Smk Gadong – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Tue, 11 Jun 2024 08:19:23 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.0.2 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png Smk Gadong – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Peruntukan RM500,000 diperlukan baiki bangunan SMK Gadong https://sabahmedia.com/2024/06/11/peruntukan-rm500000-diperlukan-baiki-bangunan-smk-gadong/ https://sabahmedia.com/2024/06/11/peruntukan-rm500000-diperlukan-baiki-bangunan-smk-gadong/#respond Tue, 11 Jun 2024 08:19:21 +0000 https://sabahmedia.com/?p=55828
Read Time:1 Minute, 23 Second

Oleh NORMIMIE DIUN

BEAUFORT: Peruntukan sebanyak RM500,000 diperlukan untuk menyelenggara beberapa bahagian kerosakan pada salah satu blok bangunan di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Gadong di sini.

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi merangkap Ecxo Agama serta Exco Pendidikan Sabah, Datuk Mohd Arifin Mohd Arif berkata, permohonan peruntukan itu akan dikemukakan kepada Kementerian Ekonomi esok.

“Kita sudah melihat tempat yang perlu kita selesaikan masalahnya, kita akan mengutamakan penyelenggaraan atap di bangunan ini dan ini keutamaan kita sementara itu pengarah Jabatan Pendidikan Sabah akan mengemukakan permohonan kepada Kementerian Ekonomi esok.

“Kita minta agar penyelenggaraan ini dilaksanakan dengan segera sebaik saja ada peruntukan. Peruntukannya lebih kurang RM500,000,” katanya ketika ditemui pemberita semasa mengadakan tinjauan ke sekolah berkenaan di sini, hari ini.

Bangunan sekolah dua tingkat itu terdiri enam kelas yang boleh menempatkan kira-kira 65 orang pelajar tingkatan enam.

Sementara itu, Pengarah Pendidikan Sabah Datuk Raisin Saidin berkata, untuk bangunan SMK Gadong, peruntukan yang dipohon untuk tujuan penyelenggaraan bumbung namun secara keseluruhannya bangunan ini masih boleh digunakan.

“Untuk SMK Gadong ini seperti yang dinyatakan tadi kami di Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) akan kemukakan permohonan peruntukan kepada Kementerian Ekonomi tujuan penyelenggaraan bumbung bangunan ini.

“Kita dapati bahawa secara keseluruhannya bangunan ini masih kukuh cuma itu saja dan saya berharap supaya anak-anak sebenarnyapun kena disediakan pelan alternatif pengajaran dan pembelajaran (PDP) mereka supaya terus berjalan.

Arifin bersama Raisin melawat pelajar tingkatan enam sedang menjalankan PDP di SMK Gadong.

“Keutamaan Jabatan Pendidikan Negeri Sabah ialah anak-anak ini masih dapat belajar degann baik menggunakan kemudahan-kemudahan bilik darjah.

“Kami juga telah melawat seramai 42 pelajar Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) semester 2 tadi dan mereka melaksanakan PDP dengan baik,” ujarnya.

]]>
https://sabahmedia.com/2024/06/11/peruntukan-rm500000-diperlukan-baiki-bangunan-smk-gadong/feed/ 0 55828
Kelas sementara dibuka untuk tempatkan pelajar Tingkatan 6 SMK Gadong – JPNS https://sabahmedia.com/2024/06/08/kelas-sementara-dibuka-untuk-tempatkan-pelajar-tingkatan-6-smk-gadong-jpns/ https://sabahmedia.com/2024/06/08/kelas-sementara-dibuka-untuk-tempatkan-pelajar-tingkatan-6-smk-gadong-jpns/#respond Sat, 08 Jun 2024 04:07:18 +0000 https://sabahmedia.com/?p=55680
Read Time:1 Minute, 20 Second

Kota Kinabalu : Jabatan Pendidikan Negeri Sabah (JPNS) mengambil inisiatif untuk mewujudkan kelas-kelas sementara bagi menempatkan kelas pelajar Tingkatan Enam dan sebahagian bilik guru di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Gadong yang kini dalam keadaan usang.

Pengarah JPNS Datuk Raisin Saidin berkata, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) sebelum ini telah menurunkan peruntukkan bagi tujuan menyelenggara kelas-kelas terlibat.

“Sekolah ini sebenarnya yang tidak dapat digunakan adalah kelas tingkatan enam.  Tetapi awal tahun ini KPM telah menurunkan peruntukkan bagi menyelenggara kelas tersebut.

“Pada masa ini kelas berjalan seperti biasa kerana pihak Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) dan juga sekolah telah mengambil inisiatif untuk mewujudkan kelas-kelas sementara dan saya telah hubungi PPD Beaufort bagi mendapatkan status sekolah tersebut.

“Dari segi pelaksanaan Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) sekarang ini Alhamdulillah berjalan lancar,” katanya ketika ditemui pada Program ‘Jom Tonton Memoir Seorang Guru’ di GSC Cineme Imago Mall di sini semalam.

Raisin berkata demikian bagi mengulas keadaan sekolah itu yang kini mengalami kebocoran pada bahagian bumbung selain ada beberapa kelas terpaksa dikosongkan kerana dinding dan siling mulai mereput akibat terkena hujan.

Katanya,pihaknya juga akan turut melihat beberapa inisiatif lain yang boleh dilaksanakan bagi menyelenggara kelas terlibat.

“Yang terlibat bukan bangunan tetapi hanya kelas sahaja.  Dia bukan soal bahaya atau tidak, sebab bila bangunan itu diisytiharkan tidak selamat, kita akan tutup untuk penggunaan.

“Sudah tentu kita akan pastikan murid-murid dan juga warga guru disitu tidak menghampiri bangunan berkenaan dan kita mahu mereka sentiasa berada dalam keadaan selamat,” katanya.

Sebelum ini difahamkan bangunan SMK Gadong mula reput disebabkan bumbungnya yang telah tiada akibat ditiup angin dan siling bocor. – SABAH MEDIA

]]>
https://sabahmedia.com/2024/06/08/kelas-sementara-dibuka-untuk-tempatkan-pelajar-tingkatan-6-smk-gadong-jpns/feed/ 0 55680
Saya akan lawat SMK Gadong dalam masa terdekat – Arifin https://sabahmedia.com/2024/06/06/saya-akan-lawat-smk-gadong-dalam-masa-terdekat-arifin/ https://sabahmedia.com/2024/06/06/saya-akan-lawat-smk-gadong-dalam-masa-terdekat-arifin/#respond Thu, 06 Jun 2024 09:32:57 +0000 https://sabahmedia.com/?p=55601
Read Time:1 Minute, 12 Second

Kota Kinabalu : Satu lawatan ke Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Gadong, Beaufort akan dilakukan dalam tempoh terdekat bagi meninjau keadaan bangunan sekolah yang dilaporkan mengalami kerosakan termasuk boleh membahayakan pelajar.

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Sabah Datuk Dr Mohd Arifin Mohd Arif berkata, pihaknya akan bertemu Pegawai Pendidikan Daerah (PPD) Beaufort terlebih dahulu sebelum mengambil tindakan selanjutnya.

“Saya akan dapatkan maklumat terperinci terlebih dahulu daripada PPD Beaufort dan berbincang dengan Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Sabah (JPNS).

“Saya juga akan melawat sekolah berkenaan (SMK Gadong) dalam minggu ini dan kita akan cari jalan untuk bantu seperti mana kita bantu beberapa sekolah lain sebelum ini,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas mengadalan lawatan ke Masjid Sembilan di sini pagi tadi.

Arifin yang juga Exco Pendidikan dan Agama Sabah berkata demikian bagi mengulas laporan sebuah akhbar tempatan yang melaporkan sekolah berkenaan mengalami kebocoran pada bahagian bumbung selain ada beberapa kelas terpaksa dikosongkan kerana dinding dan siling mulai mereput akibat terkena hujan.

Bangunan terlibat juga turut menempatkan kelas Tingkatan Enam dan bilik guru yang usang.

Sebelum ini difahamkan bangunan SMK Gadong mula reput disebabkan bumbungnya yang telah tiada akibat ditiup angin dan siling bocor.

Arifin berkata, Kerajaan Sabah dan Jabatan Pendidikan Negeri Sabah (JPNS) mempunyai peruntukan bagi membantu menyelenggara sekolah yang memerlukan untuk dibaik pulih.

“Saya ingat JPNS juga ada peruntukkan untuk pembaikan kecil, manakala di Jabatan Ketua Menteri misalnya ada Bantuan Penyelenggaraan Kecil Sekolah (BALKIS) dan kita akan membantu,” katanya. – SABAH MEDIA

]]>
https://sabahmedia.com/2024/06/06/saya-akan-lawat-smk-gadong-dalam-masa-terdekat-arifin/feed/ 0 55601