Sk abaka ladang table – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Sun, 23 Jun 2024 03:14:42 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.0.4 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png Sk abaka ladang table – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Satu blok bangunan SK Abaka Ladang Table musnah terbakar https://sabahmedia.com/2024/06/23/satu-blok-bangunan-sk-abaka-ladang-table-musnah-terbakar/ https://sabahmedia.com/2024/06/23/satu-blok-bangunan-sk-abaka-ladang-table-musnah-terbakar/#respond Sun, 23 Jun 2024 03:14:41 +0000 https://sabahmedia.com/?p=56412
Read Time:49 Second

TAWAU: Satu blok bangunan Sekolah Kebangsaan Abaka Ladang Table di sini musnah terlibat dalam kebakaran yang berlaku tengah malam tadi.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan mengenai kebakaran sekolah itu pada tengah malam tadi (22 Jun).

“Komander Operasi Pasukan Bomba Tawau melaporkan terdapat satu blok bangunan jenis kayu SK Abaka Ladang Table musnah 100 peratus dalam kejadian kebakaran itu.

“Operasi pemadaman terkawal pada jam 1.20 pagi dan ditamatkan pada jam 1.23 pagi tadi.

“Tiada mangsa terlibat dilaporkan dalam kebakaran itu. Pihak bomba masih menjalankan siasatan lanjut,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Sementara itu, Pengarah Pendidikan Sabah Datuk Raisin Saidin ketika dihubungi hari ini berkata, pihaknya akan meneliti dan membuat perancangan mengenai perkara itu.

“Kita akan teliti dan akan membuat perancangan supaya proses pengajaran pembelajaran dapat dilaksanakan.

“Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Tawau telah saya arahkan meneliti perkara tersebut.

“Kebakaran itu melibatkan kelas tahap 2 iaitu murid Tahun 4,5 dan 6,” katanya.

]]>
https://sabahmedia.com/2024/06/23/satu-blok-bangunan-sk-abaka-ladang-table-musnah-terbakar/feed/ 0 56412