Smk Pulau Gaya – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Wed, 21 May 2025 12:48:40 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.0.2 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png Smk Pulau Gaya – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 SMK Pulau Gaya buktikan lokasi bukan penghalang semangat kesukanan https://sabahmedia.com/2025/05/21/smk-pulau-gaya-buktikan-lokasi-bukan-penghalang-semangat-kesukanan/ https://sabahmedia.com/2025/05/21/smk-pulau-gaya-buktikan-lokasi-bukan-penghalang-semangat-kesukanan/#respond Wed, 21 May 2025 12:47:19 +0000 https://sabahmedia.com/?p=74237
Read Time:57 Second

Kota Kinabalu : Penganjuran Hari Sukan Tahunan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Pulau Gaya membuktikan bahawa kekangan lokasi bukan penghalang untuk membina budaya kesukanan dalam kalangan pelajar.

Pengerusi Pelibatan Ibu Bapa, Komuniti dan Sektor Swasta (PIBKS) Datuk Mohd Arif Sakaran berkata, meskipun sekolah itu terletak di pulau namun semangat kesukanan pelajar kekal tinggi.

Katanya, ia adalah hasil usaha berterusan guru-guru sukan yang gigih memupuk minat dari peringkat akar umbi.

“Setiap tahun, kita dapat lihat peningkatan penyertaan dan semangat pelajar. Ini bukti komitmen sekolah dalam membina bakat sukan sejak awal.

“Sukan penting, tetapi selepas tamat kejohanan, pelajar harus beri tumpuan semula kepada pelajaran,”katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas merasmikan penutupan kejohanan sukan tahunan SMK Pulau Gaya di Stadium Likas di sini pada Selasa.

Beliau turut menekankan kepentingan terhadap keseimbangan antara akademik dan kokurikulum.

Arif turut berharap agar lebih ramai atlet dari sekolah itu dapat melangkah ke peringkat daerah dan negeri kelak, seiring dengan kesungguhan guru-guru melatih pelajar.

Menurutnya lagi, dengan perancangan pembinaan sekolah baharu di Pulau Gaya yang bakal dilengkapi fasiliti sukan, penganjuran Hari Sukan mungkin boleh dilaksanakan sepenuhnya di pulau itu sendiri pada masa depan. – SABAH MEDIA

]]>
https://sabahmedia.com/2025/05/21/smk-pulau-gaya-buktikan-lokasi-bukan-penghalang-semangat-kesukanan/feed/ 0 74237
Dua buah blok SMK Pulau Gaya musnah ditiup angin kencang https://sabahmedia.com/2022/11/30/dua-buah-blok-smk-pulau-gaya-musnah-ditiup-angin-kencang/ https://sabahmedia.com/2022/11/30/dua-buah-blok-smk-pulau-gaya-musnah-ditiup-angin-kencang/#respond Wed, 30 Nov 2022 09:24:33 +0000 https://sabahmedia.com/?p=25586
Read Time:2 Minute, 17 Second

Oleh NORMIMIE DIUN

KOTA KINABALU: Dua buah blok bangunan Sekolah Menengah kebangsaan (SMK) Pulau Gaya musnah dilanda tiupan angin kencang dalam satu kejadian pada petang Selasa.

Shahelmey (kanan) bersama Menteri Tugas-Tugas.Khas dan Penyelaras Datuk Arifin Arif melawat lokasi kejadian di Pulau Gaya.

Pengetua SMK Pulau Gaya, Kinit Tagok berkata, saksi kejadian memaklumkan kepadanya bahawa kejadian berlaku kira-kira pukul 3.30 petang.

Pengetua SMK Pulau Gaya Kinit Tagok

“Tiupan angin kencang berlaku secara tiba-tiba memusnahkan dua buah blok bangunan sekolah kami yang menempatkan lapan bilik darjah musnah dengan sekelip mata.

“Kejadian tiupan angin kencang itu hanya dalam lima minit sahaja, mujur anak-anak murid kami semua sudah balik ke rumah masing-masing hanya beberapa guru, pengawal keselamatan dan pengusaha kantin sekolah masih berada di sekolah menyaksikan kejadian itu, syukur mereka semua selamat cuma masih terkejut dengan kejadian itu,” katanya ketika ditemui pemberita di Pulau Gaya hari ini.

Terdapat 12 rumah penduduk yang turut terjejas dalam kejadian tiupan angin kencang di Pulau Gaya itu.

Sementara itu, Menteri Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat, Datuk Ir Shahelmey Yahya bersama Menteri Tugas-Tugas Khas dan Penyelarasan Datuk Arifin Arif, pegawai-pegawai kanan Pejabat Pendidikan Negeri Sabah dan pemimpin pembangunan masyarakat melawat lokasi kejadian pada tengahari tadi.

Shahelmey yang juga Ahli Parlimen Putatan berkata, pihaknya bersama pegawai-pegawai kanan dari Pejabat Pendidikan Daerah Kota Kinabalu merancang bagaimana pelajar-pelajar sekolah menengah itu ditempatkan supaya proses pembelajaran mereka tidak terganggu secara total akibat daripada kejadian menimpa sekolah mereka.

“Saya menyeru kepada masyarakat , ibubapa dan pelajar-pelajar sekolah menengah ini supaya berhubung dengan pihak sekolah khususnya pelajar SMK Pulau Gaya ini berkaitan dengan proses pembelajaran mereka agar mereka tahu proses pembelajaran mereka itu tidak terganggu.

“Pada masa yang sama bahawa pihak Kementerian Pelajaran Malaysia akan turun pada esok hari untuk membuat lawatan, saya berharap kerja-kerja pembaikan yang berkaitan akan dapat disegerakan supaya proses pembelajaran pada tahun hadapan tidak akan terganggu, tambahan lagi awal tahun depan merupakan peperiksaan SPM.

“Itulah saya berharap pihak Kementerian Pelajaran dan Jabatan Pendidikan di Sabah membuat inisiatif untuk kerja-kerja kecemasan bagi tujuan membaikpulih sekolah ini,” katanya pada sidang media semasa lawatan itu.

Dalam pada itu, Shahelmey turut menyerahkan bantuan pemelegaan daripada Majlis Ugama Islam Sabah telah memberikan sumbangan sebanyak RM50,000 manakala Perbadanan Baitulmal Negeri Sabah menyumbangkan sebanyak RM5,000.

“Sumbangan pemelegaan ini adalah untuk mangsa-mangsa atau keluarga isi rumah yang rumah mereka terjejas akibat kesan tiupan angin kencang kelmarin, saya harap ianya dapat meringankan sedikit beban yang ditanggung oleh mereka.

“Setakat ini saya difahamkan 12 rumah keluarga yang terjejas tetapi jumlah sebenar yang terlibat akan dikenalpasti lebih lanjut oleh pihak pemimpin pembangunan masyarakat di sini.

“Kesemua mangsa adalah selamat dan kini ditempatkan di rumah-rumah keluarga mereka untuk sementara waktu,” katanya.

]]>
https://sabahmedia.com/2022/11/30/dua-buah-blok-smk-pulau-gaya-musnah-ditiup-angin-kencang/feed/ 0 25586