Solat hajat – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Thu, 02 Oct 2025 01:18:44 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.0.4 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png Solat hajat – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Sabah adakan solat hajat, doa selamat untuk keselamatan Misi Flotilla Gaza https://sabahmedia.com/2025/10/02/sabah-adakan-solat-hajat-doa-selamat-untuk-keselamatan-misi-flotilla-gaza/ https://sabahmedia.com/2025/10/02/sabah-adakan-solat-hajat-doa-selamat-untuk-keselamatan-misi-flotilla-gaza/#respond Thu, 02 Oct 2025 01:18:43 +0000 https://sabahmedia.com/?p=82356
Read Time:56 Second

KOTA KINABALU: Masjid dan surau di seluruh negeri Sabah diminta untuk melaksanakan Solat Hajat Khas dan Doa Selamat hari ini bagi mendoakan keselamatan 13 warga Malaysia serta seluruh kru Misi Sukarelawan Global Sumud Flotilla (GSF).

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Sabah Datuk Dr Mohd Arifin Mohd Arif berkata, misi sukarelawan itu kini berhadapan ujian dalam pelayaran menghantar bantuan ke Gaza.

Katanya, misi kemanusiaan tersebut kini berdepan cabaran apabila lima kapal dilaporkan terputus hubungan, termasuk penahanan beberapa aktivis melibatkan dua anak Sabah.

“Kita menyahut saranan Ketua Menteri Sabah untuk mengenepikan perbezaan ideologi dengan bersolidariti mendoakan keselamatan dan kejayaan misi ini,” katanya dalam kenyataan di sini pada Khamis.

Arifin yang juga Exco Agama dan Pendidikan berkata, pelaksanaan Solat Hajat dan Doa Selamat ditetapkan selepas solat Zohor dan Maghrib pada Khamis, 2 Oktober 2025 di semua masjid dan surau seluruh negeri.

Beliau turut berkata, pelaksanaan Solat Hajat dan Doa Selamat juga akan ditetapkan dilaksanakan selepas solat Jumaat esok.

“Saya menyeru seluruh umat Islam di Sabah agar mengambil peluang ini untuk bersama-sama mendoakan agar semua tahanan dibebaskan dengan selamat serta misi kemanusiaan itu mencapai keberkatan dan kejayaan,” katanya. – SABAH MEDIA

]]>
https://sabahmedia.com/2025/10/02/sabah-adakan-solat-hajat-doa-selamat-untuk-keselamatan-misi-flotilla-gaza/feed/ 0 82356
Masjid dan Surau seluruh Sabah diminta adakan Solat Hajat bermula malam ini https://sabahmedia.com/2025/09/15/masjid-dan-surau-seluruh-sabah-diminta-adakan-solat-hajat-bermula-malam-ini/ https://sabahmedia.com/2025/09/15/masjid-dan-surau-seluruh-sabah-diminta-adakan-solat-hajat-bermula-malam-ini/#respond Mon, 15 Sep 2025 07:26:08 +0000 https://sabahmedia.com/?p=81297
Read Time:43 Second

KOTA KINABALU : Semua masjid dan surau di seluruh Sabah diminta untuk mengadakan solat hajat, bacaan Yasin dan doa selamat sebagai ikhtiar memohon perlindungan Allah SWT daripada bencana banjir dan malapetaka lain.

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Sabah Datuk Dr Mohd Arifin Mohd Arif berkata, majlis solat hajat itu boleh dilaksanakan bermula malam ini dan hari berikutnya.

Katanya, arahan itu telah disampaikan kepada Pengarah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Sabah (JHEAINS), Datuk Jumain Abdul Ghani, untuk dikoordinasikan ke seluruh negeri.

“Marilah kita sama-sama berdoa agar negeri Sabah dan rakyatnya dilindungi daripada sebarang mara bahaya, termasuk bencana alam. 

“Semoga negeri ini sentiasa berada dalam naungan keselamatan dan kesejahteraan,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Solat hajat berkenaan diadakan susulan keadaan cuaca tidak menentu yang melanda beberapa daerah di Sabah, dengan beberapa kawasan dilaporkan terjejas akibat banjir berpanjangan sejak minggu lalu. – SABAH MEDIA

]]>
https://sabahmedia.com/2025/09/15/masjid-dan-surau-seluruh-sabah-diminta-adakan-solat-hajat-bermula-malam-ini/feed/ 0 81297