sja – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Sun, 01 Mar 2026 02:00:16 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.0.2 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png sja – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 SJA, Maggi edar 600 pek bubur lambuk sempena Ramadan https://sabahmedia.com/2026/03/01/sja-maggi-edar-600-pek-bubur-lambuk-sempena-ramadan/ https://sabahmedia.com/2026/03/01/sja-maggi-edar-600-pek-bubur-lambuk-sempena-ramadan/#respond Sun, 01 Mar 2026 01:53:39 +0000 https://sabahmedia.com/?p=92470
Read Time:1 Minute, 18 Second

KOTA KINABALU: Persatuan Wartawan Sabah (SJA), dengan kerjasama Maggi, mengedarkan 600 pek bubur lambuk sempena bulan Ramadan di sini pada Sabtu.

Sebanyak 400 pek diedarkan di Bandaran Berjaya kira-kira jam 2 petang kepada pengusaha pengangkutan awam dan orang ramai, manakala 200 pek lagi diberikan kepada ahli SJA sempena program hari keluarga dan majlis berbuka puasa persatuan itu yang diadakan kemudian pada hari yang sama.

Bubur lambuk tersebut disediakan menggunakan bahan-bahan yang ditaja oleh Maggi.

Hadir di Bandaran Berjaya ialah Presiden SJA Mariah Doksil, Pengurus Operasi Nestlé Products Sdn Bhd Wallace Tan, pengerusi penganjur Vivi Olviana Najurus, kakitangan Maggi serta ahli jawatankuasa SJA.

Mariah berkata, aktiviti itu adalah sebahagian daripada usaha persatuan untuk memupuk semangat muhibah dan mengeratkan hubungan dengan masyarakat sambil menghayati semangat Ramadan.

“Ramadan adalah bulan penuh kasih sayang, berkongsi dan saling mengambil berat. Ia merupakan waktu yang bermakna untuk kita menghulurkan bantuan, terutama kepada mereka yang bekerja keras sepanjang bulan puasa seperti pengusaha pengangkutan awam,” katanya.

Beliau menambah, kerjasama dengan Maggi mencerminkan kepentingan jalinan antara warga media dan organisasi korporat dalam melaksanakan inisiatif berteraskan komuniti.

Mariah turut merakamkan penghargaan kepada Maggi dan Nestlé atas sokongan dalam menjayakan program tersebut, sambil menyifatkan inisiatif seumpama itu bukan sahaja memberi manfaat kepada penerima, malah mengukuhkan hubungan silaturahim dalam kalangan ahli SJA.

Wallace berkata, Maggi berbesar hati menyokong program kemasyarakatan yang bermakna sepanjang Ramadan dan menegaskan komitmen syarikat untuk terus menyumbang kembali kepada masyarakat melalui pelbagai program jangkauan.

Pengagihan di Bandaran Berjaya menerima maklum balas positif daripada orang ramai yang menyambut baik inisiatif tersebut menjelang waktu berbuka puasa.

]]>
https://sabahmedia.com/2026/03/01/sja-maggi-edar-600-pek-bubur-lambuk-sempena-ramadan/feed/ 0 92470
UMS, SJA perkukuh hubungan dua hala https://sabahmedia.com/2026/01/16/ums-sja-perkukuh-hubungan-dua-hala/ https://sabahmedia.com/2026/01/16/ums-sja-perkukuh-hubungan-dua-hala/#respond Thu, 15 Jan 2026 23:45:15 +0000 https://sabahmedia.com/?p=89798
Read Time:1 Minute, 48 Second

KOTA KINABALU: Pusat Komunikasi Korporat (PKK), Universiti Malaysia Sabah (UMS) mengadakan kunjungan mesra ke Persatuan Wartawan Sabah (SJA) sebagai usaha memperkukuh hubungan dua hala serta meningkatkan kerjasama strategik dalam bidang komunikasi, media dan pembangunan profesional.

Kunjungan tersebut diketuai oleh Pengarah PKK UMS, Dr. Rizal Zamani Idris, dan disambut oleh Presiden SJA, Mariah Doksil, bersama barisan kepimpinan persatuan berkenaan.

Pertemuan itu menjadi platform perbincangan mengenai potensi kolaborasi strategik melibatkan perkongsian kepakaran, pembangunan bakat, latihan profesional, penghasilan kandungan komunikasi berimpak tinggi serta pengukuhan jaringan antara institusi akademik dan organisasi media di Sabah.

Dr. Rizal berkata, PKK UMS sentiasa komited untuk membina hubungan yang bersifat sinergi dengan organisasi profesional bagi memperkasa ekosistem komunikasi korporat dan kewartawanan.

“UMS melalui PKK amat menghargai peranan SJA dalam membentuk landskap komunikasi dan kewartawanan yang beretika serta berwibawa.

“Kunjungan mesra ini diharap dapat membuka ruang kerjasama yang lebih tersusun dan berimpak, khususnya dalam aspek latihan, pemindahan ilmu dan penghasilan naratif positif berkaitan institusi pendidikan tinggi serta pembangunan masyarakat,” katanya.

Menurut beliau, kerjasama strategik antara universiti dan persatuan wartawan amat penting bagi memastikan amalan komunikasi yang relevan dengan keperluan semasa industri serta mampu menyokong agenda pembangunan negeri.

Turut hadir, Timbalan Pengarah PKK UMS, Mohd Ezni Hezri Mohd Yusop; Ketua Sektor Hal Ehwal Korporat, Che Hasruddin Che Hasan; Ketua Pentadbiran, Norliza Abdullah; dan Ketua Unit Perhubungan Media PKK, Salbinous Saribun.

Sementara itu, Presiden SJA, Mariah Doksil menyambut baik kunjungan tersebut dan menyifatkannya sebagai satu langkah proaktif ke arah memperkukuh hubungan strategik antara kedua-dua pihak.

“Persatuan Wartawan Sabah amat mengalu-alukan kerjasama dengan UMS, khususnya Pusat Komunikasi Korporat, dalam usaha memperkasa bidang komunikasi dan kewartawanan.

“Gabungan kekuatan akademik UMS dan pengalaman profesional wartawan diyakini mampu memberi manfaat besar kepada industri media serta masyarakat secara keseluruhan,” ujarnya.

Pertemuan tersebut turut membincangkan perancangan kerjasama yang berpotensi untuk dilaksanakan dalam masa terdekat.

Hadir sama,  Setiausaha SJA, Siti Aisyah Narudin; serta barisan Ahli Jawatankuasa Tertinggi SJA, Mohd Nazlie Zainul, Vivi Olviana Najurus, dan Fardy Bungga.

Delegasi PKK UMS turut disertai Ketua Unit Pengurusan Majlis dan Unit Perhubungan Awam PKK, Mohammad Norazmi Harris; Ketua Unit Video, Johaidi Ismail, serta kakitangan Unit Perhubungan Media PKK, Mohd. Affzanizam Mohd Amin dan Faezah Mohamad Dun.

]]>
https://sabahmedia.com/2026/01/16/ums-sja-perkukuh-hubungan-dua-hala/feed/ 0 89798
Media Berperanan Penting Sebar Dasar & Pembangunan Sabah https://sabahmedia.com/2021/12/10/media-berperanan-penting-sebar-dasar-pembangunan-sabah/ https://sabahmedia.com/2021/12/10/media-berperanan-penting-sebar-dasar-pembangunan-sabah/#respond Fri, 10 Dec 2021 15:40:05 +0000 https://sabahmedia.com/?p=9724
Read Time:2 Minute, 24 Second

KOTA KINABALU : Kerajaan negeri mengiktiraf media arus perdana sebagai salah satu rakan penting dalam membantu menyebarkan dasar dan pembangunan di negeri ini.

Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor berkata, media merupakan penghubung antara kerajaan dan rakyat melalui perkongsian maklumat dan fakta yang tepat melalui karya penulisan.

Katanya, pada masa ini platform media sosial telah disalahguna untuk menyebarkan berita palsu selain perkara yang tidak benar.

“Kewartawanan yang baik memainkan peranan penting dalam masyarakat selain dapat mempengaruhi pemikiran rakyat melalui pelaporan dan mengubah landskap politik sesebuah negara.

“Sehubungan itu, wartawan perlu bijak melaporkan dan saya gembira media di negeri ini menjalankan tugas dengan baik dan dedikasi. Paling penting, media telah menghasilkan liputan berita secara bertanggungjawab dan profesional,” katanya,

Beliau berkata demikian pada Kinabalu Press Award (KPA) anjuran Persatuan Wartawan Sabah (SJA) dengan kerjasama Kerajaan negeri, Shell Malaysia dan PETRONAS disini malam ini.

Hajiji berkata, Hala Tuju Sabah Maju Jaya (SMJ) merupakan komitmen kerajaan untuk membangunkan negeri ini selain kebaikan untuk rakyat.

“Kami berharap media akan meneruskan peranannya untuk melaporkan agenda pembangunan kerajaan,” katanya.

 Sementara itu, Hajiji berkata kerajaan negeri bimbang dengan penutupan syarikat akhbar seperti New Sabah Times dan pemberhentian pekerja sebagai langkah penjimatan kos.

“Saya juga sedar bahawa media arus perdana khususnya media cetak terus berjuang dalam menghadapi peredaran masa selain pengiklanan yang berkurangan disebabkan kehadiran media sosial serta diburukkan lagi dengan pandemik COVID-19.

“Saya dimaklumkan lebih 70 petugas media di Sabah telah kehilangan pekerjaan atau berdepan gaji dipotong tahun ini sahaja

“Saya menggesa syarikat media (di Sabah) untuk mengekalkan pekerja mereka sambil melihat semula model perinatal media seperti yang dilakukan oleh media di seluruh dunia. Saya juga percaya ia merupakan perniagaan yang menguntungkan dan ia adalah soal pengisian kandungan untuk menarik pembaca dan pengiklan,”katanya.

Dalam pada itu, Hajiji berkata sejak dua tahun lalu merupakan tempoh mencabar untuk semua apabila berdepan dengan pandemik COVID-19.

 “Kita semua pernah mengalami kesukaran untuk meneruskan kehidupan dan kita semua telah berkorban sepanjang tempoh itu.  Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) telah menyukarkan sedikit pergerakan namun ia telah memaksa kita melakukan sesuatu yang berbeza dalam norma baharu.

“Namun ini semua telah mengajar kita untuk lebih bertahan.  Kita masih belum menang tetapi saya percaya kita perlu mula bekerja.  Kerajaan telah mengambil pelbagai langkah untuk mengurangkan

 kesan negatif pandemik COVID-19 dan untuk merangsang semula pertumbuhan ekonomi kita.

“Kita yakin pelaksanaan Pelan Pemulihan Negara (PPN) dan pelbagai pakej rangsangan oleh Kerajaan Persekutuan dan Negeri akan memacu usaha pemulihan ekonomi di Sabah,” katanya.

Dalam perkembangan lain, Hajiji berasa gembira kerana Shell Malaysia dan Petronas terus memberi sokongan kepada SJA khususnya dalam penganjuran KPA.

“Dengan komitmen Kerajaan Negeri dan rakan strategik Petronas dan Shell Malaysia, saya yakin SJA akan dapat meneruskan penganjuran acara berprestij ini,”katanya.

Terdahulu, kerajaan negeri menambah sumbangan tahunan kepada KPA sebanyak RM100,000 berbanding RM60,000 sebelum ini.

Ia adalah bagi mengiktiraf peranan media dalam pembangunan negara dan negeri Sabah.

]]>
https://sabahmedia.com/2021/12/10/media-berperanan-penting-sebar-dasar-pembangunan-sabah/feed/ 0 9724