SLDB – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Thu, 06 Aug 2026 06:50:55 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.1 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png SLDB – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Isu komuniti luar bandar perlu diselesaikan secara bersama https://sabahmedia.com/2026/08/06/isu-komuniti-luar-bandar-perlu-diselesaikan-secara-bersama/ https://sabahmedia.com/2026/08/06/isu-komuniti-luar-bandar-perlu-diselesaikan-secara-bersama/#respond Thu, 06 Aug 2026 06:48:55 +0000 https://sabahmedia.com/?p=101065
Read Time:1 Minute, 56 Second

KINABATANGAN : Kerjasama erat antara pelbagai pihak termasuk Lembaga Kemajuan Tanah Negeri Sabah (SLDB), wakil rakyat, kementerian, agensi berkaitan serta masyarakat setempat amat penting bagi memastikan isu dan cabaran komuniti luar bandar dapat ditangani secara menyeluruh.

Pengerusi SLDB, Datuk Abd Ghani Mohamed Yassin, berkata penyelesaian terhadap cabaran yang dihadapi peserta Program Mini Estate Sejahtera (MESEJ) Kampung Abai dan peneroka Rancangan Suan Lamba, Kinabatangan, memerlukan pendekatan bersama serta penyelarasan berterusan antara semua pihak berkepentingan.

Beliau berkata demikian selepas Sesi Dialog Bersama Mini Estate Sejahtera Abai dan Peneroka Rancangan Suan Lamba yang memberi ruang kepada peserta menyuarakan isu berkaitan kehidupan dan pembangunan komuniti setempat.

Menurut beliau, tidak semua perkara yang dibangkitkan berada di bawah bidang kuasa SLDB, justeru kerjasama dengan kementerian dan agensi berkaitan amat diperlukan bagi memastikan setiap isu mendapat perhatian serta tindakan susulan yang sewajarnya.

“Kerjasama erat antara SLDB, wakil rakyat, kementerian dan agensi berkaitan serta masyarakat setempat amat penting kerana sebahagian cabaran yang dihadapi memerlukan penyelesaian secara bersama dan menyeluruh,” katanya.

Beliau berkata, pendekatan turun padang yang dilaksanakan SLDB bukan sekadar bertujuan mendengar permasalahan peserta, tetapi memastikan setiap isu dikenal pasti, diteliti dan mempunyai hala tuju penyelesaian yang jelas.

“Kita tidak mahu sesi dialog berakhir dengan sekadar catatan dan perbincangan. Setiap isu perlu mempunyai tindakan susulan, pihak yang bertanggungjawab dan hala tuju penyelesaian yang jelas. 

“Apa yang berada dalam bidang kuasa SLDB, kita akan usahakan. Apa yang memerlukan kerjasama pihak lain, kita akan bawa dan selaraskan bersama,” katanya.

Sementara itu, Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Mohd Kurniawan Naim Mokhtar, menyambut baik komitmen SLDB dalam menangani perkara yang dibangkitkan oleh peserta.

Beliau turut menyatakan kesediaan untuk terus bekerjasama dalam memantau perkembangan tindakan susulan demi kepentingan masyarakat setempat.

Dalam sesi dialog tersebut, peserta berpeluang menyuarakan pelbagai perkara berkaitan keperluan komuniti termasuk perumahan, peluang pekerjaan, peningkatan pendapatan, pengurusan tanah serta usaha memperkukuh kesejahteraan keluarga.

Dalam pada itu, SLDB dalan kenyataan memaklumkan, pembangunan luar bandar tidak boleh hanya dilihat daripada aspek pembangunan fizikal atau prestasi ladang semata-mata, sebaliknya perlu diterjemahkan melalui peningkatan taraf hidup, peluang ekonomi serta kesejahteraan peserta dan keluarga mereka.

Pendekatan berkenaan mencerminkan komitmen SLDB untuk memastikan agenda pembangunan luar bandar Sabah terus berpaksikan rakyat, berorientasikan hasil serta memberi manfaat sebenar kepada komuniti.

SLDB menegaskan bahawa peranannya bukan sekadar membangunkan tanah, tetapi turut membangunkan kehidupan masyarakat luar bandar melalui peluang, kemajuan ekonomi dan kesejahteraan yang berterusan.

]]>
https://sabahmedia.com/2026/08/06/isu-komuniti-luar-bandar-perlu-diselesaikan-secara-bersama/feed/ 0 101065
Street Sungkai dan Sahur SLDB eratkan hubungan komuniti setempat https://sabahmedia.com/2026/03/08/street-sungkai-dan-sahur-sldb-eratkan-hubungan-komuniti-setempat/ https://sabahmedia.com/2026/03/08/street-sungkai-dan-sahur-sldb-eratkan-hubungan-komuniti-setempat/#respond Sat, 07 Mar 2026 23:13:32 +0000 https://sabahmedia.com/?p=92821
Read Time:1 Minute, 30 Second

Oleh Erdie Ab Wahid

KOTA KINABALU: Lembaga Kemajuan Tanah Negeri Sabah (SLDB) meneruskan tradisi kebajikan Ramadan menerusi penganjuran Program Street Sungai dan Sahur 2026 bagi membantu masyarakat setempat serta golongan memerlukan.

Program yang diadakan di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Perempuan Likas itu menyaksikan penyediaan sebanyak 1,500 pek bubur lambuk untuk diagihkan kepada orang ramai sebagai juadah berbuka puasa.

Pengurus Besar SLDB, Datuk Syaheddrrul R. Joddari, berkata program tersebut merupakan inisiatif tahunan yang telah dilaksanakan sejak lebih sedekad lalu dan semakin berkembang dengan penglibatan pelbagai pihak.

Syaheddrrul ketika menyerahkan bubur lambuk kepada pemandu kenderaan di Jalan Tuaran Bypass

Katanya, usaha itu bermula secara kecil-kecilan dalam kalangan warga kerja SLDB dan kini menjadi program kemasyarakatan yang melibatkan sekolah, agensi dakwah, rakan strategik serta komuniti setempat.

“Program ini mungkin kelihatan sederhana seperti memasak bubur lambuk dan berkongsi makanan berbuka, namun di sebaliknya membawa mesej kebersamaan, keprihatinan dan kasih sayang dalam masyarakat,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Perasmian Program Street Sungai dan Street Sahur 2026 SLDB di sini pada Sabtu.

Hadir sama Pengetua SMK Perempuan Likas Datin Samsiah Almalek.

Syaheddrrul menyerahkan bakul ramadan kepada salah seorang penerima pada majlis itu

Pada majlis itu, seramai 50 pelajar asnaf dari sekolah berkenaan turut menerima Bakul Ramadan sebagai tanda keprihatinan terhadap kebajikan pelajar daripada keluarga kurang berkemampuan.

Syaheddrrul berkata, selain mengagihkan bubur lambuk, pihaknya turut mengagihkan makanan sahur kepada masyarakat sekitar Kota Kinabalu menerusi program Street Sahur.

Katanya, program Street Sahur menyasarkan kakitangan hospital, balai bomba dan balai polis termasuk orang awam.

Beliau turut berharap program itu akan dapat mengeratkan hubungan antara agensi dan masyarakat selain menyemai nilai keprihatinan serta semangat berkongsi rezeki sepanjang bulan Ramadan.

Program berkenaan dijayakan dengan kerjasama beberapa rakan strategik termasuk SMK Perempuan Likas, Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM), Madrasah Tarbiyatun Nisa’ serta Agro Prestasi Sdn. Bhd. – SABAH MEDIA

]]>
https://sabahmedia.com/2026/03/08/street-sungkai-dan-sahur-sldb-eratkan-hubungan-komuniti-setempat/feed/ 0 92821
Ladang Nabawan catat rekod, agih hampir RM1 juta dividen kepada peneroka https://sabahmedia.com/2026/02/12/ladang-nabawan-catat-rekod-agih-hampir-rm1-juta-dividen-kepada-peneroka/ https://sabahmedia.com/2026/02/12/ladang-nabawan-catat-rekod-agih-hampir-rm1-juta-dividen-kepada-peneroka/#respond Thu, 12 Feb 2026 09:52:40 +0000 https://sabahmedia.com/?p=91515
Read Time:1 Minute, 20 Second

NABAWAN: Ladang Nabawan Wilayah Barat mencipta sejarah tersendiri apabila mencatat agihan dividen tertinggi sejak mula beroperasi, dengan hampir RM965,342 diagihkan kepada 175 peneroka bagi tahun kewangan 2025.

Setiap peneroka menerima kira-kira RM5,516 hasil prestasi pengeluaran yang memberangsangkan sepanjang tahun lalu.

Agihan itu sekali gus menjadi rekod tertinggi sejak ladang berkenaan diusahakan antara 2013 hingga 2015 melibatkan keluasan keseluruhan 441 hektar.

Pada 2025, ladang tersebut berjaya menghasilkan 5,599 tan buah, mencerminkan keberkesanan pengurusan serta komitmen berterusan semua pihak termasuk peneroka, pekerja dan penyelaras ladang.

Pengerusi Lembaga Kemajuan Tanah Negeri Sabah (LKTNS) merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Nabawan, Datuk Abdul Ghani Mohamed Yassin, berkata dividen yang diterima bukan sekadar pulangan kewangan, malah melambangkan kepercayaan dan kerjasama erat antara pengurusan dan peneroka.

“Dividen ini adalah hasil kerja keras serta komitmen semua pihak. Ia membuktikan bahawa usaha bersama mampu menghasilkan pulangan yang boleh dinikmati secara adil oleh peneroka,” katanya ketika berucap pada majlis simbolik penyerahan dividen, di sini, semalam.

Sementara itu, Pengurus Besar LKTNS, Datuk Syaheddrul R Joddari, berkata kejayaan tersebut mencerminkan keberkesanan strategi pembangunan ladang secara bersepadu yang dilaksanakan pihaknya.

“Kami berbangga dengan dedikasi para peneroka dan seluruh pasukan ladang. Kejayaan ini menunjukkan kerjasama erat dan perancangan tersusun mampu memberikan manfaat maksimum kepada komuniti ladang,” katanya.

Beliau turut mengakui Ladang Nabawan berdepan pelbagai cabaran termasuk cuaca ekstrem serta kekangan peralatan, namun pencapaian dividen hampir RM1 juta itu membuktikan ketahanan dan keupayaan semua pihak dalam memastikan kelangsungan serta kejayaan pembangunan ladang.

“Dividen yang diagihkan diharap dapat membantu peneroka membuat persiapan menyambut Ramadan dan Aidilfitri, selain meningkatkan kesejahteraan keluarga serta ekonomi komuniti setempat,” katanya. – SABAH MEDIA

]]>
https://sabahmedia.com/2026/02/12/ladang-nabawan-catat-rekod-agih-hampir-rm1-juta-dividen-kepada-peneroka/feed/ 0 91515
LKTNS lancar projek padi Kg. Panjut, buka peluang ekonomi baharu penduduk https://sabahmedia.com/2025/08/23/lktns-lancar-projek-padi-kg-panjut-buka-peluang-ekonomi-baharu-penduduk/ https://sabahmedia.com/2025/08/23/lktns-lancar-projek-padi-kg-panjut-buka-peluang-ekonomi-baharu-penduduk/#respond Fri, 22 Aug 2025 23:29:08 +0000 https://sabahmedia.com/?p=79864
Read Time:1 Minute, 24 Second

Tuaran : Lembaga Kemajuan Tanah Negeri Sabah (LKTNS) melancarkan Projek Pembangunan Tanah Sawah Terbiar di Kampung Panjut, di sini, yang dijangka membuka peluang ekonomi baharu kepada penduduk tempatan melalui pengusahawanan sawah padi.

Pengurus Besar LKTNS, Datuk Shaheddrul R. Joddari berkata, projek berkenaan dipilih berdasarkan permintaan masyarakat setempat yang berhasrat mengusahakan tanah sawah terbiar agar dapat menjana pendapatan berterusan.

“Bagi fasa pertama, sebanyak 25 peserta telah mengemukakan permohonan dengan jangkaan 50 ekar tanah sawah akan diusahakan.

“Pelaksanaan awal ini dijangka menjadi pemangkin kepada lebih ramai penduduk menyertai fasa seterusnya,” katanya ketika berucap merasmikan projek itu di sini pada Jumaat.

Shaheddrul berkata, kampung yang majoriti didiami masyarakat Dusun Lotud itu menyambut baik pelaksanaan projek ini sebagai inisiatif memanfaatkan tanah terbiar.

Katanya, projek ini dilaksanakan melalui peruntukan Rolling Plan Ke-5 (RP5) Tahun 2025 di bawah Rancangan Malaysia Ke-12 (RMKe-12) yang disalurkan kerajaan Persekutuan.

Menurutnya, komponen utama pembangunan termasuk pemulihan tanah sawah terbiar, penyediaan jentera ladang moden seperti traktor berantai, mesin jentuai dan pam air, serta kos penyelenggaraan benih, baja dan kawalan perosak.

Selain itu katanya, LKTNS turut menawarkan kadar sewaan RM300 bagi setiap ekar setiap musim, selain pesawah bakal menerima manfaat tambahan melalui Skim Subsidi Harga Padi (SSHP) yang diuruskan BERNAS.

Sementara itu, Shaheddrul berkata, projek seumpama itu telah dilaksanakan di beberapa daerah lain termasuk Papar, Tuaran dan Kota Belud sebagai perintis.

Katanya, Kampung Panjut kini menjadi lokasi terbaharu dalam rangka peluasan projek padi negeri.

Menurutnya, usaha itu bukan sahaja memulihkan tanah terbiar, tetapi juga selari dengan matlamat pembangunan luar bandar serta pemerkasaan komuniti setempat.

“Projek ini diyakini akan meningkatkan taraf hidup penduduk, menambah penyertaan pesawah baharu, dan akhirnya menyumbang kepada jaminan makanan negeri,” katanya. – SABAH MEDIA / FOTO SLDB

]]>
https://sabahmedia.com/2025/08/23/lktns-lancar-projek-padi-kg-panjut-buka-peluang-ekonomi-baharu-penduduk/feed/ 0 79864