sk darau peruntukan – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Thu, 18 Jan 2024 09:38:00 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.0.2 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png sk darau peruntukan – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 KPM akan lulus segera peruntukan tambah baik SK Darau https://sabahmedia.com/2024/01/18/kpm-akan-lulus-segera-peruntukan-tambah-baik-sk-darau/ https://sabahmedia.com/2024/01/18/kpm-akan-lulus-segera-peruntukan-tambah-baik-sk-darau/#respond Thu, 18 Jan 2024 09:37:59 +0000 https://sabahmedia.com/?p=48152
Read Time:1 Minute, 48 Second

BERNAMA

Ipoh : Kementerian Pendidikan (KPM) akan menyegerakan permohonan peruntukan memperbaiki kemudahan dan infrastruktur di Sekolah Kebangsaan Darau di Kota Kinabalu, Sabah yang berada dalam keadaan daif.

Timbalan Menteri Pendidikan Wong Kah Woh berkata sejumlah RM140,000 telah disalurkan tahun lepas kepada sekolah itu bagi tujuan penambahbaikan, dan bagi tahun ini Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) telah mengemukakan permohonan bagi tujuan sama.

“SK Darau ini dibina pada 1940an, berada dalam keadaan daif dan sememangnya KPM tahu bahawa ia perlu diberikan perhatian.

“Apabila KPM meluluskan peruntukan tersebut kita akan mengumumkannya dan kita akan cuba sedaya upaya menyegerakan permohonan dan menyalurkan dengan segera,“ katanya kepada pemberita selepas merasmikan pembukaan prasekolah harmoni Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Sam Chai di sini hari ini.

Wong mengulas laporan media mengenai keadaan siling di dalam sebuah bilik darjah di sekolah berkenaan kelihatan tidak diselenggara dengan baik sekali gus menimbulkan kebimbangan mengenai tahap keselamatan murid yang masih menggunakan kelas itu.

Menurut laporan itu, ibu bapa kepada murid telah mengumpul RM1 setiap seorang untuk membeli kipas siling baharu bagi memastikan keselesaan murid ketika sesi pembelajaran kerana kipas sedia ada telah rosak.

Mengulas lanjut, Ahli Parlimen Taiping itu berkata kesemua murid kelas berkenaan telah dipindahkan ke bilik lain bagi memastikan sesi pembelajaran dan pengajaran dalam keadaan selesa.

“Saya percaya bahawa JPN Sabah telah pun memberi bantuan dan juga panduan yang sewajarnya kepada sekolah berkenaan,“ katanya.

Sementara itu dalam perkembangan lain, Wong berharap Kementerian Pengangkutan serta pihak berkaitan dapat meneliti sebelum menaikkan tambang bas sekolah yang akan dilaksanakan pada sesi persekolahan penggal baharu Mac depan.

“Apa yang penting bagi KPM adalah kepentingan semua pihak harus dijaga termasuk dari pihak pengendalian bas dan juga pada masa sama bagi keluarga berpendapatan rendah yang akan terbeban sekiranya tambang bas sekolah meningkat,“ katanya.

Persekutuan Persatuan-Persatuan Bas Sekolah Malaysia mengesahkan tambang bas sekolah bagi sesi persekolahan penggal baharu pada Mac ini dijangka meningkat.

Presidennya, Amali Munif Rahmat berkata antara faktor tambang terpaksa dinaikkan adalah kerana alat ganti kenderaan mahal dan lebih 80 peratus alat ganti diimport dari luar.

Amali berkata kenaikan tambang itu berlaku berdasarkan kawasan dan kos operasi selepas kerajaan sudah tidak mengawal tambang bas sekolah dan ia mengikut kepada pasaran sejak Januari 2015.–BERNAMA

]]>
https://sabahmedia.com/2024/01/18/kpm-akan-lulus-segera-peruntukan-tambah-baik-sk-darau/feed/ 0 48152
JPNS mohon peruntukan laksana penyelenggaraan bangunan SK Darau https://sabahmedia.com/2024/01/11/jpns-mohon-peruntukan-laksana-penyelenggaraan-bangunan-sk-darau/ https://sabahmedia.com/2024/01/11/jpns-mohon-peruntukan-laksana-penyelenggaraan-bangunan-sk-darau/#respond Thu, 11 Jan 2024 12:48:58 +0000 https://sabahmedia.com/?p=47852
Read Time:1 Minute, 18 Second

Kota Kinabalu : Jabatan Pendidikan Negeri Sabah (JPNS) akan memohon peruntukan sebanyak RM500,000 dari Kerajaan Persekutuan bagi melaksanakan penyelenggaraan dan pendawaian bangunan Sekolah Kebangsaan (SK) Darau di sini.

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Sabah Datuk Dr Mohd Arifin Mohd Arif berkata, ini berikutan beberapa buah bangunan sekolah itu kini berada pada skala tujuh.

“Sekolah ini sentiasa mendapat perhatian daripada JPNS, setiap tahun ada pembaikan tetapi ada kelas yang sudah berskala tujuh.  Ini memerlukan bangunan dan sementara itu, JPNS akan membuat pembaikan sementara menunggu bangunan yang dicadangkan oleh JPNS pada Rancangan Malaysia ke-13 (RMKe13).

“Kita (JPNS) ada pembaikan dalam tahun ini, kita ada memohon sejumlah RM500,000 untuk membaiki beberapa keperluan di sekolah ini termasuk keperluan mendesak yang perlu kita utamakan.  Ia termasuklah pendawaian elektrik,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas mengadalan lawatan ke beberapa buah blok bangunan SK Darau yang dilaporkan daif dan tidak selamat untuk digunakan.

Sabah Media sebelum ini melaporkan beberapa struktur bangunan sekolah itu daif selain tidak selamat untuk digunakan.

Arifin yang juga Exco Pendidikan berkata, pada RMKe13, JPNS telah mencadangkan sebelum ini sebuah bangunana baharu tiga tingga dengan 36 buah bilih darjah.

“Mudah-mudahan ini juga akan dapat dilaksanakan oleh Kerajaan Persekutuan dan saya berharap ia akan menjadi keutamaan,” katanya.

Sekolah berkenaan mempunyai loma buah blok bangunan terdiri daripada 15 bilik darjah yang menempatkan seramai 1,277 murid dan 100 murid pra-sekolah.

Selain itu, sekolah berkenaan turut mempunyai 72 orang guru dan 12 orang Anggota Kumpulan Pelaksana (AKP) dan beroperasi pada dua sesi persekolahan iaitu sesi pagi dan petang. – SABAH MEDIA.

]]>
https://sabahmedia.com/2024/01/11/jpns-mohon-peruntukan-laksana-penyelenggaraan-bangunan-sk-darau/feed/ 0 47852