Siren – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Thu, 09 Dec 2021 09:23:44 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.0.4 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png Siren – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 APM Sabah Laksana Pemeriksaan Teknikal PWS, Kenalpasti Lokasi Sesuai https://sabahmedia.com/2021/12/09/apm-sabah-laksana-pemeriksaan-teknikal-pws-kenalpasti-lokasi-sesuai/ https://sabahmedia.com/2021/12/09/apm-sabah-laksana-pemeriksaan-teknikal-pws-kenalpasti-lokasi-sesuai/#respond Thu, 09 Dec 2021 09:23:40 +0000 https://sabahmedia.com/?p=9639
Read Time:1 Minute, 29 Second

KOTA KINABALU : Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Sabah akan menjalankan pemeriksaan teknikal lanjut kepada siren amaran awam (PWS) sedia ada dan mengenal pasti lokasi sesuai bagi pemasangan siren.

Pengarah APM Sabah Kol.(PA) Sharudin Md Zain berkata, lokasi bersesuaian itu membabitkan kawasan berkepadatan penduduk yang tinggi.

Katanya, ia bagi memastikan litupan siren ini mencapai jarak yang maksimum untuk memberikan amaran sebelum kejadian bencana berlaku.

“Sebelum ini APM Sabah telah melaksanakan uji lari PWS pada 1 Disember lalu yang diaktfikan di Rumah Persekutuan Kota Kinabalu (RPKK).

“Uji lari telah dilaksanakan dalam dua fasa iaitu fasa siang dari jam 11 pagi hingga 12 tengahari dan fasa malam dari jam 10 malam hingga 11 malam.

“Berdasarkan jangkaan awal bahawa nada bunyi siren ini boleh mencecah jarak litupan antara tiga hingga lima kilometer, hasil uji lari mendapati jarak litupan siren hanya mencecah jarak radius 1.3 kilometer pada fasa siang manakala fasa malam dapat mencapai jarak radius 3.4 kilometer,” katanya dalam kenyataan disini hari ini.

Sharudin berkata, penilaian post mortem yang dijalankan APM Sabah mendapati beberapa faktor menjadi punca jarak litupan yang kurang berkesan.

Katanya, kedudukan siren yang tidak terlalu tinggi ditambah dengan halangan bangunan tinggi lain di sekeliling lokasi siren.

“Selain itu, halangan bukit dan bentuk muka bumi yang lebih tinggi sekaligus menyerap gelombang bunyi siren.

“Impak gangguan bunyi bising (noise hazard) yang tinggi pada waktu siang di samping tiupan arah angin yang tidak menentu menjadi antara halangan kepada litupan PWS,” katanya.

Dalam pada itu, Sharudin berkata, APM Sabah berharap agar orang awam mengambil tahu mengenai maksud dan tindakan bagi setiap nada bunyi siren melalui lawan sesawang rasmi APM di www.civildefence.gov.my.

“Dengan pengetahuan ini diharapkan menambah kesedaran orang awam agar lebih peka dengan ancaman yang boleh menggugat keselamatan awam khususnya di Negeri Sabah,” katanya.

]]>
https://sabahmedia.com/2021/12/09/apm-sabah-laksana-pemeriksaan-teknikal-pws-kenalpasti-lokasi-sesuai/feed/ 0 9639
APM Laksana Sesi Uji Lari Siren Amaran Rabu Ini https://sabahmedia.com/2021/11/29/apm-laksana-sesi-uji-lari-siren-amaran-rabu-ini/ https://sabahmedia.com/2021/11/29/apm-laksana-sesi-uji-lari-siren-amaran-rabu-ini/#respond Mon, 29 Nov 2021 06:38:52 +0000 https://sabahmedia.com/?p=9025
Read Time:1 Minute, 0 Second

KOTA KINABALU : Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Sabah akan melaksanakan sesi uji lari siren amaran awam yang dipasang di bangunan strategik sekitar Kota Kinabalu.

Pengarah APM Sabah Kol.(PA) Sharudin Md Zain berkata, siren amaran yang dipasang itu merupakan jenis siren elektrik 400 volt yang dibawa masuk ke Malaysia termasuk Sabah sekitar tahun 1968 hingga 1970.

“Siren amaran ini telah diselenggara dan akan diuji kebolehfungsiannya pada Rabu ini dalam dua fasa ujilari iaitu fasa siang hari pada jam 11 pagi hingga jam 12 tengahari manakala fasa malam hari dari jam 10 malam hingga 11 malam.

“Ia adalah bagi melihat jarak jangkauan dan litupan bunyi yang boleh dicapai dari titik lokasi siren,” katanya dalam kenyataan disini hari ini.

Sharudin berkata, uji lari siren akan dilaksanakan dengan mengaktifkan dua nada bunyi dalam setiap fasa yang akan dioperasikan untuk tempoh selama dua minit bagi setiap nada bunyi.

Katanya, bagi maksud uji lari ini, pihak APM Sabah memohon kerjasama semua penduduk awam sekiranya mendengar bunyi siren agar tidak panik dan boleh meneruskan urusan masing-masing seperti biasa.

“Pihak APM Sabah akan menempatkan sejumlah anggota di lokasi tertentu untuk memantau situasi keselamatan awam dalam tempoh pelaksanaan uji lari siren amaran ini,”katanya.  

]]>
https://sabahmedia.com/2021/11/29/apm-laksana-sesi-uji-lari-siren-amaran-rabu-ini/feed/ 0 9025