skm – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Sun, 14 Nov 2021 03:41:29 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.0.2 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png skm – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Kerajaan Negeri Terus Laksana Pelbagai Agenda Sosio-Ekonomi https://sabahmedia.com/2021/11/14/kerajaan-negeri-terus-laksana-pelbagai-agenda-sosio-ekonomi/ https://sabahmedia.com/2021/11/14/kerajaan-negeri-terus-laksana-pelbagai-agenda-sosio-ekonomi/#respond Sun, 14 Nov 2021 03:41:24 +0000 https://sabahmedia.com/?p=8447
Read Time:2 Minute, 3 Second

KOTA BELUD : Kerajaan Sabah sentiasa prihatin dalam aspek pembangunan selain telah menyusun dan melaksanakan pelbagai agenda sosio-ekonomi untuk memastikan kejayaan jangka masa panjang.

Timbalan Ketua Menteri Datuk Dr Joachim Gunsalam berkata, dasar Kerajaan yang proaktif dan mesra rakyat juga merupakan prinsip utama yang menyumbang kepada inisiatif-inisiatif yang memberi manfaat besar dan kelebihan kepada masyarakat di negeri ini.

Katanya, melalui dasar ini, Kerajaan dapat mengenalpasti signifikan konsep dan peranan koperasi yang bermula di negara maju namun telah dapat digarap dan dimajukan mengikut kesesuaian di dalam sistem pembangunan sosio-ekonomi negara secara amnya.

“Ia juga dapat terus membantu memartabatkan agenda kesejahteraan rakyat khususnya pembasmian kemiskinan dan meningkatkan taraf hidup.

“Kerajaan amat bangga dan mengucapkan syabas kepada kepimpinan pengurusan tertinggi Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) hari ini di atas komitmen yang begitu tinggi dan usaha keras membangunkan sektor koperasi.

“Saya yakin sektor koperasi akan terus berjaya memainkan peranan sebagai salah satu peneraju utama kemakmuran ekonomi negeri Sabah,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap melancarkan Hab E-Transformasi Kaki Kaki Kampung di Kampung Taginambor disini semalam.

Dr Joachim berkata, ia selaras dengan Pelan Transformasi Koperasi Malaysia (TransKoM) 2021-2025 yang menggariskan matlamat dan langkah-langkah strategik komprehensif bagi memastikan Gerakan Koperasi dapat memberi manfaat lebih besar dan menyeluruh kepada kesejahteraan anggota dan masyarakat serta memastikan koperasi lebih berdaya saing, lestari serta mampan.

Katanya, ini dapat dibuktikan menerusi Program Kaki Kaki Kampong anjuran Koperasi Wawasan Rakyat Sabah yang memperlihatkan komitmen SKM untuk mempertingkatkan tahap sosioekonomi anggotanya serta komuniti yang menjadi pelanggannya.

“Melalui Hab E-Transformasi Kaki Kaki Kampong, pelbagai kemudahan yang menumpu kepada keselamatan pembekalan makanan luar bandar disediakan untuk memudahkan urusan penjualan hasil-tani atau ternakan, produk kraftangan usahawan luar bandar atau Perusahaan Kecilan dan Sederhana (PKS).

“Melalui inisiatif program Kaki Kaki Kampong, Koperasi Wawasan Rakyat Sabah turut mampu menyediakan pasaran terjamin serta mengurangkan kos transaksi melalui model perniagaan yang mempunyai matlamat peningkatan pendapatan yang mampan disamping mengekalkan keuntungan yang berpatutan bagi tujuan pengembangan dan kelestarian koperasi,” katanya.

Dalam pada itu, Dr Joachim berkata, matlamat yang tersebut dapat dicapai menerusi pendekatan model perniagaan persepaduan menegak industri rantaian pembekalan yang strategik & pintar yang berpandukan Supply Chain Shared Services & Outsourcing (SSO).

Katanya, pengurangan kos transaksi memberi impak yang nyata terhadap pengurangan kos sara hidup komuniti luar bandar yang merupakan pelanggan utamanya.

“Tambahan dari itu model perniagaan mampan menerusi kaedah persepaduan strategik dengan perusahaan pembekalan huluan dan hiliran sebegini mampu mewujudkan atau menambahkan peluang penglibatan semua lapisan masyarakat dalam pasaran disamping merangsang peluang pekerjaan,” katanya.

]]>
https://sabahmedia.com/2021/11/14/kerajaan-negeri-terus-laksana-pelbagai-agenda-sosio-ekonomi/feed/ 0 8447
Menteri Ingatkan Syarikat Telco Untuk Tidak Kaut Untungan Semata-mata https://sabahmedia.com/2021/10/11/menteri-ingatkan-syarikat-telco-untuk-tidak-kaut-untungan-semata-mata/ https://sabahmedia.com/2021/10/11/menteri-ingatkan-syarikat-telco-untuk-tidak-kaut-untungan-semata-mata/#respond Mon, 11 Oct 2021 04:28:06 +0000 https://sabahmedia.com/?p=7392
Read Time:1 Minute, 15 Second

Kuala Lumpur : Syarikat telco diingatkan supaya tidak hanya mengejar keuntungan semata-mata, dan meminggirkan perkhidmatan jalur lebar di luar bandar, kata Menteri Komunikasi dan Multimedia, Tan Sri Annuar Musa.

Beliau berkata, pihaknya mendapati di sesetengah tempat, talian telekomunikasi yang ditawarkan tidak setanding dengan perkhidmatan yang diuar-uarkan kepada pengguna, dan ia jelas menunjukkan keadaan yang tidak adil.

Katanya, kementerian akan memantau prestasi kewangan syarikat telco di negara ini supaya tahap keuntungannya yang diperoleh dikembalikan semula kepada perkhidmatan di luar bandar.

“Saya bagi peringatan mesra, bukan saja mereka perlu cari keuntungan tetapi kita akan pantau tahap keuntungan itu mesti dipulangkan kembali kepada perkhidmatan luar bandar.

“Kita akan buat semakan secara ‘random’, dan ada sesetengah tempat yang kita buat ujian, kelajuan internet bukan saja bawah 25Mbps malah ada yang bawah 10Mpbs dan 5Mbps,” katanya di Dewan Rakyat.

“Ini satu keadaan tidak adil kepada pengguna dan kita ingin beri peringatan supaya syarikat ini untuk terus bekerjasama dengan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) untuk beri perkhidmatan terbaik.”

Beliau menjawab soalan Ahmad Johnie Zawawi (GPS-Igan) yang mahu tahu sama ada kerajaan bercadang untuk menaik taraf menara komunikasi yang ada ketika ini kerana kebanyakan kawasan masih tidak mempunyai liputan atau capaian internet yang rendah.

Mengenai pembinaan menara telekomunikasi di program Jalinan Digital Negara (JENDELA), Annuar berkata, arahan kerja akan dikeluarkan bulan ini termasuk kerja-kerja pembinaan menara di Sabah dan Sarawak.

“Matlamat kita, menjelang akhir tahun ini perkhidmatan berasaskan spektrum 3G akan ditamatkan dan negara akan beralih sepenuhnya kepada perkhidmatan berasaskan spektrum 4G,” katanya.

]]>
https://sabahmedia.com/2021/10/11/menteri-ingatkan-syarikat-telco-untuk-tidak-kaut-untungan-semata-mata/feed/ 0 7392