SM All Saint – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Mon, 22 Jun 2026 05:24:30 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.1 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png SM All Saint – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 SM All Saints raih tiga emas di BIICC 2026 https://sabahmedia.com/2026/06/22/sm-all-saints-raih-tiga-emas-di-biicc-2026/ https://sabahmedia.com/2026/06/22/sm-all-saints-raih-tiga-emas-di-biicc-2026/#respond Mon, 22 Jun 2026 05:24:25 +0000 https://sabahmedia.com/?p=98640
Read Time:2 Minute, 17 Second

KOTA KINABALU: Sekolah Menengah (SM) All Saints mencipta kejayaan membanggakan apabila meraih tiga Pingat Emas termasuk dua anugerah khas dalam Borneo International Innovation Creativity Competition (BIICC) 2026 yang berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC), di sini, pada 20 Jun lalu.

Kejayaan itu menyaksikan seramai lapan murid dan tiga guru pembimbing sekolah berkenaan menerima pengiktirafan antarabangsa selepas berjaya mengatasi persaingan daripada 172 pasukan yang mewakili pelbagai negara termasuk Bangladesh, Indonesia dan Mexico.

Kumpulan SORTEX terdiri dari kiri Chong, Aleya, Schainie dan Diananee bersama produk inovasi mereka iaitu tong sampah yang mengasingkan sampah mengikut kategori jenis.

Pasukan Echodetect yang dianggotai Bradley Wayne Welden, Eyrell Jaenry selaku ketua pasukan dan Caleb Jeremy Yen muncul sebagai pasukan paling cemerlang apabila memenangi Pingat Emas serta dua anugerah khas iaitu Best Environmental Award dan Best Poster Award.

Dibimbing oleh Ad’smor Sahirin, pasukan itu mempertandingkan produk Termite Detector yang berfungsi mengesan serangan awal anai-anai bagi membantu mengurangkan risiko kerosakan struktur bangunan.

Inovasi berkenaan berjaya menarik perhatian panel juri menerusi nilai praktikal dan potensinya dalam membantu pemantauan serta pencegahan kerosakan harta benda.

Sementara itu, pasukan Sortex yang diwakili Diananee Nathasya Isve Ismail Bian, Aleeya Husna Suhaili dan Schainie Nichole Stanly selaku ketua pasukan turut membawa pulang Pingat Emas.

Pasukan yang dibimbing Chong Woon Cheng itu memperkenalkan tong sampah pintar Sortex yang mampu mengasingkan sisa mengikut kategori tertentu bagi memudahkan pengurusan dan amalan kitar semula.

Turut menyumbang kepada kejayaan sekolah ialah pasukan The Luminaries yang dianggotai Clarissa Ruth Manji dan Olivia Lee Ya Chen di bawah bimbingan Disimon Edmund Gansoi.

Kumpulan Luminaries terdiri daripada Olivia, Clarissa dan Disimon bersama produk inovasi mereka iaitu dinamakan LOOKCAR v2 iaitu mencegah anak kecil atau bayi yang tertinggal dalam kereta secara tidak sengaja dengan menghantar alert kepada ibubapa/ penjaga.

Pasukan tersebut memenangi Pingat Emas menerusi produk The LOOKCAR v2, iaitu alat yang direka untuk mengesan bayi atau kanak-kanak yang tertinggal di dalam kenderaan secara tidak sengaja bagi mengelakkan kejadian yang boleh mengancam keselamatan mereka.

Pengetua SM All Saints, Dr Mary Gambidau, berkata pencapaian itu mencerminkan budaya kecemerlangan dalam bidang Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) serta inovasi yang terus diterapkan dalam kalangan warga sekolah.

Beliau berkata, kejayaan tersebut bukan sahaja membanggakan sekolah, malah membuktikan kemampuan murid Sabah untuk bersaing di pentas antarabangsa menerusi idea kreatif dan penyelesaian inovatif.

“Pihak sekolah amat berbangga dengan pencapaian semua murid dan guru pembimbing, khususnya pasukan STEM Warriors yang telah mengharumkan nama sekolah, negeri dan negara.

“Saya juga ingin menyampaikan ucapan tahniah daripada Pejabat Pendidikan Daerah atas kejayaan cemerlang yang dicapai,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

BIICC 2026 dianjurkan oleh Malaysia Youth Scientist Organisation (MYSO) dengan kerjasama Universiti Malaysia Sabah (UMS) sebagai platform untuk menggalakkan budaya inovasi, kreativiti dan penyelidikan dalam kalangan pelajar dari dalam dan luar negara.

]]>
https://sabahmedia.com/2026/06/22/sm-all-saints-raih-tiga-emas-di-biicc-2026/feed/ 0 98640
Pasukan STEM Warriors SM All Saints terima Anugerah Kecemerlangan Pendidikan Sabah https://sabahmedia.com/2026/03/06/sm-all-saints-terima-rm140000-anugerah-kecemerlangan-pendidikan-sabah/ https://sabahmedia.com/2026/03/06/sm-all-saints-terima-rm140000-anugerah-kecemerlangan-pendidikan-sabah/#respond Fri, 06 Mar 2026 01:30:26 +0000 https://sabahmedia.com/?p=92723
Read Time:2 Minute, 24 Second

KOTA KINABALU: Seramai 56 warga Sekolah Menengah All Saints (SM All Saints) menerima pengiktirafan Anugerah Kecemerlangan Pendidikan Sabah daripada Kerajaan Negeri Sabah susulan pencapaian cemerlang mereka di peringkat antarabangsa baru-baru ini.

Majlis penyampaian anugerah tersebut berlangsung di Dewan Rafflesia, Politeknik Kota Kinabalu.

Pengiktirafan itu diberikan atas kejayaan warga SM All Saints yang mengharumkan nama Sabah dan Malaysia dalam pertandingan World Young Scientist Invention and Innovation (WYSII) anjuran Malaysia Youth Scientist Organisation (MYSO) dengan kerjasama University of Kasetsart, Bangkok, Thailand yang berlangsung dari 29 Januari hingga 2 Februari 2026.

Daripada jumlah tersebut, 49 murid yang mewakili 14 pasukan berjaya meraih 13 pingat emas, dengan tiga pasukan menerima Anugerah Khas Emas.

Selain itu, tujuh guru dari sekolah berkenaan turut menyertai International Conference on Teaching, Research, Administration, Leadership and Creative Transformation (INTERACT Bangkok) dan berjaya memenangi pingat emas bagi semua penyertaan, dengan tiga daripada mereka menerima anugerah khas.

Murid yang terlibat ialah Jasmine Jack, Aviela Rosa Terrance William, Dannabelle Ryanne Robert, Athalia Athanasius, Jayhsia Resse Jaikol Udar, Nor Ariessa Zara Irdina Muammar Julkarnain, Emmy Farwiza Fataniah Mohd Fadzlun, Nur Rahwani Sait, Zhea Anastascha Mohd Izmal Fadzly, Lan Mirid Augustus, Jeremy Gad Wellington Jesus, Isca Watie Vanessa Isve Ismail, Chong Cheyenne, Leon Lokis Peter, Estelle Daniella Bernard, Nathylee Faye Jaikol Udar, Chloe Lee Yi Ling, Arisha Joanne Fairon, Nur Sabrina Mohd Nor, Adelynna Phoebe Rowland, Angel Quinn Victor, Amanda Evangeline Edward, Muhammad Arashee Azmi, Nikita Kirsten Bernard, Mark Dylan Disimon, Aaron Anthony Rining Thien, Ryden Azriel Kario, Adam Ryan Johnny, Ryan Ng Jun Lei, Anabell Adriance Lawrence Gontuni, Mohammad Darrel Iman Mohammad Fidzuan, Christabelle Anne Leikson, Nolan Ryan Doniol, Ronan Tay Jin Fung, Ivanshine Reuben Josapat, Zachary Ezechiel Montung, Mehar Sue Alya A Mohd Sharul, Larry Dylan Alex, Muhammad Asyraf Norman, Ayisy Darwisy Danial Mohd Hafiz, Jamielynn Grace Not, Prince Javier Sanggau, Alisha Auni Poo Muhammad Izzuddin Poo, Alisha Arianna Mohammad Ashpawi, Cheryl Chong Kha Man, Jane Constance Andy dan Declan Ted Soikun.

Guru yang bertindak sebagai penyelia kepada 14 pasukan tersebut ialah Anizan Ambo, Adrian Bakil Nio, Disimon Edmund Gansoi, Ivy Jocelyn Joenes, Marcus Khoo Hiok Tian, Rishnahayu Nur Kinas dan Siti Azizah Md Yussof.

Daripada jumlah itu, Marcus Khoo Hiok Tian dan Rishnahayu Nur Kinas menerima Anugerah Khas STEM Excellence, manakala Siti Azizah Md Yussof menerima Anugerah Khas Educational Transformation.

Setiap pasukan menerima RM8,000, manakala setiap guru menerima RM4,000 sebagai penghargaan atas kecemerlangan mereka.

Pengetua SM All Saints, Dr Mary Gambidau, berkata sumbangan daripada kerajaan negeri yang disampaikan oleh Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor, akan meningkatkan lagi motivasi guru dan murid untuk terus mencapai kejayaan pada masa hadapan.

Beliau berkata penghargaan tersebut memberi suntikan semangat kepada warga sekolah untuk terus melonjakkan pencapaian, khususnya dalam bidang Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) serta kecemerlangan akademik secara keseluruhannya.

Mary turut merakamkan penghargaan dan terima kasih kepada kerajaan negeri atas sumbangan yang buat pertama kalinya diterima oleh warga SM All Saints.

]]>
https://sabahmedia.com/2026/03/06/sm-all-saints-terima-rm140000-anugerah-kecemerlangan-pendidikan-sabah/feed/ 0 92723
Pasukan Hydroheroes SM All Saints rangkul juara Social Project Challenge 2025 https://sabahmedia.com/2025/09/30/pasukan-hydroheroes-sm-all-saints-rangkul-juara-social-project-challenge-2025/ https://sabahmedia.com/2025/09/30/pasukan-hydroheroes-sm-all-saints-rangkul-juara-social-project-challenge-2025/#respond Tue, 30 Sep 2025 08:04:47 +0000 https://sabahmedia.com/?p=82252
Read Time:1 Minute, 42 Second

Oleh Normimie Diun

KOTA KINABALU: Pasukan Hydroheroes dari Sekolah Menengah (SM) All Saints, Kota Kinabalu muncul juara pertandingan Social Project Challenge (SPC) 2025 selepas menewaskan sembilan finalis lain dalam acara yang berlangsung di Hotel Crystal Crown Palace, Petaling Jaya pada 27 September lalu.

Kejayaan itu membolehkan pasukan berkenaan membawa pulang hadiah utama wang tunai RM2,500.

Pasukan Hydroheroes dianggotai lima pelajar tingkatan 5 iaitu Boy Foo E Nang @ Jacob, Mirza Abreshyam Latif, Ryan Adriel, Wesley Vijay dan Joshua Robin yang berjaya menambat hati juri dengan projek penapis air mudah alih direka untuk membantu penduduk kampung yang berdepan masalah bekalan air bersih.

Guru penasihat pasukan, Cikgu Siti Azizah Md Yussof berkata, pencapaian tersebut membuktikan kemampuan pelajar Sabah bersaing di peringkat kebangsaan.

“Usaha gigih pasukan Hydroheroes selama enam bulan akhirnya membuahkan hasil. Mereka bukan sahaja mencipta inovasi penapis air Mini H2O Purifier, malah turut menjalankan kajian lapangan di Sungai Kampung Brunei Membakut serta membentangkan prototaip kepada komuniti di Kg Kokol Lot Pelayas,” katanya ketika dihubungi Sabah Media hari ini.

Menurutnya, pengalaman mengikuti sesi kajian, bootcamp dan pembentangan menjadi bekalan berharga buat pasukan mereka.

“Saya berharap kejayaan ini menjadi inspirasi kepada pelajar lain untuk terus berani mencuba dalam apa jua bidang. Dunia semakin berubah, dan kita juga perlu berubah untuk maju ke hadapan. Life is tough, but we’re tougher,” ujar Siti Azizah lagi.

Sementara itu, ketua pasukan, Boy Foo E Nang @ Jacob, meluahkan rasa bangga kerana dapat mengharumkan nama sekolah dan negeri.

“Kejayaan ini hasil kerjasama rakan sepasukan, guru serta sokongan Penolong Kanan Kokurikulum, Cikgu Marcus Khoo. Kami juga berterima kasih kepada Universiti Malaysia Sabah (UMS), khususnya Prof Madya ChM Dr Moh Pak Yan dari Fakulti Sains dan Sumber Alam  dan Pegawai Sains Kanan (Sektor Pembudayaan STEM), U-Science UMS, Malcolm Boxey Jilimin  yang banyak membantu dan membimbing kami sepanjang kajian,” katanya.

Pertandingan SPC merupakan inisiatif anjuran MyHarapan dengan tajaan Yayasan TM.

Ia bermula dengan 60 penyertaan sebelum disaring kepada 35 pasukan, kemudian 15 pasukan terpilih menyertai bootcamp Jun lalu. Daripada jumlah itu, hanya 10 pasukan layak ke peringkat akhir.

]]>
https://sabahmedia.com/2025/09/30/pasukan-hydroheroes-sm-all-saints-rangkul-juara-social-project-challenge-2025/feed/ 0 82252