sogip sipitang – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Mon, 24 Feb 2025 00:18:08 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.0.4 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png sogip sipitang – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Masyarakat Sipitang perlu bersedia, rebut peluang dari impak pembangunan di SOGIP https://sabahmedia.com/2025/02/24/masyarakat-sipitang-perlu-bersedia-rebut-peluang-dari-impak-pembangunan-di-sogip/ https://sabahmedia.com/2025/02/24/masyarakat-sipitang-perlu-bersedia-rebut-peluang-dari-impak-pembangunan-di-sogip/#respond Mon, 24 Feb 2025 00:18:05 +0000 https://sabahmedia.com/?p=69232
Read Time:1 Minute, 28 Second

Sipitang : Penglibatan masyarakat di semua peringkat di daerah ini perlu untuk memenuhi keperluan pembangunan yang giat dilaksanakan di Tapak Perindustrian Minyak dan Gas Sipitang (SOGIP).

Pengerusi Qhazanah Sabah Berhad Datuk Dr Yusof Yacob berkata, persediaan semua pihak penting untuk menghadapi impak pembangunan di SOGIP.

Katanya, selepas Kilang Sabah Ammonia Urea (SAMUR) dan kemudahan gas asli cecair (LNG) terapung atau projek ZLNG sudah beroperasi SOGIP, ada beberapa lagi projek pembangunan akan bermula dengan pelaburan berbilion ringgit.

Menurutnya, projek yang akan memulakan operasi di SOGIP adalah Projek Hab Minyak dan Gas serta Tenaga bernilai RM8.88 bilion kerjasama antara Perbadanan Pembangunan Minyak dan Gas Sabah (SOGDC), yang menguruskan SOGIP dan Gibson Shipbrokers Limited.

Tambahnya lagi, projek Pembinaan Loji Penyimpanan dan Penapisan Minyak Petroleum oleh Petroventure Energy Sdn Bhd  melibatkan  keluasan tanah 400 ekar di SOGIP, mampu membawa pelaburan asing langsung (FDl) bernilai lebih RM15.5 bilion.

“Dijangkakan lebih 3,000 orang tenaga pekerja diperlukan sewaktu pembinaan projek ini

dan lebih 1,000 orang tenaga pekerja tetap diperlukan sewaktu loji ini beroperasi

sepenuhnya,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap di Majlis Penyampaian Sumbangan kepada Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Sekolah-Sekolah peringkat Parlimen Sipitang dan Dewan Undangan Negeri Sindumin, di sini.

Yusuf berkata, projek yang akan beroperasi di SOGIP adalah projek green steel yang dikendalikan Syarikat Esteel Enterprise Sabah Sdn Bhd (ESTELL Sabah) dengan pelaburan terbesar hampir RM20 bilion.

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Sindumin berkata, semua ini memerlukan daerah Sipitang ada prasarana baharu seperti pekan, sekolah dan hospital bagi memenuhi keperluan tenaga kerja yang akan menetap bersama keluarga.

“Perlu juga tambahan perkhidmatan antaranya kedai-kedai, perumahan, penginapan..,” katanya.

Justeru itu, beliau mahu masyarakat Sipitang khususnya anak-anak muda dan usahawan merebut peluang pekerjaan dan perniagaan yang wujud di SOGIP. – SABAH MEDIA

]]>
https://sabahmedia.com/2025/02/24/masyarakat-sipitang-perlu-bersedia-rebut-peluang-dari-impak-pembangunan-di-sogip/feed/ 0 69232
Pembangunan bersama SOGIP oleh SOGDC, Gibson bakal merubah landskap daerah Sipitang https://sabahmedia.com/2024/06/29/pembangunan-bersama-sogip-oleh-sogdc-gibson-bakal-merubah-landskap-daerah-sipitang/ https://sabahmedia.com/2024/06/29/pembangunan-bersama-sogip-oleh-sogdc-gibson-bakal-merubah-landskap-daerah-sipitang/#respond Sat, 29 Jun 2024 12:07:20 +0000 https://sabahmedia.com/?p=56727
Read Time:1 Minute, 35 Second

Kota Kinabalu : Pembangunan bersama kemudahan minyak dan gas di Taman Perindustrian Minyak dan Gas Sipitang (SOGIP) oleh Sabah Oil and Gas Development Corporation Sdn Bhd (SOGDC) dan Gibson Shipbroker Ltd bakal mengubah landskap daerah Sipitang.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sindumin Datuk Dr Yusof Yacob berkata, pihaknya menyambut baik pembangunan bersama SOGDC dan Gibson itu dan pada masa sama mahu perjanjian yang dimeterai oleh kedua-dua pihak itu direalisasikan.

“Ia sudah tentu akan mewujudkan peluang pekerjaan dan kita mahu rakyat Sipitang diberikan keutamaan mana-mana bidang pekerjaan yang wujud,” katanya.

Beliau berkata demikian bagi mengulas perjanjian kerjasama antara SOGDC dan Gibson yang disaksikan oleh Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor di Menara Kinabalu, kelmarin.

Perjanjian itu membuka jalan kepada pembangunan bersama kemudahan minyak dan gas di SOGIP termasuk pembinaan jeti khas, terminal simpanan hidrokarbon darat, loji janakuasa terapung, operasi bunkering LNG dan kapal pengangkut LNG yang dijangka menjana 1,600 pekerjaan.

Di majlis sama, SOGDC dan Gibson turut menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) secara digital untuk bekalan bahan mentah dengan Aramco Trading Singapore Pte Ltd bagi memastikan sumber mampan bagi projek berkenaan.

Dr Yusof yang juga Pengerusi Qhazanah Sabah Berhad (QSB) meminta supaya warga Sipitang dilibatkan dalam peluang pekerjaan yang wujud dari peringkat pembersihan hinggalah ke peringkat jurutera

“Ini sudah saya cadangkan kepada Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan (Pengerusi SOGDC) dan beliau bersetuju. Kita minta berapa jurutera diperlukan dan juruteknik diperlukan.

“Saya dimaklumkan projek ini dijangka akan mengambil masa tiga tahun untuk dimulakan. Jadi sementara itu saya uar-uarkan ataupun kenal pasti calon-calon yang sesuai,” katanya sambil menambah untuk diadakan satu karnival pengambilan pekerja untuk projek ini kelak.

Pada masa sama, Dr Yusof menyifatkan secara keseluruhannya projek ini ada baik dan buruk tetapi mahu ia direalisasikan agar memberi manfaat kepada daerah Sipitang khususnya menjana ekonomi seperti aktiviti perniagaan dan perumahan.

Menurutnya, beliau selalu menyatakan rakyat di Sipitang untuk bersedia dengan impak pembangunan menerusi SOGIP. – SABAH MEDIA

]]>
https://sabahmedia.com/2024/06/29/pembangunan-bersama-sogip-oleh-sogdc-gibson-bakal-merubah-landskap-daerah-sipitang/feed/ 0 56727