skmm – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Mon, 07 Jul 2025 06:29:17 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.0.2 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png skmm – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Kejelasan dan Kestabilan Dasar Tarik Minat Pelabur ke Malaysia – Fahmi https://sabahmedia.com/2025/07/07/kejelasan-dan-kestabilan-dasar-tarik-minat-pelabur-ke-malaysia-fahmi/ https://sabahmedia.com/2025/07/07/kejelasan-dan-kestabilan-dasar-tarik-minat-pelabur-ke-malaysia-fahmi/#respond Mon, 07 Jul 2025 06:29:15 +0000 https://sabahmedia.com/?p=76857
Read Time:1 Minute, 50 Second

GENEVA – Kejelasan dan kestabilan dasar, disokong oleh kestabilan politik menjadi faktor utama yang menarik minat pelabur asing ke Malaysia, kata Menteri Komunikasi Datuk Fahmi Fadzil.

Beliau berkata Rancangan Malaysia, Kerangka Ekonomi MADANI, Pelan Induk Perindustrian Baharu 2030 (NIMP 2030) dan Pelan Hala Tuju Peralihan Tenaga Negara (NETR) merupakan antara contoh dasar kerajaan yang jelas dan konsisten.

“Kejelasan dan kestabilan dasar ini menjadi daya tarikan utama kepada pelabur. Mereka yakin bahawa dasar-dasar ini tidak akan diubah secara sewenang-wenangnya.

“Buktinya kita lihat angka-angka yang diumumkan sama ada Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) mahupun Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) membuktikan Malaysia terus menjadi negara yang sangat diminati oleh pelabur asing,” katanya.

Fahmi berkata demikian semasa sesi pertemuan dengan diaspora Malaysia di Rumah Malaysia di sini pada Ahad yang turut dihadiri Wakil Tetap Malaysia ke Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) Geneva, Datuk Nadzirah Osman.

Sementara itu Menteri Komunikasi, YB Datuk Fahmi Fadzil mengetuai delegasi Malaysia ke World Summit on the Information Society+20 High-Level Event (WSIS+20) yang berlangsung di Geneva, Switzerland dari 7 hingga 11 Julai 2025.

Penyertaan Malaysia di WSIS+20 merupakan sebahagian daripada usaha berterusan Kerajaan MADANI untuk memperkukuh ekosistem teknologi komunikasi negara yang inklusif dan selari dengan Matlamat Pembangunan Mampan (SDG).

Penyertaan ini turut membawa pelbagai manfaat strategik kepada negara, termasuk pengiktirafan global terhadap kepimpinan Malaysia dalam perluasan capaian internet luar bandar, keterangkuman teknologi komunikasi, serta inisiatif memperkasakan celik teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) rakyat selaras dengan nilai kesejahteraan Malaysia MADANI.

Di dalam Penyertaan Malaysia kali ini, Kementerian turut memperkenalkan inisiatif strategik seperti Pelan Jalinan Digital Negara (JENDELA) dan Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI), yang mencerminkan kepimpinan negara dalam perluasan akses internet luar bandar serta pemerkasaan literasi ICT rakyat.

Sepanjang persidangan, beliau dijadual mengadakan lebih 10 pertemuan dua hala dengan rakan sejawat dari pelbagai negara termasuk United Kingdom, Arab Saudi, Poland, Somalia, Greece, Rusia dan Algeria. Beliau turut bertemu Setiausaha Agung Kesatuan Telekomunikasi Antarabangsa (ITU), Doreen Bogdan-Martin.

WSIS+20 yang dianjurkan oleh PBB berfungsi sebagai platform global bagi memajukan penggunaan ICT dalam pembangunan mampan, dengan fokus kepada 11 bidang termasuk infrastruktur, keselamatan siber dan pembangunan kapasiti. Sejak 2012, lebih 234 pemenang dan 648 projek telah menerima pengiktirafan melalui Anugerah WSIS.

]]>
https://sabahmedia.com/2025/07/07/kejelasan-dan-kestabilan-dasar-tarik-minat-pelabur-ke-malaysia-fahmi/feed/ 0 76857
SKMM perkenal projek perintis penghantaran ubat-ubatan guna dron di Tawau https://sabahmedia.com/2025/05/12/skmm-perkenal-projek-perintis-penghantaran-ubat-ubatan-guna-dron-di-tawau/ https://sabahmedia.com/2025/05/12/skmm-perkenal-projek-perintis-penghantaran-ubat-ubatan-guna-dron-di-tawau/#respond Mon, 12 May 2025 01:51:45 +0000 https://sabahmedia.com/?p=73676
Read Time:1 Minute, 27 Second

TAWAU : Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) akan memperkenalkan penghantaran ubat-ubatan menggunakan dron di Tawau pada tahun ini.

Pelaksanaan fasa pertama program tersebut dijangka akan dilaksanakan pada suku keempat 2025 di dua buah Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) di daerah itu.

SKMM dalam kenyataannya, memberitahu bahawa projek perintis itu akan diperluas ke sebanyak 150 buah NADI pada 2026 dan keseluruhan ke 392 buah NADI menjelang 2027.

“Secara keseluruhannya, terdapat sebanyak 1,099 buah NADI di seluruh negara.

“Melalui kerjasama antara pelbagai agensi, projek ini turut menyokong agenda pengembangan inisiatif kerajaan sedia ada dengan tumpuan kepada akses perkhidmatan kesihatan masa hadapan yang lebih berkualiti dan saksama kepada komuniti luar bandar melalui teknologi, seiring dengan perkembangan dan ketersediaan teknologi 5G dan kecerdasan buatan (AI),” ujar SKMM.

Program penghantaran ubat-ubatan menggunakan dron itu diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim semasa kunjungan beliau ke reruai NADI sempena perasmian penutupan Program Madani Rakyat (PMR) di Tawau, semalam.

SKMM melalui NADI menyertai acara PMR di Tawau selama tiga hari, dengan mempromosikan Perkhidmatan Pintar NADI dan projek strategik berimpak tinggi kepada komuniti, khususnya di kawasan pedalaman.

Antara tarikan utama di reruai NADI adalah pameran berkaitan inisiatif penghantaran ubat menggunakan dron yang bakal dilaksanakan oleh SKMM
bersama Kementerian Kesihatan selaku rakan utama dan rakan-rakan strategik seperti MRANTI serta penyedia teknologi dron tempatan.

Inisiatif ini merupakan projek perintis bagi membuktikan keberkesanan kaedah penghantaran ubat di kawasan luar bandar dan pedalaman dari Klinik Kesihatan ke NADI terpilih, bagi mempercepatkan akses ubat kepada komuniti di kawasan sukar dihubungi termasuk pulau, pedalaman dan lokasi yang tidak mempunyai keadaan jalan yang baik.

Reruai NADI di PMR Tawau turut menampilkan pelbagai aktiviti Perkhidmatan Pintar NADI melalui lima teras utama iaitu Keusahawanan, Kesihatan, Pembelajaran sepanjang hayat, Kesedaran IT dan Perkhidmatan Kerajaan.

]]>
https://sabahmedia.com/2025/05/12/skmm-perkenal-projek-perintis-penghantaran-ubat-ubatan-guna-dron-di-tawau/feed/ 0 73676
SKMM dicadang perkenal seksyen Akta Komunikasi & Multimedia, hukuman kesalahan pembuli siber – Nizam https://sabahmedia.com/2024/07/30/skmm-digesa-perkenal-seksyen-akta-komunikasi-multimedia-hukuman-kesalahan-pembuli-siber-nizam/ https://sabahmedia.com/2024/07/30/skmm-digesa-perkenal-seksyen-akta-komunikasi-multimedia-hukuman-kesalahan-pembuli-siber-nizam/#respond Tue, 30 Jul 2024 05:49:27 +0000 https://sabahmedia.com/?p=58300
Read Time:1 Minute, 46 Second

KOTA KINABALU: Ketua Penerangan Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat), Datuk Nizam Abu Bakar Titingan mencadangkan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) Sabah untuk memperkenalkan satu seksyen yang di bawah Akta Komunikasi dan Multimedia untuk menghukum kesalahan yang berkaitan dengan buli siber ‘cyberbullying’.

Nizam yang juga Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri Sabah berkata, dalam era digital hari ini, platform media sosial telah menjadi sebahagian kehidupan masyarakat, menawarkan peluang yang tiada tandingan untuk perhubungan, komunikasi dan pembinaan komuniti.

“Kita semua perlu bangkit menentang segala bentuk buli dan singkirkan orang toksik daripada merosakkan komuniti alam maya,” katanya ketika bersama Biro Penerangan Gagasan Rakyat Sabah mengadakan kunjungan hormat kepada Pengarah SKMM Wilayah Sabah, Ratnawaty Talib di Pejabat SKMM Sabah hari ini.

Nizam yang mengetuai rombongan itu berkata, kunjungan hormat ini bertujuan bagi memperkukuh hubungan di antara SKMM dan Biro Penerangan Gagasan Rakyat Sabah selain membincangkan isu-isu semasa.

Beliau turut menekankan akta menghukum kesalahan yang berkaitan dengan buli siber ‘cyberbullying’ supaya pembuli siber tidak terus bertindak berleluasa di negara ini.

“Jangan biarkan pembuli siber berleluasa, menjejaskan individu dari semua peringkat umur dan latar belakang termasuk menfitnah pemimpin, bersikap mengganggu, mengancam, menghina dan merendahkan seseorang.

“Tidak seperti buli tradisional, buli siber berbahaya kerana boleh berlaku 24 jam sehari, tujuh hari seminggu selain tiada sempadan masa dan tempat,” tegas Nizam.

Beliau berkata, pembuli siber berani bertindak demikian kerana berselindung di sebalik nama samaran dan  akaun palsu dengan sewenang-wenangnya membuat komen jelik, ugutan dan hinaan.

“Tindakan tersebut kemudian memberi kesan emosi dan psikologi ke atas mangsa sehingga boleh menyebabkan tekanan dan  kemurungan serta dalam kes yang teruk mencederakan dan membunuh diri,” jelasnya.

Oleh itu, katanya, semua orang harus tahu sempadan serta had dalam membenarkan diri mereka di buli di alam siber selain bijak menjauhi atau menyekat golongan pembuli berkenaan.

“Kebanyakan platform media sosial menawarkan alat untuk menyekat pembuli siber selain boleh membuat laporan kepada pihak berkuasa seperti Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia,” ujarnya.

Turut hadir Pegawai Kerja Biro Gagasan Rakyat, Halil Rufili, Ketua Wanita Gagasan Rakyat Likas, Halizah Din, Ketua Penerangan Pemuda Gagasan Rakyat Sabah, Barhul Sahibu dan ahli jawatankuasa Biro Penerangan Julia Abt.

]]>
https://sabahmedia.com/2024/07/30/skmm-digesa-perkenal-seksyen-akta-komunikasi-multimedia-hukuman-kesalahan-pembuli-siber-nizam/feed/ 0 58300
Ebit Lew akan didakwa di Mahkamah Tenom pagi ini https://sabahmedia.com/2022/02/18/ebit-lew-akan-didakwa-di-mahkamah-tenom-pagi-ini/ https://sabahmedia.com/2022/02/18/ebit-lew-akan-didakwa-di-mahkamah-tenom-pagi-ini/#respond Fri, 18 Feb 2022 02:53:32 +0000 https://sabahmedia.com/?p=12326
Read Time:51 Second

TENOM — Ebit Irawan Ibrahim Lew, 37 atau lebih dikenali Ebit Lew akan didakwa di Mahkamah Tenom pagi ini atas pertuduhan yang disyaki berkaitan kes gangguan seksual.

Memetik laporan RTM, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah, Datuk Seri Abd Jalil Hassan mengesahkan perkara itu kepada mereka hari ini.

“Ya, dia (Ebit) akan dituduh pagi ini di Mahkamah Tenom,” katanya.

Menurutnya, sidang media akan dilakukan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tenom selepas sahaja pertuduhan dilakukan.

Sebelum ini media melaporkan Ebit Lew disiasat pihak polis berkaitan kes gangguan seksual.

Polis membuka kertas siasatan terhadap Ebit Lew susulan menerima laporan daripada beberapa individu mendakwa dia melakukan gangguan seksual.

Susulan itu, polis bertindak membuka kertas siasatan di bawah Seksyen 509 Kanun Keseksaan, Seksyen 14 Akta Kesalahan-Kesalahan Kecil 1955 serta Seksyen 23 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Pada 19 Ogos lalu, Ebit Lew dipanggil polis untuk dirakam keterangan berhubung penyebaran video gangguan seksual dikaitkan dengan pendakwah berkenaan.

Bagaimanapun, Ebit Lew ketika ditemui media sebaik selesai memberi keterangan mendakwa dakwaan itu berunsur fitnah kejam ke atas dirinya.

]]>
https://sabahmedia.com/2022/02/18/ebit-lew-akan-didakwa-di-mahkamah-tenom-pagi-ini/feed/ 0 12326