Sogip – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Sat, 11 Jul 2026 08:27:51 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.0.2 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png Sogip – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 ECoS perjelas status loji janakuasa SOGIP, bukan untuk bekalan grid Sabah https://sabahmedia.com/2026/07/11/ecos-perjelas-status-loji-janakuasa-sogip-bukan-untuk-bekalan-grid-sabah/ https://sabahmedia.com/2026/07/11/ecos-perjelas-status-loji-janakuasa-sogip-bukan-untuk-bekalan-grid-sabah/#respond Sat, 11 Jul 2026 08:27:45 +0000 https://sabahmedia.com/?p=99688
Read Time:1 Minute, 41 Second

KOTA KINABALU: Suruhanjaya Tenaga Sabah (ECoS) menjelaskan bahawa loji janakuasa berkapasiti 200 megawatt (MW) yang sedang dibangunkan di Taman Perindustrian Minyak dan Gas Sipitang (SOGIP) bukan bertujuan membekalkan elektrik kepada Grid Sabah, sebaliknya merupakan loji penjanaan sendiri (self-generation) khusus bagi memenuhi keperluan tenaga kilang Esteel yang sedang dibangunkan di kawasan berkenaan.

Penjelasan itu dibuat susulan laporan media bertajuk “Loji Janakuasa 200MW SOGIP Dijangka Siap Suku Ketiga 2027” yang disiarkan pada 10 Julai, yang menurut ECoS mengandungi beberapa maklumat yang boleh menimbulkan kekeliruan kepada orang ramai.

Menurut ECoS dalam kenyataannya hari ini, loji berkenaan dibina khusus untuk menyokong operasi industri Esteel di SOGIP dan tidak akan menyalurkan bekalan elektrik kepada sistem Grid Sabah.

Dalam masa sama, ECoS memaklumkan usaha memperkukuh bekalan elektrik negeri diteruskan menerusi pembangunan beberapa projek penjanaan baharu yang disambungkan terus ke Grid Sabah.

Sebuah loji janakuasa gas baharu berkapasiti 100MW di Kimanis kini berada pada fasa akhir pembangunan dan dijangka mula membekalkan tenaga kepada Grid Sabah pada Ogos 2026.

Selain itu, dua lagi loji janakuasa gas di Kimanis dengan kapasiti keseluruhan 200MW telah diluluskan oleh Majlis Tenaga Sabah tahun ini dan dijadualkan mula beroperasi pada penghujung 2028.

Menurut ECoS, apabila kesemua projek tersebut siap bersama projek-projek penjanaan lain yang sedang dirancang, kapasiti penjanaan Grid Sabah akan terus diperkukuh bagi memastikan keterjaminan bekalan elektrik serta mengekalkan tarif yang berpatutan untuk jangka panjang.

ECoS berkata penjelasan itu dibuat bagi memberikan gambaran tepat mengenai fungsi sebenar loji janakuasa SOGIP serta mengelakkan salah faham berhubung peranannya dalam sistem bekalan elektrik negeri.

Suruhanjaya itu turut menegaskan komitmennya untuk terus memastikan maklumat berkaitan pembangunan sektor tenaga di Sabah disampaikan secara tepat, telus dan berfakta demi kepentingan semua pihak.

Sementara itu, Sabah Oil & Gas Development Corporation Sdn. Bhd. (SOGDC) dalam satu kenyataan hari ini, turut merakamkan penghargaan kepada ECoS atas penjelasan rasmi yang dikeluarkan berhubung fungsi sebenar loji janakuasa berkapasiti 200 MW di SOGIP.

katanya, penjelasan itu diharap dapat memberikan gambaran yang tepat kepada orang ramai sekali gus mengelakkan sebarang kekeliruan mengenai tujuan sebenar pembinaan loji berkenaan.

]]>
https://sabahmedia.com/2026/07/11/ecos-perjelas-status-loji-janakuasa-sogip-bukan-untuk-bekalan-grid-sabah/feed/ 0 99688
SOGIP pemacu pertumbuhan ekonomi Sabah dalam sektor minyak dan gas https://sabahmedia.com/2025/10/15/sogip-pemacu-pertumbuhan-ekonomi-sabah-dalam-sektor-minyak-dan-gas/ https://sabahmedia.com/2025/10/15/sogip-pemacu-pertumbuhan-ekonomi-sabah-dalam-sektor-minyak-dan-gas/#respond Wed, 15 Oct 2025 02:50:16 +0000 https://sabahmedia.com/?p=83318
Read Time:1 Minute, 25 Second

KOTA KINABALU : Keseluruhan kawasan Taman Perindustrian Minyak dan Gas Sipitang (SOGIP) kini hampir dipenuhi pelabur termasuk syarikat gergasi Esteel Sabah Sdn Bhd (ESTEEL) yang melabur sehingga RM31 bilion.

Bekas Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Sabah Oil and Gas Development Corporation Sdn Bhd (SOGDC), Datuk Harun Ismail berkata kerja-kerja awal bagi projek Esteel kini sedang berjalan bermula dengan fasa pertama yang dianggarkan bernilai sekitar RM7 bilion.

“Kita sudah menandatangani perjanjian untuk ketiga-tiga fasa projek ini dan kerja-kerja awal seperti pembersihan tapak telah pun dimulakan.

”Perkembangan positif ini sekali gus menunjukkan peranan penting SOGIP sebagai pemacu utama pertumbuhan ekonomi Sabah dalam sektor strategik minyak dan gas.

”Beberapa pelabur lain kini sedang dalam peringkat rundingan dan perbincangan dengan SOGDC bagi mengembangkan lagi aktiviti industri di kawasan berkenaan,” katanya ketika ditemui media selepas kunjungan hormat kepada Yang di-Pertua Negeri, Tun Musa Aman, pada Selasa.

Kunjungan itu diadakan bagi memaklumkan persaraan Harun selepas hampir 40 tahun berkhidmat dalam sektor tenaga serta pelantikan Mohd. Azmir Ramli sebagai CEO SOGDC berkuat kuasa 16 September 2025.

Selain itu, Harun juga memaklumkan pengiktirafan kawasan Sipitang sebagai Port Limit sepenuhnya turut memberikan kelebihan besar dari segi logistik dan keupayaan pelabuhan, sekali gus menjadikan SOGIP lebih kompetitif berbanding kawasan perindustrian lain di negara ini.

“Di kawasan lain, Port Limit hanya terhad kepada harbour limits tetapi di Sipitang ia merangkumi sempadan ke sempadan hingga ke laut. Ini pertama kali kita perolehi di Sabah,” ujar beliau.

Mengulas mengenai Belanjawan 2026, Harun berkata peruntukan pembangunan kepada Sabah yang meningkat kepada RM6.9 bilion menunjukkan perkembangan yang sangat positif.

Jelasnya, tambahan peruntukan daripada kerajaan persekutuan akan terus memperkukuh keupayaan negeri dalam menyediakan kemudahan dan infrastruktur untuk rakyat sekaligus memperkukuh sokongan terhadap kerajaan sedia ada. – PENERANGAN SABAH

]]>
https://sabahmedia.com/2025/10/15/sogip-pemacu-pertumbuhan-ekonomi-sabah-dalam-sektor-minyak-dan-gas/feed/ 0 83318
SOGDC,Esteel dan UMS jalin kerjasama latih anak Sabah dalam industri minyak dan gas https://sabahmedia.com/2025/06/02/sogdcesteel-dan-ums-jalin-kerjasama-latih-anak-sabah-dalam-industri-minyak-dan-gas/ https://sabahmedia.com/2025/06/02/sogdcesteel-dan-ums-jalin-kerjasama-latih-anak-sabah-dalam-industri-minyak-dan-gas/#respond Mon, 02 Jun 2025 02:36:00 +0000 https://sabahmedia.com/?p=74949
Read Time:2 Minute, 1 Second

Kota Kinabalu : Perbadanan Pembangunan Minyak dan Gas Sabah (SOGDC) dan Esteel Enterprise Sabah Sdn Bhd setuju untuk bekerjasama dengan Universiti Malaysia Sabah (UMS) bagi melatih anak Sabah dalam industri yang sesuai dengan kilang mereka di Taman Perindustrian Minyak dan Gas Sipitang (SOGIP).

Perkara itu dinyatakan Pengerusi SOGDC Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan dalam satu kenyataan selepas pelancaran Projek Esteel Enterprise Sabah Sdn Bhd Fasa Pertama di SOGIP di sini baru-baru ini.

Beliau yang juga Pengerusi Lembaga Pengarah UMS berkata, pihaknya telah mengarahkan pihak UMS untuk segera berbincang dengan Esteel.

Katanya, ini adalah bagi memastikan anak-anak Sabah akan mempunyai kepakaran dan kemahiran yang bersesuaian dengan keperluan Esteel.

“Fasa pertama akan menyaksikan pelaburan Esteel sebanyak RM6.4 billion. Pembinaan fasa satu bermula suku ketiga tahun ini. Fasa Dua, Tiga dan Empat (dalam masa 10 tahun yang akan datang) pula akan menyaksikan pelaburan RM24.6 billion (keseluruhan pelaburan RM31 billion).

“Semasa fasa pembinaan fasa pertama, peluang pekerjaan ialah 5,490 pekerjaan. Setelah siap fasa pertama, peluang pekerjaan tetap di kilang mereka ialah 1,500 pekerjaan.  Untuk fasa dua, peluang pekerjaan semasa pembinaan ialah 20,000 pekerjaan dan setelah siap peluang pekerjaan tetap di fasa dua ialah 3,299 pekerjaan,” katanya.

Katanya, Fasa ketiga pula menyediakan peluang pekerjaan semasa pembinaan sebanyak 20,000 pekerjaan dan setelah siap pembinaan fasa 3c peluang pekerjaan tetap untuk fasa tersebut ialah 5,455 pekerjaan.

“Untuk fasa empat, peluang pekerjaan masih dalam perbincangan kerana ia banyak bergantung kepada keberkesanan operasi fasa satu, dua dan tiga,” katanya lagi.

Beliau turut mengucapkan setinggi tahniah kepada pasukan pengurusan SOGDC yang diketuai oleh Datuk Harun Ismail sebagai Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengarah Urusan.

“Saya juga ingin memberi penghargaan kepada Ketua Menteri yang sentiasa memberi galakan dan sokongan dalam usaha SOGDC menjadi pusat pelaburan minyak dan gas Sabah. Tidak lupa penghargaan kepada Menteri Pembangunan Industri Sabah dan Setiausaha Tetap kementerian.

“Begitu juga kepada barisan ahli lembaga pengarah SOGDC. Semua menjalankan tugas masing-masing untuk merealisasikan pelaburan-pelaburan besar di dalam Taman Perindustrian Minyak dan Gas Sipitang (SOGIP) yang dipunyai 100 peratus oleh SOGDC.

“Saya cukup yakin prestasi negeri Sabah yang kita cintai ini akan menjadi lebih mantap jika kita semua mengambil keputusan untuk mengembeling semua tenaga dan bersatu padu untuk menjadikan Sabah negeri yang maju dan berdaya saing,” katanya.

Jumaat lalu, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim telah merasmikan Majlis Pelancaran Projek Esteel Enterprise Sabah Sdn Bhd Fasa Pertama di SOGIP.– SABAH MEDIA

]]>
https://sabahmedia.com/2025/06/02/sogdcesteel-dan-ums-jalin-kerjasama-latih-anak-sabah-dalam-industri-minyak-dan-gas/feed/ 0 74949
SOGIP buka peluang pekerjaan besar kepada anak muda Sipitang https://sabahmedia.com/2025/05/18/sogip-buka-peluang-pekerjaan-besar-kepada-anak-muda-sipitang/ https://sabahmedia.com/2025/05/18/sogip-buka-peluang-pekerjaan-besar-kepada-anak-muda-sipitang/#respond Sun, 18 May 2025 00:19:05 +0000 https://sabahmedia.com/?p=74015
Read Time:2 Minute, 24 Second

Sipitang : Komitmen awal yang disasarkan oleh Kerajaan Negeri dengan syarikat-syarikat yang beroperasi di Taman Perindustrian Minyak dan Gas Sipitang (SOGIP) bagi mengutamakan pengambilan tenaga kerja tempatan sudah direalisasikan.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sipitang, Datuk Dr Yusof Yacob berkata, ketika ini sudah ramai anak-anak tempatan khususnya dari Sipitang bekerja di SOGIP dalam pelbagai sektor dan kepakaran di Kilang Sabah Ammonia Urea (SAMUR) Petronas Chemical Fertilizers Sabah.

Katanya, lebih banyak peluang pekerjaan akan tersedia di SOGIP yang memerlukan masyarakat Sipitang khususnya anak-anak muda merebut peluang ini.

Menurutnya, perbincangan awal bersama pengurusan tertinggi PETRONAS dan pihak pengendali SOGIP telah diadakan sejak beberapa tahun lalu bagi menjamin keutamaan pengambilan pekerja tempatan, sama ada melalui vendor, sub-kontraktor mahupun jawatan tetap di syarikat penyelenggaraan.

“Sebagai wakil rakyat, saya bersama Datuk Matbali (Ahli Parlimen Sipitang) telah meminta untuk dilaksanakan karnival kerjaya SOGIP untuk syarikat-syarikat yang beroperasi di SOGIP melaksanakan temuduga terus pengambilan pekerja.

“Alhamdulillah, ia ditunaikan hari ini (semalam) menerusi Hari Terbuka SOGIP atas inisiatif Petronas bersama beberapa syarikat lain. Inilah impian kami di Sipitang. Hari terbuka seperti ini memberi pendedahan mengenai peluang pekerjaan yang ada di SOGIP.

“Saya difahamkan seramai 450 anak muda telah ditemu duga pada Hari Terbuka SOGIP ini dan saya mahu keputusan diambil segera agar mereka terus diserap,” katanya pada Majlis Perasmian Hari Terbuka SOGIP di Dewan Serbaguna Majlis Daerah Sipitang, semalam.

Hadir sama, Ahli Parlimen Sipitang Datuk Matbali Musah, Penolong Pegawai Daerah Sipitang Razan Zawani Asli, Ketua Pegawai Eksekutif Petronas Chemicals Fertiliser Sabah Sdn Bhd Abdullah Side dan Pengurus Projek Petronas ZLNG Afiq Ahmad.

Dr Yusof yang juga Pengerusi Qhazanah Sabah Berhad berkata, beberapa pelabur lain termasuk Petroventure, Gibson, Esteel dan SOGIP Port, dijangka memulakan operasi tidak lama lagi dengan keseluruhannya, enam syarikat dengan anggaran pelaburan berjumlah RM72 bilion bakal beroperasi di kawasan seluas 4,065 hektar itu.

Justeru itu, katanya, semasa fasa pembinaan, sehingga 3,500 pekerja diperlukan dan angka itu dijangka melonjak kepada puluhan ribu apabila kesemua loji beroperasi.

Menurutnya, di SAMUR sahaja dianggarkan mengambil 500 kakitangan tetap dengan pekerja lain membabitkan kerja penyelenggaraan berterusan seperti pemotongan rumput, pembersihan, dan penyenggaraan paip.

“Berdasarkan unjuran, kira-kira 5,000 pekerja tetap beserta ahli keluarga boleh meningkatkan populasi daerah hingga 25,000 orang, sekali gus merangsang permintaan perumahan, servis penyaman udara, servis kenderaan, bekalan makanan segar dan perkhidmatan runcit.

“Masyarakat Sipitang perlu merebut peluang ini dan dengan berfikiran jauh ke hadapan dan tidak menyangka manfaat ekonomi hanya akan dinikmati kontraktor besar atau pemimpin.

“Sebaliknya, apabila industri besar masuk, peluang terbahagi kepada empat elemen iaitu pembinaan, operasi, penyelenggaraan, dan perkhidmatan sokongan. Penduduk tempatan harus melengkapkan diri dengan kemahiran yang diperlukan industri dan meneroka sektor hiliran seperti makanan, logistik, salon, taman rekreasi kanak-kanak serta servis penghawa dingin,” tambahnya.

Beliau berkata, projek berimpak tinggi di SOGIP ini selaras dengan pelan pembangunan Sabah Maju Jaya (SMJ) di bawah Kerajaan Negeri dan dijangka memacu pertumbuhan ekonomi Sipitang untuk dekad akan datang.

]]>
https://sabahmedia.com/2025/05/18/sogip-buka-peluang-pekerjaan-besar-kepada-anak-muda-sipitang/feed/ 0 74015
SOGIP lonjak industri tenaga & ekonomi Sabah https://sabahmedia.com/2025/02/18/sogip-lonjak-industri-tenaga-ekonomi-sabah/ https://sabahmedia.com/2025/02/18/sogip-lonjak-industri-tenaga-ekonomi-sabah/#respond Tue, 18 Feb 2025 06:13:28 +0000 https://sabahmedia.com/?p=68922
Read Time:2 Minute, 14 Second

Oleh NORMIMIE DIUN / Foto YUSOF MOHAMMAD

KOTA KINABALU: Taman Perindustrian Minyak dan Gas Sipitang (SOGIP) bakal menjadi pemangkin utama dalam pertumbuhan sektor tenaga, sekaligus menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi negeri Sabah, kata Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor.

Hajiji melancarkan Projek Pembinaan Loji Penyimpanan dan Penapisan Minyak Petroleum di SOGIP, yang berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC) pada Selasa.

Menurutnya, SOGIP telah menarik pelaburan berimpak tinggi, termasuk projek kilang keluli hijau oleh Syarikat Esteel dengan pelaburan berfasa bernilai RM20 bilion.

“Terbaharu, Projek Hub Tenaga, Minyak dan Gas bernilai RM8.88 bilion (USD2 bilion) akan direalisasikan menerusi kerjasama antara Sabah Oil and Gas Development Corporation (SOGDC) dan Gibson Shipbrokers Limited. Projek ini dijangka menjadikan Sabah sebagai hab tenaga utama di Asia Tenggara.

“Kerajaan komited dalam menyokong pelaburan yang memberi manfaat jangka panjang kepada rakyat Sabah. Kejayaan projek ini akan memacu pertumbuhan industri minyak dan gas serta menjadikan Sabah sebagai hab tenaga berdaya saing di peringkat antarabangsa,” katanya.

Hajiji turut menekankan bahawa Sabah memiliki pelbagai kelebihan, termasuk lokasi strategik, kestabilan politik, serta sumber semula jadi yang melimpah, menjadikannya destinasi pilihan bagi pelabur asing.

Beliau berkata demikian pada Majlis Pelancaran Projek Pembinaan Loji Penyimpanan dan Penapisan Minyak Petroleum di SOGIP, yang berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC) pada Selasa.

Dalam perkembangan berkaitan, projek Pembinaan Loji Penyimpanan dan Penapisan Minyak Petroleum milik Petroventure Energy Sdn. Bhd. dijangka bermula pada April ini. Loji berkapasiti 150,000 tong sehari (BPD) itu turut dilengkapi kemudahan penyimpanan minyak sebanyak 3 juta meter padu bagi minyak mentah dan produk petroleum yang telah ditapis.

“Ini merupakan pelaburan strategik yang akan mengukuhkan kedudukan Sabah sebagai hab industri minyak dan gas serantau,” katanya.

Beliau menambah, dengan keluasan 400 ekar di SOGIP, projek ini bukan sahaja menarik pelaburan asing langsung (FDI) bernilai lebih USD3.5 bilion (RM15.5 bilion), malah bakal mewujudkan hampir 5,000 peluang pekerjaan kepada rakyat Sabah. Lebih 3,000 pekerja dijangka diperlukan sewaktu pembinaan, manakala lebih 1,000 tenaga kerja tetap akan diperlukan selepas loji mula beroperasi.

“Ini adalah perkembangan positif dalam usaha kerajaan menyediakan peluang pekerjaan kepada rakyat. Saya menekankan keutamaan pengambilan tenaga kerja tempatan dalam setiap projek dan operasi di negeri ini,” tegasnya.

Selain itu, projek ini turut merangkumi pembangunan jeti, fasiliti pemeringkatan minyak, makmal ujian petroleum, dan bangunan pentadbiran.

Hajiji yakin kajian impak alam sekitar seperti Kajian Kesan Alam Sekitar (EIA) yang dijalankan oleh Petroventure akan memastikan projek ini dibangunkan secara mampan.

Selaras dengan dasar mesra pelabur kerajaan, beliau turut mengalu-alukan kehadiran pelabur asing selain mengutamakan pelabur tempatan.

“Kita memberi keutamaan kepada pelabur tempatan, namun kita juga menerima pelabur-pelabur asing datang kerana ada pelaburan yang mereka mempunyai kepakaran jadi kita terima mereka, yang penting untuk kebaikan negeri kita,” katanya.

]]>
https://sabahmedia.com/2025/02/18/sogip-lonjak-industri-tenaga-ekonomi-sabah/feed/ 0 68922
RM8.8 bilion, SOGIP pacu Sabah jadi hab tenaga serantau https://sabahmedia.com/2025/02/11/rm8-8-bilion-sogip-pacu-sabah-jadi-hab-tenaga-serantau/ https://sabahmedia.com/2025/02/11/rm8-8-bilion-sogip-pacu-sabah-jadi-hab-tenaga-serantau/#respond Tue, 11 Feb 2025 08:16:10 +0000 https://sabahmedia.com/?p=68448
Read Time:2 Minute, 39 Second

Oleh J. EVACHEL JOHN

KOTA KINABALU: Pelancaran Projek Hab Tenaga Minyak dan Gas bernilai RM8.88 bilion (USD2 bilion) di Taman Perindustrian Minyak dan Gas Sipitang (SOGIP) dijangka memainkan peranan penting dalam strategi tenaga dan industri Malaysia.

Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor berkata, projek ini akan menjadikan Sabah sebagai hab utama dalam sektor tenaga di Asia Tenggara.

“SOGIP akan menjadi pemangkin kepada pertumbuhan sektor tenaga, yang amat penting bagi kesinambungan pembangunan ekonomi Sabah. Paling utama, projek ini akan membuka lebih banyak peluang kerjasama, inovasi, dan pembangunan dalam sektor minyak, gas, dan tenaga, yang akan memberi manfaat kepada industri serta komuniti setempat,” katanya pada majlis pelancaran Projek Hab Tenaga Minyak dan Gas yang diadakan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC) hari ini.

Hajiji berkata pembangunan SOGIP akan memberi penekanan yang kepada kelestarian alam sekitar.

“Ketika Malaysia bergerak ke arah pengurangan jejak karbon, integrasi sumber tenaga yang lebih bersih seperti gas asli cecair (LNG) memainkan peranan penting dalam strategi peralihan tenaga negara.

“Selain itu, sistem penyimpanan dan pengedaran tenaga di SOGIP sedang dibangunkan bagi menyokong matlamat tenaga boleh diperbaharui Malaysia dalam jangka panjang.

“Dengan memastikan bekalan berterusan gas asli dan bahan api karbon rendah lain, SOGIP boleh membantu mempercepatkan peralihan daripada kebergantungan bahan api fosil kepada tenaga boleh diperbaharui seperti tenaga solar dan angin dalam campuran tenaga Malaysia,” katanya.

Projek ini merupakan kerjasama antara Sabah Oil and Gas Development Corporation (SOGDC), yang menguruskan SOGIP, dan Gibson Shipbrokers Limited, sebuah syarikat khusus dalam bidang maritim, tenaga, serta industri berkaitan.

Projek ini akan dilaksanakan dalam dua fasa dan melibatkan pembinaan pelabuhan bertaraf dunia bagi menyokong aktiviti pengangkutan dan perdagangan tenaga, dengan 80 peratus tenaga kerja terdiri daripada rakyat tempatan.

Hajiji berkata, kejayaan pelaksanaan projek ini bukan sahaja akan meningkatkan ekonomi domestik Malaysia tetapi juga menyokong keselamatan tenaga serantau serta merancakkan perdagangan antarabangsa.

“Dengan sokongan kukuh daripada sektor swasta dan kerajaan, SOGIP dijangka menarik lebih banyak pelaburan dalam infrastruktur tenaga, kemajuan teknologi, dan pengembangan industri.

“Ketika Malaysia terus mengukuhkan kedudukannya dalam pasaran tenaga global, SOGIP akan memainkan peranan strategik dalam memperkukuhkan daya tahan ekonomi, mencapai kebebasan tenaga, dan memacu pertumbuhan industri yang mampan,” katanya.

Hajiji juga yakin projek ini akan membuka banyak peluang pekerjaan, latihan kemahiran, serta pemerkasaan komuniti.

“Dalam hal ini, saya sentiasa menekankan kepentingan keutamaan pengambilan tenaga kerja tempatan dalam semua projek dan operasi di negeri ini. Saya mahu semua pemain industri mematuhi keperluan asas ini sebagai prinsip utama dalam komitmen kita terhadap pembangunan tempatan,” jelasnya.

Hajiji turut mengulangi bahawa keseriusan Kerajaan Negeri dalam perkara ini telah dibuktikan dengan penubuhan Sabah Local Content Council melalui SMJ Energy pada Mei tahun lalu, yang berfungsi sebagai platform kerjasama antara pemegang taruh industri untuk mengenal pasti peluang dalam meningkatkan pembangunan kapasiti kandungan tempatan dalam industri minyak dan gas.

“Melalui platform ini, Kerajaan Negeri akan mewajibkan semua pemegang taruh untuk melabur dalam latihan dan pembangunan rakyat Sabah melalui program jangka pendek dan sederhana yang akan dilaksanakan pada tahun 2025.

“Saya ingin menegaskan kembali komitmen Kerajaan Negeri terhadap kemajuan dan pembangunan industri minyak dan gas Sabah. Saya yakin bahawa melalui kerjasama dan sokongan berterusan, kita dapat memperkukuhkan lagi industri minyak dan gas di Sabah bagi memacu kemakmuran ekonomi yang lebih besar untuk negeri kita,” ujarnya.

]]>
https://sabahmedia.com/2025/02/11/rm8-8-bilion-sogip-pacu-sabah-jadi-hab-tenaga-serantau/feed/ 0 68448
Pelabuhan SOGIP perkukuh perdagangan, pacu pertumbuhan ekonomi https://sabahmedia.com/2025/01/24/pelabuhan-sogip-perkukuh-perdagangan-pacu-pertumbuhan-ekonomi/ https://sabahmedia.com/2025/01/24/pelabuhan-sogip-perkukuh-perdagangan-pacu-pertumbuhan-ekonomi/#respond Fri, 24 Jan 2025 13:54:52 +0000 https://sabahmedia.com/?p=67402
Read Time:1 Minute, 39 Second

Oleh ERDIE AB WAHID

Kota Kinabalu : Pelabuhan Taman Perindustrian Minyak dan Gas Sipitang (SOGIP) di Sipitang bakal menjadi pintu yang menghubungkan Sabah ke seluruh dunia.

Pengerusi Pelabuhan SOGIP, Datuk Harun Ismail berkata, lokasi yang strategik itu berpotensi memperkukuh perdagangan antarabangsa dan memacu pertumbuhan ekonomi terutamanya dalam bidang minyak dan gas.  

Katanya, dalam beberapa tahun,pembangunan pelabuhan moden, cekap, dan mampan ini akan menjadi asas penting dalam menyokong pelbagai jenis kargo serta akan menyumbang besar kepada ekonomi Sabah.

”Di bawah Pelan Pembangunan Induk SOGIP (SMDP), pembangunan Pelabuhan SOGIP akan merangkumi pelbagai kemudahan utama, termasuklah Jeti Kargo Am yang menyediakan dermaga kontena dan dermaga kargo break bulk, Jeti Kargo Cecair, Single Buoy Mooring (SBM), Jeti Kargo Kering, dan Jeti PETRONAS.

“Selain itu, kemudahan tambahan seperti ‘Barge Landing’ atau MOLF turut disediakan. Jeti PETRONAS khususnya jeti ZLNG dan SAMUR, mengendalikan pengeksportan produk seperti LNG, ammonia, dan urea,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Pengisytiharan Rasmi Pelabuhan SOGIP dan menandatangani perjanjian konsensi pelabuhan diantara Lembaga Pelabuhan-Pelabuhan Sabah (LPPS), Sabah Oil & Gas Development Corporation Sdn Bhd   & Sogip Port Sdn Bhd di Menara Kinabalu di sini.

Majlis itu dihadiri Timbalan Ketua Menteri Datuk Ir Shahelmey Yahya bagi mewakili Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor.

Harun berkata, Jeti Kargo Kering pula dijangka mampu menampung kapal Valemax dengan panjang keseluruhan 380 meter dan berat muatan sehingga 400,000 DWT dan ia direka khusus untuk mengendalikan kargo bijih besi (iron ore) secara pukal.

Katanya, sebagai tambahan, Bangunan Menara Kawalan dan ‘One Stop Center’ Pelabuhan SOGIP juga akan dibina untuk menyokong operasi pelabuhan dan memperkukuh perkhidmatan logistik di kawasan ini.

Dalam pada itu, Harun dalam sidang medianya berkata, Pelabuhan SOGIP akan menjadi sebuah pelabuhan yang mampu menampung jumlah transaksi terbesar di negeri ini.

”Kita jangkakan dalam tiga hingga empat tahun yang mendatang ni ’volume’ yang akan dikendalikan melalui pelabuhan ini akan menjadi satu volume yang agak besar di Sabah berdasarkan kepada pelabur-pelabur yang telahpun menandatangani list aggrement dengan SOGDC,”katanya. – SABAH MEDIA

]]>
https://sabahmedia.com/2025/01/24/pelabuhan-sogip-perkukuh-perdagangan-pacu-pertumbuhan-ekonomi/feed/ 0 67402
Current electricity tariff needs to stay until Sabah gets stable power supply https://sabahmedia.com/2023/11/12/current-electricity-tariff-needs-to-stay-until-sabah-gets-stable-power-supply/ https://sabahmedia.com/2023/11/12/current-electricity-tariff-needs-to-stay-until-sabah-gets-stable-power-supply/#respond Sun, 12 Nov 2023 12:46:41 +0000 https://sabahmedia.com/?p=45107
Read Time:2 Minute, 15 Second

KOTA KINABALU: If the Sabah Energy Roadmap and Master Plan 2040 is the answer to electricity stability in the State, then, probably, there is hope.

The SE-RAMP 2040 is a 17-year energy roadmap, and if implemented systematically and effectively, it would be able to meet Sabah’s immediate power needs by 2030 as it transitions to become a carbon neutral state.

Among its objectives is to ensure a dependable power supply, with equal access and comprehensive coverage at an affordable price, and would be monitored by the Sabah Energy Council chaired by Chief Minister Datuk Seri Hajiji Noor.

The council will also support and provide guidance in the implementation of the planned short, medium and long-term initiatives, which is also in line with the state government’s aspiration to continue making power accessible to the people while ensuring sustainability for the future of Sabah.

But another issue comes to mind – electricity tariff.

Sabah Electricity Sdn Bhd Chairman Datuk Seri Madius Tangau has described the 34 sen per-unit rate as outdated, and calls for a review.

Although he did not indicate that there would be an increase, he said the electricity tariff should be reviewed to show what the current rate should be.

Tangau noted Sabah’s electricity tariff rate had not been reviewed since SESB, then Sabah Electricity Board, was privatised about 20 years ago.

The rate had only increased by 10 sen for two decades ago, which by right, according to Tangau, should be at 47 sen per-unit by now.

Ultimately the government is the one to decide whether to update the tariff rate and other matters, not SESB, adding that although the utility company is government-owned, its operations are privatised which means it does not receive any funding to run its operations in generating or sourcing new power sources.

The federal government subsidy helps cover the costs, which is also used to operate SESB.

Prime Minister Datuk Seri Anwar Ibrahim, in his Budget 2024 speech, announced that the federal government would still support Sabah in terms of subsidy for SESB until 2030 after granting regulatory authority over its electricity to the state starting next year.

The challenge for SESB remains, which is to be able to generate enough power and have sufficient surplus reserve margin to fulfil the current demands and avoid possible outage in the future.

While the federal government is offering subsidies for another six years, SESB must learn to be a self-sufficient operating utility company before the time ends.

If these are materialised, the state’s businesses and economy will thrive, and people’s well-being will improve.

Only then, maybe, the government can consider increasing the electricity tariff.

]]>
https://sabahmedia.com/2023/11/12/current-electricity-tariff-needs-to-stay-until-sabah-gets-stable-power-supply/feed/ 0 45107
SESB needs at least 700mW to offer power stability in Sabah https://sabahmedia.com/2023/10/31/sesb-needs-at-least-700mw-to-offer-power-stability-in-sabah/ https://sabahmedia.com/2023/10/31/sesb-needs-at-least-700mw-to-offer-power-stability-in-sabah/#respond Tue, 31 Oct 2023 03:55:45 +0000 https://sabahmedia.com/?p=44449
Read Time:3 Minute, 26 Second

KOTA KINABALU: A 100 megawatt (mW) Battery Energy Storage Systems (BESS) has been proposed as a practical solution to the frequent power disruption in Sabah.

Acting as a backup power bank for the entire state, Sabah Electricity Sdn Bhd chairman Datuk Seri Madius Tangau explained that BESS is a giant, high-tech battery that stores electricity once charged and releases it when the need arises.

In his special column in Daily Express, Tangau further added that by investing in BESS, Sabah is assured of stable power supply, which reduces harmful emissions making the environment healthier for all, and is aligned with SESB’s commitment to reducing carbon discharge and in line with the commitment to reduce carbon emissions, jointly with the NET Zero 2050 initiative.

But, still, he noted that this is just a short term solution to the long-standing power disruption in Sabah, which not only affects thousands of consumers across the state, but also industries that rely on stable supply.

Living in a constituency that faces power disruption almost daily, it is no surprise that Sandakan Member of Parliament Vivian Wong lauded the government’s allocation under Budget 2024 for the construction of the Sabah Southern Grid Line and implementation of Large Scale Solar (LSS) projects.

She noted that studies show that Sabah, especially on the east coast, boasts of the highest photovoltaic power potential in Malaysia, making it highly suitable for LSS projects, thus calling the ministry in-charge of the sector to promptly take action.

Wong stressed that even a small country like Singapore, which has a limited land area, could currently generate over 700mW of electricity through solar energy, what more Sandakan with an area of 28, 205 square kilometres, which occupies 38.3 per cent of Sabah’s territory.

She believes that Sandakan is ready to generate at least half of Sabah’s energy needs from solar power.

Sabah, she added, has a significant potential for generating energy through solar, biomass and biogas, which could help reduce the state’s reliance on fossil fuels, therefore introducing improved infrastructure and financial incentives was imperative to fully leverage the potential of this emerging energy sector.

Tangau, meanwhile, stood firm with his conviction that SESB should spearhead a transformative change, and was ready to take on bold projects such as the construction of a combined-cycle gas turbine power generator with a capacity of 700mW to cease load-shedding altogether in Sabah.

On solar power, although he agrees that “it is a great idea”, but he noted that it is not an instant fix as transitioning to renewables take time as it takes a lot of planning, and as the utility company for Sabah, SESB must first assess the state’s energy situation before paving was for renewable energy (RE).

He said that currently Sabah is operating on a meagre supply of power with maximum electricity demand around 1,086.58mW but the power plants could only churn out 1,217.9mW, leaving a reserve margin of 131.3mW, too little should demand spikes.

Parti Solidariti Tanahairku (Sabah Star) secretary-general II Rizal Johari stressed that addressing the electricity problem was vital for improving the state’s economic situation, because failing to do so causes potential investors to shy away from doing businesses in Sabah.

Tangau said one of the proposals was for SESB to own the capacity to generate at least 70 per cent, or about 700mW, of its own electricity in order to control the state’s base load power requirements before going into RE. With this, he believes that the state’s power supply will be fully stabilised once the base load issue is resolved.

He also noted that the state paid for the missteps in the past, such as the opposition to the 300mW of potential power generation from the Liwagu Dam in Ranau and the Coal Power Plant in Lahad Datu, which he said could have shielded Sabah from the current power woes.

Moving forward, he said Sabah must not replicate the past errors and to find the best remedy to the frequent power disruption in the state.

]]>
https://sabahmedia.com/2023/10/31/sesb-needs-at-least-700mw-to-offer-power-stability-in-sabah/feed/ 0 44449
reNIKOLA and B.Grimm Power interested to develop power plant for SOGIP https://sabahmedia.com/2023/09/08/renikola-and-b-grimm-power-interested-to-develop-power-plant-for-sogip/ https://sabahmedia.com/2023/09/08/renikola-and-b-grimm-power-interested-to-develop-power-plant-for-sogip/#respond Fri, 08 Sep 2023 07:43:38 +0000 https://sabahmedia.com/?p=41460
Read Time:1 Minute, 7 Second

KOTA KINABALU: If everything goes well, Sipitang Oil and Gas Industrial Park (SOGIP) will have its own power plant to spur industries within its territory.

Planning to jump start with work as early as possible, reNikola Holdings managing director Adel Boumhidi said the first two months will be dedicated to feasibility study, including doing the framework and designing, as well as learning the needs of their potential clients.

Speaking after a recent visit to SOGIP in Sipitang with partner B-GrimmPower, a leading power producer in Thailand, Boumhidi said they saw potential in investing into the energy sector in SOGIP, which is the basic need of an industrial park.

“We were told that one of the clients there is producing its own energy source, but this does not make sense. It would be more efficient and cost effective to have a power plant for all,” he explained.

He added that with B.Grimm Power’s reputation as one of South East Asia’s largest industrial park power producer and distributor, with 14 Industrial parks in its portfolio, and reNIKOLA vast experience in renewable energy, it would serve SOGIP well.

“Both reNIKOLA and B.Grimm Power have the experience and capability to undertake the project. Construction will begin in the next two years, or sooner, depending on the completion of the feasibility study,” said Boumhidi.

]]>
https://sabahmedia.com/2023/09/08/renikola-and-b-grimm-power-interested-to-develop-power-plant-for-sogip/feed/ 0 41460