SOKONGAN – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Sun, 25 Jan 2026 10:45:18 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.0.2 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png SOKONGAN – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Sokongan padu rakyat penting demi merealisasi agenda pembangunan negeri https://sabahmedia.com/2026/01/25/sokongan-padu-rakyat-penting-demi-merealisasi-agenda-pembangunan-negeri/ https://sabahmedia.com/2026/01/25/sokongan-padu-rakyat-penting-demi-merealisasi-agenda-pembangunan-negeri/#respond Sun, 25 Jan 2026 10:45:12 +0000 https://sabahmedia.com/?p=90382
Read Time:1 Minute, 31 Second

KOTA KINABALU: Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor berharap rakyat akan terus memberi sokongan padu dan menjadi rakan kongsi untuk merealisasikan agenda pembangunan Kerajaan Negeri.

“Aspirasi saya sebagai Ketua Menteri adalah untuk melakarkan laluan pembangunan untuk Sabah dan rakyat. Justeru, sokongan berterusan adalah penting demi kesinambungan pembangunan rakyat dan negeri ini,” katanya di majlis perasmian Festival Tarian Naga, Unicorn dan Singa di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC) di sini, hari ini.

Ucapan beliau disampaikan oleh Pembantu Menteri Kepada Ketua Menteri Datuk Ceasar Mandela Malakun.

Beliau turut memuji Persatuan Komuniti Cina Sabah Bersekutu Kota Kinabalu (USCCAKK) kerana berjaya menganjurkan Festival Tarian Naga, Unicorn dan Singa Tahun Baharu Cina 2026 bagi menyambut Tahun Baharu Cina 2026.

Beliau berkata, USCCAKK telah secara konsisten menganjurkan acara ini sejak beberapa tahun kebelakangan ini, menjadikannya satu sambutan kebudayaan tahunan yang dinanti-nantikan bukan sahaja oleh masyarakat Cina, malah oleh pelbagai lapisan masyarakat di Sabah, serta berperanan sebagai platform untuk memupuk toleransi dan saling menerima dalam membina masa depan bersama.

“Sebab itu, sambutan perayaan dan kebudayaan dalam kalangan masyarakat Sabah daripada pelbagai agama, etnik dan budaya adalah identiti unik di negeri ini.

“Di Sabah sendiri, sambutan kebudayaan dan perayaan setiap kaum sudah menjadi upacara tahunan dan amalan. la adalah asas untuk meningkatkan perpaduan dan keharmonian sedia ada dalam kalangan masyarakat berbilang kaum dalam kalangan rakyat berbilang bangsa serta agama di negeri ini,” katanya.

Menurut Zodiak Cina, tahun 2026 merupakan Tahun Kuda Api dan dikaitkan dengan perubahan, inovasi dan keberanian serta menawarkan peluang besar.

“Justeru, semangat dan tenaga dalam Tahun Kuda ini perlu kita ambil untuk bersama-sama dalam membawa lebih banyak pembangunan ekonomi, sosial dan kesejahteraan rakyat di negeri ini.

“Kerajaan Negeri ingin berkongsi visi harapan ini dan akan maju ke hadapan serta meneruskan agenda pembangunan untuk memulihkan ekonomi, melaksanakan rancangan serta mencari peluang yang baik untuk negeri dan rakyat,” katanya.

]]>
https://sabahmedia.com/2026/01/25/sokongan-padu-rakyat-penting-demi-merealisasi-agenda-pembangunan-negeri/feed/ 0 90382
Tiga MP Bersatu Cabar PH Tidak Merancang Rebut Kuasa atau Bentuk Kerajaan dengan Sokongan Kleptokrat https://sabahmedia.com/2021/08/14/tiga-mp-bersatu-cabar-ph-tidak-merancang-rebut-kuasa-atau-bentuk-kerajaan-dengan-sokongan-kleptokrat/ https://sabahmedia.com/2021/08/14/tiga-mp-bersatu-cabar-ph-tidak-merancang-rebut-kuasa-atau-bentuk-kerajaan-dengan-sokongan-kleptokrat/#respond Sat, 14 Aug 2021 11:20:00 +0000 https://sabahmedia.com/?p=4617
Read Time:2 Minute, 13 Second

KOTA KINABALU: Tiga ahli Parlimen Bersatu hari ini mencabar Pakatan Harapan (PH) untuk menyatakan secara terbuka kepada rakyat bahawa mereka tidak merancang untuk merebut kuasa atau membentuk kerajaan dengan sokongan kleptokrat.

Gesaan itu dibuat hari ini oleh Anggota Parlimen Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Datuk Ali Biju (Saratok), Datuk Willie Mongin (Puncak Borneo) dan Jonathan Yasin (Ranau).

Di dalam satu kenyataan bersama itu mereka merujuk kepada Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk tidak membenarkan kleptokrat memegang jawatan dalam pemerintahan.

“Hari ini, DAP (Parti Tindakan Demokratik) telah menyatakan calon Perdana Menteri mereka adalah Datuk Seri Anwar ibrahim. Walaupun mengakui hakikat bahawa Anwar tidak memiliki angka dan dia tentu akan bergantung kepada sokongan kleptokrat dan kelompok mahkamah, mereka tetap menyatakan sokongan mereka terhadap pencalonannya. “

“Setelah membuat penentangan terhadap pemerintahan kleptokrat pada PRU14 (Pilihan Raya Umum ke-14), apakah ini yang DAP, PKR (Parti Keadilan Rakyat), Amanah (Parti Amanah Negara) mahukan ? iaitu mengambil kuasa walau dengan apa cara sekalipun dengan menjalinkan kerjasama bersama bukan rakan seperjuangan, soal mereka lagi.

Menurut mereka lagi sekiranya tindakan untuk mengambil kuasa itu diteruskan, apakah harga yang dibayar untuk meneruskan kerjasama dengan kumpulan kleptocrat itu? sila nyatakan dan tentunya rakyat berhak untuk mengetahuinya.

Ahli Parlimen Bersatu itu menambah bahawa apa pun yang berlaku sekarang, Muhyiddin tetap gah menjalankan tanggungjawabnya , walaupun karier politiknya terancam dia tetap enggan menyerah kepada kleptokrat, enggan campur tangan dalam kes mahkamah dan enggan menjual masa depan negara kepada pembida tertinggi.

Sementara itu, dalam ucapan khas Muhyiddin yang disiarkan secara langsung di televisyen semalam, beliau telah menyatakan kesediaan untuk bekerjasama dengan pihak-pihak di luar gabungan Perikatan Nasional (PN) setelah undi percaya di Parlimen yang dijadualkan pada 7 September.

Ahli Parlimen Pagoh itu juga mengatakan bahawa tidak seorang pun MP dapat membuktikan bahawa mereka mendapat sokongan majoriti anggota Dewan Rakyat untuk menghadirkan diri kepada Yang di-Pertuan Agong untuk melantik mereka sebagai perdana menteri yang baru.

Terdahulu, Muhyiddin berkata tujuh cadangan bagi memastikan kerajaan sedia ada dapat menumpukan kepada usaha menangani krisis kesihatan negara dan tidak mahu kumpulan kleptokrat yang sedang merancang untuk menjatuhkannya kembali berkuasa.

Antara lain Perdana Menteri menjanjikan suatu Rang Undang-Undang Pindaan Perlembagaan untuk menghadkan tempoh jawatan Perdana Menteri kepada dua penggal sahaja dan Rang Undang-Undang Anti-Lompat Parti akan dibentangkan di Parlimen, jika memperoleh sokongan bipartisan di Dewan Rakyat dan Dewan Negara yang melebihi majoriti dua pertiga.

Beliau juga berkata kerajaan memberi jaminan akan memperkukuhkan reformasi Parlimen dengan memastikan jumlah MP Kerajaan dan Pembangkang yang menganggotai Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen adalah lebih seimbang.

Muhyiddin dalam ucapannya juga menjemput semua pimpinan parti politik untuk bersama membincangkan cadangan tersebut dan sekiranya dipersetujui akan memanggil sidang khas untuk membentang usul undi percaya dengan segera.

]]>
https://sabahmedia.com/2021/08/14/tiga-mp-bersatu-cabar-ph-tidak-merancang-rebut-kuasa-atau-bentuk-kerajaan-dengan-sokongan-kleptokrat/feed/ 0 4617
KBSS MSN Sabah Beri Sokongan Terbaik 3 Atlet Para Sabah https://sabahmedia.com/2021/07/02/kbss-msn-sabah-beri-sokongan-terbaik-3-atlet-para-sabah/ https://sabahmedia.com/2021/07/02/kbss-msn-sabah-beri-sokongan-terbaik-3-atlet-para-sabah/#respond Fri, 02 Jul 2021 09:52:31 +0000 https://sabahmedia.com/?p=2396
Read Time:2 Minute, 15 Second


KOTA KINABALU: Kementerian Belia dan Sukan Sabah (KBSS) melalui Majlis Sukan Negeri Sabah (MSN Sabah) memberikan sokongan terbaik kepada tiga atlet Para Sabah yang layak beraksi di Sukan Paralimpik XVI Tokyo 2020 di Jepun bermula 25 Ogos hingga 6 September depan.
 
Menteri KBSS Datuk Ellron Angin, berkata perancangan rapi telah dibuat dengan kerjasama erat Majlis Sukan Negara (MSN) dalam memastikan ketiga-tiga atlet itu siap sedia sepenuhnya dan memberikan cabaran terhebat di Negara Matahari Terbit itu nanti.
 
Tiga atlet Para yang dimaksudkan itu ialah Brenda Anallia Larry, 15, atlet renang yang akan bersaing dalam acara 50 meter (m) Kuak Lentang kategori S4 wanita, Jonathan Wong Kar Gee, 30, atlet olaharaga yang akan bertanding dalam acara lompat jauh kategori F12 lelaki dan Didin Taresoh, 46, pemain badminton yang akan bertarung dalam acara perseorangan kategori SS6 lelaki.
 
“Sudah tentu kita, seluruh warga sukan negeri ini amat berbangga dengan pencapaian ketiga-tiga mereka. Mereka bukan sahaja mengharumkan nama negeri Sabah yang tercinta ini, tetapi juga nama Malaysia di persada dunia.
 
“Bukan mudah untuk melahirkan atlet seperti mereka, ianya memerlukan sokongan padu dari semua pihak selain kegigihan, kesabaran, keazaman dan disiplin tinggi atlet itu sendiri,” kata beliau selepas menyampaikan saguhati pencapaian kepada ketiga-tiga atlet itu di Stadium Likas, Kompleks Sukan Kota Kinabalu (KSKK) di sini hari ini (Jumaat).
 
“Satu perbincangan virtual telah diadakan beberapa minggu lalu melibatkan para pegawai dari MSN, MSN Sabah, Institut Sukan Negara, Pesuruhjaya Sukan, Persatuan dan jurulatih-jurulatih ketiga-tiga atlet itu, untuk merancang secara terperinci persiapan latihan mereka.
 
“Persiapan memasuki Fasa Akhir ketika ini berjalan lancar sekalipun ianya banyak terbatas akibat kekangan pendemik Covid-19, dan selaku menteri, saya telah mengarahkan MSN Sabah untuk memantau sepenuhnya latihan dan persiapan ketiga-tiga atlet ini setiap minggu,” jelas Ellron.
 
“Kita di kementerian sentiasa berdoa kejayaan mereka membawa pulang pingat untuk kontinjen negara, dan seperti yang dijanjikan, insentif kemenangan yang lumayan menanti mereka.
 
“Dari Kerajaan Malaysia, pemenang pingat emas akan menerima RM1 juta dengan pencen bulanan RM5,000, pemenang pingat perak akan menerima RM300,000 dengan pencen bulanan RM3,000 dan pemenang pingat gangsa akan menerima RM100,000 dengan pencen bulanan RM1,000.
 
“Dari Kerajaan Negeri Sabah pula, pemenang pingat emas akan menerima RM500,000, pemenang pingat perak akan menerima RM150,000 dan pemenang pingat gangsa akan menerima RM50,000,” tambah beliau lagi.
 
Dalam pada itu, hadir sama semasa sesi penyampaian saguhati ialah Pembantu Menteri Belia dan Sukan Sabah; Tuan Andi Muhammad Suryady Haji Bandy, Setiausaha Tetap KBSS; Sr. Mohd. Yusrie Abdullah, Timbalan Setiausaha Tetap KBSS; Putera Jali, Pengarah MSN Sabah; Mohd. Asneh Mohd. Noor dan Presiden Persatuan Sukan dan Rekreasi Orang Kurang Upaya (PESRON) Sabah; Tan Hwa Koon.

]]>
https://sabahmedia.com/2021/07/02/kbss-msn-sabah-beri-sokongan-terbaik-3-atlet-para-sabah/feed/ 0 2396