SKN – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Tue, 14 Jul 2026 05:59:33 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.0.2 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png SKN – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 SKN terima kunjungan hormat Penasihat Teknikal Tenaga Ketua Menteri Sabah https://sabahmedia.com/2026/07/14/skn-terima-kunjungan-hormat-penasihat-teknikal-tenaga-ketua-menteri-sabah/ https://sabahmedia.com/2026/07/14/skn-terima-kunjungan-hormat-penasihat-teknikal-tenaga-ketua-menteri-sabah/#respond Tue, 14 Jul 2026 05:53:14 +0000 https://sabahmedia.com/?p=99843
Read Time:31 Second

KOTA KINABALU: Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Zainudin Aman, hari ini menerima kunjungan hormat daripada Penasihat Teknikal (Tenaga) kepada Ketua Menteri Sabah, Datuk Dr. James Lim, di pejabat rasminya di sini, hari ini.

Kunjungan pada Selasa itu menjadi platform kepada kedua-dua pihak untuk mengadakan perbincangan serta bertukar pandangan mengenai pelbagai perkara berkaitan pembangunan sektor tenaga di Sabah.

Turut hadir Ketua Pegawai Operasi Energy Commission of Sabah (ECoS), Ir. Ts. Ridwan Saham.

Pertemuan tersebut berlangsung dalam suasana positif dan mencerminkan komitmen berterusan semua pihak dalam memperkukuh kerjasama strategik bagi menyokong pembangunan sektor tenaga, sekali gus memperkasa pelaksanaan agenda pembangunan negeri sejajar aspirasi Sabah Maju Jaya.

]]>
https://sabahmedia.com/2026/07/14/skn-terima-kunjungan-hormat-penasihat-teknikal-tenaga-ketua-menteri-sabah/feed/ 0 99843