Spekulasi liar – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Thu, 07 Aug 2025 11:39:48 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.1 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png Spekulasi liar – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Jangan buat spekulasi liar, hormati perasaan keluarga – Peguam https://sabahmedia.com/2025/08/07/jangan-buat-spekulasi-liar-hormati-perasaan-keluarga-peguam/ https://sabahmedia.com/2025/08/07/jangan-buat-spekulasi-liar-hormati-perasaan-keluarga-peguam/#respond Thu, 07 Aug 2025 11:38:57 +0000 https://sabahmedia.com/?p=78754
Read Time:46 Second

Oleh Florieta Diet

KOTA KINABALU: Peguam kepada keluarga Allahyarhamah Zara Qairina Mahathir, iaitu Hamid Ismail, menyeru orang ramai agar tidak membuat sebarang spekulasi liar yang boleh menjejaskan emosi dan ketenangan keluarga remaja berusia 13 tahun itu.

Menurut beliau, ibu kepada arwah kini masih berada dalam keadaan tertekan dan amat memerlukan sokongan moral daripada masyarakat.

“Ibu Zara kini sangat memerlukan sokongan moral daripada orang ramai. Beliau masih dalam keadaan tertekan selepas kehilangan anaknya yang baru berusia 13 tahun.

“Saya mohon netizen agar beri doa dan kata-kata semangat, bukan sebaliknya,” katanya dalam sidang media selepas ibu kepada mangsa buli itu selesai proses penyerahan telefon bimbitnya di Balai Polis Karamunsing di sini hari ini.

Hamid turut merakamkan penghargaan kepada semua pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang tampil membantu keluarga arwah sepanjang tempoh yang mencabar ini.

Beliau berkata, siasatan berhubung kes tersebut masih dijalankan pihak polis dan orang ramai diminta untuk memberikan ruang kepada proses undang-undang.

]]>
https://sabahmedia.com/2025/08/07/jangan-buat-spekulasi-liar-hormati-perasaan-keluarga-peguam/feed/ 0 78754