SIP – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Mon, 18 Nov 2024 07:20:35 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.0.2 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png SIP – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 DUN Sabah: SIP tidak ditutup, jadi anak syarikat SMJE – Masidi https://sabahmedia.com/2024/11/18/sip-tidak-ditutup-jadi-anak-syarikat-smje-masidi/ https://sabahmedia.com/2024/11/18/sip-tidak-ditutup-jadi-anak-syarikat-smje-masidi/#respond Mon, 18 Nov 2024 07:07:32 +0000 https://sabahmedia.com/?p=63958
Read Time:56 Second

KOTA KINABALU: Menteri Kewangan Datuk Seri Masidi Manjun berkata pada masa ini, kerajaan tidak mempunyai rancangan untuk menutup Sabah International Petroleum (SIP) kerana ia kini bebas daripada hutang dan telah menjadi anak syarikat SMJ Energy Sdn Bhd (SMJE).

“SIP bebas hutang hasil daripada proses penstrukturan semula oleh SMJE yang melibatkan pengumpulan dana sebanyak RM900 juta melalui Sukuk Wakalah.

“Oleh itu, SIP tidak lagi menjadi beban kepada Kerajaan dan kini menjana aliran tunai positif serta stabil daripada operasinya,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan ADUN Senallang Datuk Seri Mohd Shafie Apdal pada Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah di sini, hari ini.

Menurut Masidi, walaupun program Sukuk Wakalah telah terlebih langgan sebanyak 3.9 kali, SMJE buat masa ini tidak merancang untuk menggunakan baki RM10 bilion daripada sukuk tersebut.

“SMJE telah memperoleh portfolio yang seimbang dan mampu menggunakan dana yang dijana sendiri untuk membiayai operasi semasanya,” jelasnya.

Sementara itu, menjawab soalan tambahan daripada Shafie mengenai pembayaran dividen kepada kerajaan negeri, Masidi berkata SMJE telah membayar dividen kepada kepada kerajaan sebanyak RM50 juta pada tahun lalu dan pada tahun ini lagi pembayaran dividen akan diserahkan kepada kerajaan.

]]>
https://sabahmedia.com/2024/11/18/sip-tidak-ditutup-jadi-anak-syarikat-smje-masidi/feed/ 0 63958