sjr – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Thu, 30 Sep 2021 13:28:22 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.1 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png sjr – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Sembilan Daerah Dikategorikan ‘Stand Alone District’, 18 Lagi Dibenarkan Rentas Daerah Mengikut Zon https://sabahmedia.com/2021/09/30/sembilan-daerah-dikategorikan-stand-alone-district-18-lagi-dibenarkan-rentas-daerah-mengikut-zon/ https://sabahmedia.com/2021/09/30/sembilan-daerah-dikategorikan-stand-alone-district-18-lagi-dibenarkan-rentas-daerah-mengikut-zon/#comments Thu, 30 Sep 2021 13:28:21 +0000 https://sabahmedia.com/?p=7049
Read Time:1 Minute, 5 Second

KOTA KINABALU : Sebanyak sembilan daerah di Sabah dikategorikan sebagai daerah masing-masing (stand alone district) selepas daerah-daerah ini masih belum mencapai kadar 60 peratus vaksinasi lengkap bagi populasi dewasa.

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah Datuk Seri Masidi Manjun berkata, bagi 18 daerah lain akan dibenarkan bergerak mengikut pembahagian daerah dalam zon berkuatkuasa 1 Oktober.

“Seperti yang diumumkan sebelum ini, mulai esok daerah –daerah akan dibahagikan mengikut zon iaitu sebanyak lima zon.

“Bagi Zon 1, ia membabitkan Kota Kinabalu; Penampang; Putatan; Tuaran; Ranau dan Kota Belud manakala bagi Zon 2 ia membabitkan Beaufort; Sipitang dan Kuala Penyu,” katanya dalam kenyataan disini hari ini.

Masidi berkata, daerah Kudat; Kota Marudu; Pitas dan Beluran diletakkan dalam Zon 3 dan Lahad Datu serta Kunak diletakkan di Zon 4.

Katanya, bagi Zon 5 pula melibatkan Keningau, Tambunan dan Tenom.

“Manakala bagi Daerah Kinabatangan, Telupid, Tongod, Sandakan, Kalabakan, Tawau, Papar, Semporna dan Nabawan adalah dikategorikan sebagai daerah masing-masing (stand alone district).

“Ini disebabkan daerah-daerah ini masih belum mencapai kadar 60 peratus vaksinasi lengkap bagi populasi dewasa,” katanya.

PEMBAHAGIAN DAERAH DALAM ZON

Zon 1 – Kota Kinabalu, Penampang, Putatan, Tuaran, Ranau dan Kota Belud.

Zon 2 – Beaufort, Sipitang dan Kuala Penyu.

Zon 3 – Kudat, Kota Marudu, Pitas dan Beluran.

Zon 4 – Lahad Datu dan Kunak.

Zon 5 – Keningau, Tambunan dan Tenom.

]]>
https://sabahmedia.com/2021/09/30/sembilan-daerah-dikategorikan-stand-alone-district-18-lagi-dibenarkan-rentas-daerah-mengikut-zon/feed/ 1 7049
Sabah Cadang Beralih Sistem Zon Jumaat Ini, Setiap Daerah Perlu Capai Nilai Ambang 60 Peratus Vaksinasi https://sabahmedia.com/2021/09/28/sabah-cadang-beralih-sistem-zon-jumaat-ini-setiap-daerah-perlu-capai-nilai-ambang-60-peratus-vaksinasi/ https://sabahmedia.com/2021/09/28/sabah-cadang-beralih-sistem-zon-jumaat-ini-setiap-daerah-perlu-capai-nilai-ambang-60-peratus-vaksinasi/#respond Tue, 28 Sep 2021 09:10:57 +0000 https://sabahmedia.com/?p=6935
Read Time:1 Minute, 10 Second

KOTA KINABALU : Kerajaan Sabah bercadang untuk beralih ke sistem zon sebagai peralihan berkala daripada sekaran rentas daerah kepada rentas zon bermula Jumaat ini.

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah Datuk Seri Masidi Manjun berkata, pelaksanaan itu akan tertakluk kepada syarat kadar vaksinasi lengkap bagi penduduk dewasa negeri Sabah telah mencapai 60 peratus.

“Selain itu, setiap daerah dalam setiap zon juga perlu dan telah mencapai nilai ambang 60 peratus penduduk dewasa yang lengkap divaksin.

“Daerah-daerah dalam zon yang belum mencapai 60 peratus penduduk dewasa lengkap divaksinasi dengan sendirinya terkeluar daripada zon berkenaan sehingga daerah tersebut mencapai nilai ambang 60 peratus kadar vaksinasi lengkap penduduk dewasa,” katanya dalam kenyataan disini hari ini.

Beliau berkata, ini bermakna mana-mana daerah yang belum melepasi syarat yang ditetapkan akan kekal dengan status sekarang.

Pada ucapan penggulungan persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah ke-16 pada Khamis lalu, Masidi memaklumkan Sabah akan mula membenarkan aktiviti rentas daerah mengikut zon mulai 1 Oktober ini.

Katanya, keputusan itu selepas pembincangan dibuat bersama Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Sabah (JKNS), Dr Rose Nani Mudin.

“Kami sepakat agar pada masa terdekat ini, Sabah kembali kepada sistem zon (rentas daerah) dengan syarat 60 peratus populasi dewasa di setiap zon divaksin.

“Bagaimanapun, saya juga mencadangkan agar kebenaran rentas daerah di seluruh Sabah akan dibenarkan selepas tahap vaksinasi mencapai sekurang-kurangnya 70 peratus.

“Setiap keputusan mahupun perubahan akan dilakukan berdasarkan analisis terhadap data dan situasi,” katanya.

]]>
https://sabahmedia.com/2021/09/28/sabah-cadang-beralih-sistem-zon-jumaat-ini-setiap-daerah-perlu-capai-nilai-ambang-60-peratus-vaksinasi/feed/ 0 6935
533 Kenderaan Diarah ‘U-Turn’, 34 Kompaun Dikeluarkan Langgar SOP PPN Fasa Dua https://sabahmedia.com/2021/08/03/533-kenderaan-diarah-u-turn-34-kompaun-dikeluarkan-langgar-sop-ppn-fasa-dua/ https://sabahmedia.com/2021/08/03/533-kenderaan-diarah-u-turn-34-kompaun-dikeluarkan-langgar-sop-ppn-fasa-dua/#respond Tue, 03 Aug 2021 14:35:37 +0000 https://sabahmedia.com/?p=4031
Read Time:55 Second

KOTA KINABALU : Sebanyak 533 buah kenderaan diarah berpatah balik ketika cuba melintasi Sekatan Jalan Raya (SJR) yang disyaki gagal mengemukakan dokumen kebenaran untuk merentas daerah di seluruh Sabah.

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah Datuk Seri Masidi Manjun berkata, jumlah itu adalah sebahagian daripada 49,663 buah kenderaan yang diperiksa di 208 SJR yang beroperasi 24 jam sehari.

“Polis turut mengeluarkan 34 kompaun atas pelbagai kesalahan berkaitan pelanggaran prosedur operasi standard (SOP) Pelan Pemulihan Negara (PPN) Fasa Dua yang dikesan seluruh Sabah.

“Daripada jumlah kompaun yang dikeluarkan, kesalahan gagal memakai pelitup muka antara yang tertinggi iaitu seramai 10 orang; tiada penjarakkan fizikal (9 orang); gaga; mendaftar masuk premis (7 orang);tidak mematuhi arahan kawalan pergerakan (6 orang) dan dua orang melakukan pergerakan keluar masuk kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD),” katanya dalam kenyataan disini malam ini.

Masid berkata, penguatkuasaan SOP turut dijalankan di perairan laut Sabah oleh Pasukan Polis Marin dan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) melibatkan 74 pemeriksaan di kawasan Pantai Timur.

Katanya, selain itu sebanyak 20 pemeriksaan di perairan Kota Kinabalu dan Labuan turut dilaksanakan dan hasil pemeriksaan tiada tangkapan dibuat.

]]>
https://sabahmedia.com/2021/08/03/533-kenderaan-diarah-u-turn-34-kompaun-dikeluarkan-langgar-sop-ppn-fasa-dua/feed/ 0 4031
COVID-19 : 442 Kenderaan Diarah Berpatah Balik, Sabah Rekod 497 Kes Baharu https://sabahmedia.com/2021/07/22/covid-19-442-kenderaan-diarah-berpatah-balik-sabah-rekod-497-kes-baharu/ https://sabahmedia.com/2021/07/22/covid-19-442-kenderaan-diarah-berpatah-balik-sabah-rekod-497-kes-baharu/#respond Thu, 22 Jul 2021 12:38:10 +0000 https://sabahmedia.com/?p=3445
Read Time:2 Minute, 1 Second

KOTA KINABALU : Sebanyak 442 kenderaan diarah berpatah balik ketika cuba melintasi Sekatan Jalan Raya (SJR) tanpa dokumen kebenaran untuk merentas daerah di seluruh negeri ini.

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah Datuk Seri Masidi Manjun berkata, jumlah itu adalah sebahagian daripada 35,419 buah kenderaan yang diperiksa di 133 SJR yang beroperasi 24 jam sehari.

“Polis turut mengeluarkan 53 kompaun atas pelbagai kesalahan berkaitan pelanggaran prosedur operasi standard (SOP) Pelan Pemulihan Negara (PPN) Fasa Dua yang dikesan seluruh Sabah.

“Daripada jumlah kompaun yang dikeluarkan, kesalahan tidak mematuhi arahan kawalan pergerakan antara yang tertinggi iaitu seramai 21 orang; tidak memakai pelitup muka (18 orang); membawa penumpang berlebihan (8 orang) dan gagal mendaftar masuk premis (6 orang),” katanya dalam kenyataan disini malam ini.

Masidi berkata, penguatkuasaan SOP turut dijalankan di perairan laut Sabah oleh Pasukan Polis Marin dan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM).

Katanya, ia melibatkan 58 pemeriksaan di kawasan Pantai Timur dan 27 pemeriksaan di perairan Kota Kinabalu dan Labuan.  Hasil pemeriksaan tiada tangkapan dibuat.

Dalam perkembangan lain, Masidi berkata, Sabah mencatat sedikit peningkatan kes positif COVID-19 iaitu 497 kes hari ini berbanding 474 kes semalam.

Katanya, penyumbang utama kes hari ini adalah daripada saringan kontak rapat iaitu sebanyak 240 kes atau 48.3 peratus daripada kumulatif kes harian di Sabah, diikuti dengan 86 kes atau 17.3 peratus daripada sarıngan bergejala.

“Saringan bersasar dari kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) mencatatkan 35 kes atau 7.0 peratus di mana 24 kes dari jumlah itu direkodkan tertinggi di daerah Sandakan.

“Kluster Penjara menyumbang 17 kes baharu dengan pecahan 11 kes daripada Penjara Kepayan dan enam kes daripada Penjara Tawau,” katanya.

Katanya, sebanyak dua kluster baru dilaporkan hari ini iaitu Kluster Kebun Lama Papar mencatat 24 kes dan Kluster Kuril Kinabatangan 10 kes yang menyumbang 6.8 peratus  dari jumlah kes hari ini.

“Keseluruhan kluster sedia ada menyumbang kepada 84 kes atau 16.9 peratus dari jumlah kes negeri Sabah.  

“Kluster Kebun Lama Papar adalah sebuah kluster yang tercetus ekoran aktiviti majlis pengebumian yang berlangsung 6 Julai lalu dan dihadiri oleh 60 orang merangkumi 10 keluarga serentak dengan majlis Tahlil Arwah selama lima hari,” katanya.

Tambahnya, majlis pengebumian di Kampung Kabang, Papar dan Majlis Tahlil Arwah berlangsung di Kampung Nagapas, Papar.

INFO RINGKAS

  1. 240 Kes adalah daripada Saringan Kontak Rapat
  2. 118 Kes adalah daripada Saringan Kluster
  3. 86 Kes adalah daripada Saringan Bergejala
  4. 35 Kes adalah daripada Saringan Bersasar
  5. 18 Kes adalah daripada Saringan lain-lain kes
]]>
https://sabahmedia.com/2021/07/22/covid-19-442-kenderaan-diarah-berpatah-balik-sabah-rekod-497-kes-baharu/feed/ 0 3445
Tinjauan Semua Lokasi SJR di Ranau Berjalan Lancar https://sabahmedia.com/2021/06/27/tinjauan-semua-lokasi-sjr-di-ranau-berjalan-lancar/ https://sabahmedia.com/2021/06/27/tinjauan-semua-lokasi-sjr-di-ranau-berjalan-lancar/#respond Sun, 27 Jun 2021 10:21:45 +0000 https://sabahmedia.com/?p=2074
Read Time:1 Minute, 1 Second

RANAU: Tinjauan semua lokasi Sekatan Jalan Raya (SJR) di daerah ini sempena pelaksanaan   Perintah Kawalan Pergerakan  (PKP) Penuh, seluruh negara berjalan dalam suasana yang baik serta lancar.

Kelihatan di lokasi SJR 1, 2 dan 3 di kawasan Ranau pagi tadi mendapati, semua petugas terdiri daripada anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM), Angkatan Pertahanan Awam (APM) dan anggota Rela menjalankan tugas dengan baik tanpa mengira waktu siang atau malam walaupun dalam keadaan hujan dan panas.

Semasa tinjauan ke SJR1 jalan Ranau-Telupid mendapati seramai  4 orang petugas iaitu 2 anggota PDRM dan 2  anggota Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela) diketuai Lns.Kpl. Mohd Qayser Roy Mardin dari IPD Ranau, bertugas memastikan semua pengguna jalan raya ada mematuhi  SOP dan peraturan yang ditetapkan sepanjang ‘Lock Down’ bermula 1-14 Jun  dan dilanjutkan sehingga 28 Jun 2021.

“Seharusnya semua pihak saling menghormati dengan keprihatinan serta tanggungjawab yang diamanahkan kepada mereka (petugas barisan hadapan),” jelas Airinie Abidin salah seorang pengguna jalanraya dari daerahTelupid.

SOP semasa pelaksaan PKP yang patut dipatuhi antaranya setiap satu kenderaan dibenarkan hanya dua penumpang sahaja termasuk  pemandu  kecuali keadaan tertentu dan kecemasan, mempunyai dokumen sah Rentas Daerah dari mana-mana Balai Polis dan memakai pelitup separuh muka.

]]>
https://sabahmedia.com/2021/06/27/tinjauan-semua-lokasi-sjr-di-ranau-berjalan-lancar/feed/ 0 2074
Wanita Tular Ugut Polis Di SJR Kepayan Direman https://sabahmedia.com/2021/06/21/wanita-tular-ugut-polis-di-sjr-kepayan-direman/ https://sabahmedia.com/2021/06/21/wanita-tular-ugut-polis-di-sjr-kepayan-direman/#respond Mon, 21 Jun 2021 06:22:52 +0000 https://sabahmedia.com/?p=1661
Read Time:1 Minute, 22 Second

KOTA KINABALU: Seorang wanita yang didakwa mengugut anggota polis di Sekatan Jalan Raya (SJR) di Jalan Kepayan, di sini, baru-baru ini, akan direman selama dua hari bagi membantu siasatan lanjut.

Wanita berusia 34 tahun itu ditahan dirumahnya di salah sebuah kondominium di Jalan Lintas, di sini, kira-kira jam 11.20 pagi, semalam.

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Asisten komisioner Mohd Zaidi Abdullah berkata, ketika ditahan, polis turut merampas pakaian yang dipakai wanita itu dalam kejadian berkenaan bersama telefon bimbit, kad pendaftaran kereta dan kunci kenderaan.

Katanya, polis turut mengambil tiga lagi telefon pintar milik anggota polis yang bertugas bagi membantu siasatan lanjut.

“Ketika insiden itu, polis mengeluarkan saman terhadap wanita terbabit atas kesalahan cukai jalan dan insurans kenderaan tamat tempoh.

“Bagaimanapun berlaku kekecohan sehingga wanita terbabit mengeluarkan kenyataan ugutan, seperti ‘kau siapa mau saman saya, nasib kau lelaki, kalau perempuan saya kasi telanjang kau dan rungkup kau’,” katanya pada sidang media di pejabatnya hari ini.

Mohd Zaidi berkata, pihaknya turut mengambil keterangan daripada seorang pegawai dan tujuh anggota serta anggota Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela) untuk membantu siasatan lanjut.

Katanya, siasatan akan dijalankan mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan dan hasil siasatan yang lengkap akan diserahkan ke Timbalan Pendakwaraya untuk tindakan selanjutnya.

“Siasatan kini sudah meliputi 80 peratus dan suspek juga memberikan kerjasama yang amat baik sejak ditahan,” katanya.

Sebelum ini, kejadian yang berlaku pada 1 Jun lalu itu mendapat perhatian ramai selepas rakaman yang memaparkan wanita terbabit berang dengan anggota polis tular di laman sosial dan aplikasi WhatsApp.

Kejadian itu menimbulkan pelbagai reaksi daripada netizen termasuk ada yang mengecam tindakan wanita terbabit dan ada juga yang mahukan pendedahan sebenar punca kejadian berkenaan. – AsiaTimes

]]>
https://sabahmedia.com/2021/06/21/wanita-tular-ugut-polis-di-sjr-kepayan-direman/feed/ 0 1661
Kerajaan Pertimbang Rentas Negeri Individu Lengkap Dos Vaksin Covid-19 https://sabahmedia.com/2021/06/21/kerajaan-pertimbang-rentas-negeri-individu-lengkap-dos-vaksin-covid-19/ https://sabahmedia.com/2021/06/21/kerajaan-pertimbang-rentas-negeri-individu-lengkap-dos-vaksin-covid-19/#respond Mon, 21 Jun 2021 01:41:52 +0000 https://sabahmedia.com/?p=1648
Read Time:1 Minute, 9 Second

Putrajaya –Kebenaran merentas negeri merupakan antara beberapa kelonggaran yang sedang diperhalusi kerajaan terhadap mereka yang sudah melengkapkan dos vaksin Covid-19.

Menteri Penyelarasan Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan, Khairy Jamaluddin berkata, cadangan itu akan dikemukakan jawatankuasa kumpulan kerja teknikal yang dianggotai oleh kumpulan pakar kepada Majlis Keselamatan Negara (MKN) untuk dimuktamadkan.

Menurutnya, cadangan itu akan turut meneliti data-data diguna pakai negara-negara yang pada masa ini memberi beberapa kelonggaran kepada rakyat mereka.

“Jawatankuasa yang terdiri daripada pakar-pakar kesihatan dan sains akan memperhalusi kumpulan kerja teknikal sebelum dikemukakan kepada MKN untuk diumumkan. Ini termasuk kelonggaran untuk rentas negeri,” katanya semalam.

Khairy dalam pada itu berkata, prestasi Malaysia bagi peratusan penduduk yang menerima sekurang-kurangnya dos pertama vaksin Covid-19 adalah masih kompetitif.

Beliau menjelaskan, jika dibandingkan dengan negara-negara jiran dan maju seperti Jepun, Malaysia tidak jauh ketinggalan.

Ujarnya, ini di sebalik tindakan negara-negara maju seperti Amerika Syarikat (AS), United Kingdom (UK) dan Kanada membolot pembelian vaksin Covid-19.

“Apabila perbandingan dibuat dengan negara Jepun yang jauh lebih maju, mereka masih lagi ketinggalan berbanding AS, UK dan Kanada. Kenapa? UK beli vaksin lima kali ganda penduduk mereka, Kanada juga sama.

“Selain itu, syarikat-syarikat pengeluar vaksin juga adalah dari UK dan AS, mereka mendapat akses yang mudah. Sekarang barulah mereka menawarkan bantuan melalui sumbangan. 

“Kita juga akan terima sumbangan dari AS, Jepun dan China dalam masa terdekat,” tambahnya.

]]>
https://sabahmedia.com/2021/06/21/kerajaan-pertimbang-rentas-negeri-individu-lengkap-dos-vaksin-covid-19/feed/ 0 1648
Penerima Vaksin Perlu Kemuka Bukti Penerimaan Bagi Melepasi Sjr https://sabahmedia.com/2021/06/03/penerima-vaksin-perlu-kemuka-bukti-penerimaan-bagi-melepasi-sjr/ https://sabahmedia.com/2021/06/03/penerima-vaksin-perlu-kemuka-bukti-penerimaan-bagi-melepasi-sjr/#respond Thu, 03 Jun 2021 13:42:53 +0000 http://sabahmedia.com/?p=492
Read Time:1 Minute, 8 Second

KOTA KINABALU : Kerajaan negeri meminta penerima vaksin yang perlu merentas daerah supaya menyediakan bukti temujanji penerimaan vaksin dari Pusat Penerimaan Vaksin (PPV).

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan negeri Datuk Seri Masidi Manjun berkata, ia bagi memudahkan penerima vaksin melepasi Sekatan Jalan Raya (SJR).

“Bagi mereka (penerima vaksin) yang perlu merentas daerah bagi tujuan penerimaan vaksin, mereka perlu menyediakan bukti dari PPV agar dapat melepasi SJR di daerah masing-masing.

“Selain itu, bagi penjawat awam juga dinasihatkan agar menyediakan surat kebenaran majikan secara bercetak atau bersedia menyediakan paparan di telefon bimbit,”katanya dalam kenyataan disini, malam ini.

Masidi yang juga jurucakap rasmi Covid-19 Sabah berkata, penyediaan surat kebenaran majikan itu perlu disediakan lebih awal bagi melancarkan pergerakan ketika berada di SJR.

Dalam perkembangan lain, beberapa lokaliti di negeri ini dikenakan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) antaranya di Kampung Sugud Penampang; Kampung Pengaraban Kudat dan empat lokaliti di Tawau.

Katanya, antara lokaliti yang terlibat di Tawau antaranya ialah Taman Millenium; Taman Wawasan; Kawasan Semarak dan Kampung Jawa Kongsi 10.

“Kesemua PKPD yang dinyatakan akan berkuatkuasa bermula 5 Jun ini sehingga 18 Jun depan selaras dengan keputusan Kerajaan Persekutuan.

“Selain itu, sebanyak dua lokaliti yang sebelum ini dikenakan PKPD akan tamat pada 4 Jun seperti yang dijadualkan sebelum ini,”katanya.

Katanya, dua lokaliti yang ditamatkan PKPD bermula esok ialah Kampung Pisang Tawau dan Kampung Indani Semporna.

]]>
https://sabahmedia.com/2021/06/03/penerima-vaksin-perlu-kemuka-bukti-penerimaan-bagi-melepasi-sjr/feed/ 0 492