sokong kerajaan GRS – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Thu, 06 Apr 2023 13:21:50 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.1 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png sokong kerajaan GRS – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 PHRS sokong kerajaan GRS bersama majukan Sabah https://sabahmedia.com/2023/04/06/phrs-sokong-kerajaan-grs-bersama-majukan-sabah/ https://sabahmedia.com/2023/04/06/phrs-sokong-kerajaan-grs-bersama-majukan-sabah/#respond Thu, 06 Apr 2023 13:21:49 +0000 https://sabahmedia.com/?p=32274
Read Time:1 Minute, 1 Second

KOTA KINABALU: Parti Harapan Rakyat Sabah (PHRS) menzahirkan ucapan terima kasih dan bangga kerana menjadi sebahagian daripada Keluarga Gabungan Rakyat Sabah (GRS).

Presidennya Tan Sri Liew Yun Fah berkata, sejak awal lagi PHRS mengambil pendekatan mesra dan menyokong kerajaan atas dasar bersama ke arah memajukan Sabah.

“Fokus utama PHRS adalah bergerak di kawasan timur Sabah meliputi Tawau, Kalabakan, Kunak, Semporna, Lahad Datuk dan Sandakan.

“Dalam hal ini, hala tuju PHRS cukup jelas selari dengan GRS, kerana PHRS mahu kekal fokus dengan pembangunan Negeri, bersifat kendiri dan tidak ‘terikat’ dengan campur tangan politik luar,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Menurutnya, PHRS yakin dengan adanya gabungan bersama enam parti lain iaitu Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat), Parti Bersatu Sabah (PBS), Parti Solidariti Tanah Airku (STAR), Pertubuhan Kebangsaan Sabah Bersatu (USNO), Parti Maju Sabah (SAPP) dan Parti Liberal Demokratik (LDP), kita dapat merealisasikan aspirasi parti tempatan seterusnya bersatu ke arah Sabah Maju Jaya.

Liew bagi pihak PHRS turut menzahirkan setinggi penghargaan dan terima kasih kepada Presiden GRS Datuk Seri Hajiji Noor, Setiausaha Agung GRS Datuk Seri Masidi Manjun, dan barisan kepimpinan GRS Datuk Seri Dr Maximus Ongkili, Datuk Seri Dr Jeffy Kitingan, Datuk Seri Yong Teck Lee dan Tan Sri Pandikar Amin Mulia.

]]>
https://sabahmedia.com/2023/04/06/phrs-sokong-kerajaan-grs-bersama-majukan-sabah/feed/ 0 32274