SMM – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Tue, 19 May 2026 04:49:15 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.1 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png SMM – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 SMM reforms strengthen Sabah’s mineral governance, boost state revenue https://sabahmedia.com/2026/05/19/smm-reforms-strengthen-sabahs-mineral-governance-boost-state-revenue/ https://sabahmedia.com/2026/05/19/smm-reforms-strengthen-sabahs-mineral-governance-boost-state-revenue/#respond Tue, 19 May 2026 04:46:19 +0000 https://sabahmedia.com/?p=96941
Read Time:2 Minute, 49 Second

KOTA KINABALU: Sabah Mineral Management Sdn Bhd (SMM), a wholly owned entity of the Sabah government, has transformed into a revenue-generating agency while reinforcing the state’s control and stewardship over its mineral resources.

SMM CEO Natasha Sim delivering a speech to PL holders on compliance matters.

To date, SMM has facilitated the issuance of several prospecting licences through what it described as strict and comprehensive due diligence processes.

The progress follows a series of institutional reforms introduced under SMM’s new leadership appointed by Chief Minister Hajiji Noor, aimed at strengthening governance, improving transparency and accountability, enhancing regulatory consistency, and restoring public confidence in Sabah’s mineral sector.

SMM facilitating engagement session with local community in Tongod.
SMM Technical Team conducting one of the site inspections.

As part of the reforms, SMM introduced new pre-qualification requirements for companies seeking prospecting licences.

Applicants are now required to undergo a rigorous due diligence process, with only companies demonstrating strong financial standing, proven technical expertise, and a clear commitment to Sabah participation allowed to proceed.

Comprehensive background checks are also conducted on companies, including their directors and shareholders, to ensure only credible and reputable partners with integrity are considered.

The reforms have already produced tangible outcomes, with SMM recording its first direct contribution of RM1 million to the Sabah government last year, alongside its highest net profit since the company was established in 2021.

Mineral prospecting, however, involves significant commercial risk and high operational costs borne entirely by applicants.

This includes geological surveys, environmental assessments, technical studies, and compliance obligations, which can amount to millions of ringgit without any guarantee of success.

From the state’s perspective, the prospecting phase represents a low-risk approach to developing Sabah’s mineral sector as all financial and operational risks are undertaken by applicants, while the state gains access to valuable geological and technical data.

SMM Chief Executive Officer Natasha Sim said only about 30 per cent of Sabah’s mineral deposits have been comprehensively mapped by the Department of Minerals and Geoscience Malaysia (JMG).

She said incoming prospecting activities present an important opportunity for Sabah to expand its mineral database and improve understanding of the state’s resource potential.

Natasha said under the current development model overseen by SMM, the state bears no financial cost or liability during the prospecting phase while retaining full ownership of all mineral data generated.

She said this is particularly significant as much of the previous exploration work conducted by JMG did not place ownership of the data under the Sabah government.

“The current licensing process provides a strategic pathway for Sabah to reclaim ownership of its geological data, expand knowledge of its mineral potential, and systematically explore the remaining 70 per cent of land area where little or no information currently exists,” she said during a courtesy call by Sabah Publishing House deputy general manager Dexter Yeh at the SMM office in Plaza Shell.

She added that while the state does not bear costs during prospecting activities, Sabah becomes directly involved once mining activities commence.

“If and when a mining lease is approved, the state participates through royalties, fees, land-use payments and, in certain cases, equity participation.

“This ensures that the commercial benefits from resource extraction are channelled back to the people of Sabah, but only after all necessary safeguards, diligence processes and approvals have been completed,” she said.

]]>
https://sabahmedia.com/2026/05/19/smm-reforms-strengthen-sabahs-mineral-governance-boost-state-revenue/feed/ 0 96941
SMM ukir sejarah di bawah pengurusan baharu, catat hasil tertinggi dan sumbangan pertama kepada negeri https://sabahmedia.com/2025/12/18/smm-ukir-sejarah-di-bawah-pengurusan-baharu-catat-hasil-tertinggi-dan-sumbangan-pertama-kepada-negeri/ https://sabahmedia.com/2025/12/18/smm-ukir-sejarah-di-bawah-pengurusan-baharu-catat-hasil-tertinggi-dan-sumbangan-pertama-kepada-negeri/#respond Thu, 18 Dec 2025 11:54:54 +0000 https://sabahmedia.com/?p=88539
Read Time:1 Minute, 3 Second

KOTA KINABALU: Sabah Mineral Management Sdn Bhd (SMM) mengukir sejarah tersendiri apabila mencatatkan hasil pendapatan tertinggi sejak penubuhannya pada tahun 2021, sekali gus menandakan pencapaian penting di bawah tadbir urus dan pengurusan baharu syarikat.

Menerusi kenyataan media SMM hari ini, pencapaian tersebut direkodkan di bawah kepimpinan Ketua Pegawai Eksekutif, Natasha Sim, selaras dengan usaha transformasi dan penstrukturan semula yang dilaksanakan sepanjang setahun lalu bagi memperkukuh asas kewangan serta prestasi operasi syarikat.

Seiring peningkatan hasil, SMM turut mengunjurkan keuntungan bersih tertinggi, sekali gus menandakan pemulihan kewangan yang signifikan daripada kerugian terkumpul pada tahun-tahun terdahulu kepada kedudukan kewangan yang lebih stabil dan mampan buat pertama kali.

Sebagai manifestasi kejayaan itu, SMM menyalurkan sumbangan langsung pertamanya kepada Kerajaan Negeri Sabah berjumlah RM1 juta, sekali gus mencerminkan komitmen syarikat dalam menyokong pertumbuhan ekonomi dan pembangunan negeri.

Sumbangan diserahkan oleh Natasha kepada Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor di Menara Kinabalu di sini, pada Khamis (18 Dis).

Menurut SMM, pencapaian berkenaan adalah hasil pembaharuan menyeluruh yang merangkumi pengukuhan disiplin kewangan, tadbir urus korporat yang lebih telus serta penambahbaikan kecekapan operasi di bawah kepimpinan baharu.

SMM turut menyatakan sasaran untuk terus menyalurkan sumbangan dan dividen yang lebih besar serta berterusan kepada Kerajaan Negeri Sabah pada tahun hadapan, sejajar dengan agenda kelestarian dan pertumbuhan jangka panjang syarikat.

]]>
https://sabahmedia.com/2025/12/18/smm-ukir-sejarah-di-bawah-pengurusan-baharu-catat-hasil-tertinggi-dan-sumbangan-pertama-kepada-negeri/feed/ 0 88539
SMM ambil tindakan saman terhadap MalaysiaNow https://sabahmedia.com/2025/07/25/smm-ambil-tindakan-saman-terhadap-malaysianow/ https://sabahmedia.com/2025/07/25/smm-ambil-tindakan-saman-terhadap-malaysianow/#respond Fri, 25 Jul 2025 08:00:44 +0000 https://sabahmedia.com/?p=77902
Read Time:2 Minute, 49 Second

Kota Kinabalu : Sabah Mineral Management Sdn Bhd (SMM) mengambil tindakan undang-undang menerusi saman fitnah terhadap portal berita MalaysiaNow berkaitan dengan dakwaan bahawa SMM telah memberikan lesen mencarigali (Prospecting Licence) kepada Bumi Suria Sdn Bhd.

SMM dalam satu kenyataan hari ini memaklumkan, laporan berita yang disiarkan oleh MalaysiaNow mengandungi pelbagai dakwaan yang dak berasas, bersifat fitnah serta direka bentuk untuk mengelirukan pembaca.

Menurut SMM, Tindakan itu jelas menunjukkan bahawa penerbitan tersebut bersifat berat sebelah, tidak adil, serta menimbulkan persepsi bahawa ia merupakan satu usaha yang dirancang untuk menjejaskan reputasi dan nama baik SMM termasuk barisan pengarah dan pegawainya.

” Bagi mengelakkan sebarang kekeliruan, SMM ingin menegaskan perkara-perkara berikut iaitu, SMM tidak mempunyai bidang kuasa untuk mengeluarkan Lesen Mencarigali (Prospecting License).

“Selain itu, SMM juga tidak mempunyai kuasa untuk mengeluarkan lesen mencarigali. Di bawah Sabah Mining Ordinance 1960, Lesen Mencarigali hanya boleh dikeluarkan oleh Jabatan Tanah dan Ukur Sabah (JTU).

“Sehubungan itu, seperti yang telah disahkan oleh Pengarah JTU dalam kenyataan media beliau, yang bertarikh 24 Julai 2025, tidak ada sebarang lesen mencarigali atau apa-apa lesen berkaitan mineral pernah dikeluarkan oleh JTU kepada Bumi Suria Sdn Bhd,” menurut kenyataan itu di sini pada Jumaat.

Selain itu, SMM telah dilantik oleh Kerajaan Negeri Sabah sebagai entiti pengurusan yang bertanggungjawab dalam menyelia, menyelaras dan melaksanakan Pemeriksaan Usaha Wajar (Due Diligence) teknikal serta kewangan berkaitan permohonan lesen mencarigali di negeri Sabah.

Selain itu, SMM bertanggungjawab melaksanakan pemantauan dan pengawasan segala peraturan dan polisi yang ditetapkan oleh Kerajaan Negeri dalam industri perlombongan di Sabah.

“Dalam hal permohonan lesen, peranan SMM adalah terhad kepada mengeluarkan Surat Kebenaran Bersyarat untuk Memohon lesen mencarigali selepas Mesyuarat Lembaga Pengarah diadakan.

“Surat ini tidak bermaksud pemberian atau kelulusan sebarang lesen. Pemohon yang berminat perlu mengemukakan dokumen lengkap dan menjalani proses semakan wajar (due diligence) oleh SMM sebelum agensi kerajaan berkaitan menjalankan semakan lanjut,”‘tambah kenyataan itu lagi.

Berhubung dengan isu kelulusan bersyarat Bumi Suria Sdn Bhd untuk memohon telah dibatalkan, Ahli Lembaga Pengarah SMM telah mempertimbangkan permohonan Bumi Suria Sdn Bhd dan memberikan kebenaran bersyarat untuk memohon lesen mencarigali bagi kawasan tertentu.

Walau bagaimanapun, syarikat tersebut gagal mengemukakan dokumen-dokumen yang diperlukan untuk disemak dalam tempoh yang ditetapkan.

Sehubungan itu, pada 24 Mac 2025, SMM telah mengeluarkan Surat Pembatalan Kebenaran Memohon Lanjut lesen mencarigali kepada Bumi Suria Sdn Bhd.

“Surat tersebut menyatakan bahawa tempoh kelulusan untuk membuat permohonan lanjut telah tamat dan syarikat berkenaan dak mengemukakan permohonan rasmi kepada SMM dalam tempoh yang ditetapkan.

“Oleh itu, kelulusan bersyarat untuk membuat permohonan lanjut tersebut terbatal secara serta-merta. Fakta ini telah diketepikan sepenuhnya oleh MalaysiaNow dalam laporan mereka,” tambah kenyataan itu lagi.

Sementara itu, MalaysiaNow telah menerbitkan rakaman audio yang dikaitkan dengan mesyuarat Lembaga Sabah Mineral Management (SMM) pada Mei 2024, namun suara dalam rakaman tersebut bukan milik Ketua Pegawai Eksekuf SMM, Natasha Sim.

Walaupun begitu, portal tersebut menggunakan imej dan nama beliau dalam konteks suara audio berkenaan, yang menimbulkan kekeliruan dan tanggapan tidak tepat terhadap penglibatan beliau dalam isu yang dibangkitkan.

Kegagalan MalaysiaNow mengesahkan kesahihan maklumat dengan SMM ataupun Natasha sebelum penerbitan merupakan pelanggaran serius terhadap etika kewartawanan, sekali gus mencetuskan kekeliruan dan tanggapan negatif terhadap SMM serta kepimpinannya.

Sehubungan itu, SMM mengeluarkan amaran keras kepada mana-mana pihak agar tidak mengulangi atau merujuk kepada laporan MalaysiaNow yang bersifat palsu, mengelirukan dan berunsur fitnah.

“SMM akan teruskan dengan tindakan saman fitnah terhadap MalaysiaNow dan sejurusnya pihak-pihak terlibat,” menurut kenyataan itu.

]]>
https://sabahmedia.com/2025/07/25/smm-ambil-tindakan-saman-terhadap-malaysianow/feed/ 0 77902
Tiada Lesen Mencarigali Dikeluarkan Kepada Bumi Suria – JTU  https://sabahmedia.com/2025/07/24/tiada-lesen-mencarigali-dikeluarkan-kepada-bumi-suria-jtu/ https://sabahmedia.com/2025/07/24/tiada-lesen-mencarigali-dikeluarkan-kepada-bumi-suria-jtu/#respond Thu, 24 Jul 2025 11:07:13 +0000 https://sabahmedia.com/?p=77871
Read Time:41 Second

KOTA KINABALU – Jabatan Tanah dan Ukur (JTU) Sabah menegaskan bahawa tiada sebarang lesen mencarigali dikeluarkan kepada Syarikat Bumi Suria Sdn Bhd di bawah peruntukan Ordinan Perlombongan Sabah 1960 (SMO 1960).

Pengarah Tanah dan Ukur merangkap Ketua Merinyu Galian Sabah, Datuk Sr Bernard Liew Chau Min, berkata jabatan itu memandang serius sebarang kenyataan, promosi atau tindakan yang mengaitkan syarikat tersebut dengan pemilikan lesen mencarigali, kerana ia tidak mempunyai kelulusan rasmi daripada pihak berkuasa perlombongan negeri.

“Untuk makluman umum, sebarang aktiviti pencarigalian mineral di Sabah hanya boleh dijalankan setelah memperoleh lesen sah yang dikeluarkan di bawah Seksyen 6 dan 8 Ordinan Perlombongan Sabah 1960, serta tertakluk kepada syarat-syarat teknikal dan perundangan yang ditetapkan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

JTU turut mengingatkan orang awam agar berwaspada terhadap maklumat mengelirukan yang disebarkan melalui mana-mana saluran media.

]]>
https://sabahmedia.com/2025/07/24/tiada-lesen-mencarigali-dikeluarkan-kepada-bumi-suria-jtu/feed/ 0 77871
Siasatan Dalaman Sahkan Tiada Salah Laku berhubung Gambar Tular – SMM https://sabahmedia.com/2025/07/21/siasatan-dalaman-sahkan-tiada-salah-laku-berhubung-gambar-tular-smm/ https://sabahmedia.com/2025/07/21/siasatan-dalaman-sahkan-tiada-salah-laku-berhubung-gambar-tular-smm/#respond Mon, 21 Jul 2025 12:35:00 +0000 https://sabahmedia.com/?p=77683
Read Time:1 Minute, 53 Second

Kota Kinabalu – Sabah Mineral Management Sdn. Bhd. (SMM) hari ini menafikan dakwaan fitnah berhubung gambar tular melibatkan jet peribadi, sambil menegaskan bahawa siasatan dalaman dan kerjasama penuh dengan pihak berkuasa telah mengesahkan tiada sebarang salah laku, salah guna kuasa atau kepentingan peribadi berkaitan lawatan kerja rasmi tersebut.

Dalam kenyataan medianya, SMM berkata dakwaan tidak berasas yang mengaitkan Ketua Pegawai Eksekutif, Natasha Sim, dan Setiausaha Syarikat, Emily Chong, dengan gambar mereka di sisi jet peribadi semasa lawatan kerja rasmi adalah palsu.

Menurut syarikat itu, gambar berkenaan dirakam ketika urusan berkaitan pelaburan langsung asing (FDI) bersama sebuah syarikat perlombongan terkemuka di Indonesia. Lawatan kerja pertama ke Indonesia pada Mac 2023 diatur mantan Ketua Pegawai Eksekutif, Jonith Enggihon, sebagai sebahagian daripada proses semakan wajar (due diligence) terhadap potensi kerjasama.

Pada Disember 2023, Jonith mengemukakan syor kerjasama kepada Lembaga Pengarah SMM, dengan merujuk kepada rekod cemerlang syarikat Indonesia itu dalam industri perlombongan. Setelah mendapat kelulusan Lembaga Pengarah pada Februari 2024, Natasha Sim — ketika itu Ketua Pegawai Strategi — dilantik mengetuai perbincangan berkaitan FDI.

Lawatan susulan pada Ogos 2024, yang menjadi latar gambar tular tersebut, adalah sebahagian daripada usaha memuktamadkan rundingan pelaburan.

SMM memaklumkan bahawa pada Disember 2024, Natasha dan Emily secara proaktif memberikan kerjasama penuh kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), termasuk menyerahkan kenyataan lengkap dan dokumen sokongan berkaitan isu yang dibangkitkan.

Siasatan dalaman bebas yang selesai pada Februari 2025 turut mendapati tiada unsur salah laku, konflik kepentingan atau keuntungan peribadi.

SMM menyifatkan tuduhan yang dibangkitkan menerusi laporan media dan kenyataan awam baru-baru ini sebagai palsu, mengelirukan, dan berunsur fitnah. Syarikat turut menegaskan bahawa ia bukan badan pelesenan, manakala Ketua Pegawai Eksekutif tidak mempunyai kuasa undang-undang atau pentadbiran untuk meluluskan sebarang lesen.

Menurut SMM, isu ini mungkin berkait dengan tindakan undang-undang yang sedang diambil syarikat terhadap Jonith dan ahli perniagaan, Albert Tei. Tuduhan semasa dilihat sebagai percubaan untuk mengitar semula isu yang sedang melalui proses mahkamah demi mencemarkan nama baik syarikat.

Sehubungan itu, SMM menyeru semua pihak termasuk media, ahli politik dan orang awam supaya memeriksa kesahihan fakta sebelum menyebarkan dakwaan tidak berasas. Syarikat juga memberi amaran bahawa pihaknya tidak akan teragak-agak mengambil tindakan undang-undang terhadap mana-mana pihak termasuk organisasi media, tokoh awam atau individu atas kesalahan memfitnah dan menyebarkan maklumat palsu dengan niat jahat.

]]>
https://sabahmedia.com/2025/07/21/siasatan-dalaman-sahkan-tiada-salah-laku-berhubung-gambar-tular-smm/feed/ 0 77683
SMM nafi keluarkan lesen eksplorasi kepada syarikat milik Farhash https://sabahmedia.com/2025/07/21/smm-nafi-keluarkan-lesen-eksplorasi-kepada-syarikat-milik-farhash/ https://sabahmedia.com/2025/07/21/smm-nafi-keluarkan-lesen-eksplorasi-kepada-syarikat-milik-farhash/#respond Mon, 21 Jul 2025 08:23:41 +0000 https://sabahmedia.com/?p=77662
Read Time:1 Minute, 24 Second

Oleh Florieta Diet

Kota Kinabalu — Sabah Mineral Management Sdn Bhd (SMM) hari ini menafikan sekeras-kerasnya dakwaan bahawa ia pernah mengeluarkan lesen eksplorasi kepada Bumi Suria Sdn Bhd, sambil menyatakan kesediaan untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap pihak yang terus menyebarkan maklumat tidak berasas itu.

Ketua Pegawai Eksekutif SMM, Natasha Sim, berkata agensi itu tidak mempunyai bidang kuasa atau jurisdiksi untuk meluluskan atau mengeluarkan lesen mineral, justeru menolak sepenuhnya dakwaan yang dilaporkan portal di dalam talian sebelum ini.

“SMM bukanlah agensi yang mempunyai kuasa atau jurisdiksi untuk mengeluarkan apa-apa lesen mineral,” katanya ketika dihubungi Sabah Media hari ini.

Beliau menegaskan, nama syarikat Bumi Suria Sdn Bhd juga tidak pernah disenaraikan dalam sebarang kelulusan atau penganugerahan lesen sejak SMM ditubuhkan.

“Kalau laporan palsu ini berterusan, kami akan ambil tindakan undang-undang terhadap portal atau individu yang menyebarkannya,” tegasnya.

Sementara itu, ahli perniagaan Farhash Wafa Salvador Rizal Mubarak melalui peguamnya telah menghantar surat cease and desist kepada MalaysiaNow, menuntut portal berkenaan menarik balik dakwaan serta membuat permohonan maaf terbuka dalam tempoh 48 jam.

Farhash turut menafikan dakwaan tersebut dan menyifatkan laporan itu sebagai “palsu dan berunsur fitnah”. Sekiranya tuntutan itu tidak dipenuhi, tindakan undang-undang akan diambil terhadap portal berkenaan serta individu yang terlibat.

Terdahulu, satu laman portal dibdalam talian, melaporkan bahawa SMM telah menganugerahkan lesen penerokaan kepada Bumi Suria Sdn Bhd bagi perlombongan arang batu, dengan syarikat itu didakwa diberikan hak eksklusif meneroka kawasan seluas 70,000 hektar di Hutan Simpan Kalabakan dan Gunung Rara, berhampiran sempadan Kalimantan.

luas 70,000 hektar di Hutan Simpan Kalabakan dan Gunung Rara berhampiran sempadan Kalimantan.

Bagaimanapun, Sim menegaskan bahawa tiada lesen prospek pernah dikeluarkan atau dianugerahkan oleh kerajaan negeri kepada Bumi Suria.

]]>
https://sabahmedia.com/2025/07/21/smm-nafi-keluarkan-lesen-eksplorasi-kepada-syarikat-milik-farhash/feed/ 0 77662
Dakwaan rasuah ADUN Sabah: SPRM sahkan video tiada kredibiliti, tak boleh guna pakai https://sabahmedia.com/2025/02/16/dakwaan-rasuah-adun-sabah-sprm-sahkan-video-tiada-kredibiliti-tak-boleh-guna-pakai/ https://sabahmedia.com/2025/02/16/dakwaan-rasuah-adun-sabah-sprm-sahkan-video-tiada-kredibiliti-tak-boleh-guna-pakai/#respond Sun, 16 Feb 2025 14:13:00 +0000 https://sabahmedia.com/?p=68844
Read Time:1 Minute, 0 Second

BERNAMA

KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), baru sahaja selesai merakam keterangan lima saksi termasuk seorang ahli politik dari Sabah berhubung siasatan dakwaan skandal rasuah melibatkan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) di negeri itu.

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki berkata lima individu itu dipanggil susulan isu baharu mengenai siasatan berkenaan yang ditimbulkan di sebuah portal dan SPRM Sabah sedang meneliti rakaman keterangan itu.

Katanya, siasatan dakwaan skandal rasuah itu dibuat berdasarkan video dikeluarkan sebuah portal serta di media sosial.

Menurutnya, sehingga ke hari ini pemberi maklumat yang mendedahkan video itu masih belum berkongsi sebarang bukti dengan SPRM.

“Video ini telah kita kemukakan kepada bahagian forensik SPRM.

“Laporannya baru-baru ini menunjukkan lapan video di dalam portal itu adalah video yang tidak boleh diguna pakai kerana berlaku editing serta ia juga tidak boleh digunakan dalam penyiasatan dan juga mahkamah kerana tidak ada kredibiliti,” katanya.

Sebuah portal berita baru-baru ini melaporkan mengenai beberapa rakaman video memaparkan ADUN berkenaan didakwa menerima ratusan ribu ringgit bagi menyokong permohonan sebuah syarikat untuk projek di sebuah negeri.

Azam berkata SPRM tidak bercadang memanggil portal yang menyiarkan video terbabit untuk mengetahui bagaimana ia diperoleh kerana menghormati kebebasan portal itu untuk membuat laporan.

]]>
https://sabahmedia.com/2025/02/16/dakwaan-rasuah-adun-sabah-sprm-sahkan-video-tiada-kredibiliti-tak-boleh-guna-pakai/feed/ 0 68844
CEO Sabah Mineral Tepis Dakwaan Bekas CEO Berhubung Salah Laku https://sabahmedia.com/2024/11/29/ceo-sabah-mineral-tepis-dakwaan-bekas-ceo-berhubung-salah-laku/ https://sabahmedia.com/2024/11/29/ceo-sabah-mineral-tepis-dakwaan-bekas-ceo-berhubung-salah-laku/#respond Fri, 29 Nov 2024 14:52:29 +0000 https://sabahmedia.com/?p=64615
Read Time:1 Minute, 20 Second

KOTA KINABALI — Dalam perkembangan terkini mengenai kontroversi yang melibatkan Sabah Mineral Sdn Bhd (SMM), Ketua Pegawai Eksekutifnya, Natasha Sim, tampil menafikan tuduhan yang mengaitkannya dengan salah laku, termasuk penggunaan jet peribadi yang didakwa ditaja serta pemalsuan minit mesyuarat lembaga pengarah.

Menurut kenyataan Sim, dakwaan terhadapnya adalah tidak berasas dan bersifat berniat jahat dan beliau menyifatkan tuduhan ini sebagai percubaan terancang untuk mencemarkan reputasinya dan memutarbelitkan fakta.

Kenyataan Sim itu tampil selepas satu Laporan polis yang dibuat di Sabah petang tadi mendakwa beliau bersama suaminya menggunakan jet peribadi milik seorang pedagang kayu-kayan untuk perjalanan ke Indonesia, yang turut disertai dua anak kepada pedagang tersebut. Tuduhan ini ditambah pula dengan dakwaan bahawa Sim telah meminda minit mesyuarat lembaga pengarah secara tidak sah.

Sebagai respons, Sim menyatakan kesediaannya untuk disiasat oleh pihak berkuasa dan menegaskan akan memberikan kerjasama penuh. Beliau turut mendedahkan bahawa beliau memiliki dokumen yang mampu menyangkal tuduhan tersebut dan berhasrat mengambil tindakan undang-undang terhadap pihak yang menyebarkan maklumat palsu katanya Lapor Portal FMT malam ini.

Isu ini timbul seiring dengan tuduhan oleh SMM terhadap bekas CEO mereka, Jontih Enggihon. Jontih didakwa melanggar kewajipan fidusiari, melakukan penipuan, dan berpakat dengan pemberi maklumat yang disyaki menjadi dalang di sebalik video dakwaan rasuah melibatkan beberapa Adun Sabah.

Sebaliknya, Jontih menafikan dakwaan tersebut, menyifatkannya sebagai fitnah, dan menyatakan dirinya tidak pernah menjadi orang tengah seperti yang didakwa.

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kini menjalankan siasatan yang melibatkan lima Adun Sabah yang telah dipanggil untuk memberikan keterangan. Walaupun siasatan ini melibatkan isu politik dan korporat yang kompleks, fokus utama SPRM adalah untuk memastikan keadilan ditegakkan tanpa gangguan pihak berkepentingan.

]]>
https://sabahmedia.com/2024/11/29/ceo-sabah-mineral-tepis-dakwaan-bekas-ceo-berhubung-salah-laku/feed/ 0 64615
SMM ditubuh untuk langkah strategik urus sektor mineral agar lebih tersusun, fokus dan berkesan https://sabahmedia.com/2024/11/20/smm-ditubuh-untuk-langkah-strategik-urus-sektor-mineral-agar-lebih-tersusun-fokus-dan-berkesan/ https://sabahmedia.com/2024/11/20/smm-ditubuh-untuk-langkah-strategik-urus-sektor-mineral-agar-lebih-tersusun-fokus-dan-berkesan/#respond Wed, 20 Nov 2024 11:17:49 +0000 https://sabahmedia.com/?p=64112
Read Time:1 Minute, 47 Second

KOTA KINABALU: Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor, hari ini menegaskan bahawa Sabah Mineral Management Sdn. Bhd. (SMM) adalah sebuah syarikat milik penuh kerajaan negeri, ditubuhkan sebagai langkah strategik untuk menguruskan sektor mineral dengan lebih tersusun, fokus, dan berkesan.

Katanya, langkah ini bertujuan untuk memaksimumkan potensi sektor mineral sebagai sumber pendapatan baharu bagi negeri Sabah.

“Setakat ini, SMM telah mengeluarkan 26 Lesen Mencarigali (Prospecting License – PL) selaras dengan Seksyen 6 Ordinan Perlombongan Sabah 1960 untuk tempoh dua tahun. Namun, daripada jumlah itu, dua lesen telah ditarik balik oleh pemegang lesen, satu lesen dibatalkan, dan empat lesen telah luput tempoh disebabkan beberapa faktor termasuk ketiadaan kemajuan eksplorasi dan sensitiviti kawasan perlindungan seperti Totally Protected Area (TPA),” jelas Hajiji.

Beliau berkata demikian ketika sesi penggulungan bagi Jabatan Ketua Menteri di Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah di sini, hari ini.

Beliau turut menekankan bahawa lesen mencarigali ini bertujuan untuk menentukan sama ada kawasan tersebut mempunyai mineral bernilai untuk dilombong.

Jelas Hajiji lagi, sebarang permohonan untuk Mining Lease bagi operasi perlombongan hanya akan diputuskan selepas terbukti terdapat mineral yang boleh dibangunkan.

“Keputusan akhir mengenai perkara ini akan dibawa ke Mesyuarat Jemaah Menteri untuk pertimbangan,” ujarnya.

Ketua Menteri turut mengulas mengenai isu berkaitan laporan salah laku dalam pengurusan mineral yang sedang menjadi perhatian.

Beliau memaklumkan bahawa laporan berkaitan telah diserahkan kepada pihak berwajib untuk siasatan lanjut.

“Saya menyerahkan sepenuhnya kepada pihak berwajib untuk menjalankan siasatan dan mengambil tindakan sewajarnya jika terdapat sebarang unsur salah laku atau penyalahgunaan kuasa. Oleh kerana kes ini sedang dalam siasatan, saya tidak dapat mengulas lebih lanjut untuk mengelakkan siasatan terganggu,” kata Hajiji.

Beliau juga memberi jaminan kepada rakyat Sabah bahawa pentadbiran baharu SMM beroperasi secara telus dan mengikut prinsip tadbir urus yang baik (good governance), dengan semua kelulusan diputuskan melalui Mesyuarat Ahli Lembaga Pengarah.

Menjawab persoalan berhubung penahanan emas di Lapangan Terbang Tawau pada 6 Februari 2024, Hajiji menjelaskan bahawa emas tersebut telah dikembalikan kepada syarikat operator lombong kerana tiada pelanggaran undang-undang di bawah Jabatan Kastam Diraja Malaysia.

Justeru, beliau berharap penjelasan ini dapat memberikan keyakinan kepada rakyat Sabah bahawa kerajaan negeri komited untuk memastikan pengurusan sumber mineral dilakukan dengan bertanggungjawab dan menguntungkan negeri.

]]>
https://sabahmedia.com/2024/11/20/smm-ditubuh-untuk-langkah-strategik-urus-sektor-mineral-agar-lebih-tersusun-fokus-dan-berkesan/feed/ 0 64112
SMM ambil tindakan undang-undang susulan salah laku bekas CEO https://sabahmedia.com/2024/11/18/smm-ambil-tindakan-undang-undang-susulan-salah-laku-bekas-ceo/ https://sabahmedia.com/2024/11/18/smm-ambil-tindakan-undang-undang-susulan-salah-laku-bekas-ceo/#respond Mon, 18 Nov 2024 09:37:17 +0000 https://sabahmedia.com/?p=63971
Read Time:1 Minute, 24 Second

KOTA KINABALU: Sabah Mineral Management Sdn. Bhd. (SMM) hari ini mengumumkan bahawa pihaknya telah menjalankan siasatan dalaman yang menyeluruh, yang mendedahkan pelanggaran tanggungjawab fidusiari, aktiviti penipuan yang didakwa, salah penyataan, pembohongan kepada Lembaga Pengarah SMM, serta salah laku oleh bekas Ketua Pegawai Eksekutif, Jontih Enggihon.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif SMM Natasha Sim, sebagai tindak balas terhadap perkara ini, SMM telah mengemukakan laporan rasmi kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM).

“Hasil siasatan mengenal pasti beberapa kejadian di mana Jontih bertindak melebihi kuasa yang diberikan, dengan tindakan yang didakwa bertujuan untuk memberi manfaat kepada entiti yang berpotensi mempunyai konflik kepentingan, serta bersekongkol dengan pihak ketiga yang mewakili kartel tertentu.

“Semua tindakan ini dilakukan tanpa pengetahuan atau kelulusan Lembaga Pengarah, yang merupakan pelanggaran serius terhadap polisi dan piawaian tadbir urus syarikat,” jelasnya dalam satu kenyataan media hari ini.

Natasha berkata, selaras dengan komitmen SMM terhadap ketelusan dan pematuhan undang-undang, syarikat juga telah melantik penasihat undang-undang luar untuk mengenakan tindakan sivil lanjut terhadap Jontih bagi mendapatkan ganti rugi atas sebarang kerugian kewangan atau kerosakan reputasi yang dialami oleh syarikat.

“SMM kekal komited untuk menegakkan standard tadbir urus korporat, ketelusan, dan akauntabiliti tertinggi dalam semua operasinya.

“Syarikat bertekad untuk melindungi kepentingan pihak berkepentingan dan rakyat Sabah, serta tidak akan bertolak ansur dengan sebarang bentuk salah laku yang boleh menjejaskan integriti operasinya,” tegasnya.

Sehubungan dengan itu, Natasha turut menegaskan bahawa SMM sedang bekerjasama sepenuhnya dengan SPRM dan PDRM dalam siasatan mereka.

“SMM akan terus memberikan sebarang bantuan yang diperlukan untuk memastikan perkara ini diselesaikan mengikut undang-undang Malaysia.

“Pernyataan ini dikeluarkan untuk memastikan pihak berkepentingan dimaklumkan sepenuhnya tentang tindakan syarikat dan komitmennya terhadap pengurusan yang bertanggungjawab,” ujarnya.

]]>
https://sabahmedia.com/2024/11/18/smm-ambil-tindakan-undang-undang-susulan-salah-laku-bekas-ceo/feed/ 0 63971