solat aidiladha – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Sat, 07 Jun 2025 04:24:26 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.1 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png solat aidiladha – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Tun Musa sertai 5,000 umat Islam tunai solat sunat Aidiladha di Masjid Negeri https://sabahmedia.com/2025/06/07/tun-musa-sertai-5000-umat-islam-tunai-solat-sunat-aidiladha-di-masjid-negeri/ https://sabahmedia.com/2025/06/07/tun-musa-sertai-5000-umat-islam-tunai-solat-sunat-aidiladha-di-masjid-negeri/#respond Sat, 07 Jun 2025 03:56:55 +0000 https://sabahmedia.com/?p=75171
Read Time:1 Minute, 12 Second

Kota Kinabalu : Yang di-Pertua Negeri Sabah,Tun Musa Aman menunaikan Solat Sunat Hari Raya Aidiladha 1446H bersama kira-kira 5,000 jemaah di Masjid Negeri Sabah di sini pada Sabtu.

Suhaidi (kiri) ketika mengimamkan solat sunat Aidiladha di Masjid Negeri Sabah. Foto JAPEN Sabah

Ketibaan Tun Musa pada jam 7.20 pagi disambut Timbalan Ketua Menteri Datuk Ir. Shahelmey Yahya, Menteri Kewangan Sabah Datuk Seri Masidi Manjun dan Pengarah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah (JHEAINS) merangkap Pengerusi Jawatan Kuasa solat berkenaan Datuk Jumain Abdul Ghani.

Sekitar jam 7.30 pagi, Tun Musa menunaikan Solat Sunat Hari Raya Aidiladha yang diimamkan Imam Besar Masjid Negeri Suhaidi Kuanting.

Tun Musa merakamkan gambar kenangan bersama-sama Shahelmey (empat dari kiri), Masidi (lima dari kanan), Arifin (tiga dari kiri), Safar (dua dari kiri), Jumain (kiri) serta tetamu yang hadir sejurus menunaikan solat sunat Aidiladha di Masjid Negeri Sabah – Foto JAPEN Sabah

Ia disusuli khutbah bertajuk ‘Pengorbanan: Tiada Kejayaan Semanis Madu, Tanpa Pengorbanan Sepahit Hempedu’ disampaikan oleh Mufti Kerajaan Negeri, Datuk Bungsu@ Aziz Jaafar.

Sejurus solat sunat dan khutbah Aidiladha Tun Musa meluangkan masa bersalaman dan beramah mesra bersama para jemaah sebelum beredar meninggalkan majlis pada jam 8.30 pagi.

Hadir sama Menteri Sains Teknologi dan Inovasi Negeri Datuk Dr Mohd Arifin Mohd Arif, Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Seri Sr Safar Untong dan Timbalan Yang Dipertua Majlis Ugama Islam Sabah (MUIS) Datuk Malai Ali Malai Ahmad.

]]>
https://sabahmedia.com/2025/06/07/tun-musa-sertai-5000-umat-islam-tunai-solat-sunat-aidiladha-di-masjid-negeri/feed/ 0 75171
Hajiji tunai solat sunat Aidiladha bersama 1,000 jemaah https://sabahmedia.com/2024/06/17/hajiji-tunai-solat-sunat-aidiladha-bersama-1000-jemaah/ https://sabahmedia.com/2024/06/17/hajiji-tunai-solat-sunat-aidiladha-bersama-1000-jemaah/#respond Mon, 17 Jun 2024 02:29:09 +0000 https://sabahmedia.com/?p=56118
Read Time:35 Second

Tuaran:   Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor menunaikan solat sunat Hari Raya Aidiladha di Masjid Haji Noor Kampung Serusop di sini, hari ini.

Disertai kira-kira 1,000 jemaah, solat sunat itu diimamkan oleh Muhammad Aslam Jubair Jifrih manakala, khutbah bertajuk ‘Aidiladha dan Kepedulian Sosial Kita’ disampaikan oleh Abdul Basit Salleh. 

Terdahulu, Hajiji turut menyertai jemaah mengalunkan takbir bersama-sama Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) Cawangan Sabah, Datuk Norjeli Dais dan Ketua Setiausaha Politik, Datuk Abdul Kassim Razali. 

Hajiji juga meluangkan masa beramah mesra dengan para jemaah selepas selesai solat pada jam 8.30 pagi, sebelum menghadiri majlis ibadah korban di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tuaran mulai jam 10 pagi.

]]>
https://sabahmedia.com/2024/06/17/hajiji-tunai-solat-sunat-aidiladha-bersama-1000-jemaah/feed/ 0 56118