smj – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Tue, 07 Jul 2026 05:22:53 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.0.2 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png smj – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Komitmen penjawat awam penentu kejayaan SMJ 2.0 https://sabahmedia.com/2026/07/07/komitmen-penjawat-awam-penentu-kejayaan-smj-2-0/ https://sabahmedia.com/2026/07/07/komitmen-penjawat-awam-penentu-kejayaan-smj-2-0/#respond Tue, 07 Jul 2026 05:22:48 +0000 https://sabahmedia.com/?p=99482
Read Time:1 Minute, 40 Second

KOTA KINABALU: Kejayaan merealisasikan aspirasi Pelan Pembangunan Sabah Maju Jaya (SMJ) 2.0 bergantung kepada kekuatan, komitmen dan keupayaan seluruh penjawat awam untuk bergerak sebagai satu pasukan yang tersusun, saling melengkapi serta berkongsi tanggungjawab terhadap matlamat yang sama.

Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Zainudin Aman berkata semangat itu menjadi teras Hala Tuju SMJ 2.0 kerana kejayaan sesebuah kerajaan tidak hanya diukur melalui dasar yang diumumkan atau pelan yang dirangka, sebaliknya sejauh mana dasar berkenaan berjaya mengubah kehidupan rakyat ke arah yang lebih baik.

Beliau berkata, budaya bekerja secara berasingan atau silo mentality perlu ditinggalkan dan digantikan dengan budaya kolaboratif yang menjadikan setiap kementerian, jabatan dan agensi sebagai rakan strategik dalam menjayakan agenda pembangunan negeri dan negara.

“Kerjasama strategik perlu diperkukuhkan antara kementerian dan agensi di peringkat negeri dan Persekutuan, di samping memperluaskan sinergi bersama sektor swasta, akademia serta komuniti bagi memastikan setiap inisiatif pembangunan dapat dilaksanakan secara lebih terselaras, cekap dan berimpak.

“Pada masa sama, komunikasi strategik perlu diperkasakan melalui pelaporan prestasi yang telus, penggunaan dashboard pemantauan serta perkongsian data yang berkesan bagi memastikan setiap dasar dan inisiatif dapat dipantau, dinilai dan ditambah baik secara berterusan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan Program Sankalpa Sabah 2030: Forum Pelaksanaan Strategik Sabah Maju Jaya (SMJ) 2.0 di Sabah International Convention Centre (SICC) di sini pada Selasa.

Zainudin berkata, dunia hari ini amat berbeza berbanding sedekad lalu apabila kemajuan teknologi, khususnya Kecerdasan Buatan (Al), berkembang begitu pesat dan mengubah landskap dunia, termasuk dalam pelaksanaan tugasan harian sektor awam.

“Justeru, SMJ 2.0 mengiktiraf pendigitalan dan Al sebagai pemboleh daya strategik yang akan memperkukuh kecekapan pentadbiran, meningkatkan produktiviti serta mentransformasikan cara kita merancang, membuat keputusan dan menyampaikan perkhidmatan kepada rakyat,” katanya.

Beliau berkata, pencapaian SMJ 1.0 membuktikan bahawa apabila dasar yang jelas disokong oleh pelaksanaan yang berkesan, hasilnya mampu memberi manfaat yang nyata kepada negeri dan rakyat.

“Bagi SMJ 2.0, Petunjuk Prestasi Utama (KPI) akan dinilai bukan dari segi mutu pelaporan tetapi sejauh mana ia memberi impak kepada kesejahteraan rakyat Negeri Sabah,” katanya.

]]>
https://sabahmedia.com/2026/07/07/komitmen-penjawat-awam-penentu-kejayaan-smj-2-0/feed/ 0 99482
SMJ 2.0 terus perkukuh pembangunan modal insan Sabah https://sabahmedia.com/2026/07/04/smj-2-0-terus-perkukuh-pembangunan-modal-insan-sabah/ https://sabahmedia.com/2026/07/04/smj-2-0-terus-perkukuh-pembangunan-modal-insan-sabah/#respond Sat, 04 Jul 2026 05:23:31 +0000 https://sabahmedia.com/?p=99300
Read Time:3 Minute, 17 Second

KOTA KINABALU: Pelaksanaan Pelan Hala Tuju Sabah Maju Jaya (SMJ) 2.0 akan terus memberi penekanan terhadap pembangunan modal insan bagi melahirkan lebih ramai tenaga kerja mahir yang bersedia memenuhi keperluan industri masa depan, khususnya dalam bidang kecerdasan buatan (AI), teknologi digital dan sektor strategik berimpak tinggi.

Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor berkata, komitmen itu selaras dengan usaha Kerajaan Negeri untuk memastikan Sabah memiliki bakat dan kepakaran yang mencukupi dalam mendepani perubahan landskap ekonomi serta perkembangan pesat teknologi global.

“Ini akan membantu melahirkan lebih ramai tenaga kerja mahir yang bersedia memenuhi keperluan industri masa depan, khususnya dalam bidang AI, teknologi digital serta sektor strategik berimpak tinggi yang lain,” katanya.

Beliau berkata demikian pada majlis perasmian Persidangan Antarabangsa Persatuan Institusi Pengajian Tinggi Asia Tenggara (ASAIHL) di Dewan Canselor, Universiti Malaysia Sabah (UMS), di sini, pada Sabtu.

Teks ucapan beliau dibacakan Pembantu Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar, Dr Andi Md Shamsureezal.

Hajiji berkata, tema persidangan ASAIHL iaitu “Merapatkan Sempadan, Membina Masa Depan: Pembelajaran Sepanjang Hayat untuk Pembangunan Mampan dan Transformasi Digital di Asia” amat bertepatan dengan keperluan semasa ketika dunia berdepan transformasi pesat dalam pelbagai sektor.

Katanya, dalam konteks pembelajaran sepanjang hayat, Sabah berdepan pelbagai cabaran yang kompleks termasuk bentuk muka bumi yang luas merangkumi kawasan pesisir pantai, tanah tinggi dan pedalaman terpencil, selain kepelbagaian masyarakat daripada segi etnik dan budaya.

Pada masa sama, beliau berkata, negeri ini turut berdepan jurang digital antara kawasan bandar dan luar bandar yang memerlukan pendekatan menyeluruh serta kerjasama pelbagai pihak bagi memastikan akses pendidikan berterusan dapat diperluaskan.

“Namun begitu, kita telah mengambil langkah proaktif untuk menangani cabaran ini, antaranya dengan menggalakkan kerjasama antara institusi pengajian tinggi di Sabah, kolej komuniti, pusat latihan vokasional serta pertubuhan bukan kerajaan bagi memperluaskan akses kepada pendidikan berterusan.

“Persoalan yang perlu kita jawab bukanlah sama ada pembelajaran sepanjang hayat itu penting, tetapi bagaimana kita membina sistem, jalinan kerjasama dan minda yang mampu menjadikan pembelajaran sepanjang hayat lebih mudah diakses, saksama dan berkesan untuk semua,” katanya.

Hajiji berkata, kecerdasan buatan kini sedang mengubah cara manusia bekerja, manakala kemunculan teknologi baharu secara berterusan menuntut industri dan profesion untuk sentiasa menyesuaikan diri dengan perubahan semasa.

Beliau berkata, integrasi AI, analitik data raya, pembelajaran mesin dan platform digital dalam pelbagai aspek kehidupan kini sedang mengubah landskap pendidikan, perdagangan, tadbir urus dan interaksi sosial.

“Bagi universiti di seluruh Asia, keadaan ini membawa peluang yang luar biasa, namun pada masa sama turut menghadirkan cabaran yang besar. Peluang tersebut terletak pada keupayaan kita untuk mencapai golongan pembelajar yang sebelum ini sukar diakses melalui platform dalam talian, mikrokelayakan, bilik darjah maya dan pembelajaran diperibadikan yang dibantu AI,” katanya.

Dalam pada itu, beliau menyambut baik kehadiran tokoh akademik dan pemikir dalam persidangan berkenaan yang terlibat secara aktif dalam transformasi digital serta inovasi pendidikan di rantau ini.

Katanya, persidangan itu menerima sebanyak 12 kertas penyelidikan daripada penyelidik di seluruh rantau Asia, sekali gus membuktikan komitmen berterusan komuniti akademik dalam menterjemahkan potensi teknologi kepada realiti pendidikan yang memberi manfaat kepada masyarakat.

“Inilah bentuk penglibatan intelektual yang kita perlukan, iaitu yang mampu menterjemahkan potensi teknologi kepada realiti pendidikan,” katanya.

Hajiji turut berbesar hati apabila dimaklumkan bahawa ASAIHL 2026 berjaya menarik penyertaan peserta dari lapan negara iaitu Malaysia, Indonesia, Thailand, Filipina, Iran, Uzbekistan, Kemboja dan Perancis.

Katanya, penyertaan itu bukan sahaja mencerminkan kepelbagaian tradisi akademik, konteks dasar dan pengalaman, malah menjadi asas penting kepada kekuatan pertukaran akademik antarabangsa yang lebih bermakna.

“Kepelbagaian ini bukan sekadar satu pencapaian dari segi penganjuran, malah menjadi asas kepada kekuatan pertukaran akademik antarabangsa,” katanya.

Beliau pada masa sama memuji UMS atas peranannya dalam memperkasa agenda pembelajaran sepanjang hayat di negeri ini menerusi pelbagai program jangkauan, inisiatif pembangunan profesional dan aktiviti libat urus komuniti.

Menurutnya, usaha berterusan universiti itu telah memperkukuh kedudukannya sebagai rakan pembelajaran sepanjang hayat kepada rakyat Sabah, selain menjadi contoh kepada institusi lain untuk bersama-sama mempromosikan budaya pembelajaran berterusan.

“Saya berharap lebih banyak institusi dan organisasi yang berkongsi aspirasi sama akan mencontohi usaha seperti ini dalam mempromosikan pembelajaran sepanjang hayat,” katanya.

]]>
https://sabahmedia.com/2026/07/04/smj-2-0-terus-perkukuh-pembangunan-modal-insan-sabah/feed/ 0 99300
SMJ Energy clarifies Sabah’s equity participation in SAMUR project https://sabahmedia.com/2026/05/26/smj-energy-clarifies-sabahs-equity-participation-in-samur-project/ https://sabahmedia.com/2026/05/26/smj-energy-clarifies-sabahs-equity-participation-in-samur-project/#respond Tue, 26 May 2026 09:16:06 +0000 https://sabahmedia.com/?p=97325
Read Time:1 Minute, 42 Second

KOTA KINABALU: SMJ Energy Sdn Bhd has reaffirmed the importance of Sabah’s equity participation and ownership in PETRONAS Chemicals Fertilizer Sabah Sdn Bhd (PCFSSB), better known as the Sabah Ammonia Urea (SAMUR) project.

The Sabah State Government’s wholly-owned energy investment vehicle said the state, through SMJ Energy, holds a 25 per cent equity stake in SAMUR under a commercial collaboration agreement (CCA) with the national oil company.

According to the statement, Sabah has continued to receive consistent financial returns from its strategic equity participation in SAMUR since the signing of the Share Purchase Agreement (SPA) on April 25, 2023.

It said dividends from the project are channelled directly into the state coffers through SMJ Energy for the benefit of Sabahans.

“To suggest that Sabah receives less than what is due from SAMUR is baseless as it disregards the State Government’s drive, favourable commercial terms and strategic decisions that successfully secured Sabah’s ownership in one of the region’s most important petrochemical assets,” the statement said.

SAMUR is currently recognised as the largest single-train granular fertiliser facility in Southeast Asia and the third-largest fertiliser plant in the Asia-Pacific region.

Built on Sabah soil and powered by Sabah gas, the project has positioned Sabah as an important player in the regional fertiliser and petrochemical industry.

SMJ Energy said the positive impact of SAMUR extends beyond the plant itself, with the Sipitang Oil and Gas Industrial Park (SOGIP), where SAMUR serves as the anchor project, attracting substantial committed investments.

The development has also generated significant employment opportunities for Sabahans in engineering, logistics, infrastructure, housing, hospitality and technical services.

“These developments represent long-term, place-based growth that is increasingly being felt across communities in Sipitang and the broader region,” it said.

SMJ Energy also reaffirmed that the Sabah State Government will continue pursuing strategic investments and strengthening partnerships with PETRONAS and other industry players to ensure Sabah’s natural resources continue generating long-term value and sustainable economic benefits for the people of Sabah.

]]>
https://sabahmedia.com/2026/05/26/smj-energy-clarifies-sabahs-equity-participation-in-samur-project/feed/ 0 97325
Kerajaan sedia lebih RM80 juta perkasa sektor pendidikan https://sabahmedia.com/2026/03/26/kerajaan-sedia-lebih-rm80-juta-perkasa-sektor-pendidikan/ https://sabahmedia.com/2026/03/26/kerajaan-sedia-lebih-rm80-juta-perkasa-sektor-pendidikan/#respond Wed, 25 Mar 2026 22:56:18 +0000 https://sabahmedia.com/?p=93781
Read Time:1 Minute, 27 Second

KOTA KINABALU: Kerajaan Sabah menyediakan lebih RM80 juta bagi memperkasa sektor pendidikan di negeri ini melalui pelbagai inisiatif di bawah Hala Tuju Sabah Maju Jaya (SMJ).

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan, Datuk Dr Mohd Arifin Mohd Arif berkata, peruntukan itu meningkat berbanding RM70 juta sebelum ini, selaras dengan komitmen kerajaan dalam memperkasa pendidikan termasuk pendidikan agama.

“Kerajaan negeri turut meningkatkan dana biasiswa kepada lebih RM100 juta bagi memastikan lebih ramai pelajar mendapat peluang melanjutkan pengajian.

“Ini bermakna tiada lagi alasan untuk anak-anak kita tidak melanjutkan pelajaran disebabkan kekangan kewangan kerana pelbagai bantuan telah disediakan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas merasmikan Majlis Anugerah Pelajar Mumtaz Sijil Rendah Ugama (SRU) dan Sijil Menengah Ugama (SMU) Tahun 2025 di Dewan Sa’adah, Wisma MUIS, di sini pada Rabu.

Arifin yang juga Exco Agama berkata, Majlis Ugama Islam Sabah (MUIS) turut menyumbang kira-kira RM40 juta setahun melalui zakat bagi menyokong pendidikan khususnya dalam bidang agama.

“Selain itu, kerajaan juga memberi perhatian terhadap kebajikan guru termasuk penambahan guru serta kenaikan jawatan bagi memperkukuh sistem pendidikan agama di negeri ini.

“Peningkatan prestasi pelajar dalam SRU dan SMU menunjukkan keberkesanan usaha berterusan kerajaan dan agensi berkaitan dalam memperkasa pendidikan agama,” katanya.

Pada majlis itu, pelajar dari Sekolah Agama Negeri (SAN) Pekan Beaufort, Nur Aliya Raju Karno menerima anugerah pelajar terbaik SRU dengan pencapaian 98 peratus, manakala Balqis Nur Danisha Bahri dari Sekolah Menengah Agama Negeri (SMAN) Toh Puan Hajjah Rahmah dinobatkan sebagai pelajar terbaik SMU dengan memperoleh 94.68 peratus.

Sementara itu, pelajar SMAN Kunak, Muhammad Faezz Hakim Rahim menerima pengiktirafan sebagai pelajar terbaik bagi aliran Tahfiz.

Turut hadir, Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri, Datuk Isnin Aliasnih serta Pengarah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah (JHEAINS), Awang Juri Awg Tahir.

]]>
https://sabahmedia.com/2026/03/26/kerajaan-sedia-lebih-rm80-juta-perkasa-sektor-pendidikan/feed/ 0 93781
Statistik Jumlah Pengundi Mengikut DUN PRU DU Sabah Ke-17 https://sabahmedia.com/2025/11/07/statistik-jumlah-pengundi-mengikut-dun-pru-du-sabah-ke-17/ https://sabahmedia.com/2025/11/07/statistik-jumlah-pengundi-mengikut-dun-pru-du-sabah-ke-17/#respond Fri, 07 Nov 2025 04:24:18 +0000 https://sabahmedia.com/?p=85154
Read Time:27 Second

KOTA KINABALU – Statistik pengundi bagi Pilihan Raya Umum (PRU) Dewan Undangan (DU) Sabah ke-17 mengikut kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN)

Secara keseluruhan, seramai 1,784,843 orang pemilih berdaftar layak untuk mengundi pada PRU DU Sabah ke-17 nanti melibatkan 1,760,417 orang pengundi biasa, 11,697 orang pengundi Tentera dan Pasangan serta 12,729 orang pengundi Polis dan Pasangan Polis PGA.

Jumlah tersebut termasuk 28,455 orang OKU dijangka akan menunaikan tanggungjawab mereka di 940 pusat mengundi yang telah ditetapkan oleh SPR.

]]>
https://sabahmedia.com/2025/11/07/statistik-jumlah-pengundi-mengikut-dun-pru-du-sabah-ke-17/feed/ 0 85154
Rekod hasil hampir RM7 bilion, aset SMJ Energy kini bernilai RM5 bilion https://sabahmedia.com/2025/10/13/rekod-hasil-hampir-rm7-bilion-smj-energy-kini-aset-rm5-bilion-masidi-bangga-kejayaan-sabah/ https://sabahmedia.com/2025/10/13/rekod-hasil-hampir-rm7-bilion-smj-energy-kini-aset-rm5-bilion-masidi-bangga-kejayaan-sabah/#respond Mon, 13 Oct 2025 02:19:43 +0000 https://sabahmedia.com/?p=83136
Read Time:2 Minute, 19 Second

Oleh Normimie Diun

KOTA KINABALU: Menteri Kewangan Sabah (caretaker), Datuk Seri Masidi Manjun menyifatkan kejayaan terbesar kerajaan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) sepanjang lima tahun mentadbir negeri ialah mengukuhkan kedudukan kewangan serta memperluas penyertaan Sabah dalam industri minyak dan gas.

Foto & Video Sabah Media/ Yusof Mohamad, Shane

Beliau berkata pencapaian itu amat bermakna kerana Sabah kini berada pada tahap kewangan yang lebih kukuh hasil pengurusan berhemat dan strategi hasil yang berkesan.

“Salah satu cabaran utama bagi setiap kerajaan di Sabah ialah bagaimana untuk menaikkan kutipan hasil. Namun sepanjang GRS memerintah, kita berjaya mengutip hasil yang lebih besar secara konsisten,” katanya ketika temubual khas bersama Sabah Media di sini baru-baru ini.

Masidi berkata pada 2021, jumlah kutipan hasil negeri ialah RM5.4 bilion dan meningkat setiap tahun melebihi RM6 bilion, malah hampir RM7 bilion setahun satu rekod baharu dalam sejarah Sabah.

Beliau menambah hasil kukuh itu turut melonjakkan cash reserve atau simpanan tunai kerajaan negeri kepada paras tertinggi iaitu RM8.6 bilion.

“Sebelum ini tidak pernah ada kerajaan yang dapat menyimpan cash reserve melebihi RM6 bilion. Ini hasil pengurusan kewangan yang baik oleh kerajaan negeri,” jelasnya.

Dalam masa sama, beliau berkata kejayaan menubuhkan syarikat minyak dan gas milik penuh kerajaan negeri, SMJ Energy Sdn Bhd, menjadi satu lagi pencapaian penting dalam memperkukuh ekonomi Sabah.

“SMJ Energy ditubuhkan pada 2021 dengan modal RM50 juta hasil rundingan dengan Petronas bagi memberi ruang lebih luas kepada Sabah untuk terlibat secara langsung dalam industri minyak dan gas. Hari ini, syarikat itu sudah bernilai RM5 bilion dari segi aset,” katanya.

Tambahnya, selepas termeterainya Commercial Collaboration Agreement (CCA) antara Sabah dan Petronas, lebih banyak syarikat milik rakyat Sabah mendapat kontrak bernilai tinggi daripada syarikat nasional itu.

“Tiga tahun lalu jumlah kontrak Petronas kepada syarikat Sabah hanya sekitar RM650 juta setahun, tetapi tahun lalu meningkat kepada RM2 bilion setahun. Saya yakin jumlah ini akan terus meningkat,” ujarnya.

Justeru, katanya kejayaan itu bukan bersifat jangka pendek semata-mata, sebaliknya sebahagian daripada pelan tindakan menyeluruh yang digariskan dalam Pelan Pembangunan Sabah Maju Jaya (SMJ).

“Kadang-kadang orang salah faham, menyangka SMJ hanya slogan kerana melihat jalan raya belum sempurna. Sebenarnya SMJ ialah motto negeri yang mencerminkan visi dan harapan masa depan Sabah negeri yang maju dengan ekonomi kukuh,” katanya.

Beliau turut menegaskan bahawa kestabilan politik adalah kunci utama memastikan kesinambungan dasar pembangunan negeri dapat diteruskan.

“Kita berpendapat sudah cukup rakyat membuat eksperimen menukar kerajaan. Kini masa untuk mewujudkan kestabilan politik kerana hanya dengan kestabilan, pembangunan negeri dapat digerakkan secara berterusan,” katanya.

Masidi menyeru rakyat Sabah supaya memberi peluang kepada kerajaan GRS meneruskan pelan pembangunan yang telah dirancang demi kemakmuran negeri.

“Hanya dengan kestabilan politik kita boleh memakmurkan Sabah. GRS menawarkan diri sebagai kerajaan yang mampu menstabilkan politik agar segala fokus tertumpu kepada pembangunan negeri,” katanya.

]]>
https://sabahmedia.com/2025/10/13/rekod-hasil-hampir-rm7-bilion-smj-energy-kini-aset-rm5-bilion-masidi-bangga-kejayaan-sabah/feed/ 0 83136
Hak dan Peluang Pekerja Sabah Terus Diperkasa https://sabahmedia.com/2025/08/18/hak-dan-peluang-pekerja-sabah-terus-diperkasa/ https://sabahmedia.com/2025/08/18/hak-dan-peluang-pekerja-sabah-terus-diperkasa/#respond Mon, 18 Aug 2025 03:18:00 +0000 https://sabahmedia.com/?p=79505
Read Time:2 Minute, 42 Second

Wan Azrain Adnan

KOTA KINABALU, – Hak dan peluang pekerja di Sabah terus diperkasa dengan pelbagai inisiatif baharu melibatkan kerjasama kerajaan negeri dan Persekutuan.

Pada awal Ogos 2025, Kementerian Sumber Manusia (KESUMA) melancarkan Pusat Sehenti Tenaga Kerja pertama di Sabah sebagai sebahagian usaha merakyatkan perkhidmatan kerajaan.

Pusat ini menghimpunkan 12 agensi persekutuan utama di bawah satu bumbung, termasuk Jabatan Tenaga Kerja (JTK), Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP), Jabatan Perhubungan Perusahaan (JPP), Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK), Institut Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Negara (NIOSH), Perbadanan Sumber Manusia (HRD Corp) serta Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) .

Menurut Menteri Sumber Manusia, pusat tersebut akan memudahkan akses pekerja dan majikan terhadap perkhidmatan berkaitan, selain mengurangkan pertindihan menerusi perkongsian sumber dan maklumat.

Menteri Pembangunan Perindustrian dan Keusahawanan Sabah pula berkata, inisiatif itu selari dengan agenda Sabah Maju Jaya yang dapat menambah baik penyelarasan pembangunan tenaga kerja serta melatih pekerja mengikut keperluan industri .

Selain itu, undang-undang berkaitan pekerja turut dikemas kini apabila Akta Ordinan Buruh Sabah (Pindaan) 2025 dan Akta Ordinan Buruh Sarawak (Pindaan) 2025 mula berkuat kuasa pada 1 Mei lalu.

Buat pertama kali, undang-undang buruh di Semenanjung, Sabah dan Sarawak diselaraskan mengikut piawaian antarabangsa, memberi manfaat kepada kira-kira dua juta pekerja di Sabah. Antara pindaan utama termasuk pengurangan waktu bekerja daripada 48 jam kepada 45 jam seminggu, serta tambahan cuti bersalin daripada 60 hari kepada 98 hari .

Menteri Sumber Manusia menyifatkan pindaan ini sebagai kejayaan penting selepas lebih 20 tahun tertangguh. Ia turut membuktikan komitmen bersama kerajaan negeri dan persekutuan dalam mengangkat pekerjaan bermaruah di Sabah.

Pada Mei 2025, Majlis Penasihat Buruh Sabah (Sabah Labour Advisory Council, SLAC) ditubuhkan sebagai platform tripartite melibatkan kerajaan, majikan dan pekerja.

Ketua Menteri Sabah berkata, majlis itu membolehkan semua pihak mencari penyelesaian bersama terhadap isu-isu berkaitan pekerja termasuk diskriminasi di tempat kerja, gangguan seksual, buruh paksa, pengurusan pekerja bukan pemastautin serta waktu kerja fleksibel .

Langkah-langkah ini disusuli perkembangan positif dalam pasaran kerja. Laporan Survei Tenaga Buruh Suku Kedua 2025 menunjukkan kadar pengangguran Sabah menurun kepada 6.2 peratus, berbanding 6.7 peratus pada suku pertama. Jumlah penganggur juga menurun sebanyak lebih 6,000 orang atau lima peratus kepada 120,300 orang .

Walaupun kadar pengangguran Sabah masih tinggi berbanding negeri lain, penurunan ini adalah yang terbesar dalam tempoh tersebut dan menghampiri paras sebelum pandemik Covid-19. Semasa pandemik, kadar pengangguran melonjak dari 5.8 peratus (2019) kepada 8.2 peratus (2021) sebelum menurun secara beransur-ansur kepada 6.2 peratus kini .

Dalam tempoh setahun (Suku Kedua 2024 hingga Suku Kedua 2025), kadar pengangguran Sabah menurun ketara sebanyak 1.8 peratus, manakala jumlah penganggur berkurang 61,200 orang. Ini membuktikan agenda Sabah Maju Jaya yang diperkenalkan pada 2021 berjaya merancakkan ekonomi dan menyediakan peluang pekerjaan .

Berdasarkan laporan Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA), Sabah menerima pelaburan berjumlah RM10.9 bilion pada suku pertama 2025, iaitu ketiga terbesar selepas Johor dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

Secara keseluruhan, sebanyak 420 pelaburan bernilai RM35.38 bilion direkodkan dalam tempoh 2021 hingga 2024, meningkatkan saiz ekonomi Sabah daripada RM77.8 bilion pada 2020 kepada RM84.3 bilion pada 2024.

Sektor pembinaan turut mencatatkan lonjakan besar 18.8 peratus pada 2024, ketiga tertinggi selepas Johor dan Kuala Lumpur, sekali gus menyediakan lebih banyak peluang pekerjaan kepada rakyat.

Sabah makmur, pekerja bahagia, rakyat sejahtera .

]]>
https://sabahmedia.com/2025/08/18/hak-dan-peluang-pekerja-sabah-terus-diperkasa/feed/ 0 79505
13 Bantuan Pendidikan Termasuk BAYU untuk Pelajar B40 Di Sabah https://sabahmedia.com/2025/07/29/13-bantuan-pendidikan-termasuk-bayu-untuk-pelajar-b40-di-sabah/ https://sabahmedia.com/2025/07/29/13-bantuan-pendidikan-termasuk-bayu-untuk-pelajar-b40-di-sabah/#respond Tue, 29 Jul 2025 03:27:45 +0000 https://sabahmedia.com/?p=78140
Read Time:53 Second

KOTA KINABALU, — Kerajaan Negeri Sabah terus komited dalam usaha memperkasa pendidikan dengan memperkenalkan 13 bentuk bantuan pendidikan bagi meringankan beban kewangan pelajar, khususnya daripada golongan E-Kasih dan B40.

Antara bantuan yang disediakan termasuk bantuan peralatan sekolah, bantuan peranti digital seperti komputer riba, sokongan kepada Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG), serta pembiayaan aktiviti pelajar.

Dalam usaha memastikan pelajar daripada keluarga berpendapatan rendah tidak tercicir melanjutkan pelajaran ke peringkat lebih tinggi, kerajaan negeri turut memperkenalkan inisiatif baharu iaitu Bantuan Yuran Peperiksaan MUET (BAYU) bagi pelajar B40.

BAYU bertujuan membantu pelajar menampung kos menduduki peperiksaan Malaysian University English Test (MUET), yang menjadi syarat kemasukan ke program ijazah pertama di Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA).

“Dengan inisiatif ini, lebih ramai pelajar B40 dapat membuat persediaan ke universiti tanpa terbeban dengan yuran peperiksaan,”.

Kerajaan Negeri Sabah percaya bahawa pelaburan dalam pendidikan merupakan asas utama untuk membina masa depan yang lebih cerah bagi generasi muda di negeri ini.

Inisiatif ini membantu memastikan pelajar dari keluarga berpendapatan rendah tidak tercicir dalam mengejar impian ke menara gading.

]]>
https://sabahmedia.com/2025/07/29/13-bantuan-pendidikan-termasuk-bayu-untuk-pelajar-b40-di-sabah/feed/ 0 78140
Pelaburan Modal Insan Kunci Pemerkasaan Rakyat Sabah https://sabahmedia.com/2025/07/26/pelaburan-modal-insan-kunci-pemerkasaan-rakyat-sabah/ https://sabahmedia.com/2025/07/26/pelaburan-modal-insan-kunci-pemerkasaan-rakyat-sabah/#respond Sat, 26 Jul 2025 02:29:00 +0000 https://sabahmedia.com/?p=77913
Read Time:3 Minute, 2 Second

Pembangunan modal insan berkelayakan dan berkemahiran tinggi dikenal pasti sebagai kunci utama kepada lonjakan pembangunan ekonomi dan sosial di Sabah.

Menurut laporan Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) 2024, lebih 80 peratus daripada 1.858 juta pekerja di Sabah tidak memiliki pendidikan tinggi atau tertiari. Statistik menunjukkan 11.4 peratus tidak mempunyai pendidikan rasmi, 24.6 peratus berpendidikan rendah, 46.7 peratus menengah, dan hanya 17.3 peratus berkelulusan tinggi atau tertiari.

Tahap PendidikanJumlah Pekerja% Pekerja
Tiada Pendidikan Rasmi211.7 ribu11.4%
Rendah457.6 ribu24.6%
Menengah868 ribu46.7%
Tinggi/ Tertiari321 ribu17.3%
Jumlah1.858 juta100%

Sabah juga merekodkan jumlah dan peratusan tertinggi pekerja tiada pendidikan rasmi di Malaysia, iaitu sebanyak 211,700 orang atau 55.3 peratus daripada jumlah keseluruhan negara sebanyak 382,900 orang.

Sehubungan itu, pembangunan modal insan dijadikan antara teras utama dalam agenda Sabah Maju Jaya bagi memastikan pembangunan yang inklusif, serta memberi peluang kepada rakyat untuk menyertai pembangunan secara produktif dan menikmati pekerjaan yang setimpal dan bermaruah.

Di bawah Belanjawan Sabah 2025, Kerajaan Negeri memperuntukkan RM497.54 juta untuk pembangunan modal insan – belanjawan terbesar dalam sejarah negeri itu. Langkah ini turut dilihat sebagai usaha mengatasi kitaran kemiskinan berterusan melalui akses pendidikan berkualiti.

Antara inisiatif utama yang diumumkan termasuk:

  • RM127 juta untuk program biasiswa, dermasiswa dan bantuan pelajar di IPT dalam dan luar negara;
  • RM1,500–RM2,000 seorang Bantuan Tunai Pendaftaran IPT (BUDI) secara sekali bayar (one-off);
  • RM300 seorang sumbangan one-off kepada mahasiswa IPT dalam Sabah di bawah program SENTOSA;
  • RM3,000 setiap sekolah bagi 1,500 buah sekolah untuk kegiatan sekolah.

Dalam Majlis Penyampaian Inisiatif Bantuan Mahasiswa Pengajian Tinggi Dalam Negeri (SENTOSA) baru-baru ini, Ketua Menteri Sabah berkata, bantuan yang dilancarkan pada Mac 2025 itu menyasarkan untuk membantu kira-kira 20,000 pelajar IPT di Sabah, dengan peruntukan RM6 juta.

Beliau turut memaklumkan peruntukan Biasiswa Kerajaan Negeri Sabah (BKNS) meningkat lebih 170 peratus, daripada RM50 juta pada 2020 kepada RM136 juta pada 2025, yang akan memberi manfaat kepada 4,170 pelajar.

Selain itu, inisiatif pendidikan lain yang memberi impak besar termasuk:

  • Yayasan Sabah: RM67.17 juta untuk 3,234 pelajar (2024);
  • Majlis Ugama Islam Sabah (MUIS): RM92.4 juta untuk lebih 48,000 pelajar dalam tempoh lima tahun melalui zakat dan fitrah;
  • Tabung Pendidikan Negeri Sabah (TPNS): RM15.8 juta untuk 10,104 pelajar sejak Jun 2022.

Dalam tempoh 2021 hingga 2024, Kerajaan Negeri telah membelanjakan RM848.26 juta untuk agenda modal insan yang melibatkan 245,953 penerima. Ia merangkumi TPNS (RM227.1 juta), BKNS (RM324.1 juta), Bantuan Pendidikan Pejabat TSKN (RM164.14 juta), dan Yayasan Sabah (RM132.92 juta).

Dengan jumlah penduduk warganegara seramai 2.654 juta orang (2022), ini bermakna hampir 10 peratus rakyat Sabah telah mendapat manfaat secara langsung daripada pelaburan modal insan ini.

Dalam perkembangan berkaitan, syarikat KTI Landmark dilaporkan memperoleh kontrak bernilai RM130.6 juta daripada Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) untuk pembinaan Kampus Akademi Binaan Malaysia di Papar – dijangka melahirkan lebih ramai tenaga kerja mahir dalam sektor pembinaan.

Pada tahun 2024, sektor pembinaan di Sabah melonjak 18.8 peratus – ketiga tertinggi selepas Johor (42.7%) dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (21.1%), menurut DOSM.

Ketua Menteri turut menegaskan bahawa Sabah perlu keluar daripada sistem lama dan menyesuaikan diri dengan perubahan global, termasuk menerokai sektor ekonomi biru seperti marikultur, perikanan, tenaga laut, pelancongan marin serta penyelidikan dan pembangunan teknologi lautan.

Langkah ini penting bagi mempelbagaikan ekonomi negeri, menjana pertumbuhan mampan serta mewujudkan pekerjaan berkemahiran dan berpendapatan tinggi, memandangkan 40 peratus KDNK Sabah kini disumbang oleh sektor pertanian serta perlombongan dan pengkuarian.

Pelaburan besar dalam pembangunan modal insan dilihat sejajar dengan matlamat memperkasa rakyat agar Sabah mampu mengejar kemajuan selaras dengan pembangunan negara dan global.

]]>
https://sabahmedia.com/2025/07/26/pelaburan-modal-insan-kunci-pemerkasaan-rakyat-sabah/feed/ 0 77913
Sabah Lonjak Kejayaan: Agenda SMJ Bukti Kesepakatan Rakyat https://sabahmedia.com/2025/07/20/sabah-lonjak-kejayaan-agenda-smj-bukti-kesepakatan-rakyat/ https://sabahmedia.com/2025/07/20/sabah-lonjak-kejayaan-agenda-smj-bukti-kesepakatan-rakyat/#respond Sun, 20 Jul 2025 02:42:00 +0000 https://sabahmedia.com/?p=77592
Read Time:2 Minute, 55 Second

Kota Kinabalu – Agenda pembangunan Sabah Maju Jaya (SMJ) telah berjaya dilaksanakan mengikut perancangan, sekali gus meletakkan Sabah di atas landasan lebih kukuh untuk melonjakkan pembangunan ekonomi dan sosial demi kesejahteraan rakyat.

Pada minggu lepas, ketika Persidangan Dewan Undangan Negeri Sabah, Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri Sabah menonjolkan kejayaan pelaksanaan agenda SMJ, hasil kerjasama erat antara kerajaan, swasta dan masyarakat.

Pada Mac 2021, Kerajaan Negeri melancarkan Pelan Pembangunan SMJ 1.0 (2021-2025), berteraskan tiga elemen utama iaitu sektor ekonomi (pertanian, perindustrian, pelancongan), modal insan dan kesejahteraan rakyat, serta jaringan infrastruktur dan kelestarian hijau.

Menurut beliau, agenda SMJ telah mencapai purata kejayaan pelaksanaan 94 peratus, dengan 366 (78 peratus) daripada 467 inisiatif berjaya dilaksanakan sepenuhnya setakat Mei 2025.

Beliau berkata, pencapaian ini dicapai berkat komitmen, kesungguhan dan kecekapan kerajaan negeri, meskipun berdepan cabaran besar termasuk pandemik COVID-19 dan ketidaktentuan global.

Agenda SMJ 2.0 akan memberi tumpuan kepada integrasi teknologi hijau dan peralihan tenaga bersih bagi menjana pembangunan Sabah yang mampan dan lestari.

Antara pencapaian utama SMJ sepanjang lima tahun (2021–2025) termasuk:

Pertumbuhan Ekonomi

  • Saiz ekonomi meningkat 8 peratus daripada RM77.8 bilion (2020) kepada RM84.3 bilion (2024).
  • Hasil kerajaan negeri meningkat 91 peratus kepada RM6.842 bilion (2024) berbanding RM3.591 bilion (2020).
  • Sabah menerima 420 pelaburan bernilai RM35.38 bilion, dengan 52 pelaburan (RM17.42 bilion) telah direalisasikan. Pada suku pertama 2025, Sabah merekodkan pelaburan diluluskan sebanyak RM10.9 bilion, ketiga tertinggi di Malaysia.
  • Jumlah dagangan melebihi RM100 bilion selama tiga tahun berturut-turut.

Infrastruktur Awam

  • 11 projek bekalan elektrik diluluskan dengan kapasiti 1,219 MW; kadar gangguan elektrik (SAIDI) turun 38 peratus.
  • Tujuh projek tenaga bernilai RM260 juta disiapkan untuk lebih 60,434 pengguna di Sabah dan Labuan.
  • Jumlah loji rawatan air meningkat daripada 85 (2021) kepada 90 (2024); kapasiti pengeluaran air meningkat 8 peratus; kadar Non-Revenue Water (NRW) turun dari 60 kepada 52 peratus.
  • 982 km jalan dibina, melebihi jarak dari Kangar ke Johor Bahru.

Modal Insan dan Kesejahteraan Rakyat

  • RM848.26 juta dibelanjakan untuk bantuan pendidikan.
  • 7,482 Rumah Mesra SMJ siap atau dalam pembinaan; RM250 juta diperuntukkan bagi tambahan 3,000 rumah pada 2025.
  • RM1.49 bilion dibelanjakan untuk bantuan kebajikan kepada 336,076 penerima; RM358.5 juta diperuntukkan di bawah Program Sentuhan Kasih Rakyat (Syukur).

Kerajaan Sabah turut berjaya mengurangkan hampir 90 peratus jumlah Ketua Isi Rumah Miskin Tegar, daripada 14,553 kepada 1,464 dalam tempoh setahun.

Ketua Menteri Sabah sebelum ini mempertikai data miskin tegar yang dikemukakan oleh Menteri Ekonomi Malaysia, memaklumkan data Kerajaan Negeri telah disahkan ICU JPM, Pejabat Pembangunan Negeri Sabah, Pejabat Daerah dan Sekretariat SMJ.

Pemulihan Sabah Development Bank (SDB)

Sabah Development Bank (SDB), institusi kewangan pembangunan milik penuh kerajaan negeri, mencatat pemulihan selepas mengalami kerugian besar pada 2023 dan 2024 akibat kelemahan tadbir urus serta pinjaman tidak berbayar (NPL) yang tinggi.

Pelaksanaan Pelan Transformasi Tiga Tahun mengurangkan obligasi pembayaran bon SDB daripada RM5 bilion (Julai 2023) kepada RM2 bilion (akhir 2024). Nisbah Modal Keseluruhan meningkat kepada 20.71 peratus.

Pada Mac 2025, SDB memfailkan saman terhadap firma audit Ernst & Young (EY) bagi menuntut kerugian RM1.975 bilion akibat pelanggaran kontrak, kecuaian, serta pelanggaran kewajipan berkanun sepanjang 2011–2023.

SDB mengurangkan kerugian sebelum cukai sebanyak 90 peratus, daripada RM898 juta (2023) kepada RM86 juta (2024), dan menjangka kembali mencatat keuntungan pada 2025. Firma RAM Rating juga mengekalkan penarafan AA1/Stable untuk instrumen hutang SDB.

Dalam tempoh Januari 2024 hingga April 2025, SDB telah meluluskan pembiayaan pinjaman bernilai RM1.71 bilion untuk komuniti perniagaan Sabah.

Sabah Makmur, Rakyat Sejahtera.

]]>
https://sabahmedia.com/2025/07/20/sabah-lonjak-kejayaan-agenda-smj-bukti-kesepakatan-rakyat/feed/ 0 77592