SME – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Mon, 11 Oct 2021 09:05:01 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.0.2 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png SME – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 SME Sumbang PPE Kepada Petugas Barisan Hadapan Sabah https://sabahmedia.com/2021/10/11/sme-sumbang-ppe-kepada-petugas-barisan-hadapan-sabah/ https://sabahmedia.com/2021/10/11/sme-sumbang-ppe-kepada-petugas-barisan-hadapan-sabah/#respond Mon, 11 Oct 2021 09:04:59 +0000 https://sabahmedia.com/?p=7402
Read Time:46 Second

Oleh NORMIMIE DIUN

KOTA KINABALU: Persatuan Perusahaan Kecil dan Sederhana (SME) Sabah menyumbangkan peralatan perlindungan diri (PPE) kepada Kerajaan Negeri untuk diserahkan kepada petugas-petugas Barisan Hadapan di negeri ini bagi memerangi pandemik COVID-19.

Sumbangan tersebut diterima oleh Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor bagi pihak Kerajaan Negeri di Menara Kinabalu, di sini, hari ini.

Pengerusi SME Sabah, Foo Ngee Kee bersama-sama timbalannya Datuk Tan Kai Teck, Setiausaha Agung, Lie Chun Vui dan Naib Ketua, Chong Kett Chiew dan Ngan Yoke Loo menyampaikan sumbangan tersebut kepada Ketua Menteri.

SME Sabah menyumbangkan 100 kit ujian Antigen RTK, 120 alat penyedut oksigen mudah alih, 80 kotak pelitup muka, 24 unit alat pengukur suhu dan 30 cecair pembersih tangan.

Hajiji turut menyatakan penghargaan ke atas sumbangan tersebut, katanya Kerajaan Negeri sangat mengalu-alukan bantuan dari semua pihak dalam memerangi pandemik COVID-19.

Turut hadir ialah Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Seri Sr Safar Untong.

]]>
https://sabahmedia.com/2021/10/11/sme-sumbang-ppe-kepada-petugas-barisan-hadapan-sabah/feed/ 0 7402
Usaha MID Menerusi DIDR Selesaikan Masalah Dihadapi SME https://sabahmedia.com/2021/10/05/usaha-mid-menerusi-didr-selesaikan-masalah-dihadapi-sme/ https://sabahmedia.com/2021/10/05/usaha-mid-menerusi-didr-selesaikan-masalah-dihadapi-sme/#respond Tue, 05 Oct 2021 07:32:32 +0000 https://sabahmedia.com/?p=7197
Read Time:1 Minute, 16 Second

KOTA KINABALU: Kementerian Pembangunan Perindustrian (MID) menerusi Jabatan Pembangunan Perindutrian dan Penyelidikan (DIDR) akan membuat kajian untuk mencari penyelesaian masalah yang dihadapi oleh perusahaan kecil dan sederhana (SME) di sini.

Timbalan Ketua Menteri Sabah merangkap Menteri Pembangunan Perindustrian, Datuk Dr. Joachim Gunsalam berkata, pihak Kementerian dan DIDR akan mengadakan perbincangan lanjut dengan syarikat-syarikat terbabit.

Dr Joachim telah mengadakan lawatan kerja kilang SME di sini, semalam. Antara kilang yang dilawati oleh beliau ialah Dong Sin Food Sdn. Bhd. dan HKT Industries Sdn. Bhd.

Dalam lawatan itu, Dr. Joachim bertemu dengan pengusaha kilang-kilang tersebut untuk mendengar sendiri permasalahan yang dihadapi serta berterima kasih kepada kedua-dua kilang ini yang telah memberikan taklimat perusahaan secara interaktif.

Beliau turut mengambil maklum tentang masalah yang diketengahkan antaranya kesesakan kilang yang memerlukan ruang yang lebih besar untuk penyimpanan mesin-mesin kilang.

Katanya, syarikat HKT Industries Sdn Bhd yang memproses pelbagai produk seperti barangan plastik, perabot dan tilam, manakala Dong Sing Food Sdn. Bhd yang memproses mi kering memerlukan ruang yang lebih besar.

“Kedua-dua kilang ini bersama dengan 15 lagi syarikat dalam industri yang sama memerlukan bantuan dan meminta agar mengetengahkan masalah ini kepada Kerajaan Negeri serta mencari jalan penyelesaian.

“HKT Industries Sdn Bhd mempunyai pekerja seramai 300 orang manakala Dong Sin Food Sdn Bhd mempunyai seramai 117 orang, justeru kilang-kilang ini dapat memberikan peluang pekerjaan kepada rakyat Sabah sendiri,” katanya.

Turut hadir dalam lawatan tersebut ialah Presiden Persekutuan Perindustrian Sabah (FSI), Richard Lim, Pengarah Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA), Wong Tiang Sing serta pegawai lain.

]]>
https://sabahmedia.com/2021/10/05/usaha-mid-menerusi-didr-selesaikan-masalah-dihadapi-sme/feed/ 0 7197