solat – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Sun, 03 Apr 2022 03:23:45 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.0.2 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png solat – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Gembira,sebak dapat solat tarawih berjemaah di masjid selepas dua tahun https://sabahmedia.com/2022/04/03/gembirasebak-dapat-solat-tarawih-berjemaah-di-masjid-selepas-dua-tahun/ https://sabahmedia.com/2022/04/03/gembirasebak-dapat-solat-tarawih-berjemaah-di-masjid-selepas-dua-tahun/#respond Sun, 03 Apr 2022 03:23:44 +0000 https://sabahmedia.com/?p=13850
Read Time:1 Minute, 42 Second

KOTA BELUD : Rata-rata umat Islam khususnya di negeri ini meluahkan rasa syukur apabila kerajaan melonggarkan prosedur operasi standard (SOP) dengan membenarkan solat tarawih secara berjemaah di masjid dan surau.

Mereka turut gembira dan sebak apabila dapat kembali menunaikan solat sunat tersebut secara berjemaah di masjid setelah dua tahun melaksanakannya di rumah sahaja bersama keluarga.

Tinjauan Sabah Media di Masjid Nurul Ehsan Kampung Taun Gusi Padang Kota Belud disini mendapati rumah ibadat itu kembali meriah dengan kehadiran umat Islam untuk menunaikan solat tarawih dengan cara merapatkan sejadah tanpa bersentuhan antara jemaah lain.

Bagi seorang jemaah Dzulirwan Rashkin berkata, kebenaran itu merupakan suatu yang dinantikan oleh semua jemaah di seluh negara termasuk di masjid berkenaan.

“Pertama sekali saya rasa bersyukur selepas dua tahun tidak dapat berjemaah.  Mungkin ini satu-satunya yang dinantikan rakyat di Malaysia termasuk jemaah di kampung ini dimana SOP telah dilonggarkan dengan merapatkan sejarah.

“Bagaimanapun kita tidak lalai, perlulah sentiasa mengamalkan SOP seperti mana yang telah ditetapkan sebelum ini,” katanya kepada Sabah Media disini semalam.

Beliau turut mendoakan agar negara terus pulih dari wabak COVID-19.

Bagi mantan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tempasuk Datuk Musbah Jamli turut berkongsi rasa gembira apabila dapat menunaikan solat sunat bersama penduduk setempat.

“Tahun ini agak berbeza dimana kita dapat berjemaah di masjid selepas hampir dua tahun kita berjemaah di rumah bersama keluarga ekoran pandemik COVID-19.

“Saya dan juga jemaah lain rasa bersyukur.  Alhamdullilah pada hari ini (semalam) semua jemaah turut mematuhi SOP yang telah ditetapkan sebelum ini,” katanya.

Sementara itu, bagi jemaah di masjid sama Masniah Undang mengakui kebenaran untuk menunaikan solat sunat tarawih itu merupakan satu perkara yang dirindui apabila dapat berjemaah dengan penduduk kampung yang lain.

“Dapat berjemaah beramai-ramai di masjid membuatkan saya rasa semangat.  Walaupun banyak persiapan yang dibuat di rumah, tetapi saya istimewakan malam ini (semalam) hadir ke masjid bersama jemaah lain.

“Alhamdulilah ini suatu yang bersejarah.  Syukur diruangan bahagian jemaah lelaki juga penuh, begitu juga di bahagian jemaah wanita turut penuh,” katanya.

]]>
https://sabahmedia.com/2022/04/03/gembirasebak-dapat-solat-tarawih-berjemaah-di-masjid-selepas-dua-tahun/feed/ 0 13850
Kelonggaran SOP solat berjemaah terima reaksi positif https://sabahmedia.com/2022/04/02/kelonggaran-sop-solat-berjemaah-terima-reaksi-positif/ https://sabahmedia.com/2022/04/02/kelonggaran-sop-solat-berjemaah-terima-reaksi-positif/#respond Sat, 02 Apr 2022 12:19:26 +0000 https://sabahmedia.com/?p=13811
Read Time:53 Second

KOTA KINABALU: Jawatankuasa Masjid Bandaraya menyambut baik kelonggaran prosedur operasi standard (SOP) bagi solat jemaah yang diumumkan oleh pihak Kerajaan bermula 1 April lalu. 

Pengerusi Masjid Bandaraya, Datuk Ab Jamal Tun Sakaran berkata, umat Islam khususnya perlu bersyukur dengan kelonggaran yang diumumkan beberapa hari sebelum Ramadan tiba.

“Meskipun kelonggaran telah diberikan, pihak jawatankuasa masjid mengharapkan agar para jemaah akan terus mematuhi SOP yang telah ditetapkan sebelum ini.

“Antaranya termasuklah memakai pelitup muka, membawa sejadah serta mengimbas MySejahtera sebelum memasuki kawasan masjid,” katanya.

Menyentuh aktiviti bulan Ramadan, beliau berkata, pelbagai program akan diadakan bagi memeriahkan lagi bulan Ramadan. 

Antara program yang dirancang adalah Majlis Sedekah Jariah Al-Mubarak Masjid Bandaraya, Majlis Iftar Akademik Quranis dan Akademik Intervensi Awal Kanak-Kanak, Street Sungkai serta Shopping Raya yang melibatkan seramai 100 asnaf dan fakir miskin.

Selain itu, pada 10 malam terakhir pula katanya, pihak Masjid Bandaraya akan mengadakan qiamulail di mana pihak masjid akan menyediakan sahur kepada jemaah. 

Beliau berharap para jemaah akan memanfaatkan kelonggaran yang telah diberikan bagi memeriahkan lagi bulan Ramadan yang bakal tiba.

]]>
https://sabahmedia.com/2022/04/02/kelonggaran-sop-solat-berjemaah-terima-reaksi-positif/feed/ 0 13811
Sabah Kaji Semula Jumlah Jemaah Solat Jumaat & Fardu https://sabahmedia.com/2021/09/30/sabah-kaji-semula-jumlah-jemaah-solat-jumaat-fardu/ https://sabahmedia.com/2021/09/30/sabah-kaji-semula-jumlah-jemaah-solat-jumaat-fardu/#respond Thu, 30 Sep 2021 09:15:12 +0000 https://sabahmedia.com/?p=7025
Read Time:55 Second

KOTA KINABALU : Kerajaan Sabah akan mengkaji semula jumlah jemaah solat Jumaat dan fardu di masjid utama selepas ia dinaikkan kepada 300 orang sebelum ini.

Menteri Tugas-Tugas Khas Datuk Mohd Arifin Mohd Arif berkata, ia bergantung kepada jumlah jangkitan kumulatif harian COVID-19 yang direkodkan di negeri ini.

“Buat masa ini prosedur standard operasi (SOP) bagi aktiviti keagamaan masih sama khususnya membabitkan jumlah jemaah solat Jumaat dan fardu di masjid utama.

“Namun jika semua sudah beransur pulih, kita akan kaji semula jumlah jemaah ini dalam dua minggu. Sekiranya jumlah kumulatif jangkitan berkurangan, kita akan mohon untuk kelonggaran,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas menghantar pelajar-pelajar Sabah melanjutkan pengajian ke Universiti Al-Azhar Mesir di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (KKIA) disini hari ini.

Mohd Arifin berkata, ketika ini lebih 100 buah Surau di seluruh negeri telah diberi kebenaran bagi melaksanakan solat Jumaat dengan kapasiti 50 orang.

“Pada ketika ini, kita juga memberi kebenaran kepada surau-surau yang memohon untuk melaksanakan solat Jumaat. 

“Namun sekiranya ada kelonggaran satu masa nanti, kita akan kembalikan solat Jumaa ini ke Masjid, ini hanyalah sementara,” katanya.

]]>
https://sabahmedia.com/2021/09/30/sabah-kaji-semula-jumlah-jemaah-solat-jumaat-fardu/feed/ 0 7025
Sabah Longgar Syarat Benarkan Jemaah Terima Vaksin Dos 1 & 2 Menunaikan Solat Di Masjid https://sabahmedia.com/2021/07/09/sabah-longgar-syarat-benarkan-jemaah-terima-vaksin-dos-1-2-menunaikan-solat-di-masjid/ https://sabahmedia.com/2021/07/09/sabah-longgar-syarat-benarkan-jemaah-terima-vaksin-dos-1-2-menunaikan-solat-di-masjid/#comments Fri, 09 Jul 2021 03:45:00 +0000 https://sabahmedia.com/?p=2813
Read Time:1 Minute, 11 Second

KOTA KINABALU : Kerajaan negeri dijangka akan melonggarkan beberapa syarat dan prosedur operasi standard (SOP) bagi sambutan Hari Raya Aidiladha termasuk ibadah korban dalam tempoh Pelan Pemulihan Negara (PPN) yang memasuki Fasa Kedua bermula esok.

Menteri Tugas-Tugas Khas Sabah Datuk Mohd Arifin Mohd Arif berkata, ia termasuklah membenarkan setiap jemaah yang sudah mempunyai vaksin dos pertama atau lengkap dua vaksin untuk menunaikan solat sunat Aidiladha, solat Jumaat dan solat fardu lima waktu.

“Berhubung SOP Hari Raya Aidiladha, perkara itu sudah dibincangkan diperingkat Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah (JHEAINS) dan Pejabat Mufti, dijangka akan ada kelonggaran untuk jemaah yang menunaikan solat.

“Bukan sahaja untuk Hari Raya Aidiladha tetapi juga melibatkan solat Jumaat dan solat fardu lima waktu dimana kita akan utamakan kepada mereka yang sudah diberikan vaksin, tidak kira dos pertama atau kedua, sementara yang belum, mereka akan diberi peluang,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika mengadakan tinjauan pemberian vaksin kepada 59 imam masjid sekitar Kota Kinabalu di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Wisma Wanita disini pagi tadi.

Mohd Arifin berkata, kelonggaran itu diberikan selepas menerima permintaan daripada pihak jawatankuasa masjid dan lain-lain.

“Kita akan pastikan imam-iman dan jawatankuasa masjid atau surau di seluruh negeri diberi keutamaan untuk menerima vaksin kerana mereka juga merupakan barisan hadapan.

“Selain itu, bagi jumlah kapasiti sebuah masjid atau surau yang dibenarkan, ia kekal seperti SOP sebelum ini iaitu 1/3 daripada keluasan ruang utama solat atau 50 orang jemaah,” katanya.

]]>
https://sabahmedia.com/2021/07/09/sabah-longgar-syarat-benarkan-jemaah-terima-vaksin-dos-1-2-menunaikan-solat-di-masjid/feed/ 1 2813