sop – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Sat, 09 Apr 2022 07:19:45 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.1 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png sop – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Terus patuhi SOP, elak penularan jangkitan COVID-19 – Mohamad https://sabahmedia.com/2022/04/09/terus-patuhi-sop-elak-penularan-jangkitan-covid-19-mohamad/ https://sabahmedia.com/2022/04/09/terus-patuhi-sop-elak-penularan-jangkitan-covid-19-mohamad/#respond Sat, 09 Apr 2022 06:28:57 +0000 https://sabahmedia.com/?p=14088
Read Time:1 Minute, 8 Second

BONGAWAN : Pematuhan prosedur standard operasi (SOP) perlu terus dipatuhi oleh semua jemaah yang menunaikan solat di masjid dan surau meskipun diberi kelonggaran termasuk merapatkan sejadah tanpa bersentuhan.

Timbalan Menteri Pendidikan II Datuk Mohamad Alamin berkata, ia bagi memastikan semua jemaah yang datang berada dalam keadaan selamat selain dapat mencegah dari berlaku penularan jangkitan COVID-19.

“Saya berharap khususnya pada bulan Ramadan ini semua masjid dan surau dapat terus diimarahkan dengan aktiviti mahupun program yang bermanfaat untuk para jemaah.

“Namun kita juga perlu terus menjaga SOP bagi membolehkan jemaah yang datang berada dalam keadaan yakin dan selamat.  Ini adalah satu tanggungjawab semua khususnya jawatankuasa masjid dan surau,”katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas menyerahkan sumbangan Ramadan kepada masjid dan surau bagi kawasan Parlimen Kimanis di Masjid Nurul Hidayah Pekan Bongawan disini semalam.

Mohamad yang juga Ahli Parlimen Kimanis berkata, sumbangan yang diserahkan itu merupakan aktiviti tahunan sepanjang Ramadan.

“Sumbangan ini adalah bagi membantu masjid dan surau melaksanakan aktiviti bermanfaat seterusnya mengimarahkan suasana Ramadan.

“Penyerahan sumbangan ini bukan sahaja tertumpu kepada masjid dan surau, tetapi kita jugaakan tuut menyampaikan sumbangan kepada kelompok tertentu termasuklah anak yatim dan asnaf,”katanya.

Katanya, pihaknya juga akan melaksanakan program ziarah kasih Ramadan bagi menyantuni golongan kurang berkemampuan.

Pada majlis itu, Mohamad menyerahka sumbangan berupa wang tunai dan kurma kepada 14 buah masjid dan 58 buah surau d sekitar kawasan Parlimen Kimanis.

]]>
https://sabahmedia.com/2022/04/09/terus-patuhi-sop-elak-penularan-jangkitan-covid-19-mohamad/feed/ 0 14088
DBKK kuatkuasa SOP ditetapkan kerajaan di semua bazar Ramadan https://sabahmedia.com/2022/04/02/dbkk-kuatkuasa-sop-ditetapkan-kerajaan-di-semua-bazar-ramadan/ https://sabahmedia.com/2022/04/02/dbkk-kuatkuasa-sop-ditetapkan-kerajaan-di-semua-bazar-ramadan/#respond Sat, 02 Apr 2022 05:30:16 +0000 https://sabahmedia.com/?p=13795
Read Time:55 Second

KOTA KINABALU : Dewan Bandaraya Kota Kinabalu akan menguatkuasakan pematuhan prosedur standard operasi (SOP) berdasarkan ketetapan semasa pihak kerajaan di semua bazar Ramadan yang dibuka sekitar bandar raya bermula esok.

Datuk Bandar Kota Kinabalu Datuk Noorliza Awang Alip berkata, ia termasuklah dengan langkah penjarakan antara sebuah khemah niaga dengan khemah yang lain.

“InsyaAllah pada tahun ini kita akan membuka bazar Ramadan dibeberapa buah kawasan sekitar Kota Kinabalu dan pihak DBKK sendiri akan menguruskan.

“Dari segi SOP, kita menetapkan penjarakan antara sebuah khemah niaga dengan khemah yang lain selain SOP yang ditetapkan juga akan kita kuatkuasakan,”katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui media selepas menghadiri majlis pelancaran Love KK dan KK Clean Up Day di Taman Awam Teluk Likas disini hari ini.

Majlis disempurnakan Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor yang diwakili Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Sabah Datuk Yakub Khan.

Noorliza berkata, antara lokasi bazar yang dibuka termasuklah di Sembulan, Tanjung Aru, Inanam Dan beberapa lokasi lain yang telah ditetapkan.

Awal Mac lalu, DBKK telah membuka permohonan bagi menjalankan pengoperasian bazar Ramadan kepada peniaga yang berminat di sekitar beberapa lokasi sekitar bandar raya Kota Kinabalu.

]]>
https://sabahmedia.com/2022/04/02/dbkk-kuatkuasa-sop-ditetapkan-kerajaan-di-semua-bazar-ramadan/feed/ 0 13795
Pembukaan sempadan negara beri sinar baharu sektor pelancongan di Sabah https://sabahmedia.com/2022/04/01/pembukaan-sempadan-negara-beri-sinar-baharu-sektor-pelancongan-di-sabah/ https://sabahmedia.com/2022/04/01/pembukaan-sempadan-negara-beri-sinar-baharu-sektor-pelancongan-di-sabah/#respond Fri, 01 Apr 2022 15:04:03 +0000 https://sabahmedia.com/?p=13783
Read Time:1 Minute, 29 Second

KOTA KINABALU : Malaysia yang telah memasuki Fasa Peralihan ke Endemik bermula hari ini menyaksikan pembukaan semula sempadan negara selepas hampir dua tahun negara berdepan dengan pandemik COVID-19.

Berikutan itu, rakyat Malaysia akan kembali kepada gaya hidup normal mereka, meskipun dalam norma baharu dengan mematuhi prosedur operasi standard (SOP) seperti memakai pelitup muka.

Pengumuman berhubung fasa peralihan ke endemik yang diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob pada 8 Mac lalu itu turut mendapat reaksi yang positif dalam kalangan Keluarga Malaysia khususnya di Sabah.

Bagi Operator Pelancongan, Mohd Shukur Jahar,39,yang menganggap langkah kerajaan membuka sektor pelancongan kepada pengembara sebagai  rahmat kepada seluruh pemain industri memandangkan sektor itu adalah yang paling teruk terjejas. 

“Pada saya, langkah kerajaan membuka sempadan negara amat baik demi menjana semula peluang pekerjaan kepada para pekerja dalam rantaian pelancongan.

“Ini termasuklah pemandu pelancong, pemandu bas, diving instructor, pengusaha inap desa dan perhotelan,” katanya yang sudah berkecimpung dalam industri itu selama 14 tahun.

Pengumuman pembukaan sempadan negara itu itu turut dikongsi Caroline Majanil yang sebelum ini telah menjelajah di 25 buah negara.

Beliau berpendapat pelancong domestik harus bersama membantu industri pelancongan untuk berkembang.

“Sebagai pengembara yang kerap ke luar negara, saya mengambil pendekatan tunggu dan lihat perkembangan pandemik dunia mungkin untuk setahun lagi kerana saya khuatir mendapat jangkitan dan menanggung kos rawatan yang tinggi di luar negara,” katanya.

Sebelum itu, Menteri Pelancongan,Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah Datuk Jafry Arifin berkata, pihaknya yakin pengusaha pelancongan di Sabah sedia untuk menerima kedatangan para pelancong apabila pintu sempadan negara dibuka bermula hari ini.

Katanya, kesediaan pengusaha juga diyakini mampu mengadaptasi norma dan SOP yang baharu.

“Kementerian saya juga akan terus komited memberikan dan memperkenalkan pakej-pakej ransangan pada tahun ini serta melaksanakan strategi-strategi pemasaran yang komprehensif,” katanya.

]]>
https://sabahmedia.com/2022/04/01/pembukaan-sempadan-negara-beri-sinar-baharu-sektor-pelancongan-di-sabah/feed/ 0 13783
Sabah jangka muktamad SOP berhubung pelaksanaan ibadah di Masjid,Surau hari ini https://sabahmedia.com/2022/03/30/sabah-jangka-muktamad-sop-berhubung-pelaksanaan-ibadah-di-masjidsurau-hari-ini/ https://sabahmedia.com/2022/03/30/sabah-jangka-muktamad-sop-berhubung-pelaksanaan-ibadah-di-masjidsurau-hari-ini/#respond Wed, 30 Mar 2022 04:21:43 +0000 https://sabahmedia.com/?p=13653
Read Time:1 Minute, 7 Second

KOTA KINABALU : Kerajaan negeri dijangka akan memuktamadkan prosedur operasi standard (SOP) berhubung pelaksanaan ibadah di Masjid dan Surau di Sabah pada hari ini  berikutan fasa peralihan ke endemik bermula 1 April ini.

Menteri Tugas-Tugas Khas Sabah Datuk Dr Mohd Arifin Mohd Arif berkata, ia termasuklah kebenaran pelaksanaan solat sunat Tarawih dan penjarakkan fizikal (merapatkan saf).

“Pada hari ini kita ada mesyuarat Kabinet dan selepas itu kami akan berbincang bagi memutuskan berhubung dengan SOP dengan Masjid dan Surau, mudah-mudahan ada keputusan positif.

“Sekiranya pun diberi kebenaran untuk merapatkan saf, kita juga akan menetapkan beberapa SOP dibawah jawatankuasa yang dipengerusikan oleh Mufti bersama Majlis Ugama Islam Sabah (MUIS); Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah (JHEAINS) dan juga Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM),”katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada Majlis Khatam Al-Quran Perdana Saudara Kita di Wisma MUIS disini hari ini.

Terdahulu, Mohd Arifin berkata, majlis yang dilaksanakan anjuran JHEAINS dan MUIS itu melibatkan seramai 60 orang peserta dari golongan Mualaf.

Katanya, program itu telah dilaksanakan beberapa bulan lalu selain turut dibuat menerusi secara maya dan dibimbing oleh guru-guru dari JHEAINS dan MUIS.

“Saya ucapkan syabas dan tahniah kepada peserta dan semua yang terlibat.  InsyaAllah kita akan memperluaskan lagi program seumpama ini diperingkat bahagian.

“Kita akan memartabatkan lagi usaha membudayakan Al-Quran dikalangan masyarakat khususnya dikalangan saudara baru,”katanya.

]]>
https://sabahmedia.com/2022/03/30/sabah-jangka-muktamad-sop-berhubung-pelaksanaan-ibadah-di-masjidsurau-hari-ini/feed/ 0 13653
Rakyat Indonesia Di Sabah Diseru Patuh SOP https://sabahmedia.com/2022/02/22/rakyat-indonesia-di-sabah-diseru-patuh-sop/ https://sabahmedia.com/2022/02/22/rakyat-indonesia-di-sabah-diseru-patuh-sop/#respond Tue, 22 Feb 2022 09:19:44 +0000 https://sabahmedia.com/?p=12443
Read Time:1 Minute, 4 Second

KOTA KINABALU : Rakyat Indonesia yang berada di negeri ini diseru untuk mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang dilaksanakan oleh kerajaan Malaysia.

Konsulat Jenderal Republik Indonesia (KJRI) Kota Kinabalu Rafail Walangitan berkata, pematuhan tersebut sangat penting bagi menangani jumlah kes COVID-19 yang semakin meningkat ketika ini.  

“Di Sabah terdapat seramai 167,000  warga Indonesia yang berdaftar bekerja di sini, virus ini tidak mengenal suku, agama, umur dan sesiapa pun mudah dijangkiti. 

“Dengan jumlah yang banyak ini, kita harus mematuhi protokol kesihatan yang telah ditetapkan bagi menjaga diri sendiri demi kepentingan keluarga dan juga masyarakat.  Kami berharap pandemik dan ekonomi kembali segera pulih,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas mengadakan kunjungan hormat terhadap Yang di-Pertua Negeri, Tun Juhar Mahiruddin di Istana Seri Kinabalu, disini hari ini.

Dalam pada itu, beliau turut memaklumkan pihak KJRI mengadakan anjuran protokol kesihatan bagi memastikan SOP sentiasa dipatuhi oleh warga Indonesia. 

Beliau yang memulakan tugas pada 14 Februari lalu, mengambil alih tugas Pemangku KJRI, Muhammad Muhsinin Dolisada. 

Hadir menemani beliau pada kunjungan berkenaan ialah isterinya, Oryza Sativa, Konsul Bahagian Pendidikan Sosial dan Budaya, Debbi Oktarossa, Konsul Fungsi Konsuler II, Renny Meirina dan Konsul Fungsi Ekonomi I, Muhammad Muhsinin.

]]>
https://sabahmedia.com/2022/02/22/rakyat-indonesia-di-sabah-diseru-patuh-sop/feed/ 0 12443
Jemaah Solat Lima Waktu, Solat Jumaat di Masjid Dan Surau Di Sabah Dihadkan https://sabahmedia.com/2022/02/12/jemaah-solat-lima-waktu-solat-jumaat-di-masjid-dan-surau-di-sabah-dihadkan/ https://sabahmedia.com/2022/02/12/jemaah-solat-lima-waktu-solat-jumaat-di-masjid-dan-surau-di-sabah-dihadkan/#respond Sat, 12 Feb 2022 08:22:51 +0000 https://sabahmedia.com/?p=12149
Read Time:1 Minute, 17 Second

KOTA KINABALU : Jemaah solat lima waktu dan solat Jumaat membabitkan Masjid Negeri; Masjid Bandaraya; Masjid Bahagian (Tawau dan Sandakan) dan Masjid Daerah dihadkan kepada tidak lebih 150 orang atau satu pertiga luas ruang utama masjid.

Had jumlah jemaah itu selaras dengan prosedur operasi standand (SOP) baharu yang dikeluarkan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah (JHEAINS) berkuatkuasa semalam.

Pengarah JHEAINS Datuk Saifulzaman Sangul berkata, solat lima waktu dan solat Jumaat di masjid dan surau lain adalah dihadkan tidak lebih 100 orang atau satu pertiga daripada keluasan ruang lantai tertutup masjid dan surau atau mana-mana yang lebih rendah.

Katanya, jemaah juga perlu mematuhi penjarakkan fizikal satu meter dan mewajibkan pemakaian pelitup muka selain jemaah dikehendaki membawa sejadah masing-masing.

“Kebenaran aktiviti solat lima waktu itu mengambil kira Maqasid al-Syar’ieyyah dan situasi indeks kes jangkitan pandemik Covid-19 berada di tahap yang membimbangkan.

“Perkara itu merujuk kepada kenyataan media Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah Datuk Seri Masidi Manjun pada 11 Februari berhubung SOP bagi majlis keagamaan,” katanya dalam kenyataan disini hari ini.

Sementara itu, Saifulzaman berkata, sekiranya ada jemaah yang disyaki atau disahkan positif Covid-19, masjid atau surau tersebut perlu melakukan proses sanitasi penuh dan jemaah lain yang hadir pada hari berkenaan perlu melakukan saringan mengikut prosedur Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

“Garis Panduan itu hendaklah dipatuhi oleh semua anggota masyarakat sama ada Pentadbir Masjid atau Surau, Pegawai Masjid dan ahli kariah.

“Pentadbir Masjid atau Surau, Pegawai Masjid dan ahli kariah adalah dipertanggungjawabkan sepenuhnya ke atas sebarang perlanggaran terhadap arahan dan tatacara yang ditetapkan ini,” katanya

]]>
https://sabahmedia.com/2022/02/12/jemaah-solat-lima-waktu-solat-jumaat-di-masjid-dan-surau-di-sabah-dihadkan/feed/ 0 12149
DBKK Tutup Taman Awam Teluk Likas, Pantai Tanjung Aru 1 Esok https://sabahmedia.com/2021/12/30/dbkk-tutup-taman-awam-teluk-likas-pantai-tanjung-aru-1-esok/ https://sabahmedia.com/2021/12/30/dbkk-tutup-taman-awam-teluk-likas-pantai-tanjung-aru-1-esok/#respond Thu, 30 Dec 2021 11:27:17 +0000 https://sabahmedia.com/?p=10491
Read Time:39 Second

KOTA KINABALU : Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) akan menutup sementara beberapa taman awam di bandaraya Kota Kinabalu bermula esok sehingga 1 Januari 2022.

Datuk Bandar Kota Kinabalu, Datuk Noorliza Awang Alip berkata, tindakan itu merupakan langkah kawalan pencegahan penularan wabak COVID-19.

Katanya, ia juga selaras dengan prosedur standard operasi (SOP) Fasa 4 yang dikemaskini pada 28 Disember 2021.

“Antara taman-taman awam yang terlibat ialah Taman Awam Teluk Likas; Taman Awam Teluk Likas 2 dan Pantai Tanjung Aru 1.

“Penutupan ini akan bermula pada 31 Disember bermula jam 1 petang sehingga 1 Januari 2022 jam 6 pagi,” katanya dalam kenyataan disini hari ini.

Noorliza berkata, DBKK ingin menasihatkan orang ramai untuk tidak mengunjungi dan menggunakan taman-taman tersebut semasa tempoh penutupan untuk mengurangkan risiko penyebaran wabak berkenaan.

]]>
https://sabahmedia.com/2021/12/30/dbkk-tutup-taman-awam-teluk-likas-pantai-tanjung-aru-1-esok/feed/ 0 10491
Op Ambang Krismas 2021: 33 Dikompaun Langgar SOP, 35 Saman Trafik Kesalahan Lalu Lintas https://sabahmedia.com/2021/12/25/op-ambang-krismas-2021-33-dikompaun-langgar-sop-35-saman-trafik-kesalahan-lalu-lintas/ https://sabahmedia.com/2021/12/25/op-ambang-krismas-2021-33-dikompaun-langgar-sop-35-saman-trafik-kesalahan-lalu-lintas/#respond Sat, 25 Dec 2021 07:51:01 +0000 https://sabahmedia.com/?p=10285
Read Time:1 Minute, 25 Second

PENAMPANG: Seramai 33 individu yang sedang leka berhibur dikompaun atas kesalahan melanggar prosedur operasi standard (SOP) Pelan Pemulihan Negara (PPN) Fasa 4 dan seorang penjaga premis telah ditahan atas kesalahan menjalankan aktiviti pusat hiburan tanpa lesen dalam Op Ambang Krismas 2021 yang dijalankan di sini, semalam.

Memetik kenyataan yang dikeluarkan di laman Facebook rasmi POLIS Daerah Penampang, Ketua Polis Daerah Penampang, DSP Mohd Haris Ibrahim yang juga mengetuai operasi tersebut berkata, operasi yang bermula pada jam 10 malam sehingga jam 3 pagi itu dijalankan bersama lapan orang ketua-ketua bahagian dan lima pegawai kanan polis serta 51 anggota polis.

Op Ambang Krismas 2021, Penampang
Op Ambang Krismas 2021, Penampang. /Foto IPD Penampang.

Menurut Mohd Haris, sebanyak tiga sekatan jalan raya telah didirikan iaitu di Jalan Kota Kinabalu – Penampang (hadapan SMK Bahang), Jalan Kota Kinabalu – Penampang (berhadapan Plaza 333) dan Jalan Papar – Kota Kinabalu (berhadapan Public Bank Putatan).

“Dalam pada itu, sebanyak 35 keping saman telah dikeluarkan atas pelbagai kesalahan lalu lintas antaranya, tidak memiliki lesen memandu, tamat cukai jalan dan ubah suai kenderaan tidak mengikut spesifikasi,”katanya.

Mohd Haris turut menyatakan, operasi ini disertai oleh semua bahagian antaranya Bahagian Siasatan Jenayah, Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik, Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik, Bahagian Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti, Cawangan Khas yang turut melibatkan sebanyak 13 kumpulan Rondaan Cegah Jenayah.

“Operasi kali ini tidak hanya tertumpu kepada pusat – pusat hiburan tetapi turut melibatkan beberapa sekatan jalan raya bagi memburu pesalah – pesalah yang masih ingkar mematuhi undang-undang yang telah ditetapkan”, tegasnya.

Beliau menegaskan, tiada pihak yang terkecuali untuk dikenakan tindakan sekiranya masih degil dan pihak polis tidak akan berkompromi.

“Operasi ini dijalankan antara lainnya juga sebagai iktibar kepada masyarkat khususnya di daerah Penampang bahawa polis sentiasa komited dalam menguatkuasakan undang-undang,” ujarnya.

]]>
https://sabahmedia.com/2021/12/25/op-ambang-krismas-2021-33-dikompaun-langgar-sop-35-saman-trafik-kesalahan-lalu-lintas/feed/ 0 10285
COVID-19: Tidak Patuh SOP, Kontak Rapat Sumbang Kes Harian Meningkat https://sabahmedia.com/2021/12/01/covid-19-tidak-patuh-sop-kontak-rapat-sumbang-kes-harian-meningkat/ https://sabahmedia.com/2021/12/01/covid-19-tidak-patuh-sop-kontak-rapat-sumbang-kes-harian-meningkat/#respond Wed, 01 Dec 2021 12:42:41 +0000 https://sabahmedia.com/?p=9153
Read Time:1 Minute, 0 Second

KOTA KINABALU: Kes harian terus meningkat sebanyak 467 kes positif COVID-19 dicatatkan hari ini di seluruh Sabah, 66 kes lebih tinggi daripada semalam.

Daripada jumlah kes hari ini, 257 kes adalah daripada Saringan Kontak Rapat.

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan, Datuk Seri Masidi Manjun berkata, Saringan Kontak Rapat masih lagi menjadi penyumbang utama kes meningkat, ia menandakan terdapat kebarangkalian tinggi berlakunya aktiviti ketidakpatuhan prosedur operasi standard (SOP) yang telah digariskan sungguhpun pelbagai seruan dan saranan telah dilakukan oleh pihak Kerajaan.

Menurut Masidi, terdapat lima daerah yang merekodkan peningkatan kes iaitu Kota Kinabalu (+30) kes, Tuaran (+5) kes, Penampang (+5)kes, Beaufort (+15) kes dan Papar (+11) kes.

Manakala tujuh kes kematian dilaporkan pada hari ini iaitu empat kes di Kota Kinabalu manakala masing-masing satu kes di Kudat, Tuaran dan Lahad Datu.

Sementara bilangan pesakit COVID-19 sembuh ialah 464 termasuk yang discaj dari hospital/ Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 (PKRC) menjadikan jumlah kumulatif 223,313 orang. Manakala 1,447 pesakit sedang menerima rawatan.

“Seperti yang telah diumumkan oleh Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia, kadar kebolehjangkitan COVID-19 atau R0/RT bagi seluruh negara setakat 30 Disember 2021 ialah 0.95 dan bagi Negeri Sabah, 0.96,” katanya.

]]>
https://sabahmedia.com/2021/12/01/covid-19-tidak-patuh-sop-kontak-rapat-sumbang-kes-harian-meningkat/feed/ 0 9153
APMM Tahan Bot Penumpang Lebih Muatan, Abai SOP https://sabahmedia.com/2021/11/04/apmm-tahan-bot-penumpang-lebih-muatan-abai-sop/ https://sabahmedia.com/2021/11/04/apmm-tahan-bot-penumpang-lebih-muatan-abai-sop/#respond Thu, 04 Nov 2021 09:43:55 +0000 https://sabahmedia.com/?p=8184
Read Time:1 Minute, 8 Second

TAWAU: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Zon Maritim Tawau telah menahan sebuah bot tempatan yang membawa penumpang secara berlebihan dan melanggar prosedur operasi standard (SOP) Pelan Pemulihan Negara (PPN), pagi semalam.

Pengarah Zon Maritim Tawau, Kepten Maritim Siva Kumar A/L Vengadasalam berkata, bot tersebut dikesan bergerak dari Jeti CIQ Tawau menuju ke Pulau Sebatik dengan membawa penumpang berlebihan dan telah ditahan untuk pemeriksaan oleh bot ronda Zon Maritim Tawau yang sedang melaksanakan rondaan Op Sejahtera/Op Cegah PATI Selatan COVID-19 pada kira-kira jam 11.50 pagi semalam.

“Hasil pemeriksaan mendapati bot tersebut berdaftar dan telah membawa penumpang melebihi kapasiti yang dibenarkan.

“Bot yang dikendalikan oleh seorang juragan warga tempatan berumur 29 tahun itu membawa seramai 33 penumpang termasuk empat kanak-kanak serta mengabaikan SOP PPN yang masih lagi berkuatkuasa,” katanya.

Bot serta juragan terbabit diiring masuk ke jeti Maritim Malaysia Tawau untuk siasatan lanjut.

Manakala, kes tersebut diserahkan kepada Jabatan Pelabuhan dan Dermaga Sabah (JPDS) dan disiasat dibawah Enakmen Jabatan Pelabuhan dan Dermaga Sabah (JPDS) 2002 kerana melanggar syarat sah lesen serta turut dirujuk kepada IPD Tawau dibawah Akta Pencegahan dan Kawalan Penyakit Berjangkit 1988 kerana melanggar SOP PPN.

Dalam pada itu, orang ramai boleh membuat aduan kecemasan dan menyalurkan maklumat jenayah di perairan Tawau ke Pusat Operasi Zon Maritim Tawau di talian 089-752115 atau MERS 999 yang beroperasi 24 jam.

]]>
https://sabahmedia.com/2021/11/04/apmm-tahan-bot-penumpang-lebih-muatan-abai-sop/feed/ 0 8184