spa – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Tue, 15 Jul 2025 11:52:26 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.1 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png spa – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 CIS Umum Pembayaran Dividen RM25 Juta Bagi Tahun Kewangan 2024 https://sabahmedia.com/2025/07/15/cis-umum-pembayaran-dividen-rm25-juta-bagi-tahun-kewangan-2024/ https://sabahmedia.com/2025/07/15/cis-umum-pembayaran-dividen-rm25-juta-bagi-tahun-kewangan-2024/#respond Tue, 15 Jul 2025 11:52:25 +0000 https://sabahmedia.com/?p=77373
Read Time:1 Minute, 17 Second

KOTA KINABALU, — Cement Industries (Sabah) Sdn Bhd (CIS) hari ini mengumumkan pembayaran dividen sebanyak RM25 juta kepada pemegang saham bagi tahun kewangan berakhir 2024.

Pengurus Besar CIS, Sumardi Mohd Yusof berkata, pembayaran itu mencerminkan prestasi kewangan kukuh syarikat serta komitmen berterusan terhadap pertumbuhan dan tadbir urus baik.

“Daripada jumlah keseluruhan dividen itu, Sabah Economic Development Corporation (SEDCO) dan Sabah Ports Authority (SPA) yang mewakili kepentingan Kerajaan Negeri Sabah menerima sebanyak RM17.5 juta, manakala Tasek Corporation Berhad menerima RM7.5 juta,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Majlis penyerahan dividen berkenaan diadakan semasa Mesyuarat Lembaga Pengarah kedua syarikat bagi tahun ini, yang turut dihadiri Pengerusi CIS, Datuk Japlin Akim, bersama ahli Lembaga Pengarah lain.

Menurut Sumardi, pembayaran dividen itu disokong oleh keuntungan bersih diaudit sebanyak RM36.7 juta pada 2024, selain keuntungan bersih RM33 juta bagi separuh pertama 2025.

Beliau berkata, antara langkah strategik yang menyumbang kepada kejayaan itu termasuk pengukuhan Prosedur Operasi Standard (SOP) bagi tender dan perolehan, pelaksanaan tadbir urus lebih telus dengan penubuhan jawatankuasa tender bebas, serta pengambilan profesional muda bagi memperkukuh pasukan pengurusan.

“CIS juga melaksanakan naik taraf utama loji serta memperbaiki protokol penyelenggaraan, sekali gus mengurangkan masa henti operasi dan memastikan bekalan simen yang konsisten untuk memenuhi permintaan pasaran,” katanya.

Sementara itu, Pengurus Besar Kumpulan SEDCO yang baharu dilantik, Datuk Ar. James Wong, bersama Sumardi memberi jaminan bahawa CIS akan terus mengamalkan tadbir urus korporat yang kukuh, telus dan bertanggungjawab.

“Melihat ke hadapan, kami yakin dapat mengekalkan keuntungan serta terus memberikan nilai tambah kepada pemegang saham, khususnya kepada Negeri Sabah,” tambahnya.

]]>
https://sabahmedia.com/2025/07/15/cis-umum-pembayaran-dividen-rm25-juta-bagi-tahun-kewangan-2024/feed/ 0 77373
Arab Saudi nasihat umat Islam tidak terpedaya dengan iklan palsu haji di media sosial https://sabahmedia.com/2024/05/13/arab-saudi-nasihat-umat-islam-tidak-terpedaya-dengan-iklan-palsu-haji-di-media-sosial/ https://sabahmedia.com/2024/05/13/arab-saudi-nasihat-umat-islam-tidak-terpedaya-dengan-iklan-palsu-haji-di-media-sosial/#respond Mon, 13 May 2024 08:38:05 +0000 https://sabahmedia.com/?p=54357
Read Time:51 Second

RIYADH: Pihak Keselamatan Awam Arab Saudi hari ini menasihatkan umat Islam supaya tidak terpengaruh dengan iklan palsu yang menawarkan perkhidmatan haji di laman media sosial.

Menurut Agensi Berita Arab Saudi (SPA) yang memetik kenyataan Direktorat Agung Keselamatan Awam Arab Saudi, iklan palsu terbabit bertujuan memperdaya dan menipu masyarakat mengenai perkhidmatan yang diberikan menerusi individu atau agensi yang tidak diketahui.

Antara perkhidmatan yang dijanjikan menerusi iklan berkenaan adalah seperti perkhidmatan menunaikan haji bagi pihak lain, penyediaan dan pengagihan haiwan korban untuk jemaah haji dan perkhidmatan pengangkutan.

“Kami juga ingin menjelaskan ‘The Kingdom of Saudi Arabia Project For Utilisation Of Hady & Adhi’ (Adahi) adalah pihak berkuasa rasmi yang dilantik oleh kerajaan Arab Saudi dan bertanggungjawab dalam urusan kupon Hady, Adahi , Fidyah dan Sedekah bagi pihak jemaah haji,” katanya.

Pihaknya juga berkata, sebarang urusan mengenai perkara tersebut boleh dilakukan melalui laman web rasmi projek adahi.org, atau platform elektronik rasmi lain seperti platform Ehsan atau cawangan-cawangan yang bertauliah.

“Penguatkuasaan dan penalti akan dikenakan ke atas sesiapa yang melanggar undang-undang”, katanya. – BERNAMA

]]>
https://sabahmedia.com/2024/05/13/arab-saudi-nasihat-umat-islam-tidak-terpedaya-dengan-iklan-palsu-haji-di-media-sosial/feed/ 0 54357