sistem padu – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Sun, 28 Jan 2024 04:25:11 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.1 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png sistem padu – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Masyarakat digesa daftar PADU sebelum 31 Mac depan https://sabahmedia.com/2024/01/28/masyarakat-digesa-daftar-padu-sebelum-31-mac-depan/ https://sabahmedia.com/2024/01/28/masyarakat-digesa-daftar-padu-sebelum-31-mac-depan/#respond Sun, 28 Jan 2024 04:25:10 +0000 https://sabahmedia.com/?p=48625
Read Time:50 Second

Tawau:   Masyarakat digesa untuk memaklumkan kepada ahli keluarga supaya mendaftar dalam sistem Pangkalan Data Utama (PADU) sebelum 31 Mac depan.

Pengerusi Regional Harvest Sdn. Bhd, Datuk Muis Picho berkata,  pelbagai usaha dilaksanakan pihak kerajaan ke arah pendigitalan dan memperkasakan rakyat antaranya memperkenalkan sistem PADU.

“PADU diperkenalkan bagi memastikan pengagihan bantuan subsidi dan bantuan kerajaan dapat diberikan kepada golongan sasar tanpa ada ketirisan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan Malam Simfoni Rakyat Daerah Tawau anjuran Jabatan Penerangan Sabah bersama pihaknya di Kampung Pasir Putih di sini semalam.

Muis berkata, Program Simfoni Rakyat Daerah Tawau merupakan salah satu platform dalam penyampaian maklumat secara bersemuka kepada pelbagai peringkat masyarakat melalui hiburan pentas. 

Pada majlis itu, Muis menyampaikan sumbangan peribadi kepada sembilan anak-anak yatim sekitar Kampung Pasir Putih. 

Hadir sama Pengarah Penerangan Sabah, Jainisah Mohd Noor, Ketua Penolong Pengarah Media dan Komunikasi Korporat, Peter Tong Ah Pin, Pegawai Penerangan Daerah, Azuary Abdul Azis dan Ketua Kampung Pasir Putih, Hamzah Busian.

]]>
https://sabahmedia.com/2024/01/28/masyarakat-digesa-daftar-padu-sebelum-31-mac-depan/feed/ 0 48625