spans – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Fri, 19 Jun 2026 01:42:35 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.1 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png spans – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 SPANS terima hampir 500,000 permohonan jawatan tahun lalu https://sabahmedia.com/2026/06/19/spans-terima-hampir-500000-permohonan-jawatan-tahun-lalu/ https://sabahmedia.com/2026/06/19/spans-terima-hampir-500000-permohonan-jawatan-tahun-lalu/#respond Thu, 18 Jun 2026 23:42:00 +0000 https://sabahmedia.com/?p=98457
Read Time:1 Minute, 28 Second

KOTA KINABALU: Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Sabah (SPANS) menerima hampir 500,000 permohonan bagi pengisian jawatan kosong dalam perkhidmatan awam negeri sepanjang tahun lalu.

Pengerusi SPANS, Tan Sri Sukarti Wakiman berkata, jumlah permohonan tersebut melibatkan dua siri pengambilan yang dilaksanakan sepanjang tahun berkenaan.

Beliau berkata, siri pertama pengambilan menerima kira-kira 230,000 permohonan, manakala siri kedua pula merekodkan lebih 150,000 permohonan daripada calon yang berminat mengisi jawatan yang ditawarkan.

Pengerusi SPANS, Tan Sri Sukarti Wakiman

“Apabila kita mengiklankan jawatan-jawatan kosong, bilangan permohonan yang diterima amat menggalakkan. Secara keseluruhan, jumlah permohonan yang diterima hampir 500,000.

“Namun dari segi lantikan, kita melihat kepada keperluan. Jabatan-jabatan atau kementerian akan mengemukakan kepada SPANS jawatan kosong yang perlu diisi dan SPANS akan membuat pengiklanan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui media selepas mengadakan kunjungan hormat terhadap Yang di-Pertua Negeri Sabah, Tun Musa Aman di Istana Seri Kinabalu, di sini pada Khamis.

Sukarti berkata, kunjungan tersebut merupakan program tahunan SPANS bagi menyerahkan laporan aktiviti suruhanjaya itu sepanjang tahun lalu kepada Tun Musa.

Dalam pada itu, beliau berkata SPANS turut terlibat dalam pelbagai program termasuk menghadiri Mesyuarat Suruhanjaya-Suruhanjaya Perkhidmatan Awam seluruh Malaysia pada tahun lalu.

Katanya, pertemuan berkenaan penting bagi membolehkan semua suruhanjaya perkhidmatan awam berkongsi pengalaman serta membincangkan aspek pengurusan sumber manusia dalam perkhidmatan awam.

“SPANS juga dijadual menghadiri pertemuan bersama Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia dan negeri-negeri lain pada Julai ini bagi berbincang serta berkongsi pengalaman tentang pengurusan sumber manusia di negeri masing-masing,” katanya.

Selain itu, beliau berkata ahli-ahli SPANS turut turun ke daerah-daerah bagi melaksanakan sesi temu duga untuk pengisian jawatan yang telah diiklankan dari semasa ke semasa.

Katanya, langkah tersebut memastikan proses pengambilan dapat dilaksanakan dengan lebih berkesan selain memenuhi keperluan tenaga kerja dalam perkhidmatan awam negeri.

]]>
https://sabahmedia.com/2026/06/19/spans-terima-hampir-500000-permohonan-jawatan-tahun-lalu/feed/ 0 98457
Generasi muda perlu kuasai kemahiran AI https://sabahmedia.com/2025/06/06/generasi-muda-perlu-kuasai-kemahiran-ai/ https://sabahmedia.com/2025/06/06/generasi-muda-perlu-kuasai-kemahiran-ai/#respond Fri, 06 Jun 2025 00:52:16 +0000 https://sabahmedia.com/?p=75120
Read Time:1 Minute, 2 Second

Kota Kinabalu:  Persaingan sengit dalam sektor perkhidmatan awam di Sabah menuntut generasi muda menguasai kemahiran baharu terutamanya teknologi dan kecerdasan buatan (AI).

Pengerusi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Sabah (SPANS), Tan Sri Sukarti Wakiman berkata perubahan landskap pekerjaan memerlukan pencari kerja menyesuaikan diri dengan perkembangan teknologi yang pantas.

“Kita tidak dapat pastikan bentuk pekerjaan yang akan wujud pada masa akan datang, namun jelas struktur ekonomi dan pekerjaan akan berubah seiring kemajuan teknologi.

“Pelajar dan pencari kerja masa hadapan perlu menguasai kemahiran baharu terutama dalam bidang AI dan teknologi digital,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas mengadakan kunjungan hormat kepada Yang di-Pertua Negeri Sabah Tun Musa Aman, di Istana Seri Kinabalu, di sini baru-baru ini.

Kunjungan itu bertujuan membentangkan Laporan Tahunan SPANS bagi tahun 2024, selaras dengan Perkara 37(10) Perlembagaan Negeri Sabah.

Sukarti berkata, pada tahun lalu, SPANS mengeluarkan 842 iklan jawatan dan seramai 8,000 calon dipanggil menghadiri temuduga.

“Angka berkenaan mencerminkan minat yang tinggi terhadap kerjaya dalam sektor awam, namun turut menunjukkan tahap persaingan yang sangat ketat,” katanya.

Selain itu, sepanjang 2024 SPANS meluluskan 7,553 urusan melibatkan 27 jenis tindakan perkhidmatan melalui 17 mesyuarat penuh dan daripada jumlah itu, perisytiharan harta mencatat jumlah tertinggi iaitu 2,367 kelulusan diikuti 885 pengesahan jawatan.

]]>
https://sabahmedia.com/2025/06/06/generasi-muda-perlu-kuasai-kemahiran-ai/feed/ 0 75120
639 jawatan kosong ditawarkan SPANS https://sabahmedia.com/2022/06/22/639-jawatan-kosong-ditawarkan-spans/ https://sabahmedia.com/2022/06/22/639-jawatan-kosong-ditawarkan-spans/#respond Wed, 22 Jun 2022 06:07:47 +0000 https://sabahmedia.com/?p=17339
Read Time:51 Second

KOTA KINABALU : Sebanyak 639 jawatan kosong ditawarkan oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Sabah (SPANS) kepada pemohon sepanjang tahun ini.

Pengerusi SPANS, Datuk K.Y Mustafa berkata, daripada jumlah tersebut, 70 jawatan kosong telah diiklankan dan sebahagiannya telah diisi dalam sesi pengambilan awal bulan tahun ini. 

“Jumlah pengambilan sebenar adalah lebih besar kerana terdapat juga lantikan terus contohnya daripada Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA).

“Ia melibatkan pelbagai jawatan dan taraf pendidikan bermula dari Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) hingga ke peringkat ijazah,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas mengadakan kunjungan hormat terhadap Yang di-Pertua Negeri Tun Juhar Mahiruddin di Istana Seri Kinabalu di sini semalam.

K.Y Mustafa berkata, pihaknya berharap melalui pengiklanan jawatan kosong oleh SPANS akan dapat membuka lebih peluang yang luas kepada lepasan sekolah dan para siswazah untuk terus memohon jawatan-jawatan yang ditawarkan.

Beliau turut memaklumkan bagi tahun 2021, SPANS telah merekrut seramai 742 penjawat awam daripada 98,208 ribu pemohon berbanding pada tahun 2020 iaitu sebanyak 524 pengambilan penjawat awam melibatkan 71,467 permohonan.

]]>
https://sabahmedia.com/2022/06/22/639-jawatan-kosong-ditawarkan-spans/feed/ 0 17339