sindumin – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Thu, 15 Jan 2026 09:11:57 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.1 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png sindumin – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Pemuda Gagasan Rakyat Sindumin bidas ketidakkonsisten Pemuda DAP Sabah https://sabahmedia.com/2026/01/15/pemuda-gagasan-rakyat-sindumin-bidas-ketidakkonsisten-pemuda-dap-sabah/ https://sabahmedia.com/2026/01/15/pemuda-gagasan-rakyat-sindumin-bidas-ketidakkonsisten-pemuda-dap-sabah/#respond Thu, 15 Jan 2026 08:43:05 +0000 https://sabahmedia.com/?p=89771
Read Time:1 Minute, 3 Second

KOTA KINABALU: Pergerakan Pemuda Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat) Bahagian Sindumin menegur sikap tidak konsisten Ketua Pemuda DAP Sabah  yang mempersoalkan pelantikan Datuk Dr Yusof Yacob sebagai Pengerusi Sabah Development Bank (SDB).

Ketua Pemuda Gagasan Rakyat Sindumin Walter @ Fikrie Antahar berkata, kenyataan yang dikeluarkan oleh Chan Loong Wei disifatkan bersifat spekulatif dan mencerminkan amalan politik persepsi, selain menunjukkan ketidakkonsistenan pendirian.

Menurut beliau, prinsip yang pernah dipertahankan DAP sebelum ini seharusnya diguna pakai secara adil dan konsisten.

Katanya, ketika era pemerintahan Pakatan Harapan 1.0, pelantikan Lim Guan Eng sebagai Menteri Kewangan dipertahankan atas dasar menghormati proses undang-undang walaupun berdepan pertuduhan mahkamah.

“Jika ketika itu prinsip kepercayaan kepada proses kehakiman dijadikan sandaran, mengapa hari ini prinsip sama dipersoalkan? Sikap ini jelas memperlihatkan amalan dwi standard dan hipokrasi politik,” katanya dalam satu kenyataan di sini pada Khamis.

Walter @ Fikrie menegaskan, politik yang digerakkan atas sentimen dan persepsi semata-mata tidak membawa manfaat kepada rakyat Sabah, malah berpotensi menjejaskan kepercayaan terhadap institusi serta kestabilan pembangunan negeri.

Beliau berkata, Pemuda DAP Sabah seharusnya tampil dengan kritikan yang berfakta, adil dan berprinsip, bukannya memilih isu mengikut kepentingan politik semasa.

Sehubungan itu, Pergerakan Pemuda Gagasan Rakyat Sindumin menyeru semua pihak mengamalkan politik matang dan bertanggungjawab demi kepentingan rakyat serta masa depan Sabah.

]]>
https://sabahmedia.com/2026/01/15/pemuda-gagasan-rakyat-sindumin-bidas-ketidakkonsisten-pemuda-dap-sabah/feed/ 0 89771
PRU Sabah : Gagasan Rakyat, PH Sindumin perkemas gerak kerja hadapi pilihan raya https://sabahmedia.com/2025/11/14/pru-sabah-gagasan-rakyat-ph-sindumin-perkemas-gerak-kerja-hadapi-pilihan-raya/ https://sabahmedia.com/2025/11/14/pru-sabah-gagasan-rakyat-ph-sindumin-perkemas-gerak-kerja-hadapi-pilihan-raya/#respond Fri, 14 Nov 2025 12:47:11 +0000 https://sabahmedia.com/?p=85785
Read Time:34 Second

Oleh Rhea Dharmin

SIPITANG : Ketua Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat) Sindumin, Datuk Dr Yusof Yacob hari ini menerima kunjungan calon Pakatan Harapan (PH) bagi kerusi DUN Sindumin pada Pilihan Raya Negeri ke-17 (PRN17), Datuk Yamani Hafez Musa.

Pertemuan pertama Yamani kepada Dr Yusof yang merupakan penyandang kerusi DUN Sindumin itu diadakan bertempat di pejabat Gagasan Rakyat Sindumin.

Ia disusuli dengan pertemuan dengan beberapa Ahli Jawatankuasa Bahagian PGRS Sindumin bagi menerangkan bentuk kerjasama dan gerak kerja ketika kempen berlangsung.

Dr Yusof sebelum ini telah menyatakan beliau akur dengan keputusan pucuk pimpinan tertinggi Gabungan Rakyat Sabah (GRS) yang meletakkan calon dari PH dari Parti Keadilan Rakyat (PKR) di DUN terbabit.- SABAH MEDIA

]]>
https://sabahmedia.com/2025/11/14/pru-sabah-gagasan-rakyat-ph-sindumin-perkemas-gerak-kerja-hadapi-pilihan-raya/feed/ 0 85785
Ketua Penerangan Warisan Umum Tinggalkan Parti ? https://sabahmedia.com/2021/10/02/ketua-penerangan-warisan-umum-tinggalkan-parti/ https://sabahmedia.com/2021/10/02/ketua-penerangan-warisan-umum-tinggalkan-parti/#respond Sat, 02 Oct 2021 15:38:49 +0000 https://sabahmedia.com/?p=7118
Read Time:56 Second

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sindumin, Datuk Dr. Yusof Yacob dilaporkan meninggalkan parti Warisan untuk menjadi Adun Bebas yang menyokong parti Gabungan Rakyat Sabah.

Memetik sumber tindakan Dr Yusof untuk meninggalkan parti Warisan itu dipercayai kecewa dengan presiden Parti Datuk Seri Shafie Apdal yang dilihat semakin hilang hala tuju untuk memimpin parti.

Dr Yusof yang juga ketua Penerangan Parti Warisan itu sebelum ini menang dengan hanya majoriti 424 undi menewaskan calon Barisan Nasional, Sani Miasin serta 4 calon lain pada Pilihan Raya Negeri (PRN) tahun lalu.

Dalam pada itu memetik laporan Sinar Harian Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sindumin, Datuk Dr Yusof Yacob difahamkan keluar meninggalkan Parti Warisan Sabah (Warisan).

Menurut laporan portal berkenaan, Yusof yang juga Ketua Penerangan Warisan mengambil keputusan itu dan menjadi ADUN Bebas yang menyokong kerajaan.

Beliau dijangka akan mengumumkan secara rasmi pada minggu hadapan mengenai perkara itu.

Menurut sumber lagi, Dr Yusof bersama 12 Ahli Dewan Undangan Negeri parti Warisan akan keluar daripada parti itu dijangka pada minggu hadapan.

“Keputusan yang beliau ambil ini, adalah demi untuk kesejahteraan hidup rakyat Sabah, khususnya rakyat di kawasan naungannya dalam DUN Sindumin,” katanya.

]]>
https://sabahmedia.com/2021/10/02/ketua-penerangan-warisan-umum-tinggalkan-parti/feed/ 0 7118