SMART SBB – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Sun, 13 Feb 2022 07:49:47 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.0.2 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png SMART SBB – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 MADA Sasar Peningkatan Pendapatan Peladang https://sabahmedia.com/2022/02/13/mada-sasar-peningkatan-pendapatan-peladang/ https://sabahmedia.com/2022/02/13/mada-sasar-peningkatan-pendapatan-peladang/#respond Sun, 13 Feb 2022 07:49:46 +0000 https://sabahmedia.com/?p=12169
Read Time:2 Minute, 24 Second

KEDAH : Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA) mensasarkan pendapatan peladang yang terlibat dengan Program Smart Sawah Berskala Besar (SMART SBB) dapat ditingkatkan sehingga RM5,000 menjelang tahun 2025.

Menteri Pertanian dan Industri Makanan Datuk Seri Dr Ronald Kiandee berkata, program itu merupakan salah satu inisiatif kerajaan dalam pengurusan sawah berpusat.

Katanya, ia bagi mengoptimumkan penggunaan sumber dan meningkatkan kecekapan aktiviti penanaman dan pengeluaran hasil padi.

“Selain itu, ia juga mampu meningkatkan pendapatan pesawah susulan pengurangan penglibatan orang tengah di sepanjang rantaian nilai industri padi dan beras negara yang dapat dimanfaatkan terus oleh pesawah yang menjadi matlamat utama pelaksanaan SMART SBB,” katanya dalam kenyataan disini hari ini.

Pelaksanaan Program SMART SBB itu turut menyaksikan Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) diantara MADA dan BERNAS yang disempurnakan oleh Pengurus Besar MADA dan Pengurus Besar BERNAS.

MoU itu adalah untuk memperincikan komitmen yang perlu diberikan oleh pihak BERNAS kepada peladang-peladang MADA yang menyertai Program SMART SBB.

Dr Ronald turut menyaksikan perjanjian menandatangani MoU yang ditandatangani oleh pihak MAFI bersama Lembaga Zakat Negeri Kedah (LZNK) serta MoU MADA bersama Pertubuhan Peladang Kebangsaan (NAFAS) yang akan bertindak sebagai syarikat dan badan peneraju.

Beliau berkata, sehingga kini terdapat penyertaan sebanyak 19 syarikat peneraju termasuk  Lembaga Zakat Negeri Kedah yang telah menandatangani MoU dengan Kerajaan mensasarkan pembangunan kawasan penanaman padi seluas 300,000 hektar.

Dr Ronald turut merakamkan ucapan penghargaan kepada LZNK yang telah menyertai program SMART SBB sebagai badan peneraju.

“Keistimewaan tambahan program melalui LZNK ini adalah dengan menampilkan elemen kebajikan kepada pembangunan asnaf melalui penawaran khidmat bimbingan, latihan serta semua kemudahan berkaitan pembangunan industri dan beras.

“Bagi Musim 1/2022, MADA akan meneruskan Program SMART SBB dengan syarikat-syarikat peneraju yang berminat. Menjelang tahun 2025, MADA mensasarkan 10,000 hektar kawasan sawah padi akan terlibat di dalam Program SMART SBB,” katanya..

Sementara itu, Dr Ronald berkata, kejayaan program SMART SBB sebelum ini juga telah diterjemahkan melalui pencapaian Aspirasi Keluarga Malaysia (AKM) MAFI.

Katanya, sehingga Oktober 2021, bilangan penglibatan dan hasil pendapatan kumpulan sasar iaitu pesawah, telah berjaya melebihi sasaran yang ditetapkan iaitu sebanyak 280 peratus.

“Seramai 3,811 orang pesawah telah mendapat manfaat daripada program SMART SBB melibatkan kawasan penanaman padi seluas lebih 9,500 hektar di beberapa tempat termasuk IADA Barat Laut Selangor dan IADA Seberang Perak.

“Peningkatan hasil padi juga cukup memberangsangkan. Sebagai contoh, program SMART SBB yang dilaksanakan di Sekinchan, Selangor telah meningkatkan hasil padi daripada 2.5 tan metrik sehektar kepada 8 hingga 10 tan metrik sehektar bagi musim 2/2021 dan musim 1/2022.

“Pada awalnya, hanya 83 pesawah telah menyertai program ini tetapi kini penyertaan telah melebihi 800 pesawah,” katanya.

Beliau yakin dengan kesungguhan semua, program ini akan terus mencapai kejayaan besar yang seterusnya akan meningkatkan pendapatan dan taraf hidup golongan sasar.

Kawasan Muda merupakan kawasan jelapang padi terluas di Malaysia dengan kawasan sawah padi seluas 100,658 hektar dengan ahli-ahli peladang berjumlah 57,635 orang.

]]>
https://sabahmedia.com/2022/02/13/mada-sasar-peningkatan-pendapatan-peladang/feed/ 0 12169
MAFI Perjelas Kekeliruan Projek Ternak Udang Dalam Sawah https://sabahmedia.com/2021/08/05/mafi-perjelas-kekeliruan-projek-ternak-udang-dalam-sawah/ https://sabahmedia.com/2021/08/05/mafi-perjelas-kekeliruan-projek-ternak-udang-dalam-sawah/#respond Thu, 05 Aug 2021 07:40:45 +0000 https://sabahmedia.com/?p=4090
Read Time:2 Minute, 23 Second

KUALA LUMPUR: Projek rintis ternakan udang dalam kawasan sawah di FELCRA Seberang Perak dan Program Smart Sawah Berskala Besar (SMART SBB) adalah dua inisiatif berbeza.

Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) dalam kenyataan media hari ini, memaklumkan projek ternakan udang dalam kawasan sawah seluas 1.08 hektar di Seberang Perak itu bukan sebahagian daripada program SMART SBB.

“Sebaliknya ia adalah projek rintis melalui kerjasama Kawasan Pembangunan Pertanian Bersepadu (IADA) Seberang Perak dengan sebuah syarikat swasta bertujuan meningkatkan pendapatan pesawah selain menikmati hasil daripada penanaman padi.

“Projek rintis ternakan udang itu bukan sebahagian program SMART SBB, justeru tidak timbul isu kerajaan mengubah strategi pelaksanaan SMART SBB dengan penternakan udang.

MAFI berharap tiada pihak membuat sebarang kenyataan yang boleh mengelirukan pesawah.

“MAFI sentiasa bersedia mengadakan sesi libat urus dengan semua pihak khususnya pesawah dan pemain industri, selain mengalu-alukan pandangan semua pihak berkepentingan dalam usaha memantapkan industri padi beras negara yang lebih kompetitif dan berdaya saing di peringkat antarabangsa,” kata kementerian itu.

Selasa lalu, Pertubuhan Persaudaraan Pesawah Malaysia (PeSAWAH) dan Forum Kedaulatan Makanan Malaysia (FKMM) mengeluarkan kenyataan meminta pesawah berfikir panjang mengenai penyertaan dalam Projek SMART SBB.

PeSAWAH dan FKMM mendakwa, pengurusan estet mengubah strategi sedia ada dengan mempromosi aktiviti penternakan udang secara integrasi bersama penanaman padi ketika belum setahun inisaitif SMART SBB dijalankan.

Kedua-dua pihak berkenaan juga mendakwa Projek SBB akan memberi kuasa kepada pengurusan estet untuk melaksanakan apa sahaja projek yang diinginkan di kawasan yang sudah dipajak atau miliki.

MAFI menjelaskan, SMART SBB yang mendapat persetujuan Jawatankuasa Kabinet Mengenai Dasar Sekuriti Makanan Negara (FSCC) adalah antara inisiatif dirangka bagi mempertingkatkan Tahap Sara Diri (SSL) beras negara sebanyak 75 peratus dalam Rancangan Malaysia Ke-12 (RMKe-12).

Ia dilaksanakan jabatan dan agensi dibawah MAFI iaitu Jabatan Pertanian Malaysia (DOA), Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP), Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA), Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu (KADA) dan IADA.

Pelaksanaan SMART SBB membabitkan pesawah sebagai rakan kongsi utama kerajaan, menjadikan kepentingan serta kesejahteraan pesawah dalam sektor padi dan beras negara sebagai keutamaan MAFI.

“Usaha sama awam dan swasta membolehkan pesawah menikmati peningkatan hasil padi setiap tan setahun sehingga 191 peratus dan seterusnya menikmati nilai pendapatan tahunan sehingga 47 peratus.

“Malah, hampir semua risiko dan kos penanaman padi yang sebelum ini ditanggung pesawah akan dapat dikurangkan, sekali gus meningkatkan margin pendapatan mereka.

“Inisiatif ini juga membolehkan pelaksanaan pendekatan baharu melalui konsep pertanian moden termasuk pelaksanaan sistem profil tanah, pertanian pintar, kaedah teknologi baharu atau ‘Internet of Things’ (IoT) selaras Revolusi Industri 4.0 (IR4.0) untuk meningkatkan hasil per hektar,” katanya.

Kata kementerian itu, MAFI melalui jabatan dan agensi di bawahnya sentiasa menjalankan pemantuan berterusan di lapangan bagi menjaga kepentingan dan kebajikan pesawah yang menjadi kumpulan sasar utamanya.

“Bagi menjaga kepentingan semua pihak, MAFI sentiasa mengadakan sesi libat urus bersama pihak berkepentingan termasuk pesawah melalui jabatan dan agensi bagi memastikan inisiatif ini dilaksanakan secara efektif,” kata kementerian itu lagi. Berita Harian

]]>
https://sabahmedia.com/2021/08/05/mafi-perjelas-kekeliruan-projek-ternak-udang-dalam-sawah/feed/ 0 4090
BERNAS Bangunkan Empat Lokasi SMART SBB https://sabahmedia.com/2021/08/04/bernas-bangunkan-empat-lokasi-smart-sbb/ https://sabahmedia.com/2021/08/04/bernas-bangunkan-empat-lokasi-smart-sbb/#respond Wed, 04 Aug 2021 07:06:34 +0000 https://sabahmedia.com/?p=4044
Read Time:2 Minute, 8 Second

KOTA KINABALU: Padiberas Nasional Berhad (BERNAS) menerusi program SMART Sawah Berskala Besar (SMART SBB) terus komited dalam merangka hala tuju strategik bagi memperkasakan industri padi dan beras negara.

Program ini juga seiring dengan matlamat kerajaan dalam meningkatkan kadar Tahap Sara Diri (SSL) beras negara iaitu sebanyak 75 peratus.

Menurut satu kenyataan media yang dikeluarkan BERNAS hari ini, bermula dengan Memorandum Persefahaman (MoU) antara BERNAS dan Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) pada awal tahun, SMART SBB adalah salah satu inisiatif MAFI bagi menyatukan tanah sawah untuk membentuk satu sistem pengurusan ladang berpusat.

Sistem berpusat ini dilihat dapat mengoptimumkan penggunaan sumber sedia ada serta meningkatkan kecekapan aktiviti penanaman dan pengeluaran hasil padi negara.

Sebagai syarikat yang berpengalaman luas dan mempunyai rangkaian kukuh di dalam industri, BERNAS menyasarkan kawasan-kawasan yang mempunyai produktiviti rendah dengan mengunjurkan lonjakan hasil antara 40 hingga 60 peratus semusim.

Manakala, empat kawasan sawah yang berpotensi telah dikenalpasti, iaitu Kampung Kulambai, Kota Belud di Sabah; Batang Lupar, Sarawak; Sungai Batu Pahat, Perlis dan Setiu Terengganu.

Sementara, SMART SBB ini merupakan program kolaborasi di antara BERNAS dan agensi lain seperti Jabatan Pengairan dan Saliran, Jabatan Pertanian Negeri Sabah, Pertubuhan Peladang Kawasan, IADA dan lain-lain.

Di samping itu, BERNAS juga turut melaksanakan SMART SBB bersama Pengilang Bumiputera; sebagai contoh program di antara BERNAS dan Kilang Beras Dibuk di Perlis.

Ketika ini kerja-kerja pemulihan infrastruktur dan tanah serta penanaman padi sedang giat dilakukan, semestinya cabaran ini memerlukan ketelitian yang menyeluruh, sebagai contoh dalam membangunkan tanah sawah yang sudah lebih 10 tahun terbiar seperti di Kampung Kulambai Kota Belud, Sabah dan kawasan luar jelapang seperti Sungai Batu Pahat di Perlis.

Dalam pada itu, BERNAS bekerjasama dengan hampir 200 pesawah, di mana mereka turut didedahkan dengan teknik serta amalan pertanian baik bagi menguruskan sawah berskala besar.

Penggunaan mekanisasi dan teknologi terkini atau Internet of Things (IoT) yang dilihat dapat memudahkan kerja-kerja ladang akan turut diperkenalkan kepada warga tani bagi mewujudkan sistem pertanian yang lebih terancang.

Ini sekaligus dapat menjimatkan kos penanaman secara menyeluruh, selain membantu pesawah memperolehi hasil tuaian yang baik.

Penglibatan pesawah yang merupakan elemen terpenting dalam program ini turut menunjukkan angka yang memberangsangkan.

Mereka amat komited serta berdisiplin dalam mengikuti Jadual Kerja Ladang yang telah ditetapkan bagi mendapatkan kadar hasil dan mutu padi yang lebih berkualiti.

Sebagai salah sebuah syarikat peneraju SMART SBB, BERNAS akan sentiasa memberi sokongan terhadap pesawah melalui pelbagai platform perkongsian ilmu pengetahuan bagi memacu kejayaan mereka.

Selain itu, BERNAS juga turut merancang untuk memperluaskan lagi program SMART SBB ini kepada varieti padi yang lain seperti beras wangi pada masa akan datang.

]]>
https://sabahmedia.com/2021/08/04/bernas-bangunkan-empat-lokasi-smart-sbb/feed/ 0 4044