SMJ Energy – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Sat, 01 Nov 2025 00:50:03 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.0.2 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png SMJ Energy – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Sabah formalisasi perolehan 25 peratus pegangan dalam PETRONAS PFLNG 3 https://sabahmedia.com/2025/11/01/sabah-formalisasi-perolehan-25-peratus-pegangan-dalam-petronas-pflng-3/ https://sabahmedia.com/2025/11/01/sabah-formalisasi-perolehan-25-peratus-pegangan-dalam-petronas-pflng-3/#respond Sat, 01 Nov 2025 00:34:45 +0000 https://sabahmedia.com/?p=84632
Read Time:1 Minute, 36 Second

KOTA KINABALU : Sabah telah memformalisasikan pengambilalihan 25 peratus ekuiti dalam PETRONAS PFLNG 3 Sdn Bhd, satu langkah yang memperkukuh lagi sinergi antara syarikat petroleum nasional dan negeri Sabah

Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor berkata, langkah strategik itu menandakan kerjasama erat dan saling menguntungkan antara Kerajaan Negeri Sabah dan PETRONAS, di samping membuka ruang kepada lebih banyak peluang pelaburan bersama pada masa hadapan.

“Langkah ini bukan sahaja akan memperkukuh sinergi antara PETRONAS dan negeri Sabah, tetapi juga akan membuka potensi bagi kerjasama seumpama ini pada masa hadapan,” katanya.

Perjanjian muktamad tersebut dimeterai antara SMJ Energy Sdn Bhd, syarikat milik penuh Kerajaan Negeri Sabah, dan PETRONAS LNG Sdn Bhd, anak syarikat PETRONAS, dalam satu majlis yang berlangsung di Kota Kinabalu di sini.

Pengambilalihan ini merupakan susulan kepada pemeteraian Kepala Perjanjian (Heads of Agreement) yang disaksikan sendiri oleh Ketua Menteri dan Presiden serta Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan PETRONAS, Tan Sri Tengku Muhammad Taufik, pada 17 Julai lalu di Kuala Lumpur.

Projek PETRONAS PFLNG 3, yang juga dikenali sebagai ZLNG, sedang dibangunkan di Taman Perindustrian Minyak dan Gas Sipitang (SOGIP) dengan nilai pelaburan kira-kira USD3.1 bilion.

Kemudahan gas asli cecair terapung berhampiran pesisir (FLNG) ini dijangka mula beroperasi pada separuh kedua tahun 2027 dengan kapasiti pengeluaran 2 juta tan setahun (2.0 MTPA).

Pelaburan strategik ini merupakan tambahan terkini kepada portfolio pelaburan pelbagai SMJ Energy yang sedia ada, di mana syarikat itu kini memegang 50 peratus.

Pelaburan terbaharu ini melengkapkan portfolio pelaburan SMJ Energy, yang kini turut memiliki 50 peratus  kepentingan penyertaan dalam Samarang Production Sharing Contract, 10 peratus ekuiti dalam PETRONAS LNG 9 Sdn Bhd; 25 peratus ekuiti dalam PETRONAS Chemicals Fertiliser Sabah Sdn Bhd (loji petrokimia SAMUR), serta Pemilikan penuh terhadap Sabah International Petroleum Sdn Bhd (SIP) yang menguruskan aset FPSO dan FSO.

SMJ Energy juga memegang hak “free carry dan back-in rights” dalam blok penerokaan SB409 (20%), SB403 (20%), SB306A (15%), dan SB306B (15%). – SABAH MEDIA

]]>
https://sabahmedia.com/2025/11/01/sabah-formalisasi-perolehan-25-peratus-pegangan-dalam-petronas-pflng-3/feed/ 0 84632
SMJ Energy perjelas keputusan tidak sertai tawaran Mutiara Cluster https://sabahmedia.com/2025/07/09/smj-energy-perjelas-keputusan-tidak-sertai-tawaran-mutiara-cluster/ https://sabahmedia.com/2025/07/09/smj-energy-perjelas-keputusan-tidak-sertai-tawaran-mutiara-cluster/#respond Wed, 09 Jul 2025 09:22:27 +0000 https://sabahmedia.com/?p=77002
Read Time:2 Minute, 12 Second

KOTA KINABALU: SMJ Energy menjelaskan bahawa keputusan untuk tidak menyertai tawaran Kluster Mutiara adalah selaras dengan strategi pelaburan berhati-hati syarikat yang memberi keutamaan kepada pengambilalihan aset minyak dan gas yang telah terbukti menguntungkan dan menjana aliran tunai kukuh.

Menerusi kenyataan media SMJ Energy hari ini, syarikat itu menegaskan bahawa pendekatan tersebut adalah sebahagian daripada strategi menyeluruh bagi membangunkan portfolio minyak dan gas yang seimbang serta mampan untuk kepentingan jangka panjang negeri Sabah.

Melalui SMJ Energy, antara keutamaan utama Kerajaan Negeri Sabah adalah untuk mendapatkan perkongsian hasil yang lebih besar serta penglibatan dan suara yang lebih bermakna dalam pembangunan sektor minyak dan gas di Sabah menerusi Perjanjian Kerjasama Komersial (CCA) yang dimeterai bersama Petronas.

Sejak penubuhannya, SMJ Energy telah berkembang menjadi syarikat bernilai RM5 bilion, dengan pegangan kepentingan yang signifikan dalam aset utama. Ini termasuk 50 peratus dalam Kontrak Perkongsian Pengeluaran (PSC) Samarang, 10 peratus dalam LNG9 dan 25 peratus dalam Loji Petrokimia SAMUR, kesemuanya merupakan aset pengeluaran yang menguntungkan dan menjana aliran tunai yang kukuh.

Sebagai sebuah syarikat baharu, SMJ Energy berjaya mengisytiharkan dividen berjumlah RM160 juta dalam tempoh kurang daripada tiga tahun satu pencapaian yang mencerminkan keupayaan aset-asetnya.

“Minyak dan gas adalah industri yang berisiko tinggi serta memerlukan pelaburan modal yang besar. Kegagalan dalam aktiviti penerokaan boleh mengakibatkan kerugian sehingga ratusan juta atau berbilion ringgit,” jelas kenyataan itu.

Memandangkan kedudukan kewangan negeri serta keutamaan agihan sumber yang lain, strategi SMJ Energy adalah untuk bertindak sebagai pelabur kewangan yang berhemah dengan menumpukan kepada pengambilalihan aset pengeluaran sedia ada yang menguntungkan serta dikendalikan oleh pengendali bereputasi tinggi dengan rekod pencapaian cemerlang dalam aspek Alam Sekitar, Sosial dan Tadbir Urus (ESG).

Bagi prospek penerokaan pula, SMJ Energy mengambil pendekatan mengurangkan risiko pelaburan melalui pemilikan free carry atau back-in rights, di mana penyertaan hanya dipertimbangkan selepas kejayaan penerokaan, tanpa menanggung kos besar pada peringkat awal. Sehingga kini, SMJ Energy memiliki hak free carry dan back-in rights dalam SB409 (20%), SB403 (20%), SB306A (7.5%) dan SB306B (7.5%).

“Prospek seperti Mutiara Cluster memerlukan penilaian lanjut dari segi penerokaan dan pembangunan serta memerlukan pelaburan besar dengan tahap ketidakpastian yang tinggi. Justeru, ia bukan keutamaan kami pada masa ini,” menurut kenyataan itu lagi.

Apa yang penting, menerusi CCA, SMJ Energy mempunyai hak untuk memperoleh aset Discovered Resource Opportunities (DRO) daripada Petronas selepas ia berjaya dibangunkan.

Pendekatan ini mencerminkan pengurusan risiko strategik SMJ Energy yang bertanggungjawab dalam membangunkan portfolio seimbang dalam sektor huluan minyak dan gas, LNG dan petrokimia, sambil mengambil kira kepentingan kewangan jangka panjang Negeri Sabah.

“SMJ Energy dijangka mengumumkan perkembangan serta pengambilalihan strategik yang baharu pada masa yang sesuai, sejajar dengan strategi yang telah digariskan,” tambah kenyataan itu.

]]>
https://sabahmedia.com/2025/07/09/smj-energy-perjelas-keputusan-tidak-sertai-tawaran-mutiara-cluster/feed/ 0 77002
Nilai SMJ Energy cecah RM5 Bilion dalam tiga tahun https://sabahmedia.com/2025/06/27/nilai-smj-energy-cecah-rm5-bilion-dalam-tiga-tahun/ https://sabahmedia.com/2025/06/27/nilai-smj-energy-cecah-rm5-bilion-dalam-tiga-tahun/#respond Fri, 27 Jun 2025 11:38:53 +0000 https://sabahmedia.com/?p=76261
Read Time:1 Minute, 20 Second

Oleh Erdie Ab Wahid

Putatan : Syarikat pelaburan milik penuh Kerajaan Sabah, SMJ Energy Sdn Bhd (SMJE) kini dianggarkan bernilai mencecah RM5 bilion berdasarkan nilai asset semasanya selepas tiga tahun ditubuhkan.

Menteri Kewangan Datuk Seri Masidi Manjun berkata, syarikat yang ditubuhkan hasil Perjanjian Kerjasama Komersial (CCA) dengan Petronas itu bermula dengan modal suntikan RM50 juta dari Kerajaan negeri.

“Daripada RM50 juta itu kita bergerak melabur dalam syarikat-syarikat Petronas dan mengikut penilaian terbaru syarikat RM50 juta ini sekarang bernilai RM5 bilion. Keunikan dia adalah ingin saya nyatakan bahawa kita ambil semua profesional dalam syarikat tersebut.

Masidi Manjun

“Kedua, syarikat ini juga tidak ada campur tangan politik dan beroperasi 100 peratus komersial.  Bukanlah bermakna kita tidak dengar tapi faktor yang bagi semua keputusan ialah komersial. 

“Manakala pada tahun lalu, kita untung RM350 juta dengan sekarang syarikat ini bernilai dari segi asset sebanyak RM5 bilion,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika di temui selepas merasmikan Persidangan Tahunan Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat) Petagas, di sini, pada Jumaat.

Beliau yang juga Pengerusi SMJ Energy berkata demikian ketika diminta mengulas pencapaian semasa syarikat berkaitan kerajaan (GLC) Sabah itu.

Katanya, pencapaian itu adalah hasil kerja keras tenaga profesional yang diambil bagi mengurus dan mengoperasikan syarikat berkenaan tanpa campur tangan politik.

“Operasi kita (SMJ Energy) 100 peratus adalah komersial, itulah faktor memberi keputusan (pencapaian) yang baik kepada syarikat ini.

“Malah, pada tahun lalu saja kita mencatat untung RM350 juta dengan hanya 30 orang kakitangan profesional yang menguruskan syarikat,” katanya.

Katanya, SMJ Energy kini turut memiliki pegangan 50 peratus di lapangan minyak PETRONAS menerusi Kontrak Perkongsian Pengeluaran (PSC) Samarang. – SABAH MEDIA

]]>
https://sabahmedia.com/2025/06/27/nilai-smj-energy-cecah-rm5-bilion-dalam-tiga-tahun/feed/ 0 76261
Lebih 2,000 pelajar terima manfaat menerusi inisiatif CSR pendidikan SMJ Energy di Pitas https://sabahmedia.com/2025/06/10/lebih-2000-pelajar-terima-manfaat-menerusi-inisiatif-csr-pendidikan-smj-energy-di-pitas/ https://sabahmedia.com/2025/06/10/lebih-2000-pelajar-terima-manfaat-menerusi-inisiatif-csr-pendidikan-smj-energy-di-pitas/#respond Tue, 10 Jun 2025 06:50:13 +0000 https://sabahmedia.com/?p=75322
Read Time:1 Minute, 11 Second

Pitas: Seramai lebih 2,000 pelajar dari tujuh buah sekolah di daerah Pitas kini menerima bantuan secara langsung untuk keperluan persekolahan harian mereka menerusi inisiatif Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) baharu oleh SMJ Energy Sdn Bhd dengan kerjasama Yayasan MyKasih.

Inisiatif itu dilancarkan Menteri Kewangan Sabah merangkap Pengerusi SMJ Energy, Datuk Seri Masidi Manjun, dalam satu majlis di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Kanibungan, sini, pada Selasa.

Masidi ketika berucap berkata, program itu mencerminkan komitmen SMJ Energy dalam memastikan manfaat hasil industri minyak dan gas Sabah disalurkan semula kepada rakyat, khususnya anak-anak yang merupakan masa depan negeri ini.

“Jika sedikit bantuan ini mampu mengubah haluan hidup seorang pelajar, maka ia merupakan satu pelaburan yang sangat besar nilainya,” katanya.

Menurutnya, program ini melibatkan tiga buah sekolah menengah dan empat buah sekolah rendah di Pitas, dan menyediakan bantuan tunai tanpa sentuh bagi pembelian makanan dan alat tulis di kantin serta koperasi sekolah. 

Tambahnya lagi, kaedah ini memastikan ketelusan dan bantuan disalurkan terus kepada pelajar.

Beliau turut menekankan bahawa Pitas adalah antara daerah yang menghadapi cabaran sosioekonomi paling besar di Sabah, dan setiap anak harus diberi peluang yang sama tanpa mengira latar belakang.

Yayasan MyKasih pula memainkan peranan penting dalam pelaksanaan program ini, termasuk memantau dan menyediakan laporan impak berkala.

“Inisiatif ini melengkapi usaha berterusan pihak sekolah, pegawai pendidikan, dan pertubuhan tempatan di Pitas.

“Kami sedar bahawa memajukan pendidikan luar bandar memerlukan kerjasama pelbagai pihak,” katanya. – SABAH MEDIA

]]>
https://sabahmedia.com/2025/06/10/lebih-2000-pelajar-terima-manfaat-menerusi-inisiatif-csr-pendidikan-smj-energy-di-pitas/feed/ 0 75322
SMJ Energy kekalkan Penarafan Sukuk AAA mengikut RAM Ratings https://sabahmedia.com/2024/09/30/smj-energy-kekalkan-penarafan-sukuk-aaa-mengikut-ram-ratings/ https://sabahmedia.com/2024/09/30/smj-energy-kekalkan-penarafan-sukuk-aaa-mengikut-ram-ratings/#respond Mon, 30 Sep 2024 05:27:32 +0000 https://sabahmedia.com/?p=61494
Read Time:1 Minute, 8 Second

KOTA KINABALU: SMJ Energy Sdn Berhad (SMJE) dengan sukacitanya mengumumkan bahawa RAM Ratings telah mengesahkan SMJE AAA/Stable Rating Program Nota Jangka Sederhana Islam Berbilang Mata Wang (Sukuk Wakalah) sehingga RM10.0 bilion.

Dalam laporan Penarafannya, RAM menyatakan bahawa Penarafan itu disokong oleh peranan SMJE yang sangat strategik kepada Sabah, sokongan kerajaan negeri yang berterusan dan penjanaan aliran tunai yang kukuh.

Ia seterusnya menyatakan bahawa SMJE mempunyai mandat yang kukuh untuk menyelia pembangunan sumber minyak dan gas negeri, memperoleh bahagian pendapatan yang lebih besar untuk kerajaan negeri Sabah, dan membantu Sabah mencapai keselamatan tenaga.

Penglibatan SMJE yang semakin meningkat dalam sektor minyak dan gas Sabah juga dijangka membantu menarik pelaburan langsung asing, termasuk projek keluli AS$2 bilion ESteel di Taman Perindustrian Minyak & Gas Sabah dan pengembangan pembuatan kaca solar Kibing bernilai RM7 bilion di Kimanis.

Lembaga SMJE dipengerusikan oleh Datuk Seri Masidi Manjun, dengan ahli lembaga terkemuka termasuk Datuk Mohamad Sofian Nair (Setiausaha Tetap MOF Sabah), Datuk Brenndon Soh (Peguam Negara Sabah), Datuk Sauu Kakok (veteran minyak dan gas terkenal) dan Mohamad Damshal Awang Damit (tokoh terkemuka dalam pengurusan pelaburan) Dr Dionysia Kibat ialah CEO dan

Datuk Seri Lim Haw Kuang bertindak sebagai Penasihat Khas kepada SMJE dan Penasihat Teknikal kepada kerajaan negeri.

SMJE mencatatkan keuntungan selepas cukai RM259 juta bagi Tahun Kewangan 2023 dan mengisytiharkan dividen RM50 juta kepada kerajaan negeri tahun lepas.

]]>
https://sabahmedia.com/2024/09/30/smj-energy-kekalkan-penarafan-sukuk-aaa-mengikut-ram-ratings/feed/ 0 61494