skuba – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Wed, 14 Jan 2026 07:27:13 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.0.2 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png skuba – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Penyelam skuba digesa kekal waspada terhadap keadaan mental semasa selaman dalam https://sabahmedia.com/2026/01/14/penyelam-skuba-digesa-kekal-waspada-terhadap-keadaan-mental-semasa-selaman-dalam/ https://sabahmedia.com/2026/01/14/penyelam-skuba-digesa-kekal-waspada-terhadap-keadaan-mental-semasa-selaman-dalam/#respond Wed, 14 Jan 2026 01:42:51 +0000 https://sabahmedia.com/?p=89681
Read Time:1 Minute, 19 Second


SEPANGGAR : Penyelam skuba digesa untuk sentiasa memantau keadaan mental mereka ketika melakukan selaman dalam bagi mengelak risiko yang boleh menjejaskan keselamatan.

Penasihat Perubatan Selam Skuba, Kol (Dr) Eugene Tan Choon Li berkata, penyelam perlu memahami bagaimana kedalaman selaman boleh memberi kesan kepada mental dan emosi mereka.

Beliau berkata, ini terutama bagi mereka yang terlibat secara aktif dalam mendidik orang lain tentang bahaya selaman dalam.

“Bagi penyelam berpengalaman, kita mempunyai tanggungjawab untuk memberi kesedaran kepada orang lain mengenai risiko selaman dalam,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada 14 ahli Sabah Dive Squad Club selepas mereka berpeluang menggunakan kebuk hiperbarik berteknologi tinggi di Hospital Angkatan Tentera Wilayah Kota Kinabalu, semalam.

Kelab itu, yang diketuai presidennya, Sim Fui, berada dalam kebuk tersebut selama kira-kira 40 minit termasuk tempoh singkat pada kedalaman simulasi maksimum 40 meter.

Pada kedalaman 30 dan 40 meter, peserta diuji melalui soalan oleh Pegawai Waran Pertama, Almudi Eskal, untuk menunjukkan bagaimana keadaan mental boleh terjejas semasa selaman dalam.

Selain itu, Dr Eugene Tan turut memberi taklimat mengenai komplikasi lain berkaitan selam skuba seperti penyakit penyahmampatan (decompression sickness) dan barotrauma. 

Beliau berkata, kebuk hiperbarik bernilai jutaan ringgit itu juga mampu merawat kecemasan perubatan lain termasuk kecederaan kulit, keracunan karbon monoksida, anemia teruk dan kehilangan pendengaran secara tiba-tiba.

Sementara itu, Sim berkata pengalaman itu meningkatkan kesedaran ahli terhadap kepentingan keselamatan dan disiplin dalam sukan selam skuba.

“Pendedahan praktikal ini memberikan pengetahuan bernilai yang tidak diperoleh melalui teori semata-mata. Lawatan ini mengingatkan kami bahawa walaupun menyelam dengan minat dan emosi, kita mesti sentiasa berfikir rasional serta menghormati had kemampuan diri,” katanya. – SABAH MEDIA

]]>
https://sabahmedia.com/2026/01/14/penyelam-skuba-digesa-kekal-waspada-terhadap-keadaan-mental-semasa-selaman-dalam/feed/ 0 89681
Kelab Skuba Sabah sambut baik SOP keselamatan aktiviti selam skuba https://sabahmedia.com/2025/06/12/kelab-skuba-sabah-sambut-baik-sop-keselamatan-aktiviti-selam-skuba/ https://sabahmedia.com/2025/06/12/kelab-skuba-sabah-sambut-baik-sop-keselamatan-aktiviti-selam-skuba/#respond Thu, 12 Jun 2025 00:50:13 +0000 https://sabahmedia.com/?p=75413
Read Time:1 Minute, 39 Second

Kota Kinabalu : Kementerian Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah (KePKAS) telah menetapkan Prosedur Operasi Standard (SOP) keselamatan bagi aktiviti selam skuba di seluruh negeri.

Ia adalah sebagai langkah penting bagi memperkukuh keselamatan pelancong serta menyokong pelan Tahun Melawat Malaysia 2026 yang bakal tiba.

Presiden Kelab Skuba Sabah, Sim Fui berkata, pihaknya menyambut baik inisiatif itu dan menyifatkannya sebagai langkah yang sangat tepat pada masanya, khususnya bagi memastikan imej Sabah sebagai destinasi selaman bertaraf dunia terus terpelihara.

“Sabah sememangnya terkenal dengan lokasi selaman yang indah antaranya di Sepanggar, Kota Belud, Kudat, Lahad Datu hinggalah ke Semporna. Menurut Jabatan Perikanan Sabah, industri selam skuba telah menyumbang lebih RM500 juta kepada hasil negeri.

“Jumlah ini merupakan suntikan penting kepada ekonomi Sabah. Namun begitu, adalah membimbangkan sekiranya berlaku kemalangan membabitkan penyelam, lebih-lebih lagi pelancong asing. Oleh itu, pematuhan SOP ini amat penting bagi menjamin keselamatan dan reputasi negeri.”katanya.

Beliau berkata demikian dalam satu kenyataan selepas mengadakan kunjungan hormat ke atas Setiausaha Tetap KePKAS Datuk Josie Lai.

Dalam pertemuan itu, Sim berkata, pihak KePKAS telah menekankan bahawa pematuhan terhadap SOP baharu ini perlu diberikan perhatian serius oleh semua pengendali aktiviti selaman dan pemain industri.

Katanya, pihak KePKAS turut mengalu-alukan kerjasama Kelab Skuba Sabah dalam membantu mendidik pihak berkepentingan berhubung SOP tersebut yang dijangka akan diumumkan kepada umum dalam masa terdekat.

“Sebagai sebahagian daripada komitmen tersebut, kelab akan menganjurkan satu Taklimat Keselamatan dan Perubatan kepada semua ahli pada 20 Julai 2025, yang turut akan melibatkan pengenalan kepada SOP baharu tersebut.

“Program ini diadakan susulan beberapa insiden kemalangan maut melibatkan penyelam, yang dikaitkan dengan kecuaian.

“Kami amat mengalu-alukan kerjasama ini dengan KePKAS dan akan memasukkan SOP terkini dalam sesi taklimat keselamatan kami. Dengan penglibatan lebih ramai pemegang taruh, khususnya pengendali yang berurusan terus dengan pelanggan, kami berharap dapat mengurangkan kadar kemalangan selaman sebaik mungkin,” katanya.

Justeru katanya, semua pengendali selam skuba, pengusaha pelancongan dan penyelam rekreasi dijemput hadir bagi mengikuti taklimat dan mendapatkan maklumat terkini berkaitan garis panduan keselamatan. – SABAH MEDIA

]]>
https://sabahmedia.com/2025/06/12/kelab-skuba-sabah-sambut-baik-sop-keselamatan-aktiviti-selam-skuba/feed/ 0 75413