sipitang – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Thu, 25 Dec 2025 23:47:01 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.0.2 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png sipitang – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Matbali santuni masyarakat pedalaman Sipitang sempena Krismas https://sabahmedia.com/2025/12/26/matbali-santuni-masyarakat-pedalaman-sipitang-sempena-krismas/ https://sabahmedia.com/2025/12/26/matbali-santuni-masyarakat-pedalaman-sipitang-sempena-krismas/#respond Thu, 25 Dec 2025 23:46:54 +0000 https://sabahmedia.com/?p=88832
Read Time:1 Minute, 2 Second

SIPITANG: Ahli Parlimen Sipitang, Datuk Matbali Musah meneruskan tradisi menyantuni rakyat pelbagai kaum dan agama apabila mengadakan kunjungan ke beberapa rumah terbuka Krismas di Kampung Long Pasia dan beberapa kampung lain, sempena sambutan Hari Krismas, semalam.

Kunjungan itu tertumpu kepada kawasan pedalaman dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Sindumin, sebagai manifestasi komitmen beliau memperkukuh hubungan silaturahim dan keharmonian masyarakat berbilang kaum di daerah itu.

Dalam lawatan berkenaan, Matbali turut meluangkan masa beramah mesra dengan jemaat Gereja SIB Kampung Long Pasia, selain menyampaikan ucapan Selamat Menyambut Hari Krismas kepada penduduk setempat yang meraikan perayaan berkenaan.

Beliau yang juga Pengerusi Pengelola Lembaga Koko Malaysia berkata, sambutan perayaan seperti Krismas wajar dijadikan platform memperkukuh perpaduan, toleransi dan persefahaman dalam kalangan rakyat tanpa mengira latar belakang agama atau budaya.

“Sambutan Krismas bukan sahaja perayaan keagamaan, malah simbol keharmonian dan semangat kekeluargaan yang perlu terus dipelihara, khususnya di kawasan pedalaman seperti Long Pasia,” katanya.

Selain itu, Matbali turut menghadiri rumah terbuka pengusaha inap desa (homestay), Balang Singa, sebagai tanda sokongan terhadap penglibatan komuniti tempatan dalam sektor pelancongan desa yang semakin berkembang di kawasan pedalaman Sipitang.

Hadir sama dalam program itu ialah Pengerusi Koperasi Kementerian Pertanian dan Industri Makanan Sabah (KOTANI), Liaw Sin Kuang serta bekas pemain bola sepak negeri, Mafry Balang.

]]>
https://sabahmedia.com/2025/12/26/matbali-santuni-masyarakat-pedalaman-sipitang-sempena-krismas/feed/ 0 88832
Anak muda diseru rebut peluang kerjaya, niaga di SOGIP https://sabahmedia.com/2025/08/17/anak-muda-diseru-rebut-peluang-kerjaya-niaga-di-sogip/ https://sabahmedia.com/2025/08/17/anak-muda-diseru-rebut-peluang-kerjaya-niaga-di-sogip/#respond Sat, 16 Aug 2025 23:22:08 +0000 https://sabahmedia.com/?p=79441
Read Time:1 Minute, 0 Second

Sipiting : Masyarakat di daerah ini khususnya golongan muda diseru  untuk merebut peluang pekerjaan dan keusahawanan yang wujud hasil pembangunan Taman Perindustrian Minyak dan Gas Sipitang (SOGIP).

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sindumin, Datuk Dr. Yusof Yacob berkata, pertambahan tenaga kerja di SOGIP bukan sahaja membuka ruang kepada graduan tempatan untuk bekerja, malah perlu dimanfaatkan bagi membangunkan perusahaan sendiri.

“Graduan jangan hanya bergantung kepada kerja makan gaji. Selain bekerja, mereka boleh memilih untuk berniaga dan menjadi usahawan,” katanya pada Bengkel Pemetaan Kerjaya dalam Industri SOGIP, di sini pada Sabtu.

Bengkel sehari itu anjuran bersama Persatuan Kadayan Sabah (PAADIAN) dan Pejabat Pendidikan Daerah Sipitang.

Hadir sama, Timbalan Presiden PAADIAN yang juga Ketua Pegawai Operasi Sekretariat Sabah Maju Jaya Datuk Ramlee Kariah.

Dr Yusof berkata, dengan peningkatan permintaan makanan di kawasan berkenaan, ia membuka peluang kepada penduduk tempatan untuk terlibat dalam sektor pertanian seperti penanaman lada dan sayur-sayuran, selain menyediakan perkhidmatan penginapan dan homestay.

Katanya, peluang yang wujud ini harus direbut oleh anak muda tempatan agar tidak dimanfaatkan oleh pihak luar.

“Peluang ada di hadapan kita. Jangan biarkan orang luar yang merebutnya. Anak muda Sipitang mesti berani mencuba dan terlibat sama dalam pertanian, perniagaan serta industri sokongan SOGIP,” katanya. – SABAH MEDIA

]]>
https://sabahmedia.com/2025/08/17/anak-muda-diseru-rebut-peluang-kerjaya-niaga-di-sogip/feed/ 0 79441
JIM Sabah tahan 64 PATI atas pelbagai kesalahan imigresen sekitar Beaufort & Sipitang https://sabahmedia.com/2024/10/21/jim-sabah-tahan-64-pati-atas-pelbagai-kesalahan-imigresen-sekitar-beaufort-sipitang/ https://sabahmedia.com/2024/10/21/jim-sabah-tahan-64-pati-atas-pelbagai-kesalahan-imigresen-sekitar-beaufort-sipitang/#respond Mon, 21 Oct 2024 08:09:11 +0000 https://sabahmedia.com/?p=62540
Read Time:1 Minute, 33 Second

KOTA KINABALU: Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Sabah telah menahan seramai 64 orang Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) dalam satu operasi penguatkuasaan yang dijalankan di sekitar daerah Beaufort dan Sipitang awal pagi tadi.

Pengarah JIM Sabah Datuk Sh Saleha Habib Yussof berkata operasi dijalankan pada 21 Oktober (Isnin) itu bermula jam lebih kurang 12.05 pagi dan berakhir pada jam 6.50 pagi.

Katanya, seramai 39 anggota penguat kuasa JIM Sabah terlibat menjalankan operasi di sekitar daerah Beaufort iaitu Tapak Pembinaan Taman Wawasan, manakala daerah Sipitang di Valley Hunters Estate (Sawit), Kampung Pasir Putih (rumah kampung) dan Kampung Tanjung Pagar (rumah kampung).

“Seramai 215 orang telah diperiksa dalam operasi ini. Daripada jumlah yang diperiksa ini, seramai 64 orang PATI telah ditahan atas pelbagai kesalahan imigresen,” katanya pada sidang media di sini, hari ini.

Menurut Sh Saleha, PATI yang ditahan kesemuanya adalah warganegara Filipina berumur di antara satu bulan hingga 79 tahun yang terdiri daripada 18 orang lelaki dewasa, 17 perempuan dewasa dan 29 kanak-kanak.

“Kesemua tahanan akan ditempatkan di Depot Tahanan Imigresen Kota Kinabalu untuk siasatan dan tindakan susulan,” katanya.

Beliau berkata, semasa serbuan dan pemeriksaan terdapat kejadian warga asing cuba melarikan diri dari anggota operasi tetapi keadaan adalah terkawal dan tiada kejadian yang tidak diingini berlaku.

“Antara kesalahan yang dikenal pasti, mereka yang ditahan tiada dokumen pengenalan diri di bawah Seksyen 6(1)(c).

“Operasi penguatkuasaan dilaksanakan secara berterusan untuk mengesan, menangkap, mendakwa dan memindahkan warganegara asing yang melanggar peruntukan undang-undang negara seperti di bawah Akta Imigresen 1959/63, Akta Pasport 1966 dan Peraturan-Peraturan Imigresen 1963; dan Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran 2007,” tegasnya.

Pada sidang media sama, Sh Saleha turut memaklumkan statistik aktiviti penguatkuasaan JIM Sabah sehingga 21 Oktober 2024 iaitu jumlah operasi yang telah dijalankan sebanyak 1275, manakala daripada 25422 jumlah orang yang diperiksa,
seramai 4811 orang telah ditangkap dan 37 majikan telah didakwa.

]]>
https://sabahmedia.com/2024/10/21/jim-sabah-tahan-64-pati-atas-pelbagai-kesalahan-imigresen-sekitar-beaufort-sipitang/feed/ 0 62540
Jadikan Sipitang sebagai sebuah daerah indah, bersih untuk dikunjungi https://sabahmedia.com/2024/07/01/jadikan-sipitang-sebagai-sebuah-daerah-indah-bersih-untuk-dikunjungi/ https://sabahmedia.com/2024/07/01/jadikan-sipitang-sebagai-sebuah-daerah-indah-bersih-untuk-dikunjungi/#respond Mon, 01 Jul 2024 11:30:06 +0000 https://sabahmedia.com/?p=56851
Read Time:1 Minute, 26 Second

Sipitang : Penduduk khususnya di daerah ini diajak untuk sama-sama menjaga kebersihan bagi menjadikan Sipitang sebagai sebuah daerah yang indah dan bersih untuk dikunjungi pengunjung dari luar.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sindumin Dr Yusof Yacob berkata, peranan semua pihak penting dalam memastikan usaha menjadikan daerah ini indah dan bersih tercapai.

“Kita mahu memberi gambaran kepada umum bahawa Sipitang adalah sebuah daerah yang perlu dikunjungi, perlu dilawati dan mempunyai tempat yang cantik perlu dilihat.

“Jadi, kita ajak semua masyarakat samada pemimpin politik, pegawai kerajaan, pekerja swasta, pemimpin masyarakat, Ketua Kampung, Jawatankuasa Keselamatan dan Kemajuan Kampung dan juga penduduk kampung sendiri mestilah terlibat.

“Kita mahu mengubah budaya orang Sipitang dalam Bahasa Kadayan budaya meher…pengamah ini kita mahu buang dan diubah dengan satu pemikiran untuk memastikan alam sekitar yang bersih dan indah,” katanya pada Program Gotong Royong Membersihkan Pesisir Pantai Masjid Imam Haji Hashim hingga Sekolah Menengah Pengiran Omar, semalam.

Program itu anjuran Pergerakan Beliawanis Parti Gagasan Rakyat Sabah (PGRS) Sindumin, PGRS Zon Bandar Sipitang, Persatuan Wanita dan Keluarga Sipitang dan Persatuan Peduli Rakyat Sipitang.

Hadir sama, Ketua Wanita PGRS Sindumin Anisah Darmansa, Ketua Beliawanis PGRS Sindumin Nursiha Masri, Pengerusi Jawatankuasa Masjid Imam Haji Hashim Sipitang Abdullah Awang Adi dan Pengerusi Persatuan Peduli Rakyat Sipitang Arthur Padan.

Justeru itu, Dr Yusof yang juga Pengerusi Qhazanah Sabah Berhad berkata program gotong royong ini sebagai permulaan yang beliau ingin uar-uarkan dari dahulu untuk menjadikan Sipitang yang bersih dan indah.

Beliau berkata, program ini merupakan satu permulaan dan selepas ini akan diteruskan dengan melibatkan pelbagai pihak dan masyarakat.

Pada program itu, Dr Yusof turut berkesempatan meletakkan satu papan tanda menjaga kebersihan di pesisir pantai SMPO dan selepas ini beberapa papan tanda sama akan diletakkan di beberapa lokasi. – SABAH MEDIA

]]>
https://sabahmedia.com/2024/07/01/jadikan-sipitang-sebagai-sebuah-daerah-indah-bersih-untuk-dikunjungi/feed/ 0 56851
100 Keluarga Terima Sumbangan Bakul Makanan TH https://sabahmedia.com/2021/12/23/100-keluarga-terima-sumbangan-bakul-makanan-th/ https://sabahmedia.com/2021/12/23/100-keluarga-terima-sumbangan-bakul-makanan-th/#respond Thu, 23 Dec 2021 08:36:24 +0000 https://sabahmedia.com/?p=10230
Read Time:1 Minute, 2 Second

SIPITANG : Seramai 100 buah keluarga di daearah ini menerima sumbangan Bakul Makanan Tabung Haji (TH) berjumlah RM10,000.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Ahmad Marzuk Shaary berkata, bantuan itu disalurkan kepada keluarga terdiri daripada golongan asnaf dan B40 di daerah ini.

“TH menyalurkan bantuan berupa Bakul Makanan dengan memperuntukkan kira-kira RM100 kepada setiap 100 buah keluarga yang terlibat.

“Sumbangan ini terdiri daripada barangan keperluan asas seperti beras, minyak, tepung,gula, biskut, susu krimer manis, sardin, bihun dan mi segera,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam kenyataan  pada Majlis Sumbangan Bakul Makanan TH di Masjid Pekan Sipitang disini hari ini.

Hadir sama  Pengarah TH Wilayah Sabah dan Sarawak, Datin Nurlaila Said serta Ketua-ketua Agensi Agama Islam Sabah.

Ahmad berkata, kerajaan terus prihatin dengn nasib rakyat khususnya golongan asnaf dan B40 di seluruh negara khususnya di kala negara sedang dilanda pelbagai musibah.

“Dengan penyerahan sumbangan Bakul Makanan TH pada hari ini adalah diharapkan dapat meringankan serba sedikit bebanan yang ditanggung semua,”katanya.

Sejak Januari hingga Disember 2021, TH telah menjalankan 17 program zakat yang juga sebahagian daripada inisiatif CSR.

Kesemua program ini dilaksanakan dengan jumlah peruntukan melebihi RM19 juta. Antaranya adalah Program A’fiat, Program Iqra’ TH-IPTA dan Program Mobiliti.

]]>
https://sabahmedia.com/2021/12/23/100-keluarga-terima-sumbangan-bakul-makanan-th/feed/ 0 10230