solar – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Fri, 13 Mar 2026 20:52:20 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.0.2 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png solar – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Dua projek solar di Babagon dan Sandakan disasar siap dalam tempoh 12 bulan https://sabahmedia.com/2026/03/14/dua-projek-solar-di-babagon-dan-sandakan-disasar-siap-dalam-tempoh-12-bulan/ https://sabahmedia.com/2026/03/14/dua-projek-solar-di-babagon-dan-sandakan-disasar-siap-dalam-tempoh-12-bulan/#respond Fri, 13 Mar 2026 20:51:27 +0000 https://sabahmedia.com/?p=93219
Read Time:1 Minute, 46 Second

Oleh Erdie Ab Wahid

KOTA KINABALU: Dua projek tenaga solar baharu di Sabah membabitkan kapasiti keseluruhan 28 Megawatt (MW) kini memasuki fasa awal pelaksanaan selepas dilancarkan bulan lalu.

Ketua Pegawai Eksekutif Jetama Sdn Bhd, Datuk Ahmad Naim Uddang berkata, projek solar terapung berkapasiti 13.21MW di Empangan Babagon setakat ini mencatat kemajuan kira-kira lima peratus.

Beliau berkata, projek berkenaan baru sahaja memulakan kerja pelaksanaan dan kemajuan semasa adalah selaras dengan jadual yang ditetapkan.

“Projek ini baru sahaja ‘kick off’ bulan lalu, jadi sekarang dalam pelaksanaan dan kerja-kerja pembinaan sedang berjalan.

Ketua Pegawai Eksekutif Jetama Sdn Bhd, Datuk Ahmad Naim Uddang 

“Kalau ditanya peratus kemajuan, mungkin sekitar lima peratus kerana kita baru sahaja lancarkan projek ini,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada Majlis Berbuka Puasa dan Solat Terawih Jetama Sdn Bhd di sini pada Jumaat.

Hadir sama Datuk Faisyal Datuk Yusof Hamdain Diego.

Ahmad Naim berkata, sebuah lagi projek solar berkapasiti 15MW di Batu Sapi turut dilaksanakan secara serentak.

Menurutnya, kedua-dua projek tersebut disasarkan siap dalam tempoh kira-kira 12 bulan sekiranya pelaksanaan berjalan seperti dirancang.

“Pembinaan kedua-dua projek ini berjalan serentak seperti yang kita lancarkan baru-baru ini dan kita sasarkan ia boleh disiapkan dalam masa 12 bulan.

“Jika digabungkan kapasiti 13MW di Babagon dan 15MW di Sandakan itu, ianya akan menjadikan jumlah keseluruhan tenaga solar yang bakal dijana mencecah kira-kira 28MW,” katanya.

Bagaimanapun katanya, jumlah pengguna yang akan menerima bekalan elektrik daripada projek berkenaan bergantung kepada pengagihan tenaga oleh agensi berkaitan termasuk Suruhanjaya Tenaga Sabah  (ECoS) dan Sabah Electricity.

Mengulas cabaran dalam pelaksanaan projek, beliau mengakui sektor pembinaan sememangnya berdepan pelbagai cabaran, namun pihaknya akan berusaha memastikan projek dapat disiapkan mengikut tempoh sasaran.

“Kita cuba sedaya upaya untuk siapkan dalam tempoh 12 bulan kerana memang dalam pembinaan ada cabaran, tetapi kita akan pastikan ia berjalan sebaik mungkin,” katanya.

Sementara itu, beliau berkata kebimbangan mengenai kenaikan harga bahan binaan tidak dijangka memberi kesan besar kepada projek berkenaan kerana harga kebanyakan komponen telah dimuktamadkan lebih awal semasa peringkat perolehan.

Menurutnya, situasi itu membantu memastikan kos projek kekal stabil meskipun berlaku turun naik harga di pasaran. – SABAH MEDIA

]]>
https://sabahmedia.com/2026/03/14/dua-projek-solar-di-babagon-dan-sandakan-disasar-siap-dalam-tempoh-12-bulan/feed/ 0 93219
Sabah mahu kurangkan kebergantungan sumber tenaga konvensional https://sabahmedia.com/2026/03/12/sabah-mahu-kurangkan-kebergantungan-sumber-tenaga-konvensional/ https://sabahmedia.com/2026/03/12/sabah-mahu-kurangkan-kebergantungan-sumber-tenaga-konvensional/#respond Thu, 12 Mar 2026 13:26:49 +0000 https://sabahmedia.com/?p=93160
Read Time:2 Minute, 3 Second

TUARAN : Kerajaan Negeri berhasrat untuk mengurangkan kebergantungan kepada sumber konvensional dan beralih kepada sistem tenaga yang lebih pelbagai, lestari, serta mesra alam.

Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor berkata, langkah itu selari dengan Pelan Induk dan Hala Tuju Tenaga Sabah 2040 (SE-RAMP 2040), yang menjadi kompas strategik dalam merancang masa depan tenaga Sabah secara holistik.

“Melalui usaha perluasan penggunaan tenaga boleh baharu seperti solar dan hidro, kita bukan sahaja mengimbangi campuran tenaga negeri, malah membina daya tahan yang kental dalam menghadapi cabaran global dan krisis iklim.

“Usaha ini adalah pelaburan kita untuk memastikan Sabah kekal hijau dan makmur untuk dekad-dekad akan datang,” katanya.

Beliau berkata demikian pada majlis pelancaran projek solar skala besar 15MW Tuaran dan Iftar Ramadan Sabah Energy Corporation (SEC)  di Pusat Kebudayaan Rumpun Bajau Samah di Kampung Lok Batik di sini pada Khamis.

Hajiji berkata, pelancaran projek Solar Skala Besar 15Megawatt (MW) di sini adalah bukti jelas sinergi antara syarikat berkaitan kerajaan (GLC), terutamanya SEC dengan visi dasar negeri.

Beliau memuji SEC atas projek solar keduanya, menyusuli projek 5MW di Labuan yang membuktikan kredibiiti dan kemampuan teknikal dan komersial SEC dalam menerajui sektor tenaga boleh baharu.

“Projek solar ini bukan sekadar menambah kapasiti 15 megawatt (MW) kepada sistem tenaga negeri, malah ia membawa signifikan yang lebih besar dalam transformasi struktur tenaga Sabah,” katanya.

Hajiji berkata sepanjang fasa pembinaan, seramai 150 tenaga kerja akan terlibat secara langsung, termasuk tenaga kerja tempatan.

“Ini merupakan platform terbaik bagi anak watan kita menimba pengalaman industri serta menguasai pemindahan kemahiran dalam teknologi tenaga boleh baharu.

“Lebih bermakna lagi, apabila projek ini beroperasi sepenuhnya, ia dijangka. mewujudkan 50 peluang pekerjaan baharu merangkumi bidang operasi, penyelenggaraan, teknikal, dan sokongan pentadbiran.

“Inisiatif ini bukan sahaja mampu meningkatkan pendapatan isi rumah, malah memperkukuh ekosistem tenaga hijau di Sabah. Inilah intipati pembangunan di bawah Hala Tuju Sabah Maju Jaya (SMJ) 2.0 iaitu pembangunan yang bukan sekadar angka, tetapi pertumbuhan yang menjana peluang pekerjaan, meningkatkan kemahiran rakyat, dan memberi limpahan ekonomi terus kepada komuniti setempat,” katanya.

Sementara itu, Hajiji berkata, projek ini memberi isyarat jelas bahawa Sabah komited memperkukuh keselamatan tenaga negeri.

Menurutnya, Sabah tidak boleh ketinggalan dalam arus perubahan ini dan ia harus memastikan pembangunan ekonomi berjalan seiring dengan pemeliharaan alam sekitar demi kesejahteraan generasi akan datang.

“Kerajaan Negeri kekal komited dalam memperkasakan agenda pembangunan negeri kini di bawah kerangka Hala Tuju SMJ 2.0 dan dalam usaha menjayakan agenda besar ini, sektor tenaga berdiri sebagai nadi yang paling kritikal,” katanya.

]]>
https://sabahmedia.com/2026/03/12/sabah-mahu-kurangkan-kebergantungan-sumber-tenaga-konvensional/feed/ 0 93160
Loji solar 7.5MW dilancar di Tawau, Sabah sasar 350MW tenaga boleh diperbaharui menjelang 2026 https://sabahmedia.com/2025/04/30/loji-solar-7-5mw-dilancar-di-tawausabah-sasar-350mw-tenaga-boleh-diperbaharui-menjelang-2026/ https://sabahmedia.com/2025/04/30/loji-solar-7-5mw-dilancar-di-tawausabah-sasar-350mw-tenaga-boleh-diperbaharui-menjelang-2026/#respond Wed, 30 Apr 2025 00:53:24 +0000 https://sabahmedia.com/?p=72921
Read Time:1 Minute, 11 Second

Oleh Florieta Diet

TAWAU: Sabah terus memperkukuh komitmen terhadap tenaga hijau dengan pelancaran loji janakuasa solar berskala besar berkapasiti 7.5 megawatt (MW) di Balung, Tawau, pada Selasa.

Majlis perasmian disempurnakan oleh Menteri Pembangunan Perindustrian dan Keusahawanan, Phoong Jin Zhe, yang menyifatkan projek itu sebagai pencapaian penting dalam memperluas penggunaan tenaga boleh diperbaharui di negeri ini.

“Loji ini mencerminkan langkah besar Sabah dalam peralihan tenaga dan komitmen kerajaan negeri terhadap masa depan yang bersih dan mampan,” katanya.

Projek ini adalah usaha sama antara Constant Energy, Woodford Solar Energy Holding Sdn Bhd dan Gaya Belian Sdn Bhd. Loji tersebut menggunakan teknologi penjejak solar automatik yang membolehkan panel mengikut pergerakan matahari, sekaligus meningkatkan kecekapan penjanaan tenaga.

Phoong berkata, Sabah kini mempercepat pembangunan tenaga boleh diperbaharui dan telah meluluskan 15 projek loji solar dengan kapasiti gabungan 200MW bagi tahun 2024.

“Menjelang 2026, kita sasarkan kapasiti solar mencecah 350MW, bersamaan 20 hingga 25 peratus daripada campuran tenaga negeri,” ujarnya.

Beliau berkata pelaburan dalam tenaga hijau bukan sahaja menyumbang kepada kelestarian alam sekitar, malah membuka peluang pekerjaan bernilai tinggi dan merangsang pertumbuhan ekonomi mampan.

Namun begitu, katanya, cabaran utama adalah kos pelaburan tinggi bagi projek berskala besar, dan kerajaan negeri sedang bekerjasama dengan pelabur swasta serta institusi kewangan untuk mempercepat pelaksanaan.

“Sabah bukan hanya mahu memenuhi keperluan tenaga tempatan, tetapi juga menyumbang kepada rantaian bekalan tenaga hijau global. Melalui inovasi dan kerjasama, kita sedang membina masa depan tenaga yang lebih cerah,” katanya.

]]>
https://sabahmedia.com/2025/04/30/loji-solar-7-5mw-dilancar-di-tawausabah-sasar-350mw-tenaga-boleh-diperbaharui-menjelang-2026/feed/ 0 72921
Sabah Electricity terima tawaran Projek Solar 15 MWac https://sabahmedia.com/2025/01/08/sabah-electricity-terima-tawaran-projek-solar-15-mwac/ https://sabahmedia.com/2025/01/08/sabah-electricity-terima-tawaran-projek-solar-15-mwac/#respond Wed, 08 Jan 2025 00:09:54 +0000 https://sabahmedia.com/?p=66626
Read Time:1 Minute, 7 Second

Kota Kinabalu : Sabah Electricity (SE) akan terus mengambil inisiatif untuk meningkatkan margin penjanaan demi memastikan pembekalan elektrik di negeri ini adalah mampan dan berdaya harap.

Ketua Pegawai Eksekutif SE, Ir. Ts. Mohd Yaakob Jaafar berkata, bagi tujuan itu, SE telah menerima Letter of Notification (LoN) mengenai tawaran Projek Large-Scale Solar Photovoltaic (LSSPV) sebanyak 15 MWac daripada Suruhanjaya Tenaga Sabah (ECoS) melalui usahasama dengan TNB Renewables Sdn Bhd (TRe).

“Kemenangan ini merupakan satu pencapaian yang positif dalam usaha SE dan TRe menyokong inisiatif tenaga boleh diperbaharui seterusnya memberikan sumbangan kepada kelestarian tenaga hijau di negeri Sabah.

“Projek LSSPV ini melibatkan pemasangan 15MWac panel solar di Kampung Langkon, Kota Marudu dan pengoperasian loji LSSPV ini kelak akan membantu meningkatkan margin rizab Grid Sabah ketika waktu beban puncak di siang hari,” katanya dalam kenyataan di sini.

Yaakob berkata, SE dan TRe akan bekerjasama dengan pihak berkepentingan serta pakar tenaga boleh diperbaharui untuk memastikan pelaksanaan projek LSSPV ini berjaya disiapkan mengikut jadual yang ditetapkan.

Dalam pada itu, belia turut berkata, SE ketika ini memberikan komitmen yang tinggi dalam teknologi hijau yang mana antaranya membangunkan infrastruktur Sistem Simpanan Tenaga Bateri (BESS) berkapasiti 100 Megawatt (MW) di Lahad Datu.

“SE optimis bahawa kedua-dua projek LSSPV dan BESS ini akan menjadi penanda aras dalam inovasi tenaga lestari dan meningkatkan potensi kapasiti penjanaan tenaga boleh diperbaharui,” katanya. – SABAH MEDIA

]]>
https://sabahmedia.com/2025/01/08/sabah-electricity-terima-tawaran-projek-solar-15-mwac/feed/ 0 66626
Tiga pekerja kontrak maut terkena renjatan elektrik di Ranau https://sabahmedia.com/2024/12/13/tiga-pekerja-kontrak-maut-terkena-renjatan-elektrik-di-ranau/ https://sabahmedia.com/2024/12/13/tiga-pekerja-kontrak-maut-terkena-renjatan-elektrik-di-ranau/#respond Fri, 13 Dec 2024 06:58:51 +0000 https://sabahmedia.com/?p=65327
Read Time:50 Second

KOTA KINABALU: Tiga pekerja kontrak maut terkena renjatan elektrik semasa menjalankan kerja-kerja pemasangan solar di bangunan Pejabat Jabatan Kerja Raya Ranau pagi tadi.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah berkta, pihaknya menerima panggilan kecemasan mengenai kejadian itu pada jam 10.46 pagi tadi (13 Dis).

“Setibanya sepasukan bomba dari BBP Ranau, Komander Operasi melaporkan terdapat empat orang kontraktor menjalankan kerja-kerja pemasangan solar di bangunan Pejabat Jabatan Kerja Raya Ranau, tiga orang mangsa terkena renjatan elektrik meninggal dunia di lokasi kejadian disahkan oleh pegawai perubatan dari Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) manakala seorang mangsa tidak mengalami sebarang kecederaan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurutnya, pasukan bomba bertindak mengalihkan mangsa ke tempat selamat seterusnya diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya.

“Tiga mangsa maut dikenali sebagai Wong, 54, Salleh, 34, dan Gimbal, 25. Manakala mangsa yang selamat dikenali sebagai Dani berusia lingkungan 20’an.

“Setelah memastikan tiada lagi bahaya yang wujud operasi ditamatkan sepenuhnya pada jam 12.03 tengahari,” katanya.

]]>
https://sabahmedia.com/2024/12/13/tiga-pekerja-kontrak-maut-terkena-renjatan-elektrik-di-ranau/feed/ 0 65327
Peringatan: Pembangun Solar Berskala Besar yang berminat beli dokumen RFP, tarikh akhir pada 26 Jun 2024 https://sabahmedia.com/2024/06/20/peringatan-pembangun-solar-berskala-besar-yang-berminat-beli-dokumen-rfp-tarikh-akhir-pada-26-jun-2024/ https://sabahmedia.com/2024/06/20/peringatan-pembangun-solar-berskala-besar-yang-berminat-beli-dokumen-rfp-tarikh-akhir-pada-26-jun-2024/#respond Thu, 20 Jun 2024 11:27:31 +0000 https://sabahmedia.com/?p=56292
Read Time:1 Minute, 45 Second

KOTA KINABALU: Suruhanjaya Tenaga Sabah (ECoS) mengingatkan syarikat-syarikat yang berminat untuk menyertai proses bidaan bagi projek Loji Kuasa Fotovoltaik (PV) Solar Berskala Besar (LSS) (LSS-SABAH2024), bahawa tarikh akhir untuk membeli dokumen RFP (Request for Proposal) adalah pada 26 Jun 2024.

Ketua Pegawai Eksekutif ECoS, Datuk Ir. Abdul Nasser Abdul Wahid berkata seperti yang disebut dalam notis kenyataan bidaan terbuka, tarikh terakhir untuk pembelian dokumen RFP ialah pada 26 Jun 2024, jam 5 petang.

“ECoS akan mengadakan sesi taklimat dalam talian yang akan diadakan pada 1 Julai 2024 untuk semua pembeli dokumen RFP bagi memudahkan penyerahan dokumen bidaan sebelum tarikh akhir pada 23 September 2024,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau turut memberi peringatan kepada syarikat-syarikat bahawa mereka juga dikehendaki melantik Kontraktor Elektrik dengan Kelas PV (Bersambung-Grid) yang berdaftar dengan ECoS.

“Pada masa ini hanya ada 15 Kontraktor Elektrik dengan Kelas PV (Bersambung Grid) (ECCPV (GC)) yang berdaftar dengan ECoS, dan 9 daripadanya adalah syarikat tempatan Sabah, namun bukan semua mempunyai keupayaan untuk menjalankan projek solar berskala besar,” katanya.

Sehubungan dengan itu, beliau menggalakkan semua Kontraktor Elektrik dengan Kelas PV (Bersambung-Grid) yang layak dan kompeten untuk mendaftar dengan ECoS kerana dijangka lebih ramai kontraktor diperlukan untuk mengendalikan jumlah projek LSS yang besar di bawah LSS-SABAH2024.

Dalam pada itu, Nasser juga menyambut baik kepentingan kontraktor berskala kecil yang juga diperlukan untuk menyediakan perkhidmatan mereka bagi menyokong program SELCO-PV Sabah yang sedang dijalankan dan sekaligus boleh menyediakan lebih banyak pilihan kepada pemaju yang akan datang.

“Oleh itu, saya amat menggalakkan kontraktor yang berminat untuk mendaftar awal dengan ECoS, dan saya dapat memberi jaminan bahawa kami akan memudahkan kelulusan, tertakluk kepada syarat-syarat yang diperlukan,” katanya.

Senarai semasa kontraktor ECCPV (GC) boleh diperolehi di https://ecos.gov.my/content/list-contractors di bawah kategori Tenaga Boleh Baharu (Renewable Energy).

Dokumen bidaan boleh dilihat di Ibu Pejabat ECoS semasa waktu pejabat dan maklumat umum tentang bidaan juga boleh diperolehi di www.ecos.gov.my/LSS-SABAH2024 atau emel [email protected].
Tarikh akhir untuk pembelian dokumen RFP adalah pada 26 Jun 2024, jam 5 petang.

]]>
https://sabahmedia.com/2024/06/20/peringatan-pembangun-solar-berskala-besar-yang-berminat-beli-dokumen-rfp-tarikh-akhir-pada-26-jun-2024/feed/ 0 56292
Sabah has best potential for solar energy in Malaysia https://sabahmedia.com/2023/10/30/sabah-has-best-potential-for-solar-energy-in-malaysia/ https://sabahmedia.com/2023/10/30/sabah-has-best-potential-for-solar-energy-in-malaysia/#respond Mon, 30 Oct 2023 04:59:11 +0000 https://sabahmedia.com/?p=44392
Read Time:2 Minute, 15 Second

KOTA KINABALU: Data from the Malaysia Renewable Energy Roadmap (MRER) showed that Sabah has the best potential for solar energy in Malaysia.

With this in mind, the Sabah Chief Minister Datuk Seri Hajiji Noor noted that solar power is expected to supply 11 per cent of the state’s total electricity generation by 2024.

He said the government is aware of the potential and benefits of solar energy in the state, and is responsible in ensuring the electricity supply in Sabah is guaranteed, thus ensuring optimum cost so as not to burden the people in the state.

Currently, Sabah’s solar energy capacity stands at 84 megawatts (mW), which comes from a large-scale solar project in Kudat (50 mW capacity), and a solar photovoltaic project under the feed-in tariff scheme (34 mW capacity).

The state is expecting another four more large-scale solar projects, which is expected to be completed by next year, which would bring another 62 mW to the state’s energy capacity, comprising 6mW in Beaufort, Kunak (5 mW), 20mw for two projects in Sandakan, 16 mW for another three in Tawau, and 15 mW for two projects in Labuan.

According to the MRER data, which was drafted by the Sustainable Energy Development Authority in 2022, about 99,400 MW can be tapped from solar panels installed on 1,887 sq km of undeveloped land area of Sabah land, which covers around 2.6 per cent.

Practically, if for example, just 1 per cent of 1,887 sq km is developed into solar farms, about 1,000 MW can be generated.
However, at the moment, the state government believe that to ensure stability of Sabah’s power grid, solar energy’s connection to the grid is limited to only 22 per cent or about 220 mW.

The only weakness is that solar energy is considered to be slightly inconsistent and it is very much dependent on sunlight.

“The target for additional solar energy capacity planned by the Sabah government for the future is only limited to 100 mW until 2027,” Hajiji disclosed, adding that the Energy Commission of Sabah (ECoS) is set to take control of the electricity supply including renewable energy in the state soon.

ECoS is also tasked to evaluate the implementation of off-grid solar energy such as self-generation and consumption, as well as dedicated supply such as to industrial parks.

The premier leader of Sabah noted that the government is aware of the potential and benefits of solar energy in the state, and is responsible in ensuring the electricity supply in Sabah is guaranteed, thus ensuring optimum cost so as not to burden the people in the state.

]]>
https://sabahmedia.com/2023/10/30/sabah-has-best-potential-for-solar-energy-in-malaysia/feed/ 0 44392
ESG : Sabah Boleh Menjadi Peneraju Ekonomi Berasaskan Teknologi Hijau di Malaysia https://sabahmedia.com/2023/06/14/esg-sabah-boleh-menjadi-peneraju-ekonomi-berasaskan-teknologi-hijau-di-malaysia/ https://sabahmedia.com/2023/06/14/esg-sabah-boleh-menjadi-peneraju-ekonomi-berasaskan-teknologi-hijau-di-malaysia/#respond Wed, 14 Jun 2023 05:33:08 +0000 https://sabahmedia.com/?p=36341
Read Time:3 Minute, 39 Second

OLEH – Muda Muhammad

Siapa sangka, Sabah menjadi negeri pertama yang ada projek solar berskala besar. Perkara itu kini sudah pun menjadi kenyataan. Pada hujung bulan lepas, Timbalan Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim, Datuk Seri Huang Tiong Sii mengumumkan Projek Solar Berskala Besar (LSS) bersekali dengan Sistem Penyimpanan Tenaga Bateri di Sabah dijangka beroperasi pada 2025 atau 2026.

Projek ini adalah antara opsyen yang dimuktamadkan antara Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Sabah bagi menangani isu peningkatan permintaan elektrik di kawasan Pantai Timur di negeri itu.

“Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri Sabah sedang memperhalusi opsyen-opsyen penjanaan dengan mengambil kira kecukupan bahan api dan kos pembekalan.

“Kerajaan sentiasa komited untuk membantu menyelesaikan masalah gangguan bekalan elektrik dan memenuhi peningkatan permintaan elektrik di Sabah khususnya di kawasan Pantai Timur Sabah,” kata Huang Tiong Sii pada sesi soal jawab persidangan Dewan Rakyat bulan lepas.

Kalau diimbas kembali masa lalu, tenaga solar dan teknologi hijau ini hanyalah sekadar kempen kesedaran untuk masyarakat sahaja, tetapi kini ianya menjadi realiti. Satu ketika dahulu, ketika sering mendengar bait lagu ini;

“Bumi tanpa lautan, Akan kehausan, Pasti lambat laun hilang, Duniaku yang malang, Dewasa ini kita saling merayakan, Kejayaan yang akhirnya membinasakan, Apalah gunanya kematangan fikiran. Bila di jiwa kita masih lagi muda, Dan mentah, Ku lihat hijau”

Lirik lagu Hijau nyanyian Zainal Abidin. Lagu ini sudah berusia 32 tahun. Ini lagu pertama yang dimainkan di stesen Radio ERA FM apabila stesen radio itu memulakan siaran pada 1 Ogos 1998.

Pada tahun yang sama lagu Hijau ini dihasilkan, dalam satu tinjauan antarabangsa yang dijalankan pada tahun tersebut mendapati lebih satu per enam orang dewasa yang ditemu bual memilih alam sekitar sebagai isu paling penting yang sedang dihadapi oleh Amerika Syarikat.

Walaupun ekonomi masih merupakan pilihan utama orang ramai, semakin banyak individu enggan mengorbankan kualiti alam sekitar untuk keadaan ekonomi yang lebih baik pada tahun tersebut. Sejak 1980an, di Eropah, kesedaran tentang alam sekitar dan kehijauan di kalangan masyarakat telah mulai dirasai. Trend pada ketika itu  dikenali sebagai kepenggunaan hijau (green consumerism).

Kini pada tahun 2023, semua orang bercakap soal ESG (Environmental, Social and Governance). Ianya bukan lagi sekadar lagu atau agenda untuk kesedaran tetapi sudah dijadikan polisi global untuk mewujudkan kemampanan pembangunan dan alam sekitar.

Di Malaysia, Sabah kini menjadi negeri yang terkehadapan dalam teknologi hijau ini. Sabah memang sudah terkenal di seluruh dunia sebagai destinasi ekopelancongan utama, kini Sabah mempunyai produk yang baharu iaitu ladang solar. Bayangkan jika kita boleh menarik pelancong untuk melawat Ladang Agricolataic yang besar sebagai sebahagian daripada agropelancongan.

Ladang Agrivoltaic ialah teknologi di mana kita menghasilkan tenaga suria dan menanam makanan di tanah yang sama. Sabah sesuai untuk tenaga solar kerana ia terletak di kawasan yang dibasahi matahari dengan potensi 1,500 kWj/kWp.

Satu megawatt solar membawa kira-kira empat pekerjaan langsung dan 28 pekerjaan tidak langsung kepada penduduk tempatan di Sabah. Bayangkan berapa banyak pekerjaan baru yang akan ada di kawasan luar bandar jika kerajaan membuat pelaburan besar dalam teknologi agrivoltaic ini.

Di Perancis, ladang anggur dihasilkan di Ladang Agrivoltaic untuk menghasilkan arak yang berkualiti. Malah teknologi Artificial Intelligence (AI) digunakan untuk menyesuaikan kedudukan panel solar di ladang. 

Di Australia, panel solar telah berjaya meningkatkan pengumpulan air pada masa musim kemarau. Ini membantu menyediakan kawasan padang ragut untuk penternakan biri-biri. Jika tidak, padang ragut akan kering pada musim kemarau.

Contoh yang baik di Perancis dan Australia, bermakna aspek pertanian dan penternakan boleh ditambah menjadi lebih baik dengan bantuan teknologi solar. Membiayai peralihan hijau bukan lagi impian dan kempen kesedaran semata-mata. Saiz mekanisme pelaburan yang mampan mampu meningkatkan industri ini ke tahap perniagaan yang lebih besar kepada penduduk negeri Sabah.

Namun begitu, dalam membangunkan teknologi, aspek  pelaburan alam sekitar, sosial dan tadbir urus (ESG) juga tidak boleh ditinggalkan. Dana ESG juga mesti sejajar dengan dasar dan aliran ekonomi strategik di mana ia penting ke dalam perniagaan hijau dan perusahaan kecil dan sederhana yang baharu.

Sabah ada potensi yang besar kerana kedudukannya yang strategik, kawasan yang luas dan penduduknya ramai. Potensi yang besar untuk menjadi peneraju dalam ekonomi hijau di Malaysia dan di Asia Tenggara. Dasar ekonomi di Malaysia yang terbuka dan bersedia untuk melaksanakan perubahan mengikut kehendak pelabur memudahkan lagi sesuatu impian itu untuk direalisasikan.

Jika Singapura boleh menjadikan kekurangan airnya sebagai strategi perindustrian dan menobatkan dirinya sebagai Lembah Silikon air, apakah yang menghalang daripada menarik pelabur ekonomi hijau ke Sabah? Sudah tentu tiada halangan, boleh bah.

]]>
https://sabahmedia.com/2023/06/14/esg-sabah-boleh-menjadi-peneraju-ekonomi-berasaskan-teknologi-hijau-di-malaysia/feed/ 0 36341