SOLAT JUMAAT – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Fri, 07 Mar 2025 13:04:17 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.0.4 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png SOLAT JUMAAT – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Empat kenderaan diparkir terbakar ketika pemiliknya sedang solat Jumaat di Likas https://sabahmedia.com/2025/03/07/empat-kereta-terbakar-di-likas-ketika-pemiliknya-sedang-solat-jumaat/ https://sabahmedia.com/2025/03/07/empat-kereta-terbakar-di-likas-ketika-pemiliknya-sedang-solat-jumaat/#respond Fri, 07 Mar 2025 12:07:22 +0000 https://sabahmedia.com/?p=69950
Read Time:1 Minute, 6 Second

KOTA KINABALU: Empat buah kenderaan yang diparkir berhampiran Masjid Bandaraya Likas terbakar dalam kejadian yang berlaku ketika pemiliknya dipercayai sedang menunaikan solat Jumaat.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan menerusi MERS999 pada jam 12.59 tengahari tadi (7 Mac) sebelum sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lintas dikerah ke lokasi kejadian.

“Pasukan bomba tiba di lokasi mendapati empat buah kenderaan telah terbakar dan operasi pemadaman segera dijalankan menggunakan satu aliran sumber air dari tangki jentera.

“Kebakaran berjaya dikawal pada jam 1.07 petang dan operasi sepenuhnya tamat pada jam 1.50 petang,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut kenyataan itu, Toyota Alphard mengalami kerosakan paling teruk dengan 90 peratus terbakar, diikuti Proton Iriz 60 peratus, Proton Iswara 7 peratus, dan Proton Saga 5 peratus.

Bagaimanapun, tiada kecederaan atau kemalangan jiwa dilaporkan terlibat dalam kejadian itu.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Asisten Komisioner (ACP) Kasim Muda berkata pihak bomba masih menjalankan siasatan bagi mengenal pasti punca kebakaran.

“Maklumat awal yang diperoleh setakat ini tidak menunjukkan sebarang unsur khianat,” katanya ketika dihubungi Sabah Media dan mengesahkan kejadian itu.

Beliau turut menasihatkan orang ramai agar sentiasa memastikan kenderaan dalam keadaan baik dan tidak meninggalkan sebarang bahan mudah terbakar di dalam kenderaan bagi mengelakkan kejadian yang tidak diingini.

]]>
https://sabahmedia.com/2025/03/07/empat-kereta-terbakar-di-likas-ketika-pemiliknya-sedang-solat-jumaat/feed/ 0 69950
Penduduk mohon pertimbang laksana solat Jumaat https://sabahmedia.com/2025/01/29/penduduk-mohon-pertimbang-laksana-solat-jumaat/ https://sabahmedia.com/2025/01/29/penduduk-mohon-pertimbang-laksana-solat-jumaat/#respond Wed, 29 Jan 2025 03:42:52 +0000 https://sabahmedia.com/?p=67666
Read Time:1 Minute, 29 Second

Oleh ERDIE AB WAHID

Sepanggar : Penduduk khususnya umat Islam di Taman Salut Perdana di sini meminta agar Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah (JHEAINS) mempertimbangkan untuk mengadakan solat Jumaat di Surau Al-Mustafa KKIP V19.

Permintaan penduduk itu disuarakan kepada Ahli Parlimen Sepanggar Datuk Mustapha Sakmud pada majlis berkhatan beramai-ramai di sini pagi tadi.

Kemudahan itu juga dilihat dapat memberi kemudahan kepada umat Islam di kawasan berkenaan dan sekitarnya.

Mustapaha yang juga Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi berkata, kawasan berkenaan kini telah mencapai lebih 500 penduduk umat Islam dan dilihat sesuai untuk dilaksanakan solat Jumaat.

“Kita di Pejabat Parlimen Sepanggar banyak menerima permohonan daripada lokaliti terutama yang telah dibenarkan mengadakan solat Jumaat semasa pandemik COVID-19 dan ada beberapa lokasi yang saya fikir perlu dipertimbangkan oleh pihak JHEAINS dan juga Majlis Ugama Islam Sabah (MUIS).

“Sebagai contoh di surau ini, sebab saya dimaklumkan surau di kawasan ini saja lebih kurang 500 penduduk Islam dan yang paling dekat adalah Masjid Politeknik, disana saya dikhabarkan tidak menampung jemaah yang agak ramai

“Jadi saya fikir perlu dipertimbangkan oleh JHEAINS supaya surau ini dapat dibenarkan mengadakan solat Jumaat, yang ini saya akan cuba tulis surat kepada pengarah JHEAINS untuk pertimbangan selanjutnya,” katanya.

Terdahulu, pada majlis itu, seramai 70 peserta terdiri dari kanak-kanak sekitar kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Karambunai menyertai acara itu.

Mustapha berkata, acara yang diadakan setiap tahun itu merupakan pengisian sempena musim cuti sekolah.

“Hari ini saya telah merasmikan program berkhatan beramai-ramai Parlimen Sepanggar yang memang kita adakan setiap tahun, kali ini kita adakan di Surau Al-Mustafa ini di DUN Karambunai.

“Ini melibatkan lebih kurang 70 peserta yang menyertai program ini, dan saya ucapkan tahniah kepada jawatankuasa surau yang telah memberi kerjasama yang amat baik bersama Parlimen Sepanggar untuk mengadakan program ini,” katanya. – SABAH MEDIA

]]>
https://sabahmedia.com/2025/01/29/penduduk-mohon-pertimbang-laksana-solat-jumaat/feed/ 0 67666
Sabah Benarkan 100 Jemaah Tunai Solat Jumaat https://sabahmedia.com/2021/08/18/sabah-benarkan-100-jemaah-tunai-solat-jumaat/ https://sabahmedia.com/2021/08/18/sabah-benarkan-100-jemaah-tunai-solat-jumaat/#respond Wed, 18 Aug 2021 04:56:56 +0000 https://sabahmedia.com/?p=4826
Read Time:1 Minute, 59 Second

KOTA KINABALU: Sabah membenarkan jumlah jemaah solat Jumaat ditingkatkan kepada tidak lebih 100 orang atau satu pertiga luas ruang utama masjid bermula Jumaat ini.

Ia selaras dengan prosedur operasi standard (SOP) baharu yang dikeluarkan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah (JHEAINS) berkuat kuasa kelmarin.

Pengarah JHEAINS Datuk Saifulzaman Sangul berkata, keutamaan akan diberikan kepada jemaah yang sudah mengambil vaksin COVID-19 sejajar usaha bagi mengawal penularan virus berkenaan dalam kalangan jemaah.

Katanya, imam dan jawatankuasa masjid juga digalakkan untuk mendapatkan suntikan vaksin COVID-19.

“Solat lima waktu berjemaah di masjid dan surau turut ditingkatkan kepada tidak lebih 50 orang atau satu pertiga luas ruang utama masjid dan surau dengan mengambil kira penjarakan fizikal satu meter.

“Kebenaran aktiviti solat lima waktu itu mengambil kira Maqasid al-Syar’ieyyah dan laporan terkini mengenai kepatuhan masyarakat Islam terhadap SOP sedia ada.

“Perkara ini merujuk kepada keputusan Mesyuarat Jawatankuasa Khas SOP COVID-19 Bagi Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah yang terdiri daripada Pejabat Mufti Negeri Sabah, Pejabat Menteri Tugas-Tugas Khas Sabah, JHEAINS, Majlis Keselamatan Negeri (MKN) Sabah dan Jabatan Kesihatan Negeri Sabah (JKNS),” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

SOP sebelum ini yang dikeluarkan pada Jun lalu, hanya membenarkan seramai 12 jemaah yang terdiri daripada Ahli Jawatan Kuasa (AJK) masjid atau surau dibenarkan untuk menunaikan solat Jumaat dan solat lima waktu berjemaah.

Katanya, selain solat Jumaat dan lima waktu, majlis tahlil sempena sambutan Maal Hijrah, Hari Kemerdekaan dan Hari Malaysia juga dibenarkan dengan kehadiran sehingga 100 orang bagi masjid utama, manakala 50 orang bagi masjid kariah atau institusi berkaitan.

Tambahnya, upacara akad nikah pula hanya dibenar diadakan di pejabat agama dengan kehadiran seramai lapan orang sahaja.

“Aktiviti di masjid atau surau secara bersemuka seperti kuliah, majlis ilmu akad nikah, majlis kenduri dan seumpamanya adalah tidak dibenarkan sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP),” katanya.

Dalam pada itu, Saifulzaman  berkata, bagi solat Jumaat, laungan azan dibuat mengikut waktu Zohor, disusuli khutbah pertama dan kedua menggunakan teks disediakan JHEAINS selama maksimum 10 minit, manakala solat Jumaat dipendekkan kepada maksimum tujuh minit.

Katanya, kehadiran jemaah tertakluk kepada SOP ketat ditetapkan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) termasuk selain tidak menggalakkan kehadiran golongan berisiko dan kanak-kanak bawah 10 tahun dan melarang sama sekali kedatangan individu bergejala dan kontak kes COVID-19.

Sementara itu, beliau berkata JHEAINS turut membenarkan aktiviti solat jenazah diadakan dengan kehadiran seramai 12 orang terdiri daripada ahli keluarga terdekat simati.

]]>
https://sabahmedia.com/2021/08/18/sabah-benarkan-100-jemaah-tunai-solat-jumaat/feed/ 0 4826
JHEAINS Beri Kebenaran Sementara Kepada Surau Terpilih Bagi Laksana Solat Jumaat https://sabahmedia.com/2021/08/10/jheains-beri-kebenaran-sementara-kepada-surau-terpilih-bagi-laksana-solat-jumaat/ https://sabahmedia.com/2021/08/10/jheains-beri-kebenaran-sementara-kepada-surau-terpilih-bagi-laksana-solat-jumaat/#respond Tue, 10 Aug 2021 02:45:00 +0000 https://sabahmedia.com/?p=4391
Read Time:1 Minute, 31 Second

KOTA KINABALU: Kerajaan Sabah melalui Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah (JHEAINS) akan memberi kebenaran sementara kepada beberapa buah surau di negeri ini bagi melaksanakan solat Jumaat.

Menteri Tugas-tugas Khas Sabah Datuk Mohd Arifin Mohd Arif berkata, kebenaran itu diberikan selepas jawatankuasa surau di beberapa kawasan mengemukakan permohonan kepada JHEAINS selepas mengambil kira prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan.

“Ini adalah salah satu altenatif yang diambil bagi membolehkan umat Islam menunaikan solat Jumaat dimana jumlah Jemaah khususnya di Masjid yang terhad bagi mengekang penularan wabak COVID-19.

“Kita juga menyambut baik pengumuman Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin membenarkan solat berjemaah di masjid bagi mereka yang sudah selesai dan lengkap dua dos vaksin,” katanya kepada media selepas menghadiri Majlis Kesyukuran Sambutan Ma’al Hijrah Peringkat Negeri Sabah 1443H/2021M di Masjid Negeri, semalam.

Mohd Arifin berkata, pihaknya melalui Pejabat Mufti Negeri Sabah, JHEAINS dan Majlis Ugama Islam Sabah (MUIS) akan mengemukakan permohonan kepada Jawatankuasa Pengurusan Bencana COVID-19 Sabah bagi memohon kelonggaran dari segi jumlah jemaah masjid dan surau.

“Namun begitu, ia masih tertakluk kepada situasi semasa COVID-19 di negeri ini,” katanya.

Hadir sama, Speaker DUN Sabah, Datuk Kadzim M. Yahya, Menteri Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat, Ir Shahelmey Yahya, Setiausaha Persekutuan, Datuk Dr Zulkapli Mohamed dan Pembantu-Pembantu Menteri.

Mohd Arifin berkata, majlis bacaan doa akhir tahun dan awal tahun hijrah yang diadakan di seluruh Sabah diharapkan dapat mengukuhkan kekuatan dari sudut kesabaran, ketabahan dan muafakat bersama dalam melandaikan lekuk COVID-19 di negeri ini.

Majlis bermula dengan bacaan doa akhir tahun 1442H dan awal tahun 1443H yang dipimpin oleh Timbalan Mufti Negeri, Sahibul Fadhilah Dr Mohammad Ali Abdullah.

Ia disusuli dengan solat fardhu Maghrib yang diimamkan Imam Besar Masjid Negeri, Suhaidi Kuanting yang turut memimpin bacaan Surah Yasin serta tahlil ringkas selepas solat./PENERANGAN.

]]>
https://sabahmedia.com/2021/08/10/jheains-beri-kebenaran-sementara-kepada-surau-terpilih-bagi-laksana-solat-jumaat/feed/ 0 4391