solekan fantasi – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Sat, 09 Dec 2023 00:12:33 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.0.2 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png solekan fantasi – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Nazwani Shafira johan pertandingan solekan ‘fantasi’ https://sabahmedia.com/2023/12/09/nazwani-shafira-johan-pertandingan-solekan-fantasi/ https://sabahmedia.com/2023/12/09/nazwani-shafira-johan-pertandingan-solekan-fantasi/#respond Sat, 09 Dec 2023 00:12:33 +0000 https://sabahmedia.com/?p=46292
Read Time:36 Second

Kota Kinabalu : Nazwani Syafira George muncul johan pertandingan solekan bertemakan ‘Fantasi’ sempena Karnival Hari Penjaja dan Peniaga Kecil (HPPK) 2023.

Berilhamkan solekan pahlawan wanita, Nazwani berjaya menewaskan enam peserta lain dan membawa pulang hadiah wang tunai, trofi serta sijil penyertaan.

Azizul (tengah) merakamkan gambar kenangan bersama para peserta Pertandingan Solekan Fantasi Sempena HPPK 2023.

Manakala, naib johan dan tempat ketiga masing-masing disandang oleh Nurul Atiqah Mandarin Abdullah dan Mery Gunjapa yang turut memenangi hadiah wang tunai, trofi dan sijil penyertaan. 

Dalam pertandingan yang diadakan pada hari kedua karnival HPPK 2023 itu, semua peserta dikehendaki menyiapkan solekan dalam tempoh satu jam.

Hadir sama, Setiausaha Bahagian Pembangunan Koperasi, Penjaja dan Peniaga Kecil Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP), Azizul Alias.

]]>
https://sabahmedia.com/2023/12/09/nazwani-shafira-johan-pertandingan-solekan-fantasi/feed/ 0 46292