Sls – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Mon, 27 Oct 2025 09:02:56 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.0.2 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png Sls – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Formula 40 peratus tidak boleh diabaikan – Roger Chin https://sabahmedia.com/2025/10/27/formula-40-peratus-tidak-boleh-diabaikan-roger-chin/ https://sabahmedia.com/2025/10/27/formula-40-peratus-tidak-boleh-diabaikan-roger-chin/#respond Mon, 27 Oct 2025 09:02:49 +0000 https://sabahmedia.com/?p=84277
Read Time:2 Minute, 25 Second

Oleh J. Evachel John

KOTA KINABALU: Bekas Presiden Sabah Law Society (SLS), Datuk Roger Chin, menegaskan bahawa semakan terhadap geran khas 40 peratus hasil Sabah yang diwartakan oleh kerajaan Persekutuan tidak mematuhi Perlembagaan Persekutuan kerana gagal menggunakan formula pengiraan sebenar yang ditetapkan di bawah Perkara 112C.

Beliau berkata, meskipun Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyatakan bahawa semakan terhadap pemberian khas telah dijalankan dan diwartakan, hakikatnya tiada satu pun semakan tersebut menggunakan formula 40 peratus seperti yang diperuntukkan oleh undang-undang.

“Mahkamah Tinggi telah menegaskan bahawa formula ini kekal mengikat — bukan nasihat, bukan rundingan, dan bukan tafsiran menteri.

“Untuk memetik Perkara 112D tanpa Perkara 112C adalah seperti membaca separuh ayat dan mendakwa kepatuhan penuh,” katanya.

Roger berkata demikian dalam satu hantaran di Facebook sebagai respons terhadap ucapan penerangan  pendirian kerajaan madani berhubung  pemberian khas persekutuan kepada Sabah oleh Anwar pada 23 Oktober.

Menurut Roger, semakan yang dilakukan pada 2022, 2023 dan 2025 hanyalah pewartaan ‘unilateral’ tanpa ketelusan dan pengesahan bersama antara kerajaan negeri dan persekutuan sebagaimana yang disyaratkan oleh Perkara 112D.

Roger menjelaskan bahawa semakan yang sah di bawah Perkara 112D mesti melibatkan proses perlembagaan yang telus, dengan perkongsian data dan perbincangan bersama kedua-dua pihak, serta hasilnya diterbitkan dan dibentangkan di Parlimen.

“Tiada satu pun daripada langkah ini diikuti. Tiada angka didedahkan, tiada formula dijelaskan, dan tiada perbahasan Parlimen diadakan.

“Itulah sebabnya perisytiharan Mahkamah diperlukan —untuk mengembalikan semula proses kepada apa yang dituntut Perlembagaan,” katanya.

Roger turut menyentuh mengenai bayaran geran khas sebanyak RM600 juta pada 2025, yang menurutnya hanyalah bayaran interim dan bukan pemenuhan sebenar terhadap tuntutan 40 peratus hasil Sabah.

“Jumlah sementara tidak boleh menggantikan pengiraan perlembagaan yang diwajibkan oleh formula 40 peratus. Mahkamah sendiri mengiktiraf bayaran itu sebagai langkah sementara, bukan pematuhan,” ujarnya.

Beliau berkata, kerajaan tidak boleh mendakwa kredit atas bayaran separa terhadap hutang yang masih belum diselesaikan, dan tindakan menggambarkan bayaran sementara sebagai pemenuhan hanya meneruskan salah faham perlembagaan yang telah diperbetulkan oleh Mahkamah.

Dalam pada itu, Roger turut mempersoalkan kenyataan yang menonjolkan jumlah perbelanjaan besar kerajaan Persekutuan di Sabah, termasuk RM13 bilion pada 2022, RM14 bilion pada 2023–24 dan RM17 bilion yang dijangka bagi 2025–26.

“Perkara 112C tidak berkaitan dengan berapa banyak yang dibelanjakan oleh Persekutuan; ia berkaitan dengan berapa banyak yang menjadi hak Sabah. Perbelanjaan persekutuan untuk infrastruktur, subsidi atau operasi agensi adalah dasar, hak 40 peratus adalah undang-undang. Kedua-duanya tidak boleh saling menggantikan,” jelasnya.

Menurutnya, tiada perincian diberikan untuk membezakan berapa bahagian daripada jumlah tersebut merupakan geran khas mengikut Perkara 112C, dan berapa bahagian pula merupakan geran pembangunan biasa yang diterima setiap negeri dalam rangka perancangan nasional.

Roger berkata, tanpa pendedahan angka sebenar, pengumuman peruntukan besar kepada Sabah hanya berisiko mengulangi corak lama — janji yang ditangguh dan dana yang dikitar semula.

“Apa yang Sabah perlukan bukan jumlah baharu, tetapi kebenaran di sebalik jumlah tersebut,” katanya.

Kenyataan penuh Roger boleh diikuti menerusi pautan ini: https://www.facebook.com/share/1FUvxt88i4/

]]>
https://sabahmedia.com/2025/10/27/formula-40-peratus-tidak-boleh-diabaikan-roger-chin/feed/ 0 84277
Anifah Aman Sambut Baik Keputusan Mahkamah Tinggi Berhubung Hak 40 Peratus Sabah https://sabahmedia.com/2025/10/18/anifah-aman-sambut-baik-keputusan-mahkamah-tinggi-berhubung-hak-40-peratus-sabah/ https://sabahmedia.com/2025/10/18/anifah-aman-sambut-baik-keputusan-mahkamah-tinggi-berhubung-hak-40-peratus-sabah/#respond Sat, 18 Oct 2025 06:36:31 +0000 https://sabahmedia.com/?p=83594
Read Time:1 Minute, 31 Second

KOTA KINABALU : Presiden Parti Cinta Sabah Tan Sri Anifah Aman, menyambut baik keputusan Mahkamah Tinggi yang membenarkan semakan kehakiman oleh Sabah Law Society (SLS) berhubung hak perlembagaan negeri Sabah terhadap 40 peratus Geran Khas hasil Persekutuan seperti termaktub di bawah Perkara 112(C) dan 112(D) Perlembagaan Persekutuan.

“Ini adalah kemenangan bersejarah bagi hak perlembagaan Sabah,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata rakyat Sabah telah sekian lama memperjuangkan hak mereka di bawah Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) dan Perlembagaan Persekutuan, namun pelaksanaannya secara berkesan masih belum tercapai.

“Keputusan hari ini menegaskan bahawa hak tersebut bukan sekadar aspirasi, tetapi tanggungjawab yang mengikat dan mesti dipenuhi,” katanya.

Anifah yang juga Bekas Menteri Luar turut memuji keteguhan pendirian Kerajaan Negeri Sabah dan SLS yang gigih memperjuangkan isu ini sehingga mendapat pengesahan undang-undang melalui keputusan mahkamah.

Menurut beliau, pengiktirafan mahkamah ini menunjukkan betapa pentingnya untuk menegakkan bukan sahaja semangat tetapi juga maksud sebenar MA63 dan Perlembagaan Persekutuan dalam usaha membina negara.

“Perintah Mahkamah Tinggi yang mengarahkan semakan dan penyelesaian dalam tempoh masa tertentu adalah langkah penting ke hadapan,” katanya lagi.

“Ini menghantar mesej jelas bahawa Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri perlu berunding dan melaksanakan apa yang telah lama dipersetujui, agar pembangunan Sabah tidak lagi terhalang akibat kelewatan dalam hak fiskal.”

Beliau menyeru agar pelaksanaan keputusan ini dilakukan dalam semangat kerjasama dan saling menghormati antara kedua-dua pihak.

“Ketika kita meraikan kemenangan ini di mahkamah, ujian sebenar kini terletak pada pelaksanaan di peringkat praktikal,” tambahnya.

“Saya amat berharap agar Kerajaan Persekutuan tidak mencabar keputusan ini, sebaliknya melaksanakan tanggungjawabnya sepenuhnya supaya rakyat Sabah akhirnya dapat menikmati pembangunan dan sumber yang setimpal dengan hak mereka.”

Anifah menegaskan bahawa hak perlembagaan Sabah adalah asas kepada perpaduan dan kestabilan Malaysia.

“Menegakkan MA63 dan Perlembagaan Persekutuan bukan sahaja melindungi kepentingan Sabah, tetapi turut memperkukuh kesatuan yang menjadi asas penubuhan Malaysia,” katanya

]]>
https://sabahmedia.com/2025/10/18/anifah-aman-sambut-baik-keputusan-mahkamah-tinggi-berhubung-hak-40-peratus-sabah/feed/ 0 83594
“Justice at Last”: SLS urges federal government not to appeal 40% revenue decision https://sabahmedia.com/2025/10/17/justice-at-last-sls-urges-federal-government-not-to-appeal-40-revenue-decision/ https://sabahmedia.com/2025/10/17/justice-at-last-sls-urges-federal-government-not-to-appeal-40-revenue-decision/#respond Fri, 17 Oct 2025 10:43:15 +0000 https://sabahmedia.com/?p=83537
Read Time:2 Minute, 54 Second

By J.Evachel John

KOTA KINABALU: The Sabah Law Society (SLS) hailed the High Court’s decision affirming Sabah’s 40 per cent constitutional entitlement as a historic restoration of justice long denied to the State.

Its Immediate Past President Datuk Roger Chin said the ruling marks a turning point for Sabah, as the Court has upheld what the State had long fought for its constitutional right to 40 per cent of federal revenue derived from Sabah.

He said the judgment confirms that the special grant is not a privilege to be negotiated, but a constitutional right owed to Sabah since the formation of Malaysia in 1963.

“For half a century, our entitlement was withheld. These were the “lost years,” when promises made at the birth of Malaysia were forgotten. Today, the Court has restored those promises and reaffirmed the rule of law,” he said.

He added that the ruling is more than just about figures, saying it represents dignity, fairness, and respect for Sabah’s rightful place in Malaysia.

“It means schools for our children, hospitals for our families, roads that connect our villages, and opportunities worthy of Sabahans,” he said.

According to Chin, the Court has quashed the flawed parts of the 2022 Review Order and its subsequent replacements, ruling that the omission of the “lost years” between 1974 and 2021 was unlawful and that arrears must be paid to Sabah.

He said, the Federal Government must meet with the State Government of Sabah within 90 days and reach an agreement within 180 days, applying the 40 per cent formula guaranteed by the Constitution.

“The arrears due from 1974 to 2021 have been recognised as a continuing debt to Sabah, and payment must follow whether through direct settlement or constitutional damages. Until these obligations are fulfilled, all reliance on the 2022 Order and its successors is stayed. In short, the constitutional path is restored, and Sabah’s rights must now be given practical effect,” he said.

Chin said the Court’s decision also recognises the vital role of the Sabah State Government, which has continued to uphold and assert the State’s constitutional rights.

“The Court’s decision confirms that the 1969 Order to vary did not extinguish or alter the original formula, but that the constitutional mechanism guaranteeing Sabah’s 40 per cent share has always remained intact,” he said.

He stressed that the judgment is not a victory against the Federation, but rather a victory for the Federation, proving that Malaysia honours her founding promises and that no State stands beneath the Constitution, and that true unity is built not on neglect but on respect.

“Today, Sabah has been heard. Today, justice has been done. And today, history records that promises made in 1963 remain promises kept in 2025.

“The Court has ended Sabah’s lost years justice has been restored and the promise of Malaysia redeemed. Honouring this judgment is not just about Sabah it is about strengthening Malaysia itself,” Chin said.

He added that the SLS will resist vigorously any attempt to appeal or undermine this decision.

“At the same time, it is hoped that now that the Court has spoken and decided, the Federal Government will respect the judicial process, accept the outcome, and abide by it.

“While it remains their right to appeal, doing so would betray sincerity, especially when successive governments including the present one have pledged to honour MA63 yet failed to resolve the 40 per cent entitlement,” he said.

]]>
https://sabahmedia.com/2025/10/17/justice-at-last-sls-urges-federal-government-not-to-appeal-40-revenue-decision/feed/ 0 83537
SLS gesa siasatan telus, menyeluruh dan bebas berhubung kematian Zara Qairina https://sabahmedia.com/2025/07/31/sls-gesa-siasatan-telus-menyeluruh-dan-bebas-berhubung-kematian-zara-qairina/ https://sabahmedia.com/2025/07/31/sls-gesa-siasatan-telus-menyeluruh-dan-bebas-berhubung-kematian-zara-qairina/#respond Thu, 31 Jul 2025 06:43:17 +0000 https://sabahmedia.com/?p=78285
Read Time:1 Minute, 27 Second

KOTA KINABALU: Persatuan Undang-Undang Sabah (SLS) menggesa siasatan yang menyeluruh, telus dan bebas dijalankan berhubung kematian pelajar Tingkatan Satu, Zara Qairina Mahathir, 13, yang telah mencetuskan kebimbangan meluas di Sabah dan seluruh negara.

Presidennya, Datuk Mohamed Nazim Maduarin berkata, pemergian pelajar berkenaan tidak berlaku dalam ruang kosong, sebaliknya menimbulkan pelbagai persoalan serius mengenai keselamatan di sekolah, kebajikan pelajar dan kecekapan tindak balas institusi yang sepatutnya melindungi mereka.

“Kes ini tidak boleh dibiarkan berlalu begitu sahaja dan tidak harus dilupakan. Ia telah mengundang pertanyaan orang ramai sama ada sistem perlindungan kanak-kanak yang ada benar-benar berfungsi,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Beliau berkata, pihaknya menghormati keputusan keluarga Zara Qairina yang telah melantik peguam untuk mewakili mereka bagi mendapatkan keadilan melalui saluran undang-undang.

“Kami sedang memantau perkembangan kes ini dengan teliti dan akan terus berbuat demikian,” tambahnya.

Nazim menegaskan bahawa setiap fakta berkaitan kes itu mesti didedahkan secara jujur, manakala semua prosedur yang terlibat perlu dikaji semula secara teliti. Sebarang kelemahan atau kecuaian perlu dikenalpasti dan ditangani dengan penuh tanggungjawab serta semangat pembaharuan institusi.

“Ini bukan soal menyalahkan mana-mana pihak. Ini soal memastikan tiada lagi kanak-kanak dibiarkan dalam keadaan terdedah dan tidak selamat,” tegasnya.

Beliau turut menggesa semua institusi berkaitan untuk bertindak dengan keberanian dan integriti, tanpa bersikap defensif, berdiam diri atau melengah-lengahkan tindakan, khususnya apabila melibatkan kehilangan nyawa kanak-kanak dalam keadaan mencurigakan.

Katanya lagi, tragedi Zara Qairina harus menjadi titik perubahan dalam sistem semasa, dan membawa kepada langkah pembaikan yang lebih bermakna demi keselamatan generasi akan datang.

“Jika anak-anak kita tidak selamat, maka tiada perkara lain yang lebih penting. Demi masa depan mereka, kita tidak boleh lagi memalingkan muka dan kita mesti mula menuntut perubahan yang lebih baik,” tegas beliau lagi.

]]>
https://sabahmedia.com/2025/07/31/sls-gesa-siasatan-telus-menyeluruh-dan-bebas-berhubung-kematian-zara-qairina/feed/ 0 78285
SLS anjur klinik nasihat guaman percuma sebagai inisiatif CSR https://sabahmedia.com/2025/07/08/sls-anjur-klinik-nasihat-guaman-percuma-sebagai-inisiatif-csr/ https://sabahmedia.com/2025/07/08/sls-anjur-klinik-nasihat-guaman-percuma-sebagai-inisiatif-csr/#respond Tue, 08 Jul 2025 05:47:10 +0000 https://sabahmedia.com/?p=76918
Read Time:1 Minute, 16 Second

Kota Kinabalu: Persatuan Undang-Undang Sabah (SLS) kini melaksanakan tanggungjawab sosial korporat (CSR) menerusi inisiatif Klinik Nasihat Guaman Percuma.

Presiden SLS, Datuk Mohamad Nizam Maduarin berkata, persatuan itu merupakan satu-satunya badan yang mengawal selia profesion undang-undang di negeri ini.

Selain itu katanya, SLS turut berperanan memantau etika amalan guaman dan aktif menjayakan program berbentuk kemasyarakatan.

“Salah satu inisiatif utama program tanggungjawab sosial korporat ialah Klinik Nasihat Guaman Percuma yang diadakan setiap hari Sabtu jam 9 pagi hingga 12 tengah hari di sekretariat kami di Tingkat 6, Menara MAA.

”Orang awam boleh hadir secara walk-in tanpa sebarang bayaran dan boleh mendapatkan khidmat nasihat dalam apa jua bidang undang-undang.

”Dua orang peguam sukarelawan ditugaskan setiap minggu untuk mengendalikan sesi konsultasi guaman tersebut,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui media selepas mengadakan kunjungan hormat kepada Yang di-Pertua Negeri, Tun Musa Aman, di sini pada Isnin.

Kunjungan tersebut bertujuan memberi taklimat aktiviti SLS dan menjemput Tun Musa menghadiri Opening Of The Legal Year Gala Dinner 2026 yang akan diadakan Januari depan.

Beliau berkata, SLS juga terlibat aktif dalam program Mobile Court yang dianjurkan oleh pihak mahkamah dengan membuka kaunter nasihat guaman serta membantu semakan dokumen di lokasi-lokasi terpilih di luar bandar.

SLS asalnya dikenali sebagai Sabah Law Association sejak tahun 1960-an sebelum dinaik taraf menjadi badan berkanun pada 2017 dan kini beroperasi di bawah Advocates Ordinance tersendiri.

Sehingga Januari 2025, seramai 861 peguam didaftarkan dalam amalan guaman swasta di Sabah manakala jumlah keseluruhan ahli SLS mencecah 1,200 orang.

]]>
https://sabahmedia.com/2025/07/08/sls-anjur-klinik-nasihat-guaman-percuma-sebagai-inisiatif-csr/feed/ 0 76918
Mahkamah Persekutuan putuskan tolak permohonan AG untuk ketepikan rayuan SLS https://sabahmedia.com/2024/10/17/mahkamah-persekutuan-tolak-ag-ketepikan-sls-teruskan-semakan-40-hak-perlembagaan-sabah/ https://sabahmedia.com/2024/10/17/mahkamah-persekutuan-tolak-ag-ketepikan-sls-teruskan-semakan-40-hak-perlembagaan-sabah/#respond Thu, 17 Oct 2024 12:09:02 +0000 https://sabahmedia.com/?p=62360
Read Time:2 Minute, 15 Second

KUALA LUMPUR: Mahkamah Persekutuan hari ini sebulat suara menolak permohonan Peguam Negara Persekutuan (AG) mengetepikan rayuan Persatuan Undang-undang Sabah (SLS) untuk meneruskan semakan kehakimannya terhadap 40 peratus hak perlembagaan Sabah.

Presiden SLS Roger Chin berkata, semakan ini mencabar Perintah Kerajaan Persekutuan 2022, yang dikeluarkan di bawah Perkara 112D Perlembagaan Persekutuan, berhubung pemberian khas Sabah.

“Kelayakan, yang berakar umbi dalam Perkara 112C, telah lama tertunggak,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Roger berkata, SLS berhujah bahawa kedua-dua kerajaan Persekutuan dan negeri Sabah gagal menjalankan semakan kedua mandatori di bawah Perkara 112D menjelang 1974, melengahkannya selama 48 tahun.

Kelewatan ini, katanya, telah mengakibatkan kerugian kewangan yang besar bagi rakyat Sabah, yang telah dilucutkan pembayaran yang sah semasa “Tahun-Tahun Hilang” ini.

“Rayuan AG bergantung pada empat soalan undang-undang utama, memfokuskan pada sama ada permohonan SLS jatuh di bawah bidang kuasa eksklusif Mahkamah Persekutuan, sama ada SLS mempunyai pendirian untuk membawa semakan itu, dan sama ada perkara itu boleh dibenarkan.

“Di sebalik hujah-hujah ini, mahkamah yang diketuai oleh Tan Sri Datuk Nallini Pathmanathan, Datuk Zabariah Mohd Yusof, dan Datuk Rhodzariah Bujang, dengan tegas mengekalkan keputusan Mahkamah Tinggi dan Mahkamah Rayuan sebelum ini, membenarkan SLS diteruskan,” katanya.

Mewakili Peguam Negara ialah Peguam Kanan Persekutuan Shamsul Bolhassan dan Ahmad Hanir bin Hambaly @ Arwi, bersama-sama Peguam Persekutuan Kogilambigai a/p Muthusamy dan Liyana Muhammad Fuad manakala David Fung Yin Kee, Jeyan Marimuttu, dan Janice Junie Lim mewakili SLS.

Menurut Roger, Mahkamah jelas, hujah Peguam Negara bahawa perkara ini terletak di bawah bidang kuasa eksklusif Mahkamah Persekutuan di bawah Perkara 128(1)(b) gagal dipegang.

“Para hakim mendapati, pada peringkat ini, tiada pertikaian wujud antara Sabah dan Persekutuan yang akan mencetuskan bidang kuasa tersebut.

“Mereka seterusnya menegaskan bahawa SLS mempunyai pendirian yang diperlukan untuk membawa perkara ini ke semakan kehakiman,” katanya.

Roger berkata, mahkamah juga menyatakan, “Memandangkan tiada kes prima facie untuk mewujudkan bidang kuasa eksklusif di bawah Perkara 128(1)(b), dan memandangkan SLS mempunyai kedudukan ambang, tidak ada keperluan untuk memberikan kebenaran untuk rayuan ini. Isu kedudukan, jika perlu, boleh dikaji semula semasa semakan substantif.

“Mengenai kewajaran, mahkamah memutuskan dengan tegas bahawa kegagalan untuk menyemak Geran Khas Sabah adalah soal undang-undang, bukan dasar menutup pintu untuk sebarang rayuan lanjut mengenai perkara ini.

“Dengan kemenangan yang memberangsangkan ini, semakan kehakiman kini akan diteruskan ke fasa seterusnya, di mana merit kes akan dinilai oleh Mahkamah Tinggi di Kota Kinabalu.

“Sesi pengurusan kes telah dijadualkan pada 30 Oktober 2024, di mana arahan untuk langkah seterusnya akan dikeluarkan,” jelasnya.

Tambah beliau, keputusan ini merupakan satu langkah penting ke hadapan bagi SLS dan rakyat Sabah dalam mencari keadilan tertunggak dan pampasan yang adil.

“SLS akan terus memberikan kemas kini tentang kes kritikal ini ,” ujarnya.

]]>
https://sabahmedia.com/2024/10/17/mahkamah-persekutuan-tolak-ag-ketepikan-sls-teruskan-semakan-40-hak-perlembagaan-sabah/feed/ 0 62360
Mahkamah Rayuan benarkan SLS teruskan semakan kehakiman isu hak 40 peratus hasil Sabah https://sabahmedia.com/2024/06/18/mahkamah-rayuan-benarkan-sls-teruskan-semakan-kehakiman-isu-40-peratus-hasil-sabah/ https://sabahmedia.com/2024/06/18/mahkamah-rayuan-benarkan-sls-teruskan-semakan-kehakiman-isu-40-peratus-hasil-sabah/#respond Tue, 18 Jun 2024 02:49:34 +0000 https://sabahmedia.com/?p=56179
Read Time:29 Second

KOTA KINABALU: Mahkamah Rayuan di sini hari ini membenarkan Persatuan Undang-undang Sabah (SLS) untuk meneruskan semakan kehakiman berkaitan isu hak 40 peratus hasil negeri itu.

Panel tiga hakim dipengerusikan oleh P Ravinthran bersama hakim Mohd Nazlan Mohd Ghazali dan Choo Kah Sing hari ini sebulat suara menolak rayuan kerajaan persekutuan untuk membatalkan kebenaran semakan kehakiman yang diberikan sebelum ini.

SLS memfailkan permohonan semakan kehakiman pada 2022 bagi membatalkan warta Kerajaan Persekutuan mengenai geran tahunan sebanyak RM125.6 juta untuk Sabah dengan mendakwa ia melanggar hak hasil negeri itu di bawah Perjanjian Malaysia 1963 (MA63).

]]>
https://sabahmedia.com/2024/06/18/mahkamah-rayuan-benarkan-sls-teruskan-semakan-kehakiman-isu-40-peratus-hasil-sabah/feed/ 0 56179
Isu MA63: Mahkamah menetapkan 18 Jun ini bagi kes rayuan SLS https://sabahmedia.com/2024/05/24/isu-ma63-mahkamah-menetapkan-18-jun-ini-bagi-kes-rayuan-sls/ https://sabahmedia.com/2024/05/24/isu-ma63-mahkamah-menetapkan-18-jun-ini-bagi-kes-rayuan-sls/#respond Fri, 24 May 2024 03:35:26 +0000 https://sabahmedia.com/?p=54915
Read Time:2 Minute, 20 Second

KOTA KINABALU: KOTA KINABALU: Mahkamah Rayuan di sini, hari ini menetapkan 18 Jun untuk keputusan rayuan terhadap kebenaran yang diberikan dalam semakan kehakiman berhubung Hak Pemberian Khas 40 peratus hasil untuk Negeri Sabah.

Mahkamah Rayuan menetapkan tarikh tersebut semasa mengadakan pengurusan kes berlangsung secara dalam talian yang turut dihadiri Peguam Besar Negeri Datuk Nor Asiah Mohd Yusof mewakili Kerajaan Negeri Sabah bersama dengan Datuk Brenndon Keith Soh, Penasihat Undang-Undang Khas kepada Ketua Menteri, Devina Teo dan Roland Alik, Peguam Negeri Kerajaan Negeri.

Menurut Nor Asiah, Mahkamah Rayuan telah dimaklumkan bahawa Tetuan F.T Ahmad & Co tidak lagi bertindak untuk Kerajaan Negeri Sabah dan bahawa Pejabat Peguam Besar Negeri telah mengambil alih sepenuhnya pengendalian dan penjagaan perkara ini.

Katanya, setelah meneliti dan mengkaji perkara ini dan prosiding yang telah berlaku, Mahkamah Rayuan telah dimaklumkan mengenai kedudukan-kedudukan seperti berikut, oleh kerana Kerajaan Negeri tidak membuat rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi bertarikh 11 November 2022, Kerajaan Negeri menerima keputusan tersebut iaitu, bahawa kebenaran diberikan untuk perkara ini dibicarakan berdasarkan merit semasa pendengaran substantif permohonan semakan kehakiman.

“Selain itu, Kerajaan Negeri menarik balik semua penghujahan yang dibuat di Mahkamah Rayuan mengenai isu “locus standi” Persatuan Undang-Undang Sabah (SLS) kerana ini tidak dikemukakan atau dihujahkan di Mahkamah Tinggi oleh Kerajaan Negeri.

“Kerajaan Negeri menarik balik penghujahan yang dibuat di Mahkamah Rayuan yang merujuk kepada Artikel 112C dan 112D Perlembagaan Persekutuan sebagai “aspirasi” dan bukan hak mandatori atau mutlak Negeri Sabah.

“Mahkamah Rayuan telah merekodkan kedudukan-kedudukan ini dan telah menetapkan keputusan perkara ini pada 18 Jun 2024,” kata Nor Asiah dalam kenyataannya hari ini.

Beliau turut memberi jaminan kepada seluruh rakyat Sabah Pejabat Peguam Besar Negeri komited sepenuh dalam menuntut hak perlembagaan negeri Sabah.

“Saya memberi jaminan kepada seluruh rakyat bahawa Pejabat Peguam Besar Negeri komited sepenuhnya dan akan terus kekal teguh untuk rakyat Sabah bagi menegakkan hak perlembagaan Negeri Sabah seperti yang digariskan dalam Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) dan Perlembagaan Persekutuan,” tegasnya.

Sementara itu, lebih 100 orang rakyat dari seluruh daerah pelusuk Sabah hadir di ruang legar Kompleks Mahkamah Kota Kinabalu dan mahu menyaksikan sendiri prosiding yang dijalankan pada hari ini.

Bagaimanapun, walaupun ianya dijalankan secara dalam talian tidak mematahkan semangat rakyat Sabah untuk sama-sama berjuang memberi sokongan ke atas usaha kerajaan dan SLS berhubung mendapatkan hak-hak negeri Sabah.

SLS pertama kali memfailkan permohonan semakan kehakiman pada 9 Jun 2022, untuk membatalkan warta kerajaan persekutuan mengenai geran tahunan RM125.6 juta untuk Sabah, dengan alasan ia melanggar hak hasil negeri di bawah MA63.

Kerajaan persekutuan dinamakan sebagai responden pertama manakala kerajaan negeri Sabah adalah responden kedua.

Semakan kehakiman adalah untuk memaksa kerajaan persekutuan membayar 40 peratus bahagian hasil yang terhutang kepada negeri sejak tahun 1974 termasuk tunggakan, dan untuk mendapatkan pengisytiharan 40 peratus kelayakan seperti yang termaktub di bawah Perkara 112C dan 112D Persekutuan Perlembagaan.

]]>
https://sabahmedia.com/2024/05/24/isu-ma63-mahkamah-menetapkan-18-jun-ini-bagi-kes-rayuan-sls/feed/ 0 54915
Kes Rayuan membenarkan Persatuan Undang-Undang Sabah membuat semakan kehakiman berhubung pemberian khas 40 % didengari esok https://sabahmedia.com/2024/05/15/kes-rayuan-membenarkan-persatuan-undang-undang-sabah-membuat-semakan-kehakiman-berhubung-pemberian-khas-40-didengari-esok/ https://sabahmedia.com/2024/05/15/kes-rayuan-membenarkan-persatuan-undang-undang-sabah-membuat-semakan-kehakiman-berhubung-pemberian-khas-40-didengari-esok/#respond Wed, 15 May 2024 03:53:20 +0000 https://sabahmedia.com/?p=54429
Read Time:2 Minute, 36 Second

Kota Kinabalu – Rayuan Jabatan Peguam Negara mengenai keputusan mahkamah tinggi yang membenarkan Persatuan Undang-Undang Sabah (SLS) bagi membuat semakan kehakiman berhubung pemberian khas sebanyak 40 % untuk Sabah akan didengari esok

Kes kontroversi itu ditetapkan untuk dibicarakan esok selepas penangguhan lapan bulan dari September tahun lepas.

SLS pertama kali memfailkan permohonan semakan kehakiman pada 9 Jun 2022, untuk membatalkan warta kerajaan persekutuan mengenai geran tahunan RM125.6 juta untuk Sabah, dengan alasan ia melanggar hak hasil negeri di bawah Perjanjian Malaysia 1963 (MA63).

Kerajaan persekutuan dinamakan sebagai responden pertama manakala kerajaan negeri Sabah adalah responden kedua.

Semakan kehakiman adalah untuk memaksa kerajaan persekutuan membayar 40 peratus bahagian hasil yang terhutang kepada negeri sejak tahun 1974 termasuk tunggakan, dan untuk mendapatkan pengisytiharan 40 peratus kelayakan seperti yang termaktub di bawah Perkara 112C dan 112D Persekutuan Perlembagaan.

Mahkamah Tinggi pada 11 November 2022 telah memberikan kebenaran SLS untuk semakan kehakiman, tetapi keputusan itu segera dirayu oleh Jabatan Peguam Negara (AGC) kerajaan persekutuan.

AGC juga mendapat penangguhan di Mahkamah Tinggi mendengar kes itu sementara menunggu rayuan.

Bekas presiden SLS Datuk Roger Chin di dalam satu kenyataan pada 2 mei lalu berkata SLS berazam untuk mendapatkan pengiktirafan dan pemenuhan 40% kelayakan yang termaktub dalam Perkara 112C dan 112D Perlembagaan Persekutuan, bersama Seksyen 2 Bahagian IV Jadual Kesepuluh,

Tambahnya Kelayakan adalah dua perlima (40%) daripada hasil bersih yang diperoleh Malaysia dari Sabah melebihi jumlah yang dikutip pada tahun 1963, tahun di mana Malaysia ditubuhkan.

“Geran hasil pertumbuhan 40% ini, elemen utama Perjanjian Malaysia, dijanjikan secara khusus kepada rakyat Sabah untuk mempercepatkan pembangunan negeri mereka.

“Ia membayangkan masa depan dengan air bersih yang sedia ada untuk setiap isi rumah dan bekalan kuasa yang boleh dipercayai di semua wilayah, memudahkan projek infrastruktur penting,” kata Chin 

Tambahnya lagi di bawah Perlembagaan Persekutuan, adalah tidak dapat dinafikan bahawa kerajaan persekutuan mempunyai “kewajipan perlembagaan” untuk membayar geran khas setiap tahun kepada Sabah mengikut peruntukan.

Kelayakan 40 peratus itu sepatutnya dibayar sejurus selepas pembentukan persekutuan Malaysia pada 16 September 1963, sebagai pengakuan peruntukan kewangan untuk menyediakan keperluan sosio-ekonomi Sabah yang kurang membangun.

Fasal (4) Perkara 112D juga memperuntukkan bahawa semakan semula kelayakan perlu diadakan selewat-lewatnya pada tahun 1969, enam tahun selepas pembentukan Malaysia, dan sekali lagi pada tahun 1974.

SLS juga mempertikaikan perjanjian antara kerajaan Sabah dan kerajaan persekutuan pada 14 April 2022 untuk pemberian tahunan “interim” sebanyak RM125.6 juta, dengan kenaikan dalam tempoh lima tahun, 2022 hingga 2026, sementara rundingan diteruskan

Kerajaan persekutuan kemudian menerbitkan keputusannya di bawah perintah yang diwartakan kerajaan persekutuan, yang didakwa oleh SLS sebagai pelanggaran serius kewajipan perlembagaan kerajaan persekutuan dan negeri terhadap rakyat Sabah.

SLS bimbang bahawa pelanggaran itu akan mempunyai beberapa kesan undang-undang yang meletakkan Sabah pada kedudukan yang tidak menguntungkan dan akhirnya merampas hak negeri untuk 48 tahun terakhir tidak membayar.

“SLS terkejut apabila membaca bahawa tiada pengakuan kegagalan untuk mengadakan semakan Artikel 112D menjelang 1974 dan dengan itu pembayaran 40 peratus kelayakan untuk tahun-tahun yang hilang.

“Secara jelas tiada ganti rugi atas kegagalan membayar 40 peratus kelayakan untuk tahun-tahun yang hilang. Tiada 40 peratus kelayakan dibayar selama 48 tahun kepada Sabah,” kata nya lagi.

]]>
https://sabahmedia.com/2024/05/15/kes-rayuan-membenarkan-persatuan-undang-undang-sabah-membuat-semakan-kehakiman-berhubung-pemberian-khas-40-didengari-esok/feed/ 0 54429
Ketua Menteri terima kunjungan hormat SLS https://sabahmedia.com/2023/09/29/ketua-menteri-terima-kunjungan-hormat-sls/ https://sabahmedia.com/2023/09/29/ketua-menteri-terima-kunjungan-hormat-sls/#respond Fri, 29 Sep 2023 10:27:50 +0000 https://sabahmedia.com/?p=42748
Read Time:43 Second

KOTA KINABALU: Persatuan Undang-undang Sabah (SLS) telah mengadakan kunjungan hormat ke atas Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor di Menara Kinabalu di sini, hari ini.

Rombongan SLS diketuai presidennya Roger Chin untuk memberi maklumat terkini tentang inisiatif Persatuan dan cadangan perkongsian dengan Kerajaan Negeri mengenai pembaharuan undang-undang negeri.

Roger memberi taklimat kepada Hajiji, antara lain, mengenai perkhidmatan Bantuan Guaman SLS, yang mana ahlinya memberi sumbangan secara sukarela kepada masyarakat di Sabah.

Beliau juga bercakap mengenai sokongan SLS kepada Pusat Timbang Tara Antarabangsa Borneo dan Pengantaraan (BICAM) dan Persidangan Undang-undang Komanwel akan datang yang mana
SLS merancang untuk mengadakan.

Roger turut berkongsi bahawa SLS membantu pasukan undang-undang negara dalam memerangi anugerah timbang tara kepada waris Kesultanan Sulu.

Roger berkata, SLS mempunyai rancangan untuk melawat beberapa negara dan menawarkan perkhidmatan undang-undang dengan menyokong Kerajaan Negeri menarik pelabur asing ke Sabah.

]]>
https://sabahmedia.com/2023/09/29/ketua-menteri-terima-kunjungan-hormat-sls/feed/ 0 42748