/feed/ 0 97169