singapura – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Sat, 24 Jan 2026 03:48:01 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.1 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png singapura – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Singapura dijangka buka konsulat di Kota Kinabalu pertengahan tahun ini https://sabahmedia.com/2026/01/24/singapura-dijangka-buka-konsulat-di-kota-kinabalu-pertengahan-tahun-ini/ https://sabahmedia.com/2026/01/24/singapura-dijangka-buka-konsulat-di-kota-kinabalu-pertengahan-tahun-ini/#respond Sat, 24 Jan 2026 00:46:00 +0000 https://sabahmedia.com/?p=90267
Read Time:1 Minute, 12 Second

KOTA KINABALU: Singapura dijangka membuka sebuah pejabat konsulat di Kota Kinabalu menjelang pertengahan tahun ini bagi memperkukuh hubungan dua hala serta kerjasama strategik dengan Sabah dan Sarawak.

Pesuruhjaya Tinggi Singapura ke Malaysia, Vanu Gopala Menon, berkata pembukaan konsulat berkenaan akan memberi tumpuan kepada pengukuhan kerjasama dalam pelbagai bidang termasuk ekonomi, perdagangan, pelancongan dan pelaburan.

Menurut beliau, pihaknya telah meninjau beberapa lokasi berpotensi untuk dijadikan tapak konsulat dan keputusan muktamad dijangka dibuat dalam tempoh beberapa minggu akan datang.

“Pada lawatan kali ini, kami telah meninjau beberapa lokasi yang berpotensi untuk dijadikan tapak konsulat dan akan membuat keputusan dalam tempoh beberapa minggu akan datang,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas mengadakan kunjungan hormat kepada Yang di-Pertua Negeri Sabah, Tun Musa Aman, di Istana Seri Kinabalu, di sini pada Jumaat.

Mengulas lanjut, Vanu Gopala Menon berkata lawatan tersebut adalah susulan keputusan Kerajaan Malaysia pada November 2025 yang memberi kelulusan terhadap penubuhan konsulat Singapura di Sabah dan Sarawak.

“Usaha berkenaan diharap dapat meningkatkan kerjasama ekonomi, merancakkan sektor pelancongan serta perdagangan, di samping menarik lebih banyak pelaburan dari Singapura ke Sabah,” katanya.

Mengulas mengenai sektor pelancongan, beliau berkata Singapura dan Sabah mempunyai potensi besar untuk bekerjasama dalam mempromosikan negeri ini sebagai destinasi pelancongan utama sempena Tahun Melawat Malaysia 2026.

Katanya, ini  dengan memanfaatkan tarikan semula jadi bertaraf dunia seperti Pulau Sipadan, Lembangan Maliau dan Lembah Danum.

Turut hadir dalam pertemuan tersebut ialah Timbalan Pesuruhjaya Tinggi Singapura, Shivakumar Nair, dan Setiausaha Politik, Nicole Neo.

]]>
https://sabahmedia.com/2026/01/24/singapura-dijangka-buka-konsulat-di-kota-kinabalu-pertengahan-tahun-ini/feed/ 0 90267
Sabah alu-alukan Singapura buka konsulat di Kota Kinabalu https://sabahmedia.com/2026/01/23/sabah-alu-alukan-singapura-buka-konsulat-di-kota-kinabalu/ https://sabahmedia.com/2026/01/23/sabah-alu-alukan-singapura-buka-konsulat-di-kota-kinabalu/#respond Fri, 23 Jan 2026 02:11:27 +0000 https://sabahmedia.com/?p=90201
Read Time:1 Minute, 8 Second

KOTA KINABALU: Kerajaan Negeri mengalu-alukan keputusan Singapura membuka pejabat konsulatnya di Kota Kinabalu pada tahun ini, yang mampu memperkukuh hubungan dua hala antara Sabah dan republik itu.

Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor berkata, pembukaan konsulat berkenaan mempunyai kepentingan strategik merangkumi aspek ekonomi, diplomatik, pelaburan, perdagangan dan keselamatan, khususnya melibatkan Sabah dan Singapura.

Beliau yakin kehadiran konsulat Singapura di Sabah dapat memperluas kerjasama kedua-dua pihak, sekali gus membuka lebih banyak peluang pelaburan dan perdagangan yang memberi manfaat langsung kepada pembangunan negeri.

“Kerajaan Negeri mengalu-alukan pembukaan pejabat konsulat Singapura di Sabah pada tahun ini. la merupakan satu perkembangan positif yang mampu mengukuhkan lagi hubungan sedia ada antara Sabah dan Singapura,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menerima kunjungan hormat Pesuruhjaya Tinggi Singapura ke Malaysia, TYT Vanu Gopala Menon, di pejabatnya di Menara Kinabalu, di sini, pada Khamis.

Menurut Hajiji, kerajaan negeri turut mengalu-alukan kehadiran pelabur dari Singapura untuk menerokai sektor-sektor berdaya saing di Sabah, selain menggalakkan lebih ramai pelancong dari negara itu berkunjung ke negeri ini.

Sementara itu, Vanu Gopala Menon memaklumkan bahawa Singapura akan membuka pejabat konsulat di Sabah dan Sarawak selepas memperoleh kelulusan Kerajaan Malaysia bulan lalu.

Pada 4 Disember lalu, Perdana Menteri Singapura, Lawrence Wong, menyambut baik kelulusan rasmi Malaysia terhadap cadangan pembukaan konsulat Singapura di Sabah dan Sarawak, yang disifatkan sebagai langkah penting dalam memperkukuh hubungan antara kedua-dua negara.

]]>
https://sabahmedia.com/2026/01/23/sabah-alu-alukan-singapura-buka-konsulat-di-kota-kinabalu/feed/ 0 90201
Sabah,Singapura jalin kerjasama dalam sektor pelancongan https://sabahmedia.com/2025/07/26/sabahsingapura-jalin-kerjasama-dalam-sektor-pelancongan/ https://sabahmedia.com/2025/07/26/sabahsingapura-jalin-kerjasama-dalam-sektor-pelancongan/#respond Fri, 25 Jul 2025 23:35:15 +0000 https://sabahmedia.com/?p=77919
Read Time:53 Second

Kota Kinabalu: Kerjasama Sabah dan Singapura dalam sektor pelancongan bakal memberi manfaat besar kepada rakyat, kata Pesuruhjaya Tinggi Republik Singapura ke Malaysia Vanu Gopala Menon.

Menurutnya, selain menjana ekonomi lebih mapan, kerjasama itu juga akan mempereratkan lagi hubungan baik di antara kedua-dua pihak.

“Bagi saya, Sabah mempunyai potensi yang besar untuk pelancongan dan kerjasama ekonomi. Rakyat Singapura tahu serba sedikit tentang Sabah dan mereka boleh tahu lebih banyak mengenai negeri ini.

“Mereka datang untuk berenang, mendaki Gunung Kinabalu tetapi Sabah lebih daripada itu kerana ada pelbagai peluang untuk perniagaan di Sabah,” katanya semasa ditemui media selepas mengadakan kunjungan hormat kepada Yang di-Pertua Negeri Sabah Tun Musa Aman di Istana Seri Kinabalu, di sini.

Katanya, peluang kerjasama antara SIngapura dan Sabah yang mendapat sokongan padu oleh kerajaan negeri perlu dimanfaatkan dan berharap lebih ramai usahawan dari Singapura untuk datang dan menjalankan perniagaan di negeri ini.

“Saya akan kembali ke Singapura dan menyampaikan kepada usahawan di sana mengenai peluang dan sokongan kerajaan negeri ini dan saya pasti kerajaan kami akan turut menyokong usahasama kedua pihak ini,” katanya.

]]>
https://sabahmedia.com/2025/07/26/sabahsingapura-jalin-kerjasama-dalam-sektor-pelancongan/feed/ 0 77919
YTL PowerSeraya Bangunkan Loji Janakuasa Berteknologi Hidrogen di Singapura https://sabahmedia.com/2024/10/23/ytl-powerseraya-bangunkan-loji-janakuasa-berteknologi-hidrogen-di-singapura/ https://sabahmedia.com/2024/10/23/ytl-powerseraya-bangunkan-loji-janakuasa-berteknologi-hidrogen-di-singapura/#respond Wed, 23 Oct 2024 11:03:34 +0000 https://sabahmedia.com/?p=62628
Read Time:2 Minute, 6 Second

Pembinaan loji janakuasa gabungan kitaran gas turbin (CCGT) berkapasiti 600 megawatt (MW) yang bersedia untuk hidrogen telah dimulakan di Pulau Jurong oleh YTL PowerSeraya, dengan kos pelaburan sebanyak $800 juta. Loji ini dijangka siap pada 31 Disember 2027, dengan kemampuan menggunakan 50% hidrogen dan boleh dinaik taraf untuk mencapai keupayaan 100% hidrogen di masa hadapan.

Apabila siap, loji ini mampu membekalkan tenaga elektrik kepada kira-kira 864,000 unit flat HDB empat bilik di Singapura. YTL PowerSeraya memenangi kontrak projek CCGT ini pada Januari, di bawah proses baharu yang diperkenalkan oleh Pihak Berkuasa Pasaran Tenaga (EMA) Singapura untuk melindungi sistem tenaga negara tersebut.

Memetik laporan Portal TheEdge Singapura, Pembinaan loji ini adalah langkah penting dalam menyokong hasrat Singapura menjadi peneraju global dalam kecerdasan buatan (AI) dan pengkomputeran kuantum, yang memerlukan penggunaan tenaga yang besar.

Menteri Kedua Perdagangan dan Industri, Dr Tan See Leng, dalam ucapannya semasa majlis pelancaran pembinaan loji ini, menyatakan bahawa permintaan puncak tenaga Singapura dijangka meningkat sekitar 3% hingga 5% setiap tahun dalam dekad akan datang. “Penyempurnaan loji CCGT ini pada 2027 akan membantu memenuhi permintaan tenaga yang semakin meningkat,” katanya.

Turut hadir dalam majlis tersebut ialah Pengarah Eksekutif YTL Corporation, Francis Yeoh, dan Ketua Pegawai Eksekutif YTL PowerSeraya, John Ng. YTL PowerSeraya adalah anak syarikat milik penuh YTL Power International, yang juga dimiliki sepenuhnya oleh YTL Corporation Berhad, salah satu syarikat terbesar yang disenaraikan di Bursa Malaysia.

YTL PowerSeraya telah melantik GE Vernova dan SEPCOIII sebagai rakan konsortium untuk membangunkan loji janakuasa tersebut. Projek ini akan menggunakan turbin gas 9 High Efficiency Air Cooled (9HA.01) dari GE Vernova, yang diiktiraf secara global untuk kecekapan tinggi dalam penjanaan tenaga.

Pembangunan loji CCGT ini berlaku bertepatan dengan Minggu Tenaga Antarabangsa Singapura (SIEW) 2024, di mana pelbagai projek tenaga baharu diumumkan sebagai sebahagian daripada strategi negara untuk peralihan tenaga dan penyahkarbonan. Singapura menggunakan empat sumber utama — gas asli, tenaga suria, import tenaga, dan alternatif rendah karbon — untuk mencapai sasaran neutral karbon pada 2050.

Semasa di Pulau Jurong, Dr Tan juga mengumumkan penubuhan entiti perolehan dan bekalan gas pusat, Gasco, yang dimiliki sepenuhnya oleh kerajaan dan dijangka beroperasi sebelum akhir tahun kewangan. Gasco akan bertanggungjawab mengurus perolehan dan bekalan gas kepada sektor tenaga.

Selain itu, Singapura LNG Corporation akan membangunkan terminal LNG luar pesisir dengan kapasiti lima juta tan setahun (MTPA), yang merupakan peningkatan sekitar 50% daripada kapasiti terminal sedia ada.

Di luar hidrogen, EMA juga melancarkan panggilan geran untuk mengkaji kebolehlaksanaan teknologi penangkapan karbon dalam operasi CCGT, dengan kerjasama bersama rakan industri bagi menjalankan kajian ini pada 2025.

]]>
https://sabahmedia.com/2024/10/23/ytl-powerseraya-bangunkan-loji-janakuasa-berteknologi-hidrogen-di-singapura/feed/ 0 62628
Sabah terima penerbangan antarabangsa pertama 16 April ini https://sabahmedia.com/2022/04/05/sabah-terima-penerbangan-antarabangsa-pertama-16-april-ini/ https://sabahmedia.com/2022/04/05/sabah-terima-penerbangan-antarabangsa-pertama-16-april-ini/#respond Tue, 05 Apr 2022 08:57:11 +0000 https://sabahmedia.com/?p=13932
Read Time:56 Second

KOTA KINABALU : Penerbangan antarabangsa yang pertama dari Singapura dijangka akan masuk ke Sabah pada 16 April ini menerusi pesawat AirAsia selepas sempadan negara dibuka pada 1 April lalu.

Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah Datuk Jafry Ariffin berkata, Sabah juga akan menerima kemasukan penerbangan antarabangsa dari Singapura menerusi penerbangan Scoot Airlines pada 29 April ini.

“Saya difahamkan pihak AirAsia akan memulakan penerbangan dari Singapura pada 16 April.  Begitu juga dengan Scoot Airlines yang akan membuat penerbangan ke Sabah pada 29 April.

“Selain itu juga, penerbangan menerusi Royal Brunei akan memulakan penerbangan ke Kota Kinabalu pada 6 Mei depan menerusi dua penerbangan setiap minggu iaitu pada setiap Jumaat dan Ahad,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas merasmikan program Juadah Keluarga Malaysia disalah sebuah hotel terkemuka disini semalam.

Jafry berkata, pihaknya yakin ramai pelancong dari Singapura yang ingin datang ke Sabah selain menanti penerbangan ke negeri ini.

“Sebelum ini kita ada menerima jemputan dari Singapura untuk mengadakan perbincangan dengan agen-agen di Singapura.

“Namun pada masa itu pintu sempadan negara masih belum dibuka, jadi pihak STB (Sabah Tourism Board) akan mengadakan perbincangan selanjutnya,” katanya.

]]>
https://sabahmedia.com/2022/04/05/sabah-terima-penerbangan-antarabangsa-pertama-16-april-ini/feed/ 0 13932
KePKAS Saran Inisiatif VTL Diteliti, Bantu Tingkat Industri Pelancongan Di Sabah https://sabahmedia.com/2022/03/06/kepkas-saran-inisiatif-vtl-diteliti-bantu-tingkat-industri-pelancongan-di-sabah/ https://sabahmedia.com/2022/03/06/kepkas-saran-inisiatif-vtl-diteliti-bantu-tingkat-industri-pelancongan-di-sabah/#respond Sun, 06 Mar 2022 07:35:25 +0000 https://sabahmedia.com/?p=12757
Read Time:48 Second

KOTA KINABALU : Jawantankuasa Pengurusan Bencana COVID-19 negeri Sabah disaran untuk meneliti pelaksanaan inisiatif Laluan Perjalanan Lengkap Vaksin (VTL) melalui pengangkutan udara melalui Singapura.

Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah Datuk Jafry Ariffin berkata, pihaknya juga meminta agar inisiatif VTL berkenaan turut dipertimbangkan bagi membantu meningkatkan lagi industri pelancongan di negeri ini.

“Sudah masanya negeri Sabah mengikut langkah beberapa buah negeri seperti Pulau Pinang yang bakal memulakan inisiatif VTL bermula 16 Mac ini.

“Ia sudah tentu adalah bagi memulihkan semula jaringan ekonomi dan perniagaan di antara kedua-dua negara khususnya sektor pelancongan yang terkesan teruk akibat pandemik COVID-19,” katanya dalam kenyataan disini hari ini.

Jafry berkata, pihaknya kini hanya menunggu kebenaran daripada pihak Jawatankuasa Pengurusan Bencana COVID-19 Negeri Sabah untuk berbuat demikian. 

“Saya yakin kementerian dan semua pengusaha industri pelancongan di Sabah sudah bersedia untuk menerima pelancong luar diikuti dengan prosedur operasi standard (SOP) yang lebih ketat bagi mengelak penularan varian Omicron di negeri ini,” katanya.

]]>
https://sabahmedia.com/2022/03/06/kepkas-saran-inisiatif-vtl-diteliti-bantu-tingkat-industri-pelancongan-di-sabah/feed/ 0 12757
Kerajaan Sabah Sokong Pembukaan Semula VTL Malaysia – Singapura https://sabahmedia.com/2022/01/22/kerajaan-sabah-sokong-pembukaan-semula-vtl-malaysia-singapura/ https://sabahmedia.com/2022/01/22/kerajaan-sabah-sokong-pembukaan-semula-vtl-malaysia-singapura/#respond Sat, 22 Jan 2022 01:15:28 +0000 https://sabahmedia.com/?p=11399
Read Time:1 Minute, 49 Second

KOTA KINABALU : Kerajaan negeri mengalu-alukan pengumuman kerajaan Persekutuan yang membuka semula inisiatif Laluan Perjalanan Lengkap Vaksin (VTL) antara Malaysia dan Singapura bermula semalam selepas digantung sementara sejak 23 Disember lalu.

Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah Datuk Jafry Arifin berkata, pembukaan semula VTL itu akan dapat menggerakkan semula industri pelancongan meskipun kouta tiket bas dan penerbangan dikurangkan 50 peratus daripada kapasiti sedia ada.

“Bagi negeri Sabah, saya juga mempunyai perancangan dalam perkara ini dan saya akan memohon kepada Kabinet Sabah untuk menggunakan inisiatif VTL dimana pelancong Singapura dapat terbang terus ke Kota Kinabalu.

“Sekurang-kurangnya, inisiatif ini akan dapat mengorak langkah untuk membangunkan semua industri pelancongan di negeri ini selain menarik pelancong luar datang ke Sabah,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada Majlis Makan Malam Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) Kementerian Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar (KePKAS) dan agensi dibawahnya disini semalam.

Hadir sama, Pembantu Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah Datuk Joniston Bangkuai.

Jafry berkata, ia amat penting bagi meningkatkan lagi industry pelancongan Sabah selepas hampir dua tahun terjejas teruk berikutan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan penularan wabak COVID-19 sebelum ini.

Katanya, pihaknya sebelum ini juga turut menerima permintaan yang banyak daripada negara asing khususnya Singapura, China dan sebagainya untuk datang melancong ke negeri ini.

“Negara-negara Eropah juga turut meminta untuk diberi kebenaran datang ke Sabah tetapi disebabkan terbatas dengan PKP dan arahan yang ditetapkan kerajaan membuatkan para pelancong belum dibenarkan datang ke negeri ini.

“Walaubagaimanapun, saya akan cuba mengusahakan untuk membentangkan atau memohon kebenaran dari Kabinet Negeri Sabah agar kita dapat menggunapakai inisiatif melalui VTL seperti mana yang dilaksanakan Kerajaan Persekutuan

“Jika ini mampu kita laksanakan, saya yakin dan percaya pelancong akan bertambah dan sekaligus akan memastikan industri pelancongan di Sabah terus berkembang dengan baik,” katanya.

Jafry berkata, pihaknya menaruh keyakinan untuk membantu meningkatkan industri pelancongan di Sabah namun ia bergantung kepada keputusan Kabinet Negeri dan Majlis Keselamatan Negara (MKN).

Semalam, Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin mengumumkan penjualan tiket bas dan penerbangan bagi inisiatif  VTL antara Malaysia dan Singapura yang digantung sementara sejak 23 Disember lalu dibuka semula berkuat semalam.

Katanya, kuota tiket bas dan penerbangan yang dijual dikurangkan 50 peratus daripada kapasiti sedia ada.

]]>
https://sabahmedia.com/2022/01/22/kerajaan-sabah-sokong-pembukaan-semula-vtl-malaysia-singapura/feed/ 0 11399
Singapura kesan dua lagi kes positif Omicron https://sabahmedia.com/2021/12/10/singapura-kesan-dua-lagi-kes-positif-omicron/ https://sabahmedia.com/2021/12/10/singapura-kesan-dua-lagi-kes-positif-omicron/#respond Fri, 10 Dec 2021 04:40:19 +0000 https://sabahmedia.com/?p=9679
Read Time:1 Minute, 49 Second

BERNAMA

SINGAPURA ~~ Singapura mengesan dua lagi kes positif COVID-19 varian Omicron pada ujian awal, dengan satu kes tempatan membabitkan pekerja barisan hadapan di lapangan terbang dan satu kes import.

“Kedua-dua kes sudah lengkap divaksin dan menerima suntikan penggalak. Satu bergejala, manakala satu lagi mempunyai simptom tidak ketara,” kata Kementerian Kesihatan (MOH) republik itu dalam satu kenyataan yang dikeluarkan petang semalam.

MOH berkata, kedua-dua kes itu semakin pulih dan ditempatkan dalam wad pengasingan di Pusat Penyakit Berjangkit Kebangsaan (NCID).

MOH kini menjalankan pengesanan kontak yang agresif untuk mengekang kes-kes itu.

Kes pertama ialah seorang wanita Singapura berusia 24 tahun yang juga kakitangan perkhidmatan penumpang di Terminal 1 dan 3 Lapangan Terbang Changi, dan pernah bekerja di bahagian penumpang transit. Beliau mungkin berinteraksi dengan penumpang transit dari negara terjejas Omicron, menurut kenyataan itu.

Dilabel sebagai Kes 276363, MOH berkata, mangsa tidak bekerja di Terminal 4 iaitu tempat tiga kes jangkitan Omicron sebelum ini berlaku.

Petugas itu menjalani ujian COVID-19 pada 8 Disember sebagai sebahagian daripada Ujian Rutin Terdaftar (RRT) mingguan untuk pekerja barisan hadapan sempadan, dan keputusan ujian tindak balas rantaian polimerase (PCR) menunjukkan S-gene Target Failure, yang mungkin dikaitkan dengan varian Omicron, katanya.

Kes kedua yang dilabelkan sebagai Kes 276223, ialah seorang wanita pemastautin tetap Singapura berusia 46 tahun yang pulang ke Singapura melalui Laluan Perjalanan Vaksinasi (VTL) dari Jerman dengan menaiki Singapore Airlines SQ325 pada 6 Disember.

“Ujian pra-berlepasnya di Perancis pada 4 Disember adalah negatif COVID-19. Sebaik tiba di Singapura, ujian PCRnya pada 6 Disember kembali negatif. 

“Pada 7 Disember, dia mengalami hidung berair dan mendapatkan rawatan perubatan pada 8 Disember. Wanita itu disahkan positif jangkitan COVID-19 pada hari yang sama, dan disahkan menunjukkan S-gene Target Failure pada 9 Dis, katanya.

Singapura pada Isnin lalu, mengesahkan varian Omicron yang dikesan dalam dua kes pertama COVID-19 import, yang pada mulanya disyaki sebagai pembawa varian itu.

Keputusan ujian pengesahan untuk satu lagi kes import yang dilabel sebagai Kes 273611 belum selesai, katanya.

“Memandangkan kebolehjangkitannya yang tinggi dan tersebar ke banyak bahagian dunia, kita seharusnya bersedia melihat lebih banyak kes Omicron di sempadan dan juga dalam komuniti kita,” kata MOH.

]]>
https://sabahmedia.com/2021/12/10/singapura-kesan-dua-lagi-kes-positif-omicron/feed/ 0 9679
Sabah Buka Pejabat Perdagangan & Pelancongan Di Singapura https://sabahmedia.com/2021/06/28/sabah-buka-pejabat-perdagangan-pelancongan-di-singapura/ https://sabahmedia.com/2021/06/28/sabah-buka-pejabat-perdagangan-pelancongan-di-singapura/#respond Mon, 28 Jun 2021 08:12:58 +0000 https://sabahmedia.com/?p=2125
Read Time:1 Minute, 0 Second

KOTA KINABALU: Sabah secara prinsipnya bersetuju membuka Pejabat Perdagangan dan Pelancongan di Singapura bagi meningkatkan potensi ekonomi dalam kedua-dua sektor berkenaan.

Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor berkata demikian ketika menerima kunjungan hormat secara maya Pesuruhjaya Tinggi Singapura ke Malaysia, Tuan Yang Terutama Vanu Gopala Menon, di pejabatnya di sini pagi tadi.

Menerusi pertemuan melalui aplikasi dalam talian yang julung kali diadakan itu, Hajiji berkata Sabah dan Singapura mempunyai sejarah hubungan perdagangan yang sudah lama terjalin dan ini (pembukaan pejabat) akan menambah lebih baik lagi hubungan sedia ada antara Sabah dan Singapura.

“Saya juga mahu mengajak pelabur dari Singapura untuk melihat peluang yang ada di bawah pelan pembangunan Halatuju Sabah Maju Jaya, yang memfokuskan pelaburan berimpak tinggi dalam sektor pertanian, pelancongan dan perindustrian,” katanya.

Kedua-duanya juga turut membincangkan pelbagai isu, termasuklah berkaitan pencegahan pandemik COVID-19 dan kaedah diambil untuk mengurangkan jumlah kes berkenaan.

Singapura adalah antara 10 rakan dagang terulung di Sabah dengan nilai dagangan adalah sebanyak RM133 juta setakat Januari tahun ini.

Antara 10 produk yang dieksport ke negara itu ialah minyak sawit, makanan laut, petroleum mentah dan produk kayu.

Sabah merekodkan lebih RM7 billon nilai perdagangan dengan Singapura untuk tempoh dua tahun (2019-2020).

]]>
https://sabahmedia.com/2021/06/28/sabah-buka-pejabat-perdagangan-pelancongan-di-singapura/feed/ 0 2125
Singapura Tambah Penjejak Kontak COVID-19 https://sabahmedia.com/2021/06/20/singapura-tambah-penjejak-kontak-covid-19/ https://sabahmedia.com/2021/06/20/singapura-tambah-penjejak-kontak-covid-19/#respond Sun, 20 Jun 2021 15:32:08 +0000 https://sabahmedia.com/?p=1639
Read Time:2 Minute, 4 Second

AGENSI
SINGAPURA: Kementerian Kesihatan (MOH) Singapura menambah 200 lagi penjejak kontak kepada 500 orang berikutan peningkatan jangkitan COVID-19 di republik itu.

Keadaan dianggap semakin kritikal kerana sebahagian besar jangkitan terkini membabitkan varian baharu coronavirus yang lebih pantas menular.

MOH berkata adalah penting bagi kontak rapat pesakit yang dijangkiti dikenal pasti segera dan diasingkan supaya penyebaran lanjut coronavirus dapat dikekang dan dibasmi.

Sebahagian besar tenaga kerja baru di pusat jejak kontak MOH adalah daripada Pasukan Bersenjata Singapura (SAF) yang menugaskan sekitar 160 individu, lapor akhbar The Straits Times (ST).

Secara berasingan, polis mendapatkan khidmat kontrak tiga pertubuhan menerusi tender bernilai SG$327,000 (RM1 juta) yang dikeluarkan bulan lalu bagi menyediakan tenaga kerja sokongan.

Ketua pusat jejak kontak MOH, Prof Vernon Lee, memberitahu ST, 500 penjejak kontak bukan jumlah yang besar kerana lebih ramai bertugas sewaktu pemutus rantaian jangkitan COVID-19 selama dua bulan bermula April tahun lalu.

“Pada suatu masa dulu, pusat ini mempunyai sekitar 1,000 orang untuk menangani bilangan penambahan harian kes virus baharu dan boleh mengatasi 1,000 kes dalam beberapa hari.

“Sebagai perbandingan, kes harian baharu bagi dua bulan sebelum ini jarang bertambah melebihi 50 kes,” katanya.

Tambahan kes baru-baru ini turut mendorong kerajaan memperkenalkan langkah keselamatan tambahan mulai bulan lalu, lantas mengembalikan Singapura kepada Fasa 2 (Kewaspadaan Dipertingkat) dari Fasa 3 pembukaan semula ekonomi negara.

Tambahan tahun ini lebih kecil berbanding tahun lalu tetapi proses jejak kontak meningkat dari segi jumlahnya.

Kata Prof Lee, setiap kes kini lebih rumit kerana adanya lebih banyak data termasuk TraceTogether yang secara automatik memberi log kontak rapat pesakit COVID-19.

“Lebih 90 peratus penduduk Singapura menggunakan sama ada aplikasi atau token TraceTogether.

“Ini bererti lebih banyak sumber diperlukan bagi menganalisis data tetapi penjejak kontak kini bekerja secara bijak dengan penggunaan lebih banyak peralatan analisis data,” katanya jelas.

Peralatan geospatial, sebagai contoh, membantu mencari kaitan berpotensi antara kes menerusi lokasi mereka.

Peralatan itu dilaporkan membantu pihak berkuasa menentukan sama ada pasar basah Bukit Merah View menjadi sumber kebanyakan jangkitan terkini.

Berbanding tahun lalu, kontak rapat kini harus ditemui dengan dengan cepat kerana terdapat lebih banyak varian COVID-19 yang mudah berjangkit.

Ujian juga dikendalikan secara bersasar bagi membantu penjejak kontak langsung menjurus ke arah kes yang disyaki secara lebih cepat.

“Dengan semua peralatan ini, kami mampu mengenal pasti kes, menguji mereka dengan lebih cepat dan mengekang jangkitan.

“Kami berasakan tidak perlu melalui tempoh pemutus rantaian jangkitan kerana kami dapat mengawal bilangan kes sebelum Fasa 2 (Kewaspadaan Dipertingkat) dimulakan,” kata Prof Lee. 

]]>
https://sabahmedia.com/2021/06/20/singapura-tambah-penjejak-kontak-covid-19/feed/ 0 1639