speaker – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Tue, 17 Sep 2024 11:58:28 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.0.2 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png speaker – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Speaker DUN disaran beri ruang pelajar IPT kenali institusi Parlimen, DUN https://sabahmedia.com/2024/09/17/speaker-dun-disaran-beri-ruang-pelajar-ipt-kenali-institusi-parlimen-dun/ https://sabahmedia.com/2024/09/17/speaker-dun-disaran-beri-ruang-pelajar-ipt-kenali-institusi-parlimen-dun/#respond Tue, 17 Sep 2024 11:58:27 +0000 https://sabahmedia.com/?p=60799
Read Time:1 Minute, 42 Second

Kota Kinabalu : Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) disaran untuk mengadakan lawatan ke Institusi Pengajian Tinggi (IPT) bagi memberi sedikit ruang kepada pelajar agar kerjasama dan interaksi dapat dijalin.

Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul berkata, ia sekaligus memberi peluang kepada golongan belia untuk mempelajari dan mengenali institusi Parlimen dan DUN berkenaan.

“Kita juga bersetuju untuk Speaker-Speaker melapang sedikit masa mereka untuk melawat atau menerima pelajar-pelajar dari IPT untuk berinteraksi dengan anak-anak muda ini yang akan menjadi pemimpin kita masa depan.

“Insya Allah dengan interaksi itu, mereka akan melihat institusi ini sebagai salah satu tempat mereka belajar. Seperti Speaker Sabah yang punya pengalaman yang luas, Jadi ini semua pengalaman-pengalaman yang saya kira harus dikongsi bersama pelajar-pelajar,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika dalam sidang media selepas mengadakan lawatan kerja di DUN Sabah di sini petang tadi.

Hadir sama Speaker DUN Sabah Datuk Kadzim M Yahya.

Johari berkata, beliau turut berharap para pelajar IPT juga akan menjadi pemimpin yang baik pada masa depan.

Dalam pada itu, Johari berkata, DUN Sabah menjadi destinasi terakhir dalam siri jelajah Speaker Dewan Rakyat dan DUN di seluruh DUN seluruh negara.

“DUN Sabah adalah dewan terakhir untuk jelajah Speaker- Speaker Dewan Rakyat dan DUN dan Sabah adalah terakhir dan ini adalah kemuncak kepada pertemuan kita sebenarnya berlaku di Kuching pada 11 hingga 14 September.

“Di mana tujuan utamanya ialah untuk yang pertama boleh mengeratkan hubungan di antara Speaker Dewan Rakyat dengan semua Speaker-Speaker DUN. Yang keduanya ialah untuk saling belajar antara satu sama lain atas isu-isu yang timbul dan bagaimanakah mengendalikan isu-isu tersebut.

“Yang ketiga kita cuba untuk memberikan nafas baru untuk institutionaliskan posisi ataupun jawatan Speaker itu sendiri dengan mengumpul perkembangan terbaru apabila rakyat menuntut agar Dewan-Dewan Negeri dan juga Dewan Rakyat itu dirakyatkan.

“Erti kata lain, rakyat mahu tahu apa yang berlaku dalam dewan dan mereka juga ingin mengambil peranan yang aktif dalam kewujudan dewan itu sendiri. Ini semua kita bincang dalam seminar yang berlalu di Kuching dan Alhamdulillah kita telah mencapai resolusi-resolusinya,” katanya. – SABAH MEDIA

]]>
https://sabahmedia.com/2024/09/17/speaker-dun-disaran-beri-ruang-pelajar-ipt-kenali-institusi-parlimen-dun/feed/ 0 60799
Johari Abdul dipilih Speaker Dewan Rakyat https://sabahmedia.com/2022/12/19/johari-abdul-dipilih-speaker-dewan-rakyat/ https://sabahmedia.com/2022/12/19/johari-abdul-dipilih-speaker-dewan-rakyat/#respond Mon, 19 Dec 2022 02:41:41 +0000 https://sabahmedia.com/?p=26537
Read Time:1 Minute, 13 Second

PARLIMEN — Datuk Johari Abdul hari ini mengangkat sumpah sebagai yang Dipertua Dewan Rakyat selepas tamat proses pengundian.

Perkara itu diumumkan oleh setiausaha Dewan Rakyat Dr Nizam Mydin Bacha Mydin selepas undian yang menyaksikan Johari berjaya menerima 147 undi berbanding Tan Sri Mohd Radzi Sheikh Ahmad yang menerima 74 undi.

Pada proses pengundian itu, setiap Ahli Parlimen diberi satu kertas dan mereka perlu menulis nama calon yang disokongnya, sebelum kiraan undi dibuat.

Terdahulu Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mencadangkan nama Datuk Johari Abdul mewakili blok kerajaan, manakala Perikatan Nasional (PN) mencalonkan bekas Ahli Parlimen Kangar, Tan Sri Mohd Radzi Sheikh Ahmad bagi jawatan itu.

Johari yang berkhidmat sebagai Ahli Parlimen Sungai Petani selama tiga penggal, namun tidak menyertai PRU15, sebaliknya digantikan anaknya, Dr Mohammed Taufiq yang menjadi satu-satunya wakil PH menang

Ahli Parlimen Cameron Highlands, Ramli Md Nor dari BN, dan Ahli Parlimen Lanang dari PH, Alice Lau dijangka menjadi calon kerajaan bagi jawatan Timbalan Speaker.

Sementara itu, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail akan mengemukakan usul agar polis memastikan Ahli Parlimen tidak dihalang memasuki Parlimen.
Selepas itu, kerajaan akan membentangkan rang undang-undang mengenai Kumpulan Wang Disatukan bagi bacaan kali pertama.

RUU bagi bacaan kali pertama tidak akan melalui perbahasan dan menjadi perkara prosedur.

Ini akan diikuti dengan undi percaya terhadap Anwar Ibrahim yang akan dibentangkan oleh Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof.

Rang undang-undang Kumpulan Wang Disatukan dan usul bagi peruntukan lain berkemungkinan besar dibahaskan esok.

]]>
https://sabahmedia.com/2022/12/19/johari-abdul-dipilih-speaker-dewan-rakyat/feed/ 0 26537
Program ‘STEM Speaker Series’ Mendapat Sambutan Pelbagai Lapisan Masyarakat https://sabahmedia.com/2021/06/11/program-stem-speaker-series-mendapat-sambutan-pelbagai-lapisan-masyarakat/ https://sabahmedia.com/2021/06/11/program-stem-speaker-series-mendapat-sambutan-pelbagai-lapisan-masyarakat/#respond Fri, 11 Jun 2021 08:09:13 +0000 https://sabahmedia.com/?p=1026
Read Time:1 Minute, 43 Second

11 Jun 2021

[email protected]

KOTA KINABALU: Sempena dengan “Virtual Ocean Celebration 2021” yang telah dilancarkan pada 08 Jun lalu, mendapat sambutan menggalakkan dan minat daripada pelajar sekolah, guru, ibu bapa dan komuniti di seluruh Sabah.

Program ‘Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) Speaker Series’ ini adalah anjuran bersama U-Science UMS dan Institut Penyelidikan Marin Borneo (IPMB), Universiti Malaysia Sabah (UMS) telah dilancarkan melalui platform Youtube Live pada 10 Jun 2021.

Terdapat beberapa siri ‘STEM Speaker Series’ yang akan berjalan sepanjang bulan Jun 2021 ini yang bertemakan ‘Sains Marin’.

Satu topik menarik bertajuk “20 Fun Facts about Fish”yang telah dibawa oleh Pensyarah dan Penyelidik IPBM,UMS, Profesor Madya Dr Faihanna Ching Fui Fui, sangat mendapat perhatian dan amat digemari oleh pelbagai lapisan umur peserta yang hadir semasa program secara maya itu berlangsung.

“Para peserta daripada pelajar sekolah, guru dan ibu bapa boleh menghadiri sesi-sesi berkenaan melalui saluran Youtube Pusat UScience UMS dari masa ke semasa”, kata Dr Faihanna Ching ketika dihubungi pihak media.

“STEM speaker series yang dianjurkan ini adalah bertujuan untuk memupuk minat masyarakat dalam bidang Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM).

“Modul-modul perkongsian daripada ahli-ahli akademik UMS adalah berteraskan pembelajaran topik-topik dalam bidang STEM yang menarik dan unik, ia selaras dengan intipati matlamat U-Science UMS yang bertujuan untuk menarik minat para pelajar sekolah untuk menceburi bidang STEM dan memupuk minat komuniti untuk membudayakan STEM dalam aplikasi harian,” tambahnya.

STEM Speaker series dalam sains marin juga telah mendapat perhatian bagi sesi sebelum ini yang bertajuk “Voices of the Sea” yang telah disampaikan oleh Profesor Madya Dr. Juanita Joseph pada 27 Mei 2021 yang lalu.

Program berkenaan merupakan program julung kali bagi STEM Speaker Series dan telah diterima baik oleh para pelajar dan guru-guru dalam usaha memberikan impak kepada komuniti melalui pembelajaran informal secara digital, secara tidak langsung boleh memupuk pembudayaan STEM di kalangan masyarakat.

Dalam program ini, para pelajar berpeluang untuk mengutarakan pelbagai persoalan yang berkenaan kepada pihak penceramah sekaligus dapat memupuk minat mereka melalui penyampaian pembelajaran informal yang disampaikan dengan kaedah yang menyeronokkan.

]]>
https://sabahmedia.com/2021/06/11/program-stem-speaker-series-mendapat-sambutan-pelbagai-lapisan-masyarakat/feed/ 0 1026