Sogit – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Fri, 31 Oct 2025 05:25:01 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.1 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png Sogit – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Kes ‘Sogit’: Kepincangan prosiding MAN bukan sekadar isu teknikal, tapi ketidakpatuhan undang-undang https://sabahmedia.com/2025/10/31/kes-sogit-kepincangan-prosiding-man-bukan-sekadar-isu-teknikal-tapi-ketidakpatuhan-undang-undang/ https://sabahmedia.com/2025/10/31/kes-sogit-kepincangan-prosiding-man-bukan-sekadar-isu-teknikal-tapi-ketidakpatuhan-undang-undang/#respond Fri, 31 Oct 2025 05:12:27 +0000 https://sabahmedia.com/?p=84543
Read Time:5 Minute, 3 Second

Oleh J. Evachel John

KOTA KINABALU: Mahkamah Rayuan Anak Negeri Sabah mengenepikan keputusan Mahkamah Anak Negeri Daerah (MAND) Papar dalam kes ‘sogit’ membabitkan pertikaian dua individu bergelar Datuk berhubung seorang wanita, selepas mendapati salah seorang ahli panelnya mempunyai rekod jenayah lampau.

Mahkamah ini bersetuju dengan hujahan pihak plaintif (perayu) bahawa keputusan MAND Papar, di mana salah seorang ahli panelnya kemudiannya didapati mempunyai rekod jenayah lampau, merupakan alasan yang kukuh untuk mengetepikan keputusan panel tersebut.

“Oleh itu, keputusan MAND adalah diketepikan,” kata Hakim Datuk Celestina Stuel Galid ketika membacakan alasan penghakiman, pada Rabu, berhubung rayuan plaintif ke atas keputusan MAND Papar yang telah mengenepikan keputusan Mahkamah Anak Negeri (MAN) Papar.

Celestina membuat keputusan itu selepas menimbangkan hujahan pihak plaintif, defendan, ‘amicus curiae’ (sahabat mahkamah) serta pendapat daripada dua pengapit bijaksana, Salleh Othman (Ketua Daerah MAN Papar) dan Kamaruddin Muda (Ketua Anak Negeri MAN Membakut).

Kes ini bermula pada 23 Oktober 2024 apabila MAN Papar mendapati defendan, seorang pegawai kanan kerajaan bergelar Datuk, bersalah melanggar adat istiadat suku kaum Kadazandusun Papar kerana telah “mengganggu isteri plaintif” dan dikenakan ‘sogit’ sebanyak “tiga badan kerbau dan denda RM3,000”.

Namun, pada 17 Disember 2024, keputusan tersebut diketepikan oleh MAND Papar selepas rayuan defendan diterima. Tidak berpuas hati, plaintif kemudiannya memfailkan rayuan ke Mahkamah Rayuan Anak Negeri Sabah untuk menegakkan semula keputusan asal MAN Papar.

Dalam alasan penghakimannya, Celestina berkata bahawa berlandaskan Seksyen 21 Enakmen Mahkamah Anak Negeri, Mahkamah Rayuan boleh mendengar semula kes ini.

Mahkamah telah meneliti rekod rayuan serta hujahan-hujahan yang telah dikemukakan oleh pihak-pihak dalam menentukan sama ada keputusan MAN Papar boleh ditegakkan (upheld) atau sebaliknya dan sama ada defendan telah melakukan kesalahan seperti yang telah dituduh.

Antara lain, Celestina menekankan kepentingan untuk melihat peruntukan di bawah Kaedah 7 dalam Kaedah-Kaedah Mahkamah Anak Negeri (Prosedur dan Amalan) 1995 yang antara lainnya memperuntukkan “(1) Every proceedings in the Native Court shall be begun by summons; (2) Every summons shall be in Form 1; (3) Every summons shall be filed in four copies in the Registry upon payment of the prescribed fee.”

“Mahkamah ini adalah berpendapat bahawa prosiding di MAN adalah tidak kompeten dan hendaklah diketepikan atas alasan-alasan (i)Ketidakpatuhan Kaedah 7(3); (ii)Ketiadaan penyataan tuntutan dalam saman bertarikh 14 September 2024; (iii) Terdapatnya ‘duplicity’ apabila saman kedua bertarikh 9 Oktober 2024 telah dikeluarkan; (iv) MAN tidak merujuk kepada pembelaan defendan bertarikh 22 Oktober 2024 walaupun ia difailkan dalam tempoh 21 hari selepas saman bertarikh 9 Oktober 2024,” katanya.

Celestina berkata, sekiranya, keputusan Mahkamah mengenai prosedur adalah tidak betul, Mahkamah ini juga menimbangkan merit kes ini iaitu samada defendan telah melanggar adat istiadat suku kaum Kadazandusun Papar kerana telah “menganggu isteri plaintif” seperti yang telah diputuskan oleh MAN.

“Perlu juga dinyatakan bahawa dalam aduan plaintif, plaintif telah menyatakan bahawa defendan “didapati ada hubungan sulit (having affair)” dengan isterinya. Dalam rayuan ini, peguam bijaksana plaintif pula berhujah bahawa “sogit kemaluan zina” adalah merujuk kepada kesalahan “mianu-anu” di dalam Daerah Papar.

“Dalam hal ini, peguam bijaksana defendan adalah tidak salah dalam hujahan beliau bahawa terdapat pelbagai kesalahan yang berbeza yang diutarakan di dalam kes ini iaitu: (i)Mengadakan hubungan sulit dengan isteri orang seperti dalam aduan plaintif; (ii)Melakukan zina seperti dalam saman bertarikh 9 Oktober 2024; (iii) “Menganggu isteri plaintif” seperti yang telah diputuskan oleh MAN; dan (iv)“mianu-anu” seperti yang dihujahkan oleh peguam bijaksana plaintif.

“Oleh kerana menurut hujahan plaintif, kes ini melibatkan kesalahan zina atau mianu-anu, Mahkamah ini akan meneliti samada bukti yang telah dikemukakan dapat menyokong hujahan tersebut,” katanya.

Celestina berkata dalam keputusan bertulis, MAN ada dinyatakan bahawa bukti yang dikemukakan adalah 17 keping gambar berwarna, 31 keping screenshot WhatsApp dan notifikasi tentang tempahan penginapan di Aeropod pada 31 Mei 2024 hingga 1 Jun 2024.

Kesemua gambar dan screenshot WhatsApp juga telah dimasukkan dalam rekod rayuan di hadapan Mahkamah ini. Walau bagaimanapun, peruntukkan Seksyen 20(1) & (3) Kaedah-Kaedah Mahkamah Anak Negeri (Prosedur dan Amalan) 1995 nampaknya tidak dipatuhi oleh kerana rekod rayuan langsung tidak mengandungi apa-apa rekod yang menunjukkan bukti bahawa mesej-mesej dalam screenshot WhatsApp mahupun nombor telepon yang dinyatakan merujuk kepada isteri plaintif dan atau defendan.

Begitu juga tentang tempahan penginapan di Aeropod pada 31 Mei 2024 hingga 1 Jun 2024, tidak apa apa-apa langsung yang mengaitkannya dengan defendan mahupun isteri plaintif atau kedua-dua mereka pada tempahan tersebut.

“Mahkamah sememangnya bersetuju bahawa pada amnya mahkamah sepatutnya tidak dikekang dengan hujahan-hujahan yang semata-mata berciri teknikal tetapi dalam kes ini, kepincangan dalam prosiding MAN bukanlah perkara teknikal sahaja tetapi ketidakpatuhan dalam undang-undang,” katanya.

Bagi gambar-gambar tersebut pula, Mahkamah mengambil maklum bahawa defendan dalam pembelaannya telah mengakui ia merujuk kepadanya dan isteri plaintif.

Terdapat empat gambar di mana isteri plaintif kelihatan sedang mencium pipi defendan, dua gambar di mana isteri plaintif sedang duduk dan defendan di sebelahnya dengan tangannya di atas bahu isteri plaintif, satu gambar menunjukkan kedua-dua mereka membelakangkan kamera dengan tangan mereka saling di atas bahu masing-masing, dua gambar di mana kedua-dua mereka berdiri berdekatan dan tangan defendan memeluk pinggang isteri plaintif dan akhirnya, dua gambar di mana kedua-dua mereka adalah berdekatan.

“Pertama sekali, bagi pendapat Mahkamah ini walaupun gambar-gambar ini menunjukkan terdapatnya closeness di antara defendan dan isteri plaintif, ianya tidak cukup untuk membukti kesalahan mianu-anu atau zina yang perlu melibatkan ‘illicit intercourse’.

“Keduanya, dengan tiadanya bahan bukti yang lain, pada pendapat Mahkamah ini, gambar-gambar ini tidak mencukupi untuk membuktikan kesalahan-kesalahan lain iaitu mengadakan hubungan sulit dengan isteri plaintif atau menganggu isteri plaintif,” katanya.

Celestina berkata secara kesimpulannya, berdasarkan perkara-perkara tersebut di atas, adalah keputusan Mahkamah ini bahawa keputusan MAN hendaklah diketepikan atas dasar ketidakpatuhan prosedur.

“Selanjutnya, walaupun kedua-dua pengapit berpendapat bahawa kesalahan zina atau mianu-anu sememangnya adalah suatu perlanggaran adat Daerah Papar yang boleh dikenakan hukuman, Mahkamah ini berpendapat bukti yang dikemukakan tidak cukup untuk menyokong kesalahan zina seperti yang dituntut dalam saman bertarikh 9 Oktober 2024 atau mianu-anu seperti yang dihujahkan oleh peguam bijaksana plaintif dalam rayuan ini.

“Dengan ini, mahkamah menolak rayuan plaintif tanpa kos,” katanya.

]]>
https://sabahmedia.com/2025/10/31/kes-sogit-kepincangan-prosiding-man-bukan-sekadar-isu-teknikal-tapi-ketidakpatuhan-undang-undang/feed/ 0 84543
‘Sogit’ dikenakan ke atas Datuk ganggu isteri orang dibatalkan https://sabahmedia.com/2025/10/27/sogit-dikenakan-ke-atas-datuk-ganggu-isteri-orang-dibatalkan/ https://sabahmedia.com/2025/10/27/sogit-dikenakan-ke-atas-datuk-ganggu-isteri-orang-dibatalkan/#respond Mon, 27 Oct 2025 13:32:47 +0000 https://sabahmedia.com/?p=84293
Read Time:1 Minute, 54 Second

Oleh J. Evachel John

KOTA KINABALU: Mahkamah Rayuan Anak Negeri Sabah menolak rayuan seorang Datuk yang mahu mengembalikan perintah ‘sogit’ (denda adat) tiga ekor kerbau dan RM3,000 terhadap seorang pegawai kanan kerajaan kerana mengganggu isterinya.

Mahkamah Rayuan turut mengetepikan kedua-dua keputusan Mahkamah Anak Negeri Daerah Papar serta Mahkamah Anak Negeri Papar atas alasan berlakunya ketidakaturan prosedur.

Pada 23 Oktober 2024, Mahkamah Anak Negeri Papar telah memerintahkan seorang pegawai kanan kerajaan yang juga bergelar Datuk (responden) membayar ‘sogit’ kepada perayu, kerana menganggu isterinya.

Namun, pada 17 Disember 2024, keputusan itu diketepikan oleh Mahkamah Daerah Anak Negeri Papar selepas rayuan responden untuk membatalkan keputusan perintah sogit dibenarkan oleh mahkamah.

Susulan itu, perayu menfailkan rayuan kepada Mahkamah Rayuan Anak Negeri Sabah agar keputusan Mahkamah Anak Negeri Papar sebelum ini dikembalikan.

Dalam meneliti merit kes, Mahkamah Rayuan Anak Negeri mendapati beberapa pertuduhan telah dikemukakan oleh perayu terhadap responden, antaranya ialah hubungan sulit, mengganggu isteri orang, dan “mianu-anu” (zina).

Bagi pertuduhan zina atau “mianu-anu”, mahkamah menilai sama ada bukti yang dikemukakan mencukupi untuk menyokong pertuduhan tersebut.

Mahkamah mendapati bahawa tiada keterangan lisan yang direkodkan dengan sewajarnya dan tiada nota rasmi prosiding disediakan sebagaimana yang dikehendaki di bawah Kaedah-Kaedah Mahkamah Anak Negeri (Amalan dan Tatacara) 1995.

Mahkamah juga mendapati bahawa walaupun terdapat gambar dan mesej yang menunjukkan tahap keakraban antara responden dan isteri perayu, ia tidak mencukupi untuk membuktikan perbuatan “mianu-anu” sebagaimana yang ditakrifkan di bawah undang-undang.

Perayu diwakili oleh peguam Jecky Lettong dan Isaiah Majinbon, manakala responden diwakili oleh peguam Mark Sitiwin dan Beverley Ramona Tan.

Dalam satu kenyataan, Isaiah berkata anak guamnya menerima keputusan mahkamah namun menegaskan kes ini membawa implikasi yang lebih mendalam terhadap hala tuju masa hadapan perundangan adat di Sabah serta cara adat itu sendiri difahami dan ditafsirkan.

“Keputusan ini turut menimbulkan persoalan tentang bagaimana adat berkaitan “mianu-anu” dan perbuatan menggangu isteri orang harus ditafsirkan selepas ini. Dalam adat Kadazan-Dusun, konsep mianu-anu dan perbuatan menggangu meliputi pelbagai bentuk tingkah laku yang mencemar kehormatan rumah tangga serta menjejaskan kesejahteraan masyarakat.

“Sentuhan fizikal terhadap isteri orang lain tanpa keizinan juga dianggap sebagai kesalahan moral dan pelanggaran adat yang menuntut sogit. Tujuan sogit pada asasnya bersifat restoratif iaitu untuk memulihkan keseimbangan dan keharmonian dalam masyarakat, bukan untuk menghukum pihak yang bersalah semata-mata,” katanya.

]]>
https://sabahmedia.com/2025/10/27/sogit-dikenakan-ke-atas-datuk-ganggu-isteri-orang-dibatalkan/feed/ 0 84293
Mahkamah Batalkan Sogit Terhadap Bekas SUT https://sabahmedia.com/2024/12/26/mahkamah-batalkan-sogit-terhadap-bekas-sut/ https://sabahmedia.com/2024/12/26/mahkamah-batalkan-sogit-terhadap-bekas-sut/#respond Thu, 26 Dec 2024 08:41:49 +0000 https://sabahmedia.com/?p=65993
Read Time:2 Minute, 40 Second

PAPAR: Mahkamah Rayuan Anak Negeri Daerah Papar membatalkan keputusan Mahkamah Anak Negeri pada 23 Okt yang lalu, yang memerintahkan bekas Setiausaha Tetap sebuah kementerian untuk membayar sogit (denda adat) sebanyak tiga ekor kerbau dan RM3,000 kerana mengganggu isteri orang lain.

Memetik laporan akhbar Harian Ekspres baru-baru ini, Pegawai Daerah Papar, Muhammad Mohd Ali, yang bertindak sebagai Ketua Hakim, bersama dua hakim lain membuat keputusan itu secara sebulat suara selepas mendengar hujah daripada perayu, Datuk Robert Stidi, dan responden, Datuk Claudius Roman.

Muhammad berkata keputusan untuk membatalkan sogit tersebut dibuat atas enam sebab kerana tidak mengikuti prosedur yang betul dalam Mahkamah Anak Negeri.

“Pertama, saya mendapati hukuman yang dijatuhkan ke atas perayu tidak merujuk kepada seksyen (di bawah undang-undang adat) yang digunakan.

“Kedua, pada peringkat perbicaraan Mahkamah Anak Negeri Papar pada 23 Okt, saya mendapati sijil perkahwinan tidak diminta daripada responden sebagai bukti perkahwinan antara responden dan isterinya.

“Ketiga, pertuduhan terhadap perayu adalah ‘Sogit Kemaluan Zina’ (denda untuk zina), namun saya mendapati kesalahan sedemikian tidak wujud dalam Enakmen Mahkamah Anak Negeri,” katanya.

Muhammad juga menambah bahawa:
“Keempat, hukuman yang dikenakan terhadap perayu melibatkan tiga ekor kerbau dan denda RM3,000 tidak wujud dalam Enakmen Mahkamah Anak Negeri.

“Kelima, saya mendapati isteri responden sepatutnya dipanggil oleh Mahkamah Anak Negeri Papar semasa perbicaraan untuk memberikan keterangan mengenai hubungannya dengan perayu. Tujuannya adalah untuk membuktikan kesalahan perayu.

“Dan akhirnya, saya mendapati aduan oleh responden dibuat pada 9 Ogos di Mahkamah Anak Negeri Papar dan hukuman dijatuhkan pada 23 Okt.

“Namun, kes tersebut hanya didaftarkan pada 28 Okt berdasarkan resit pendaftaran yang dikeluarkan oleh Pejabat Daerah dengan nombor siri B704427, bertarikh 28 Okt.

“Oleh itu, saya menyimpulkan bahawa Mahkamah Anak Negeri Papar tidak mengikuti prosedur yang betul,” katanya.

Muhammad berkata responden dibenarkan untuk mengemukakan kes itu ke Mahkamah Tinggi Rayuan Anak Negeri di Kota Kinabalu dalam tempoh 60 hari.

Sementara itu, Claudius, bekas Timbalan Setiausaha Negeri, ketika ditemui di luar Mahkamah Anak Negeri Papar, berkata beliau akan mengemukakan kes itu ke Mahkamah Rayuan Anak Negeri Kota Kinabalu kerana Mahkamah Rayuan Anak Negeri Papar telah memberikan beliau tempoh 60 hari untuk berbuat demikian.

Beliau meluahkan rasa kecewa dengan keputusan itu dan menyifatkannya sebagai tidak adil kerana beliau mempunyai bukti kukuh terhadap perayu.

Pada 23 Okt 2024, akhbar melaporkan Mahkamah Anak Negeri di sini telah menjatuhkan sogit (hukuman adat) ke atas seorang bekas Setiausaha Tetap (SUT) sebuah kementerian selepas didapati bersalah mengganggu isteri orang lain.

Ketua Daerah Mahkamah Anak Negeri, OKK Alexander Malianus, yang mempengerusikan kes itu sebagai Ketua Hakim bersama tiga hakim lain, memerintahkan defendan, Datuk Robert Stidi, untuk membayar plaintif, Datuk Claudius Roman, dengan tiga ekor kerbau dan denda RM3,000 dalam tempoh satu bulan bermula 23 Okt.

Beliau dilaporkan berkata panel hakim membuat keputusan tersebut dengan penuh yakin dan tanpa keraguan berdasarkan Hukum Adat Anak Negeri Kadazandusun di Papar.

“Mahkamah Anak Negeri di sini telah memutuskan defendan (Robert) didapati bersalah melanggar adat masyarakat Kadazandusun di Papar kerana mengganggu isteri plaintif.

“Mana-mana pihak yang tidak berpuas hati dengan keputusan mahkamah boleh membuat rayuan ke Mahkamah Anak Negeri Papar atau Mahkamah Rendah Anak Negeri Kota Kinabalu (MRANSKK) dalam tempoh 60 hari dari tarikh keputusan Mahkamah,” kata Alexander ketika membaca keputusan di Mahkamah di sini. – Harian Ekspres

]]>
https://sabahmedia.com/2024/12/26/mahkamah-batalkan-sogit-terhadap-bekas-sut/feed/ 0 65993
Bekas Setiausaha Tetap Dihukum Sogit Oleh Mahkamah Anak Negeri Papar https://sabahmedia.com/2024/10/24/bekas-setiausaha-tetap-dihukum-sogit-oleh-mahkamah-anak-negeri-papar/ https://sabahmedia.com/2024/10/24/bekas-setiausaha-tetap-dihukum-sogit-oleh-mahkamah-anak-negeri-papar/#respond Thu, 24 Oct 2024 04:31:01 +0000 https://sabahmedia.com/?p=62676
Read Time:1 Minute, 34 Second

PAPAR: Mahkamah Anak Negeri Papar pada Rabu telah mengenakan hukuman sogit ke atas seorang bekas Setiausaha Tetap (SUT) sebuah kementerian selepas didapati bersalah mengganggu isteri orang.

Memetik laporan portal Daily Express , Datuk Robert Stidi, defendan dalam kes ini, diperintahkan untuk membayar tiga ekor kerbau dan denda sebanyak RM3,000 kepada plaintif, Datuk Claudius Roman, dalam tempoh sebulan bermula 23 Oktober tahun ini.

Ketua Daerah OKK Alexander Malianus yang mengetuai perbicaraan bersama tiga hakim lain membuat keputusan berdasarkan Adat Istiadat Anak Negeri Kadazandusun di Papar.

Alexander menyatakan bahawa defendan telah didapati bersalah kerana melanggar adat masyarakat Kadazandusun dengan mengganggu isteri plaintif.

“Mana-mana pihak yang tidak berpuas hati dengan keputusan ini boleh mengemukakan rayuan kepada Mahkamah Anak Negeri Papar atau Mahkamah Anak Negeri Rendah Kota Kinabalu dalam tempoh 60 hari dari tarikh keputusan,” kata Alexander semasa membacakan keputusan.

Defendan, Datuk Robert Stidi, tidak hadir dalam dua sesi perbicaraan yang berlangsung pada 4 dan 23 Oktober 2024 tanpa memberikan sebarang alasan yang sah.

Tindakan ini dianggap sebagai penghinaan terhadap mahkamah. Mahkamah sebelum ini telah menghantar surat kepada defendan untuk hadir mempertahankan diri, namun tiada maklum balas diterima.

Robert Stidi didakwa mengikut Bahagian III Seksyen 8(1) Adat dan Tradisi Kadazandusun serta Seksyen 18 Enakmen Anak Negeri Sabah 1992, yang memperuntukkan hukuman tiga ekor kerbau, denda hingga RM5,000, atau penjara maksimum dua tahun, atau kedua-duanya sekali.

Menurut plaintif, Datuk Claudius Roman, defendan telah mempunyai hubungan sulit dengan isterinya, Donna Elizabeth Kong, yang merupakan bekas pembantu kepada defendan di kementerian yang sama.

Bukti tambahan seperti foto, perbualan WhatsApp, serta saksi daripada pegawai kerajaan yang melihat pasangan itu berkelakuan seperti pasangan suami isteri telah dikemukakan di mahkamah.

Di luar mahkamah, Datuk Claudius, yang juga Presiden Majlis Datuk-Datuk Negeri Sabah (MDNS), menyatakan harapan agar keputusan ini dapat meningkatkan kesedaran dalam kalangan masyarakat Kadazandusun tentang betapa seriusnya kesalahan mengganggu isteri orang, yang boleh merosakkan keharmonian rumah tangga.

]]>
https://sabahmedia.com/2024/10/24/bekas-setiausaha-tetap-dihukum-sogit-oleh-mahkamah-anak-negeri-papar/feed/ 0 62676
KDCA ‘Sogit’ Tujuh Ekor Kerbau, Peguam Hina Unduk Ngadau https://sabahmedia.com/2021/08/13/kdca-sogit-tujuh-ekor-kerbau-peguam-hina-unduk-ngadau/ https://sabahmedia.com/2021/08/13/kdca-sogit-tujuh-ekor-kerbau-peguam-hina-unduk-ngadau/#respond Fri, 13 Aug 2021 13:47:33 +0000 https://sabahmedia.com/?p=4569
Read Time:1 Minute, 57 Second

KOTA KINABALU: Persatuan Kebudayaan KadazanDusun (KDCA) telah mencapai kesepakatan dengan peguam Marcel Jude Joseph untuk menyelesaikan isu penghinaan terhadap masyarakat Kadazan, Dusun, Murut, Rungus (KDMR).

Dalam satu kenyataan di sini hari ini, Timbalan Presiden KDCA Bulawan Sigah Datuk Seri Dr Jeffrey Kitingan mengatakan Marcel telah bersetuju untuk menyelesaikan isu tersebut dengan ‘sogit’ (denda atau pampasan) tujuh ekor kerbau kepada masyarakat KDMR, melalui KDCA, dalam masa 14 hari.

Selain itu, Marcel juga diminta untuk menerbitkan permohonan maaf secara terbuka, setengah halaman di surat khabar tempatan pilihannya.

“Perjanjian ini akan didaftarkan di Mahkamah Anak Negeri di Penampang. Kedua-dua pihak telah bersetuju untuk tidak mencabar syarat-syarat perjanjian di mahkamah yang ada di Sabah.

“Bagi pihak KDCA dan semua persatuan yang bersekutu dengan kami, kami telah bersetuju untuk tidak meneruskan tindakan pengadilan terhadap Joseph, dan kami menganggap perkara ini ditutup.

“Oleh itu, kita meminta seluruh masyarakat Kadazandusun melakukan apa yang selalu kita lakukan, iaitu sentiasa menganjurkan kedamaian dan perdamaian,” katanya.

Jeffrey menjelaskan bahawa keputusan itu mendapat restu dari Huguan Siou Tan Sri Joseph Pairin Kitingan, yang menuntut agar isu ini tidak berlarutan.

Manakala jumlah kerbau tersebut ditentukan oleh tujuh jenis adat dan tradisi KDMR.

“Walaupun Marcel telah memohon maaf kepada jawatankuasa Unduk Ngadau dan para peserta, dia juga bersetuju untuk menerbitkan permohonan maaf secara terbuka, ”katanya.

Untuk memastikan masalah ini tidak berulang, Jeffrey menyatakan bahawa Huguan Siou telah mengarahkan KDCA untuk mendirikan batu sumpah di kawasan KDCA yang menyenaraikan adat dan tradisi terpenting masyarakat KDMR.

Setiap kampung juga diminta untuk mendirikan batu sumpah mereka sendiri atau notis pemberitahuan, menyenaraikan adat dan tradisi mereka yang mesti dihormati oleh masyarakat setempat dan orang luar yang masuk ke kampung.

Marcel menyatakan kepada KDCA, penyesalannya kerana menyinggung perasaan komuniti KDMR, beliau menjelaskan bahawa dia tidak pernah bermaksud untuk menyakitkan hati sesiapa sahaja, terutama masyarakat KDMR.

Mengulas mengenai perjanjian itu, Ketua Penganjur Unduk Ngadau, Tindarama Joanna Kitingan mengatakan bahawa wanita selalu dipandang tinggi dalam komuniti KDMR.

“Kerana wanita memainkan peranan penting, terutama dalam bidang kerohanian, menghina wanita dalam masyarakat kita adalah sangat menyinggung perasaan dan kita akan lebih berhemah dengan mempelajari tentang sejarah dan menghormati adat istiadat kita, ”katanya.

Pada Jun lalu, Marcel Jude Joseph, peguam kepada bekas pemimpin Parti Solidariti Tanah Airku (STAR) yang menghadapi lima pertuduhan mencabul kehormatan, memohon maaf kerana menyamakan pertandingan Ratu Kaamatan atau Unduk Ngadau dengan “persembahan lembu eksotik” dan “acara lelong”.

]]>
https://sabahmedia.com/2021/08/13/kdca-sogit-tujuh-ekor-kerbau-peguam-hina-unduk-ngadau/feed/ 0 4569