SLO – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Sat, 16 Sep 2023 07:35:02 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.0.2 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png SLO – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 LLRC gesa kerajaan memastikan SLO dibentangkan Oktober 2023 https://sabahmedia.com/2023/09/16/llrc-gesa-kerajaan-memastikan-slo-dibentangkan-oktober-2023/ https://sabahmedia.com/2023/09/16/llrc-gesa-kerajaan-memastikan-slo-dibentangkan-oktober-2023/#respond Sat, 16 Sep 2023 07:35:01 +0000 https://sabahmedia.com/?p=41941
Read Time:1 Minute, 3 Second

KOTA KINABALU: Labour Solidarity and Learning Resources Association (LLRC, sebelum ini dikenali sebagai Labour Law Reform Coalition), mengalu-alukan lampu hijau yang diberikan oleh kerajaan Sabah dan Sarawak mengenai Ordinan Buruh Sabah (SLO) dan Ordinan Buruh Sarawak.

“Kami menggesa kerajaan memastikan kedua-dua rang undang-undang itu dibentangkan di parlimen pada Oktober 2023.

“Kerajaan harus memastikan Ordinan Buruh Sabah dan Ordinan Buruh Sarawak yang dikemas kini adalah setanding dengan Akta Pekerjaan (Pindaan) 2012 Kerajaan Persekutuan dan Akta Piawaian Minimum Perumahan dan Kemudahan Pekerja (Pindaan) 2019,” kata satu kenyataan media LLRC yang dikeluarkan hari ini.

Menurut LLRC, kesatuan sekerja di Malaysia Timur, pekerja-pekerja telah mendambakan standard buruh yang sama dengan pekerja di Malaysia Barat selama beberapa dekad.

“Kami kecewa dengan ordinan buruh yang lapuk telah membenarkan diskriminasi dan eksploitasi pekerja di Malaysia Timur.

“Keadaan janggal “satu negara, tiga set undang-undang buruh” mesti ditamatkan. Pada masa hadapan, pindaan Akta Kerja, Ordinan Buruh Sabah dan Ordinan Buruh Sarawak perlu dibentangkan serentak di parlimen tanpa berlengah-lengah,” tegas kenyataan itu.

Kenyataan media ini dikeluarkan selepas Mesyuarat Perancangan Advokasi Bersama Pemimpin LLRC Sabah dan Sarawak, di sini pada Jumaat (15 Sept).

Mesyuarat dihadiri oleh 20 pemimpin kesatuan dari bank, hotel, perkhidmatan perubatan, perkhidmatan pos, perkayuan, perladangan, komersial, pelabuhan , petroleum dan sektor minuman.

]]>
https://sabahmedia.com/2023/09/16/llrc-gesa-kerajaan-memastikan-slo-dibentangkan-oktober-2023/feed/ 0 41941