sindiket – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Fri, 23 Feb 2024 09:14:06 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.0.2 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png sindiket – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Sindiket edar lebih 200kg dadah guna khidmat kurier tumpas https://sabahmedia.com/2024/02/23/sindiket-edar-lebih-200kg-dadah-guna-khidmat-kurier-tumpas/ https://sabahmedia.com/2024/02/23/sindiket-edar-lebih-200kg-dadah-guna-khidmat-kurier-tumpas/#respond Fri, 23 Feb 2024 08:59:20 +0000 https://sabahmedia.com/?p=49985
Read Time:1 Minute, 36 Second

KOTA KINABALU: Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Sabah berjaya menumpaskan sindiket pengedaran dadah berbahaya jenis Methamphetamine lebih 200 kilogram dianggarkan bernilai RM 6,851,400.

Penolong Ketua Pengarah Kastam Zon Sabah, Datuk Mohd Nasir Deraman berkata, hasil risikan dan penyaluran maklumat pada 15 Februari 2024 jam 9.10 pagi, pasukan Tempur Operasi Medan JKDM (COBRA), pasukan serbuan dianggotai oleh anggota Jabatan Kastam Diraja Malaysia dari Cawangan Penguatkuasaan Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu serta pasukan anggota COBRA telah membuat serbuan dan pemeriksaan di salah sebuah premis di Penampang.

“Serbuan dan pemeriksaan yang dijalankan adalah dalam Operasi Dragon Malaysia Korea (MK).

“”Hasil pemeriksaan pasukan serbuan telah menemui Lima Belas kotak parcel yang disyaki mengandungi barang larangan disyaki dadah berbahaya.

“Pengesahan lanjut dilakukan dengan cara membuat imbasan ke atas lima belas buah kotak parcel tersebut dan mendapati imbasan menunjukkan imej isi kandungan parcel yang mencurigakan.

“Pemeriksaan lanjut menggunakan alat pengesan dadah (TRUNAC) telah mendapati bahawa kandungan 15 buah kotak percel tersebut adalah dadah berbahaya jenis Methamphetamine dengan anggaran berat kasar 205 kg dan dianggarkan bernilai RM 6,851,400.00,” katanya pada sidang media di sini, hari ini.

Menurut Mohd Nasir, modus operandi (MO) bagi kes ini adalah mengedarkan dadah menggunakan perkhidmatan kurier dan memasukkan dadah dalam bungkusan plastik warna emas GUANYINWANG, plastik warna hijau QING SHAN, plastik warna gangsa LING RAN TEA, dan plastik warna biru CAI YUN LI agar dadah berbahaya yang dibungkus tidak dikesan oleh pihak penguatkuasaan.

“Bagaimanapun, tiada tangkapan dibuat, namun usaha untuk mengesan pengirim dan penerima sedang dilakukan. Kes kini dalam siasatan lanjut bagi mengesan suspek yang terlibat,” katanya.

Beliau berkata, ini adalah merupakan rampasan dadah berbahaya yang pertama bagi tahun 2024 dan terbesar yang pernah direkodkan oleh Jabatan Kastam Diraja Malaysia Zon Sabah.

“Berdasarkan analisis yang yang dijalankan, kejayaan ini dijangka dapat menyelamatkan sekurang-kurangnya 2,050,000 orang penagih dadah dengan mengambil kira anggaran penggunaan purata sebanyak 0.1 gram bagi seorang penagih dadah,” jelasnya.

]]>
https://sabahmedia.com/2024/02/23/sindiket-edar-lebih-200kg-dadah-guna-khidmat-kurier-tumpas/feed/ 0 49985
Wanita dalang utama sindiket tawar Rumah Mesra Rakyat ditahan https://sabahmedia.com/2024/02/03/wanita-dalang-utama-sindiket-tawar-rumah-mesra-rakyat-ditahan/ https://sabahmedia.com/2024/02/03/wanita-dalang-utama-sindiket-tawar-rumah-mesra-rakyat-ditahan/#respond Sat, 03 Feb 2024 02:10:08 +0000 https://sabahmedia.com/?p=48909
Read Time:1 Minute, 0 Second

KOTA KINABALU: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Sabah telah menahan seorang wanita yang dipercayai menjadi dalang utama sindiket meminta rasuah dan memperdaya orang ramai membabitkan tawaran rumah bagi skim Program Perumahan Rakyat di Sandakan.

Menurut sumber, tangkapan ke atas suspek wanita berusia sekitar 40-an ini susulan penahanan terhadap dua lelaki berusia sekitar 20 dan 40-an yang juga merupakan anak beranak oleh SPRM Sabah semalam membabitkan kes yang sama.

Katanya, suspek wanita ini dipercayai menjadi dalang utama sindiket ini di mana pemohon yang terpedaya telah memberikan wang sekitar RM10,000 sejak tahun lalu dan membabitkan nilai puluhan ribu ringgit.

“Sindiket ini telah meminta wang rasuah sama ada secara tunai atau pindahan ke akaun bank dan menjanjikan rumah mesra rakyat termasuk insentif seperti perkakasan rumah kepada orang ramai yang berminat.

“Suspek wanita ini telah ditahan di Pejabat SPRM Cawangan Sandakan ketika hadir bagi membantu sisatan kes berkenaan sekitar jam 10.35 malam tadi,” katanya.

Sementara itu, Pengarah SPRM Sabah, Datuk S. Karunanithy ketika dihubungi mengesahkan tangkapan terhadap suspek ketiga ini dan kes disiasat di bawah Seksyen 16(a)(A) ASPRM 2009.

Beliau turut mengingatkan orang ramai yang pernah menjadi mangsa kepada sindiket seperti ini untuk tampil bagi membantu siasatan.

]]>
https://sabahmedia.com/2024/02/03/wanita-dalang-utama-sindiket-tawar-rumah-mesra-rakyat-ditahan/feed/ 0 48909