Smd – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Sun, 13 Sep 2026 05:16:57 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.1 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png Smd – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 SMD bawa mesej disiplin, keselamatan jalan raya https://sabahmedia.com/2026/09/13/smd-bawa-mesej-disiplin-keselamatan-jalan-raya/ https://sabahmedia.com/2026/09/13/smd-bawa-mesej-disiplin-keselamatan-jalan-raya/#respond Sun, 13 Sep 2026 05:16:52 +0000 https://sabahmedia.com/?p=103311
Read Time:1 Minute, 49 Second

KOTA KINABALU: Penganjuran Sabah Moto Day (SMD) 9.0 bukan sekadar acara permotoran, malah membawa mesej penting supaya komuniti permotoran sentiasa mengutamakan disiplin, keselamatan, tanggungjawab dan semangat kesukanan.

Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor, berkata program yang memasuki edisi kesembilan itu berkembang sebagai platform menghimpunkan anak muda, komuniti permotoran, usahawan, agensi kerajaan dan pelbagai pihak dalam suasana persahabatan serta kekeluargaan.

Beliau berkata, penyertaan dalam program berkenaan terus meningkat dari tahun ke tahun, bukan sahaja membabitkan peminat permotoran dari seluruh Sabah, malah Sarawak, Semenanjung dan Brunei.

Katanya, perkembangan itu membuktikan SMD berjaya menjadi medan pertemuan dan membina jaringan komuniti permotoran lebih luas, bukan sahaja di peringkat negeri tetapi merentasi wilayah dan sempadan.

“Semangat yang kita mahu daripada komuniti permotoran ialah sentiasa mengutamakan disiplin, keselamatan, tanggungjawab dan semangat kesukanan.

“Tunjukkan bahawa komuniti permotoran adalah komuniti yang bertanggungjawab, menghormati pengguna jalan raya dan sentiasa mematuhi undang-undang,” katanya dalam ucapan sempena Program Belia Permotoran (Sabah Moto Day 9.0) di perkarangan Kompleks Sukan Kota Kinabalu, di sini pada Ahad.

Teks ucapan beliau dibacakan Menteri Pendidikan, Sains, Teknologi dan Inovasi Negeri, Datuk James Ratib.

Hajiji berkata, jalan raya tidak seharusnya dijadikan litar perlumbaan, sebaliknya minat, bakat dan keinginan untuk berlumba perlu disalurkan melalui platform yang sah, selamat dan teratur.

Beliau berkata, keistimewaan SMD ialah program itu tidak hanya memberi tumpuan kepada aktiviti permotoran semata-mata, sebaliknya mengetengahkan lima teras utama dengan matlamat membina anak muda Sabah yang aktif, berilmu, berdaya saing, bersatu dan bebas daripada gejala negatif.

“Kerajaan Negeri memandang serius usaha memastikan anak muda mempunyai ruang yang sihat dan positif untuk berkumpul, berkarya, bersukan serta mengembangkan potensi diri.

“Kita bukan sekadar menghimpunkan jentera dan peminat permotoran, tetapi menghimpunkan semangat, bakat dan potensi anak muda,” katanya.

Hajiji turut menyeru semua penunggang dan peserta supaya menjadikan minat terhadap dunia permotoran sebagai kekuatan positif dengan menjadi penunggang yang berdisiplin, matang dan bertanggungjawab, selain memastikan setiap aktiviti berlangsung dalam suasana aman, selamat, harmoni dan penuh dengan perkara positif.

Beliau turut berharap peserta dari luar Sabah bukan sahaja menikmati kemeriahan SMD tetapi mengambil kesempatan meluangkan masa menerokai dan mengunjungi tempat-tempat menarik di negeri ini, sekali gus memberi manfaat lebih besar kepada golongan belia, masyarakat, ekonomi dan sektor pelancongan Sabah.

]]>
https://sabahmedia.com/2026/09/13/smd-bawa-mesej-disiplin-keselamatan-jalan-raya/feed/ 0 103311
MPP UMS bantah Sabah Motor Day diadakan dalam kampus https://sabahmedia.com/2026/06/25/mpp-ums-bantah-sabah-motor-day-diadakan-dalam-kampus/ https://sabahmedia.com/2026/06/25/mpp-ums-bantah-sabah-motor-day-diadakan-dalam-kampus/#respond Thu, 25 Jun 2026 11:32:29 +0000 https://sabahmedia.com/?p=98875
Read Time:2 Minute, 2 Second

KOTA KINABALU: Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) Universiti Malaysia Sabah (UMS) melahirkan rasa kecewa terhadap keputusan pentadbiran universiti yang sekali lagi membenarkan penganjuran Sabah Motor Day (SMD) di dalam kawasan kampus.

Dalam satu kenyataan, MPP UMS berkata, walaupun universiti sentiasa terbuka menjadi tuan rumah kepada pelbagai program dan acara, setiap penganjuran perlu dinilai secara teliti bagi memastikan ia bersesuaian dengan fungsi kampus sebagai institusi pendidikan serta tidak menjejaskan kesejahteraan warga universiti.

Menurut MPP, berdasarkan pengalaman penganjuran Sabah Motor Day pada tahun-tahun sebelum ini, beberapa isu telah dibangkitkan oleh mahasiswa dan masyarakat setempat termasuk dakwaan gangguan seksual, pembuangan sampah yang tidak terkawal, pencemaran bunyi serta pencemaran udara.

Katanya, isu-isu tersebut merupakan corak berulang yang seharusnya dijadikan asas untuk menilai semula kesesuaian lokasi penganjuran acara berkenaan, bukannya diberikan kelulusan secara berterusan tanpa penelitian menyeluruh.

MPP turut menyuarakan kebimbangan terhadap tempoh penganjuran acara yang berlaku hampir dengan kemasukan pelajar baharu serta pelaksanaan Minggu Suai Mesra (MSM) bagi sesi akademik baharu.

Menurut kenyataan itu, perhatian dan sumber universiti sepatutnya tertumpu kepada persiapan menyambut kehadiran pelajar baharu, namun pada masa sama pihak pentadbiran perlu menguruskan sebuah acara awam berskala besar yang berpotensi memberi kesan kepada persekitaran kampus.

“Sekiranya masalah seperti pencemaran alam sekitar atau kerosakan infrastruktur berulang seperti yang berlaku sebelum ini, kesannya mungkin masih dirasai ketika pelajar baharu mula memasuki kampus,” menurut kenyataan tersebut.

Bagaimanapun, MPP menegaskan bantahan yang dikemukakan bukanlah terhadap Sabah Motor Day atau objektif program itu yang bertujuan mempromosikan keselamatan jalan raya serta kesedaran anti-dadah dalam kalangan belia.

Sebaliknya, mereka berpandangan bahawa isu utama adalah berkaitan pemilihan lokasi dan masa penganjuran program.

MPP berpendapat acara berskala besar seperti Sabah Motor Day lebih sesuai diadakan di lokasi yang mempunyai kapasiti dan infrastruktur yang lebih lengkap seperti Stadium Likas atau kawasan penganjuran acara awam lain yang mampu menampung jumlah pengunjung yang ramai tanpa mengganggu operasi institusi pendidikan.

Sehubungan itu, MPP UMS menggesa pihak pentadbiran universiti supaya mengkaji semula keputusan membenarkan acara tersebut diadakan di dalam kampus, melibatkan mahasiswa secara lebih telus dalam perbincangan berkaitan penggunaan ruang universiti oleh pihak ketiga serta memberi keutamaan kepada aspek keselamatan, keselesaan dan kesejahteraan warga kampus dalam setiap keputusan yang dibuat.

Menurut MPP, pandangan dan kebimbangan yang disuarakan oleh mahasiswa tidak seharusnya dianggap sebagai halangan kepada pembangunan universiti, sebaliknya merupakan sebahagian daripada usaha memastikan kemajuan institusi dicapai secara bertanggungjawab dan mampan.

MPP berharap pihak pengurusan UMS dapat mengambil kira suara mahasiswa serta bertindak demi kepentingan bersama seluruh warga kampus. – FOTO KREDIT MAWARDI

]]>
https://sabahmedia.com/2026/06/25/mpp-ums-bantah-sabah-motor-day-diadakan-dalam-kampus/feed/ 0 98875